CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2057|Reply: 5

[Tempatan] Sarawak kaji potensi sagu ganti beras jadi sumber karbohidrat

[Copy link]
Post time 13-5-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak kaji potensi sagu ganti beras jadi sumber karbohidrat

https://www.freemalaysiatoday.co ... sumber-karbohidrat/

FMT Reporters
13 May 2024, 02:11 PM


Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn berkata hasil penyelidikan awal saintis CRAUN Research Sdn Bhd mendapati pati sagu hampir menyamai rasa nasi. (Gambar Envato Elements)

Penanaman sagu di Sarawak bermula awal 1880-an dan negeri itu kini pengeksport terbesar tepung sagu di dunia.

PETALING JAYA: Sarawak sedang mengkaji potensi sagu menggantikan beras sebagai sumber karbohidrat, kata Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata CRAUN Research Sdn Bhd giat menjalankan penyelidikan, dengan saintis syarikat milik kerajaan negeri itu sejak tahun lalu mendapati pati sagu hampir menyamai rasa nasi.

Menurutnya, penyelidikan lanjut masih dijalankan CRAUN Research untuk menilai potensi sebenar sagu sebagai sumber karbohidrat utama.

“Penyelidikan itu akan memberi peluang kepada kita untuk menangani keselamatan makanan selain mencari sumber karbohidrat lain bagi menggantikan beras.

“Usaha oleh CRAUN Research juga akan mempelbagaikan produk sagu,” katanya menurut Harian Metro dalam ucapan penggulungan kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Penanaman sagu di Sarawak bermula awal 1880-an dan ia kini antara komoditi perdagangan pertanian utama negeri itu, dengan pekebun kecil menyumbang 92% daripada anggaran kawasan tanaman seluas 32,329 hektar.

Kawasan utama penanaman sagu di Mukah, Betong dan Sarikei, dengan pekebun kecil masih bergantung kepada pendekatan penanaman tradisional.

Sarawak merupakan pengeksport terbesar tepung sagu di dunia dan 37,884 tan kanji sagu bernilai RM78.29 juta dieksport ke Semenanjung Malaysia serta Jepun sebanyak 51.27% dan 35.47% jumlah isi padu eksport pada 2020.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pulak sagu naik harga lepas ni.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti kartel sorok sagu pula.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 13-5-2024 03:48 PM
Nanti kartel sorok sagu pula.

Kartel sorok ubi kayu jugak.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaun tak berani ke nk kondem menteri Swak ni mcm dorg kondem cadangan makan ubi kayu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:32 PM | Show all posts
baguslah,good for them. yalah kalau beras naik harga ka apa kat sana sure salah orang malaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 164564 Replies : 3953
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5116 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8429 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26723 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.442870 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list