CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8982|Reply: 65

[Tempatan] Bekas cef buktikan bunga kantan mampu raih untung

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-4-2024 03:33 AM

Bekas cef buktikan bunga kantan mampu raih untung

https://www.sinarharian.com.my/a ... n-mampu-raih-untung

Oleh
RAIHAM MOHD SANUSI
16 April 2024 11:20am


Saqdam menjual sendiri bunga kantan yang dituainya kepada pembeli, kedai dan pasar raya di sekitar Lembah Klang.

SHAH ALAM - Seorang bekas cef berjaya menangkis tanggapan kononnya bunga kantan tidak mempunyai potensi untuk dikomersialkan apabila dia mampu menjana keuntungan daripada ladang kantannya di Bangi sejak sembilan tahun lalu.

Malah, kejayaan mengusahakan ladang seluas 1.2 hektar itu turut mendorong Saqdam Zaim Arffain, 33, berkongsi ilmunya dengan orang ramai bagi melihat lebih ramai usahawan mengusahakan tanaman itu.

Menurut Saqdam, pengusaha boleh meraih pendapatan lumayan terutama pada musim perayaan kerana harga bunga kantan boleh mencecah hingga RM5 sebatang.

Katanya, di luar musim perayaan sekali pun harganya tetap kompetitif iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2 sebatang.

“Saya nekad untuk usahakan tanaman bunga kantan walaupun ada orang cakap bunga kantan kurang permintaan dan tak ada potensi lepas saya buat kajian sendiri terhadap tanaman ini.

“Jadi bermula dengan hanya lapan rumpun pokok kantan, selepas itu seluruh kawasan ladang dipenuhi dengan tanaman ini,” katanya kepada Sinar Harian.Ladang bunga kantannya pernah mempunyai lebih kurang 800 rumpun yang menghasilkan jualan bunga kantan dan benih bernilai kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.

Rentetan pencapaian yang diraih itu, Saqdam yang memiliki Diploma Pengajian Hotel dan Katering daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam menawarkan kursus penanaman kantan pada tahun lalu.


Ladang bunga kantan Saqdam yang terletak di Bangi sentiasa menerima kunjungan daripada orang luar.

Saqdam berkata, dia terpanggil untuk berkongsi ilmu menerusi kursus sebegitu setelah ramai yang datang berjumpanya untuk belajar daripada pengalamannya membangunkan ladang kantan.
Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah setiap usahawan tidak dapat lari daripada melalui fasa jatuh dalam perniagaan yang diusahakan dan begitulah juga berlaku kepadanya.

“Tahun ini sangat mencabar bagi saya apabila tanaman kantan diserang penyakit. Boleh dikatakan hampir semua tanaman kantan di ladang saya ‘tumpas’ satu persatu.

“Simptom penyakit itu boleh dilihat dan dikesan daripada tanda utamanya iaitu bahagian hujung pucuk pelepah bertukar kekuningan, layu dan mati.

“Tanda jelas keduanya ialah kesan lebam pada potongan bahagian dalam pelepah. Bahagian umbut teras pelepah pula mula membusuk. Tanda ini secara tidak langsung menunjukkan pokok sudah dijangkiti hingga boleh mengakibatkan pokok mati secara keseluruhannya,” jelasnya.

Beliau berkata, keadaan itu adalah pengalaman baharu buatnya sejak bergelar usahawan bunga kantan bermula tahun 2015.

“Jadi ia menunjukkan ada lagi perkara yang perlu saya teliti untuk modul kajian saya.

“Keadaan sebegini menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang tanaman ini” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa i kerja kat manila dulu, ada event kat hotel i pergi tandas terbau bunga kantan. Sekali tengok flower arrabgement ada bunga kantan yg dah kembang haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:29 PM | Show all posts
wa pun kalo ada modal wa nak tanam bunga kantan, serai, pokok kelapa, daun kunyit, daun kari ( daun kari senang kena penyakit yg wa tanam la tak tau kenapa haha )

wa mmg suka bercucuk tanam, ada sedara wa tanam pokok buah naga kt rumah dia, cm senang naik je... buah pn ada, tp itu la tanam belakang rumah buat makan sendiri boleh la, komersil kena cari tanah luas



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:42 PM | Show all posts
bestnya banyak bunga kantan..
mahal orang jual sekuntum sekuntum..
tetiba rasa nak masak asam pedas
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:45 PM | Show all posts
mahal ok bunga kantan. I pernah beli rm 3 satu...masak asam pedas iols mkn sekali  kasi habis...haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:48 PM | Show all posts
rumah kg iols ada sepokok yg begitu meriah bunganya
pak iols pulak jenis tak berapa suka asam pedas ada bunga kantan, dia lebih suka asam pedas biasa atau letak daun kesum jd bunga kantan tu biasanya terbiar gitu je
kak ipar kalau balik kg, dia rajin ambik

nak buat nasi goreng bunga kantan, org kata sedap tp tak sempat try lg
buat kerabu pun sedap kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup minimize, lahap satay tanpa kuah, lahap pisang goreng tanpa pencicah, asam pedas tanpa kantan kesum taw
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols suka bau bunga kantan ni. Sampai buat mee kari pon wajib letak. Sebelum ni meols tak suka mee kari..tapi bila letak bunga kantan, ada bau ala ala citrus sket..baru laju makan. Meols tak suka rasa masam limau kasturi. Cuma nak bau sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorg jual kat user main rm5 sebatang, daun kunyit 3helan rm1...

Yg bercucuk tanam nih pki baja siram air nih..kena jual kat peruncit dgn hrga per kilo...rm5 sekilo..ko raserrrr?

Last2 aku sedekah jerlah kat jiran2 jer...dr aku jual kat peruncit, skait ht yg dpt
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-4-2024 12:23 PM
Masa i kerja kat manila dulu, ada event kat hotel i pergi tandas terbau bunga kantan. Sekali tengok  ...


Nenek2.iols.pung suka letak bunga kantan yang dah kembang kat ruang tamu..
Sebab dia Kata bunga kantan dah kembang sgt dia tak Guna dalam masakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:16 PM | Show all posts
mamat yg sesambil meniaga katan buat content tu jugak kan?
kekadang ckp cam poyo2 cikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm herlok tau mamat ni
Apa kata netizen @kakikuDibibirmu ??
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat aiol takda harga bunga kantan ni. Tak laku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:40 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-4-2024 01:20 PM
Tempat aiol takda harga bunga kantan ni. Tak laku.

Agaknya tu sebab kat filipin pun derang buat flower arrangement letak dalam jamban kut haha


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:42 PM | Show all posts
shernazz replied at 16-4-2024 01:15 PM
Nenek2.iols.pung suka letak bunga kantan yang dah kembang kat ruang tamu..
Sebab dia Kata bunga ka ...

Ha tu la i memang impressed gila sebab tak pernah lagi jumpa kan yg dah kembang.  Selalu yg jumpa kat kedai kuncup lagi orang buat masak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 16-4-2024 01:16 PM
mamat yg sesambil meniaga katan buat content tu jugak kan?
kekadang ckp cam poyo2 cikit

Iya.
Tone tuh agk humble brag.
Slalu gk story dia lalu lalang kt feed fb laki meols sbb join page bkebun dlm bandar ka hapa ntah
Tp kesian gk tgk pokok² brader nih abes mati br nih.
Bukan senang nk tnm blk & tggu dpt hasil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 16-4-2024 12:50 PM
Hidup minimize, lahap satay tanpa kuah, lahap pisang goreng tanpa pencicah, asam pedas tanpa kantan  ...

Nak lagi maksima minimize,asam pedas tanpa ikan..telan kuah jer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-4-2024 01:04 PM
Diaorg jual kat user main rm5 sebatang, daun kunyit 3helan rm1...

Yg bercucuk tanam nih pki baja si ...

Kira murah tu daun kunyit 3lai singgit.
Tempat aku,sehari sebelum raya,10 ringgit 2 helai..macam nak pegi mekah,terus duk sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 16-4-2024 06:01 AM
Samerosie replied at 16-4-2024 05:40 AM
Agaknya tu sebab kat filipin pun derang buat flower arrangement letak dalam jamban kut haha


Pelipin tak makan sangat laksa or asam pedas. Weols pun. So... Tapi tempat weols, bunga kantan dah kembang pun still dibeli gak. Still dimakan. Weols biasanya tumis letak oyster sos bunga kantan neh, buat sayo campo macam gamba bawah.


Biasanya sayu campo ni dijual dalam bungkusan camni;



Btw cantik pulok bunga kantan digubah2.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:58 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 16-4-2024 01:46 PM
Iya.
Tone tuh agk humble brag.
Slalu gk story dia lalu lalang kt feed fb laki meols sbb join page  ...

haaa ye ada yg komen cenggitu

meols masuk jugak feed, tp skerol lelaju sbb takde nak tanan kantan

ritu kena serang apa tah.. sian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.095352 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list