CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6577|Reply: 15

[Tempatan] Isteri buntu fikirkan nasib keluarga selepas suami maut tiba-tiba dihempap pokok

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Nor Pahidah Mat Zaman (kanan) bersama anaknya melihat gambar kenangan bersama Allahyarham suaminya yang maut dalam kejadian dihempap pokok. - NSTP/Faiz Anuar





SHAH ALAM: Balu Allahyarham Md Rizal Atan yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Ahad lalu memberitahu pemergian suaminya secara tiba-tiba membuatnya seperti 'jatuh terduduk'.

Nor Pahidah Mat Zaman, 43, berkata ketika ini, beliau masih cuba menerima pemergian suaminya serta memikirkan masa depan anak-anaknya yang masih bersekolah.

"Saya memang tak boleh nak fikir apa-apa lagi (perancangan selepas pemergian suami) kerana sebelum ini saya memang mengharapkan sumber pendapatan daripada suami sebab saya tidak bekerja dan suri rumah sepenuh masa.

"Sekarang hendak bekerja pun umur sudah 43 tahun tambahan pula saya ada anak kecil berusia empat tahun.

"Bila dia pergi, saya ibarat jatuh terduduk kerana urusan perbelanjaan rumah serta anak-anak diuruskan Allahyarham. Apa sahaja yang saya lakukan selepas ini adalah untuk anak-anak," katanya ditemui di Seksyen 24 hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan Allahyarham suaminya.

Katanya, bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak juga akan digunakan sebaiknya untuk persekolahan empat anaknya yang berusia empat hingga 19 tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini hadir menziarahi keluarga Allahyarham Md Rizal.

Mohd Sabirin berkata, sebaik melihat berita Allahyarham meninggal dunia dalam insiden pokok tumbang itu, pihaknya segera membuat semakan jika keluarga mangsa menetap di Selangor.

Keluarga terima bantuan LZS bawah kategori fakir

"Mangsa meninggalkan seorang balu dan empat anak dan berdasarkan bancian, LZS mendapati keluarga ini layak menerima bantuan di bawah kategori fakir.

"Dalam masa terdekat ini LZS memberikan bantuan kecemasan berjumlah RM500 dan sedikit bantuan makanan sementara untuk keluarga ini.

"Daripada bancian seterusnya yang dilaksanakan pagi tadi, pihak kami mendapati keluarga ini layak untuk bantuan lain seperti bantuan kewangan bulanan berjumlah RM500; bantuan sewa bulanan yang mana kami masih menunggu maklumat lanjut dan bantuan makanan bulanan.

"Ini adalah bantuan terkini yang telah dikenal pasti yang dapat disalurkan kepada keluarga Allahyarham," katanya.

Beliau berkata, LZS juga sedang melihat bantuan pendidikan yang layak diberikan kepada anak-anak Allahyarham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik anak pompuan arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la psl pompuan kn keje.. Klu laki x mati kn sondol.. Haishhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkeso blh dapat ni....

Pd aku balu ni lebih terbela nasib sbb akn dpt mcm² bantuan dari ibu tunggal yg bapak masih hidup tapi satu sen pun tak bg nafkah.... Nk dpt nafkah kena turn naik mahkamah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni la kan thread sebelah dpt perkeso sepanjang hayat rm3400, anak2 pun dpt fot asing.
cukup dah tu utk kelangsungan hidup dia+anak2 mcm2 bantuan dapat hasil daripada suami dia bekerja sebelum ni.
rezeki suri rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje la kak oi.. 43 tu tak tua mana lagi, kuat sihat lg untuk bekerja. Sampai bila nak harap bantuan, banyak mana sgt pun. Kena hidup bawah kemampuanla klu sekadar nak harap bantuan, klu rajin bekerja mesti dpt beri lebih utk anak2. Bukan sikit anaknya 4 org tu.. budak makin besar makin banyak makan belanja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf ye tp bkn si mati bawa kete mercedes ke? Takkan x beli insurance nyawa? Iols yg mcm ni x kahwin lg pun beringat ada coverage insurance nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 12-5-2024 12:24 AM
Maaf ye tp bkn si mati bawa kete mercedes ke? Takkan x beli insurance nyawa? Iols yg mcm ni x kahwin ...

Dia kan keje pemandu. Mercedes tu bukan kereta dia..kete companya katanya. Masa kejadian dia OTW nak pergi ambil client company dia katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 12-5-2024 12:57 AM
Dia kan keje pemandu. Mercedes tu bukan kereta dia..kete companya katanya. Masa kejadian dia OTW n ...

Ohh ye ke. Baru tau. Semoga dipermudahkan keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti kompeni ada bagi pampasan & insurance
nak pulak keje yg dekat dgn boss2

umo 43 bukan tak bole start keje
mmg org simpati dgn nasib kau tapi bukan tua nau sampai tak bole dpt keje
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni ada anak kecik umur 4 tahun dan ada yang sekolah. Kalau akak ni keja, anak2 kena hantar transit dan nursery dan jugak transporter. Kos jejak 1.5k  kalau akak keja biasa2 pun tak pastilah berapa yang tinggal lepas tolak itu ini.

Semoga mudah urusan dan rezeki akak dan anak2 akak. Pelan2 kayuh nak mulakan kehidupan baru tanpa suami dan ayah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
agaknya ni stetmen sbelum dia dpt duit socso tu kot. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Faedah socso bulanan kan akan dapat nanti.

Anyway, lepas abis edah nanti, try la cari mana2 lobai pejuang poligami. Kut2 depa sanggup. Takkan lah ostad pung pang pung pang dalam ceramah cerita bab kawin dua hanya pilih istri yg cantik2 saja??... sila practice la what u preach dgn janda beranak pinak camni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Faedah Penakat Perkeso balu ni dpt rm3000sebulan, with is bnyak la pada aku utk 4org anak.
Dengan bntuan zakat lagi bulan2
Persekolahn anak2 tentu2 cikgu2 akan beri keutamaan.
Yg sulung pun dh 19thun, sementara nak tunggu smbung study bawa2 la cari kerja sementara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh claim perkeso tu..sementara tu kena cari la kerja..tp mmg blank suri rumah nak start balik kerja dgn anak kecik ada tu agak sukar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.916837 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list