CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22529|Reply: 45

[Tempatan] 3 beranak lemas: Bapa cuba selamatkan Damia tergelincir; Malik ikut terjun - Polis

[Copy link]
Post time 5-5-2024 07:53 PM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

3 beranak lemas: Bapa cuba selamatkan Damia tergelincir; Malik ikut terjun - Polis

Mei 5, 2024 @ 7:34pm

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
bhnews@bh.com.my



Tiga beranak ditemui lemas ketika bermandi-manda di Sungai Balak, Batang Kali, hari ini. - Foto ihsan bomba


HULU SELANGOR: Kejadian tiga beranak lemas ketika bermandi-manda di Sungai Balak, Batang Kali, di sini, hari ini, dipercayai berlaku apabila seorang daripada mangsa berkenaan tergelincir ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata mangsa tergelincir yang juga kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu kemudian cuba diselamatkan oleh bapanya.

Pada masa sama, beliau berkata, anak lelaki berusia enam tahun turut terjun ke dalam sungai tanpa disedari ibunya, sebelum ketiga-tiga mangsa lemas.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian, tiga mangsa berkenaan dipercayai melakukan aktiviti riadah bersama enam lagi ahli keluarga di lokasi terbabit.

"Polis menerima aduan melalui talian kecemasan 999 memaklumkan kejadian itu pada jam 1.14 tengah hari tadi.

"Kira-kira 10 minit kemudian, polis tiba di lokasi disusuli anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu untuk menyelamatkan mangsa.

"Semua mangsa terbabit berjaya ditemui pada jam 1.30 tengah hari dan dibawa naik ke tepi sungai sementara menunggu ambulans tiba untuk membuat pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Selepas satu jam, beliau berkata, tiga beranak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Kubu Bharu.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Beliau sekali gus menasihati orang ramai yang mahu menjalankan aktiviti air agar peka terhadap keselamatan ahli keluarga ketika berada di pusat rekreasi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Terdahulu, media melaporkan ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, serta dua anaknya dikenali sebagai Damia, 9, dan Malik, 6.

Kesemua mangsa dikatakan datang dari Kampung Kuantan, Batang Kali, bersama keluarga untuk beriadah di kawasan sungai terbabit.


https://www.bharian.com.my/berit ... gelincir-malik-ikut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 07:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 07:58 PM | Show all posts

Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali

Umavathi Ramayah

Mei 5, 2024 08:14 MYT



Mangsa yang meninggal dunia adalah Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, dan dua anaknya masing-masing berusia enam dan sembilan tahun. - Foto Bomba Selangor


KUALA KUBU BAHARU: Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Sungai Balak Batang Kali, Jalan Genting Lama, Batang Kali, di sini, pada Ahad.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, dan dua anaknya masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtiar memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.32 tengah hari.

"Kita temukan ketiga-tiga mangsa pada jam 1.35 tengah hari, kira-kira 30 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Ahmad Mukhlis memberitahu, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu tidak melibatkan sebarang insiden kepala air.

Kesemua mayat katanya, dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, dua jam sebelum kejadian Arif Fadzil juga sempat memuat naik sekeping gambar memaparkan sebuah van dipercayai miliknya sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di laman Facebook berserta kapsyen Germany could never beat Toyota.


https://www.astroawani.com/berit ... -batang-kali-469203
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah  sedih nya...innalillah.  semoga ibu tabah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi..siannya
Anaknya 2 orang tu je ke atau Ada anak2 yang lain lagi?
Sedih Wei tinggal sorang je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya baca news gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2024 08:39 PM | Show all posts
Isteri pilu tarik jasad suami, 2 anak lemas mandi di Sungai Balak

Oleh FARAH AYUNI

Ahad, 05 Mei 20247:37 PM MYT



Mangsa yang meninggal dunia adalah Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, dan dua anaknya masing-masing berusia enam dan sembilan tahun. — Bomba Selangor


KEGEMBIRAAN tiga beranak yang bermandi-manda di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama, Batang Kali, Selangor bertukar tragedi apabila mereka disahkan lemas pada Ahad.

Lebih memilukan, mangsa kejadian, Arif Fadzil Abdul Saleh yang merupakan bapa kepada dua anaknya sempat merakam detik manis sebelum kejadian.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Arif, memuat naik gambar sebuah van hijau dipercayai miliknya berhenti seketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak sebelum menuju ke lokasi berkenaan.



Detik manis sebelum tragedi lemas berlaku di Sungai Batang Kali, Selangor pada Ahad.


Menceritakan detik peristiwa itu, isteri kepada Arif berkongsi rasa pilunya terpaksa menarik jasad suami dan dua anaknya yang lemas di sungai berkenaan.

Wanita berusia 37 itu meraung kesedihan ketika berusaha menarik tiga jasad insan tersayangnya yang terbunuh dalam tragedi itu.

Kakak ipar mangsa, Siti Fairus Samsudin, 40, dilaporkan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila salah seorang anaknya tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Dalam masa sama, seorang lagi anaknya juga turut terjun menyebabkan arwah Arif Fadzil Abdul Saleh cuba menyelamatkan anaknya namun gagal.

"Ketika kejadian isteri mangsa sedang menjaga bayi yang juga anak bongsu mereka berhampiran sungai berkenaan sebelum menyaksikan tragedi lemas itu di depan mata," katanya.

Menurutnya, ketika ini mereka sekeluarga sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital sebelum membawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan.

"Jenazah tiba di Hospital Kuala Kubu Baharu sekitar pukul 4.30 petang tadi. Kita jangka jenazah akan dikebumikan di Kuala Lipis," katanya.

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihati sentiasa peka dengan keselamatan diri dan anggota keluarga ketika melakukan aktiviti air di kawasan Hulu Selangor bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. — Majoriti


https://majoriti.com.my/berita/2 ... emas-di-batang-kali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 08:43 PM | Show all posts
NASIONAL

Isteri dapat tarik suami, anak tapi mereka tiada respons – Sepupu

Oleh Muhammad Azizul Osman

5 May 2024





KUALA KUBU BAHARU – Mangsa lemas, Arif Fadzil Abdul Saleh, 43 dipercayai nekad untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya daripada lemas, kata seorang kenalan Allayarham.

Katanya,  Arif  dan isterinya, Azimah Azaha berkhemah di kawasan tersebut sejak pagi tadi.

“Kejadian bukan disebabkan kepala air, tapi bapa cuba selamatkan dua anaknya yang lemas. Anak lelakinya yang lemas dahulu dan kemudian anak perempuan ingin membantu.

“Melihatkan keadaan itu, bapanya yang berada di tepi sungai terus terjun untuk membantu,’’ katanya ketika ditemui di luar Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini.

Selain Arif Fadzil, turut terkorban ialah dua anaknya, Damia, 9, dan Malik, 6 tahun.

Menurut kenalan mangsa, Arif dan isterinya menetap di Kuala Lipis dan mempunyai sembilan orang anak termasuk dua mangsa.

Mayat tiga beranak lemas dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu.

Dalam pada itu, sepupu mangsa yang dipanggil Juliza berkata, Azimah sempat menarik badan Arif Fadzil dari tepi sungai.

“Apabila nampak suaminya timbul dulu, dia menarik Allahyarham ke darat dan memberikan bantuan CPR tetapi mangsa tidak memberikan respons.

“Isteri mangsa juga nampak dua anaknya timbul dan menarik mereka ke tepi sungai namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa,’’ kata Juliza.

Tambah Juliza, ketika kejadian tiada individu lain di kawasan perkhemahan tersebut,  hanya mereka sekeluarga yang berada di kawasan tersebut.

Jenazah Arif Fadzil dan kedua-dua anaknya akan dibawa pulang ke Kuala Lipis untuk proese pengebumian. – MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2024 ... ada-respons-sepupu/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 08:46 PM | Show all posts


  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2024 08:51 PM | Show all posts
'Arwah seorang periang, ringan tulang bantu orang lain'

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my



AHLI keluarga mangsa berkumpul di Hospital Kuala Kubu Baharu. FOTO NSTP


Hulu Selangor: "Arwah datang ke sini untuk beriadah memandangkan dia mempunyai perniagaan di sini," kata Mohd Azri Azahar,39.

Dia adalah abang ipar kepada Arif Fadzil Abdul Saleh ,43 yang mati lemas bersama dua anaknya berusia sembilan dan enam tahun di Sungai Balak, Jalan Genting Lama -Batang Kali di sini, hari ini.

Mohd Fazri berkata, mereka sekeluarga tinggal di Kuala Lipis dan hanya datang ke Batang Kali untuk menjalankan perniagaan motosikal klasik.

"Hari ini mereka ingin beriadah namun tidak sangka kegembiraan mereka sekeluarga bertukar tragedi.

"Saya mendapat berita berhubung kejadian selepas dimaklumkan adik saya yang juga isteri kepada arwah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Baharu.

Menurutnya, bapa kepada tujuh anak itu disifatkan sebagai insan yang suka membantu orang lain.

"Arwah adalah anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang yang periang dan ringan tulang bantu orang lain.

"Saya tidak sempat bertemu arwah ketika Aidilfitri lalu kerana arwah ke Jepun untuk urusan perniagaan," katanya.

Terdahulu, tiga beranak yang beriadah pada hari cuti hujung minggu di Sungai Balak, Jalan Genting Lama- Batang Kali di sini ditemui meninggal dunia dipercayai lemas.

Ketiga-tiga mangsa itu dikenal pasti sebagai Arif Fadzil Abdul Saleh ,43 serta dua anaknya dikenali sebagai Damia 9, dan Malik, 6 tahun.

Disiarkan pada: Mei 5, 2024 @ 7:26pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ng-bantu-orang-lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya si mak, hilang anak2&suami
dah la fmly depa je ada time tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:04 PM | Show all posts
‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd family mangsa..smoga kuat teruskan idop dgn ank bongsu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu, srdihnya.... Dalam ke sungai tu?..... Bahaya betul mandi manda di situ
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
hrp si ibu kuat ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat isteri, ibu dan keluarga.
Paling sedih bila isteri tu sendiri tgk dan tarik jasad suami dan anak anak dia. Semoga dikuatkanlah dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ke sungai kat air terjun ni. Biasa batu2 jer aku tengok. Area dalam2 tu dekat bawah batu2 besar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya baca, sekelip mata hilang suami & 2 anak
Selangor pun bnyk tempat hujan aje hari2 skrg, elakkan lah berkelah kat sungai2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.720949 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list