CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1944|Reply: 6

Bella Astillah Kunci Mulut Soal Permohonan Maaf Terbuka Ruhainies – ‘Saya Nak Fokus Perbicaraan Mahkamah’

[Copy link]
Post time 9-5-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bertindak kunci mulut tentang permohonan maaf secara terbuka daripada Ruhainies susulan kontroversi yang turut membabitkan penyanyi, Aliff Aziz.

Menurut pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia hanya mahu memberi fokus terhadap perbicaraan di mahkamah dan karier seninya.

"Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik."

Disoal mengenai hubungan dengan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut.

"Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu."

Susulan kes yang masih berjalan di mahkamah, Bella dinasihati oleh peguam untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan fokus kepada kerjanya sahaja.

"Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam."

"Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik."

Terdahulu, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella melalui perkongsian dibuat dalam Instagram Story dan menerusi temu bual Melodi.

Permohonan maaf itu dibuat dipercayai selepas pendedahan ‘screenshot’ perbualan oleh Sarah yang mendakwa Aliff dipergunakan oleh Ruhainies.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ini kena gemuk sikit. Kalau terlalu kurus mata kedalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 10-5-2024 01:12 AM

Itulah sebaiknya, kalau tak nanti lagi panjang lagi la cerita.
Ikutkan dr awal dia mmg nak selesaikan semuanya kat mahkamah je tu pasal diam je tp nak wat cemana dapat kawan dan laki yg ermmm agak benak memandai2 plak duk plan itu ini.
Kemudian muncul plak penyondol tersakiti duk tumpahkan teh sana sini.
Harap minggu depan takda la muncul sorang lagi claim penyondol tersakiti juga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts


Cantik mata anak pompuan dia nih, jenis cheeky gituh
Si abang boleh tahan sweet yaa risau plak akak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 9-5-2024 10:58 PM
Dia ini kena gemuk sikit. Kalau terlalu kurus mata kedalam.

Muka penat tu kot nampak sibuk je dia ke sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 02:32 PM | Show all posts
acik2 dah mula bosan  dan menyampah dgn 4 ketul yakni kemek, kemut, kote kecik, bedak cina..benang pun dah tak ramai.. iols sedari pompuan ni dicurangi kali pertama pun dah tak kenan nak komen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2024 03:43 PM | Show all posts
Kurex replied at 10-5-2024 02:32 PM
acik2 dah mula bosan  dan menyampah dgn 4 ketul yakni kemek, kemut, kote kecik, bedak cina..benang p ...

Bukan bosan, dah takde benda nak ulas, rilek je la sampai perkembangan baru.

Takkan nak ulang2 benda sama mcm kaset rosak. Kat porem ni banyak kaset rosak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 1.263809 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list