CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3327|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami, isteri tak mengaku salah perdagang wanita

[Copy link]
Post time 29-4-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode

Kompleks Mahkamah Seremban. Foto NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Sepasang suami isteri tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua tuduhan memperdagang wanita bukan warga Malaysia di Port Dickson, tahun lalu.

Tertuduh, S Kumaraguru, 33, dan T Agatishwari, 32, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan yang dilakukan di antara Julai hingga Oktober 2023 itu dibacakan secara bersama di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya telah memperdagangkan seorang wanita berusia 41 tahun warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen bagi maksud eksploitasi kerja dengan penggunaan kekerasan.

Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-duanya didapati telah memperdagangkan seorang wanita berusia 21 tahun warga India bagi maksud eksploitasi kerja dengan cara penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang.

Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi, manakala, tertuduh diwakili peguam, Hasvinder Singh Gill.

Bagaimanapun, Hasvinder memohon wang jaminan RM5,000 memandangkan kedua-dua tertuduh mempunyai dua orang anak berusia tujuh dan dua tahun yang memerlukan penjagaan penuh selain tanggungan ibu bapa.

Hakim kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan keseluruhan berjumlah RM12,000 bagi setiap tertuduh selain syarat tambahan tidak menganggu mangsa serta melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... h-perdagang-wanita/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050848 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list