CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5171|Reply: 6

[Tempatan] DBKL tutup pusat urut langgar syarat lesen operasi

[Copy link]
Post time 29-4-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-4-2024 12:39 PM

DBKL tutup pusat urut langgar syarat lesen operasi
Oleh Akif Sayyid Mohd Hazardi - April 29, 2024 @ 12:03pm
bhnews@bh.com.my


Pegawai penguat kuasa DBKL menampal notis penutupan pusat urut dalam operasi diadakan Ahad lalu. Foto ihsan FB DBKL


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat urut dan mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis itu kerana kesalahan beroperasi tanpa lesen, menggajikan pekerja warga asing dan membina sekatan bilik tanpa kelulusan pihak berkuasa, Ahad lalu.

Selain itu, DBKL juga membuat sitaan ke atas peralatan seperti modem wifi, sistem kamera litar tertutup (CCTV), monitor dan perakam video yang ada di pusat urut terbabit.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan Akta Parit dan Bangunan 1974.

Katanya, kesalahan pusat urut itu dikesan ketika pihaknya mengadakan operasi bersama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan; Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Jalan Loke Yew, Cheras dan Jalan Langkawi, Danau Kota, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam Jumaat lalu dan berakhir jam 2 pagi keesokannya.


"Dalam operasi bersepadu kali ini, DBKL bersama JAWI dan PDRM membuat pemeriksaan ke atas enam premis hiburan dan pusat urut refleksologi yang beroperasi dengan melanggar syarat lesen dikeluarkan pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan ketika operasi bersepadu itu, DBKL menutup sebuah pusat urut dan mengeluarkan tiga kompaun kerana kesalahan beroperasi tanpa lesen, menggajikan pekerja warga asing dan membina sekatan bilik tanpa kelulusan serta membuat sitaan ke atas peralatan seperti moderm wifi, kamera litar tertutup (CCTV), monitor dan perakam video.

"Kesalahan diambil tindakan DBKL mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan Akta Parit dan Bangunan 1974," katanya dalam kenyataan, hari ini.

DBKL berkata, dalam operasi sama, JAWI menahan enam lelaki tempatan yang menjadi pelanggan pusat urut itu dan mengeluarkan 20 Notis Perintah Hadir Kaunseling kepada pekerja tempatan di pusat hiburan menerusi peraturan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Katanya, operasi bersepadu itu berjalan lancar dengan kerjasama PDRM yang memantau keadaan dan mengawal keselamatan pegawai dan petugas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kat Selangor ni ada jer 'KONGKEK SPA'...dibawah pemerintahan kjaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-4-2024 12:31 PM
kat Selangor ni ada jer 'KONGKEK SPA'...dibawah pemerintahan kjaan mereka.

Apa nak hairan.... Kerajaan PH.

Ketua mereka pun suka kongkek China Doll.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama king. Da berpuluh2 tahun rmh urut tu wujud Dan semua org Tau pekerja dia mmg warga asing Dan provide Xtra servis. Dbkl2 buat2 innocent plk
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat urut orang buta lelaki di KL tu dah berpuluh tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:47 PM | Show all posts
esok bukak balikkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2024 05:36 AM | Show all posts
otai_g replied at 29-4-2024 05:00 AM
Drama king. Da berpuluh2 tahun rmh urut tu wujud Dan semua org Tau pekerja dia mmg warga asing Dan p ...

i pernah pergi tempat macm tu pukul 12 malam.
lepas pukul 12 diorang tarik pintu besi
kalau ada imigresen buat rampasan around situ
sesi akan ending 20 minit lebih awal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.107134 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list