CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 1

[Jenayah] Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Foto Bernama





PUTRAJAYA: Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi penggal 2024-2026 pada Sesi Ke-28 Persidangan Negara-Negara Pihak Konvensyen Senjata Kimia (CSP-28) di The Hague, Belanda, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Penggal berkenaan akan bermula dari 12 Mei 2024 hingga 11 Mei 2026, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

"Majlis Eksekutif itu yang terdiri daripada 41 negara anggota OPCW, berperanan penting bagi mengawal selia operasi Sekretariat Teknikal (Technical Secretariat) OPCW serta memastikan pelaksanaan dan pematuhan yang berkesan terhadap Konvensyen Senjata Kimia," kata Wisma Putra.

Menurut kementerian itu, kejayaan pemilihan semula Malaysia ini mencerminkan komitmen teguh dan sumbangan aktif negara bagi membantu OPCW memenuhi mandatnya dalam melaksanakan larangan senjata kimia serta memelihara keamanan dan keselamatan global.

"Malaysia merakamkan penghargaan kepada negara-negara anggota OPCW di atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada Malaysia," katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya selaku Ahli Majlis Eksekutif OPCW selama lima penggal, termasuk penggal terkini bagi tahun 2022–2024.

Malaysia melalui Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia, bersedia bekerjasama dengan negara-negara anggota dan Sekretariat Teknikal untuk memacu agenda dan matlamat pertubuhan itu untuk kemaslahatan manusia sejagat, katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. sapa lagi yg terpilih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.133504 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list