CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15594|Reply: 23

[Tempatan] Laporan UNICEF Majoriti kanak-kanak keluarga B40 di KL hidup dalam kemiskinan...bertentangan kenyataan kerajaan kemiskinan telah diselesaikan?

[Copy link]
Post time 8-5-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Hampir 95 peratus kanak-kanak daripada daripada isi rumah keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur dilaporkan hidup dalam kemiskinan.

Berdasarkan laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, data tersebut merupakan hasil tinjauan daripada 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

Pakar Ekonomi dan juga Felo Penyelidik di Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, daripada peratusan tersebut, 40 peratus dilaporkan tinggal dalam isi rumah yang di bawah garis kemiskinan.

“Kemiskinan relatif merupakan satu metrik penting yang menggambarkan kemajuan taraf hidup yang seharusnya mengiringi pertumbuhan ekonomi.

“Walaupun kadar kemiskinan relatif isi rumah secara keseluruhannya berkurangan, turun daripada 92 peratus sebelum pandemik kepada 78 peratus, kemiskinan relatif dalam kalangan isi rumah diketuai wanita dan kanak-kanak masih lagi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di Wisma E&C Bukit Damansara pada Rabu.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Dasar Sosial Unicef ​​Malaysia Dr Juanita Vasquez Escallon, Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli dan Penyelidik kanan, DM Analytics, Maryam Halim.

Kajian itu merupakan kesinambungan daripada projek Keluarga di Pinggiran (FOE). Semasa pandemik Covid-19, UNICEF dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNFPA) menjalankan kajian longitudinal kaedah campuran empat fasa semasa dan selepas pandemik.

Sampel kajian terdiri daripada 501 isi rumah dengan hampir 30 peratus daripadanya adalah responden yang pernah ditemu bual untuk projek FOE.

Selain itu, terdapat sampel tambahan 254 isi rumah, terutamanya isi rumah yang diketuai oleh wanita.

Sementara itu, ujar Muhammed, meskipun kebanyakan ketua isi rumah sudah kembali bekerja dan pendapatan keluarga bertambah baik namun, kadar kemiskinan masih lagi tinggi.

“Kemiskinan masih tinggi pada kadar 41 peratus pada Oktober 2023, namun jatuh sedikit berbanding 45 peratus pada Mac 2021.

“Walaupun kemiskinan tegar di Kuala Lumpur hampir sifar, ia masih lagi menjadi isu penting dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

“Kadar kemiskinan tegar bagi isi rumah diketuai orang kurang upaya adalah 17 peratus, sementara isi rumah diketuai wanita adalah 10 peratus dan tujuh peratus bagi semua kanak-kanak,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 11:28 PM | Show all posts
data tersebut merupakan hasil tinjauan daripada 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

Sampel kajian terdiri daripada 501 isi rumah dengan hampir 30 peratus daripadanya adalah responden yang pernah ditemu bual untuk projek FOE.

terdapat sampel tambahan 254 isi rumah, terutamanya isi rumah yang diketuai oleh wanita


sembang kemain dengan title dan bunyi nye cam bagus dan siap dengan event nya sekali.....

kita ingatkan data dari setiap murid sekolah satu malaysia ni.... jadahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:29 PM | Show all posts
Rasanya kerajaan bukan kata kemiskinan ditamatkan tapi kemiskinan TEGAR. Hardcore abject poverty.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:07 AM | Show all posts
transparency mmg penting
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi buat survey kat kawasan rumah perpendapatan rendah, dah sedia maklum la derang kurang berkempuan. Satu rumah 2 bilik tapi anak 7 mak pak low income cleaner guard etc.  What do you expect duduk rumah council, anak2 ni hidup mcm anak2 t20 ke.  Sekarang pun mcm2 bantuan dpt dr kerajaan, so nak suruh buat apa lagi? Bg rm6k a month bantuan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah b40 bkn ka sememangnya semikin? Takkan b40 tiber idup kaya raya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 09:09 AM | Show all posts
95% kanak kanak dari keluarga b40 hidup dlm kemiskinan,
jd 5% lagi dari kalangan keluarga b40 xmiskin la,
anak aku dikalangan 5% tu la kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:34 AM | Show all posts
walanon waliwat berhempas pulas nampaknya nak menegakkan kertas yang basah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-5-2024 07:42 AM
Kalau dah b40 bkn ka sememangnya semikin? Takkan b40 tiber idup kaya raya..

Tengok pada sitiasi dan tempat sis, klau kt kl nih gaji 9k pun blh jatuh b40
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:55 AM | Show all posts
Biasalah itu jika pihak kerajaan yang berkuasa selalu menyembunyikan semua sampah di bawah karpet agar dipandang BERHASIL ..... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 ni ke yang jalan2 berpeleseran merempit tengah malam di tengah2 KL?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 9-5-2024 09:42 AM
Tengok pada sitiasi dan tempat sis, klau kt kl nih gaji 9k pun blh jatuh b40

if u said 9k kategori b40, byg kan betapa ramai nya berpendapatan isi umah bawah 5K... dh bole buka kategori C40 ni...

kesian rakyak msia yg terpaksa merantau di KL/Selangor demi mencari rezeki..

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 9-5-2024 10:18 AM
if u said 9k kategori b40, byg kan betapa ramai nya berpendapatan isi umah bawah 5K... dh bole buk ...

Tinggal di Kelantan ni kalau setakat nak kerja level bangla gaji level bangla boleh la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
buat la survey jumlah kanak-kanak yang tak sekolah... baru tahu situasi sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 9-5-2024 10:18 AM
if u said 9k kategori b40, byg kan betapa ramai nya berpendapatan isi umah bawah 5K... dh bole buk ...

Betul la sis....loan umah, loan keta, minyak, maintenance, toll, parking sebulan x cukup 5k....blm campur blnja umah, anak2 sekolah lg. Aritu kan ada mp pembangkang gaji puluh ribu ckp diorg jd b40 kalau nuart x bagi duit peruntukan kawasan parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 9-5-2024 09:42 AM
Tengok pada sitiasi dan tempat sis, klau kt kl nih gaji 9k pun blh jatuh b40

Tgk lifestyle mcm mana.. nak berjimat cermat voley jahh.. tapi kena kekang napesu la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Unicef ni bengap sgt ke tak reti beza antara miskin dgn miskin tegar (hardcore poverty)??

Yg kjaan dok pumpang2 nk hapuskan skrg ni ialah miskin tegar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tidak survey di gomen and private schools... Survey di lowcost housing area memang begitu.. If survey di high end housing area result akan ber beza
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:13 PM | Show all posts
Firenzza replied at 9-5-2024 11:02 AM
Betul la sis....loan umah, loan keta, minyak, maintenance, toll, parking sebulan x cukup 5k....blm ...

yang jadi MP ni kadang kesian jugak, terutamanya yang kurang atau takda buat side income. Sebab biasanya orang kawasan dia akan datang mintak duit bantuan kat dia, nak taknak terpaksa hulur duit sendiri sebab duit peruntukan dah habis untuk tujuan sama. Lainlah geng amno eh tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:18 PM | Show all posts
In denial ??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080145 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list