CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7829|Reply: 21

Saya Bayar Sendiri, Bukan Ditaja! – Ben Amir

[Copy link]
Post time 29-4-2024 07:53 AM | Show all posts |Read mode




BERADA dalam kategori hero pilihan ramai ketika ini, Ben Amir tidak pernah gagal mempamerkan pesona sehingga setiap naskhah menjadi sebutan peminat.


Bermodalkan wajah tampan dan bebas kontroversi menjadi nilai tambah untuk terus disanjung pemuja bakatnya.


Pun begitu, dek kerana sering melancong solo ke luar negara, timbul spekulasi pemilik nama penuh Muhammad Amir Sabaruddin itu membawa diri kerana patah hati.


Terkejut dengan soalan disua penulis, jejaka berusia 34 tahun itu menggelengkan kepala seraya menegaskan dirinya acap kali ke luar negara sendirian kerana mahu bermandiri di bumi asing selain menimba pengalaman berbeza.


“Bagi saya untuk mengecap bahagia dalam hidup, kita kena gembirakan diri sendiri, tidak kisah pergi melancong sendiri atau buat perkara yang menenangkan jiwa.


“Bukan patah hati tetapi memang saya sukakan pengalaman berdikari di negara orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.


“Saya percaya pengalaman sebegini sangat berharga untuk diceritakan kepada anak cucu kelak, tiada istilah patah hati baru perlu pergi melancong,” tegasnya.


Bukan sahaja didakwa membawa hati yang lara, tercetus juga spekulasi kononnya pelakon drama Sweet Dreams itu kerap terbang ke sana sini kerana ditaja seseorang.


Wajah Ben yang tadinya tenang berubah kelat menafikan segala tuduhan tersebut selain menyifatkan dakwaan tersebut tidak relevan.


“Saya pergi atas kehendak dengan duit saya sendiri, tiada istilah ditaja. Sangat tidak relevan apabila bercuti solo sahaja mesti kena guna duit orang padahal kita bekerja keras kumpul duit.


“Sebelum ini saya pernah ke Thailand, Filipina dan Vietnam. Singapura tak payah cakap, memang selalu pergi. Itu semua guna duit sendiri, bila kita melancong, sudut pandang kita akan jadi luas dan berbeza.


Selepas ini mungkin saya akan ke Costa Rica pula, banyak lagi sebenarnya negara dalam senarai yang ingin saya pergi. Kena kerja dulu kumpul duit banyak-banyak lepas tu kita melancong,” ujarnya.


Bercerita tentang perkembangan terkini, Ben rancak mempromosikan filem terbaharu berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak arahan sulung vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie.









Mengulas lanjut naskhah yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 2 Mei nanti, Ben menggalas watak sebagai Luka.


Watak yang hidup di penempatan setinggan tu membesar dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi elemen-elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran serta gangsterism.


Sarat babak aksi dan ganas, Ben berharap lakonannya dapat diterima ramai.


“Seperti semua tahu saya jarang bawa watak aksi, bila kali ini disuakan watak sedemikian, memang saya cuba sehabis baik supaya sampai dan berkesan ke hati penonton.


“Watak Luka itu sendiri sangat kompleks, menuntut penjiwaan penuh seorang anak muda yang ingin menegakkan keadilan namun pada masa sama tersepit dalam banyak hal.


“Jujurnya, saya dah mula jatuh cinta dengan watak aksi, kalau boleh selepas ini saya mahu berlakon genre sebegini sahaja.


“Sepanjang 10 tahun berlakon, karakter sebegini memang saya idam selama ini. Luka adalah permulaan saya untuk tampil lebih serius,” katanya.


Selain Ben, filem REBEL: Berontak Untuk Berotak turut dibintangi Datuk Awie, MK-Kclique, Syiqin Kamal, Azlan Komeng dan Fadh Majid.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 10:10 AM | Show all posts
imej dia bersih gak lah except haritu masa meroyan dlm twitter jer kan? lain2 iols mcm rasa x pernah dgr benda aneh psl heols.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ye ke hero pilihan ramai? macam jarang je muncul sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 11:28 AM | Show all posts
dah lama x nampak heolss berlakon drama baru...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 05:12 PM | Show all posts
heythere123 replied at 29-4-2024 10:48 AM
ye ke hero pilihan ramai? macam jarang je muncul sekarang

Tahun 2024, ada empat filem bakal ditayang.
Hari ini, 2nd May filem Rebel arahan Dato Awie mula ditayangkan.
End May sepatutnya Legasi Bomba tayang tapi dengarnya ditangguh July atau August.
Musketeer Code & Perisik, bakal tayang 3rd quater this year.

Sekarang sedang shoot drama siri Bawah Payung Awan.

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata dia dah ok ke. Lama berehat sebab kecederaan masa shooting kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 2-5-2024 05:12 PM
Tahun 2024, ada empat filem bakal ditayang.
Hari ini, 2nd May filem Rebel arahan Dato Awie mula di ...


i see. Kiranya banyak projek yang upcoming la.

oh baru ingat Musketeer tu. Heols ganti watak Randy Panggalila ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat solo travel ke negara SEA gitu x perlu ditaja pon..ayoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr atas mcm fadhlan hazim.


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 29-4-2024 11:28 AM
dah lama x nampak heolss berlakon drama baru...

Last year dia rehat sbb mata cedera katanya. Tapi ada la satu drama astro tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ben Amir ni mmg kakak senior ( nak ke 50) meols gilakan sgt. Msa si Ben ni blakon kat spital area umah meols ni, kakak tu siap baking cakes bukan 1 jenis tapi berjenis2 utk kru skali ya. Patu tulis geli2 miang kat fb hahaha..pdhal kakak tu bukan acik2 jual taperware tu ha..tapi keje auditor. Tak padan dgn penyakit darah tinggi kakak tu yach.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 2-5-2024 08:31 PM
Ben Amir ni mmg kakak senior ( nak ke 50) meols gilakan sgt. Msa si Ben ni blakon kat spital area um ...

Serius r? Acik acik rembes kt heol. Harus heol geli. Acik tu lum kawen ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:44 AM | Show all posts
heythere123 replied at 2-5-2024 06:18 PM
i see. Kiranya banyak projek yang upcoming la.

oh baru ingat Musketeer tu. Heols ganti watak Ran ...

Randy terikat dengan sinetron, tak boleh nak beri commitment.

Nadiah Khan (the novelist cum the director for Musketeer) tu beritahu yang filem ni bukan sambungan Gantung series.  Pemilihan Ben pun untuk watak Gibbs ikut novel.


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:52 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 29-4-2024 11:28 AM
dah lama x nampak heolss berlakon drama baru...

Last year ada 1 telemovie & 2 drama series sambil-sambil shoot untuk filem Perisik & Musketeer Code.

This year 4 movies tayang & sedang shoot drama siri 30 episod.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku caya je dia pergi dgn duit sendiri sbb sblm  sweet dream dia mmg rajin ke g pulau2 and nature place around asia …

Motif sgt yg menuduh dia di taja
Travelling dia nampak best … sbb solo trip kannn ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 2-5-2024 08:31 PM
Ben Amir ni mmg kakak senior ( nak ke 50) meols gilakan sgt. Msa si Ben ni blakon kat spital area um ...

Sbb heols ni baik and sweet …
And sopan sapa aje laaa tak sayang and cayaq hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 3-5-2024 08:44 AM
Randy terikat dengan sinetron, tak boleh nak beri commitment.

Nadiah Khan (the novelist cum the d ...


oh, iols pon baca je Gantung. Tapi tak nampak pulak imej Gibran dekat heols.

Harap heols boleh give justice la to the character sebab meols takleh masuk kalau heols pegang watak Gibbs tu. I hope he can prove me wrong gittew

Rindu heols berlakon jadi mamat selamber macam dalam drama Honeymoon
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:49 AM | Show all posts
heythere123 replied at 3-5-2024 09:47 AM
oh, iols pon baca je Gantung. Tapi tak nampak pulak imej Gibran dekat heols.

Harap heols boleh gi ...

I baca Gantung & tengok juga Gantung series. Since movie belum tayang, tak bolehlah nak comment Ben as Gibbs.

Kena baca thread Neddo Khan di X untuk faham kenapa Ben dipilih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:42 AM | Show all posts
ni la stended reporter2 msia
org tu kje pelakon dan ada story psl kerja dia
fokus kt situ, how complex watak tu, story filem tu, challenge during filming, experience keje dgn 1st timer director, legend tok awie kot

tp yg dihighlight........ psl heols pny xtvt peribadi

travel SEA solo????? who cares????????????????????


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 3-5-2024 11:42 AM
ni la stended reporter2 msia
org tu kje pelakon dan ada story psl kerja dia
fokus kt situ, how compl ...

Kannn.... Hauk punya reporter! Soalan tak membina langsung. Menghina iq kita sebagai pembaca yg bijak bestari. Ingat kita bodoh sangat bersangka² ben pergi holiday ditaja. Nak create sensasi kunun. Sah² ben tu kerja kuat, ada duit sendiri g holiday setakat sekitar SEA ni. Reporter masih berminda bak urtv, bacaria zaman dulu².
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.717502 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list