CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6324|Reply: 1

[Dunia] Maldives terima amaran hutang IMF susulan lebih banyak pinjaman China muncul

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Maldives terima amaran hutang IMF susulan lebih banyak pinjaman China muncul

https://www.bharian.com.my/dunia ... nyak-pinjaman-china

Mei 13, 2024 @ 10:18pm


Logo Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelihatan di luar bangunan ibu pejabatnya di Washington. - Foto REUTERS

MALE: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran kepada Maldives terhadap bebanan hutang yang terus meningkat hari ini, berikutan negara kepulauan terkenal itu kelihatan bersedia untuk meminjam lebih banyak daripada pemiutang utama China.

Sejak memenangi jawatan tahun lalu, Presiden Mohamed Muizzu mengubah orientasi negaranya, yang terkenal dengan pusat peranginan pantai mewah serta dihadiri ramai selebriti.

Bulan lalu, partinya memenangi pilihan raya Parlimen selepas berjanji untuk membina beribu-ribu pangsapuri, menuntut semula lebih banyak tanah untuk pembangunan bandar dan menaik taraf lapangan terbang, dengan semuanya akan mendapat pembiayaan China.

Tanpa menamakan pemberi pinjaman utama kepulauan itu, IMF berkata, Maldives kekal berisiko tinggi menghadapi masalah hutang luaran dan keseluruhan tanpa perubahan dasar ketara.

"Unjuran yang menunjukkan ketidakpastian adalah tinggi dan keadaan mungkin bertambah merosot, termasuk daripada penyatuan fiskal yang tertangguh serta pertumbuhan lebih lemah dalam pasaran sumber utama untuk pelancongan," kata IMF dalam satu kenyataan.

IMF menggesa Maldives meningkatkan hasilnya dengan segera, mengurangkan perbelanjaan pinjaman luar untuk mengelakkan krisis ekonomi lebih besar.

Maldives sebuah negara kecil dengan 1,192 pulau-pulau di sepanjang 800 kilometer (km) merentasi khatulistiwa, namun secara strategiknya, ia melintasi laluan perkapalan antarabangsa yang penting.

China menjanjikan lebih banyak pembiayaan sejak kemenangan Muizzu tahun lalu, yang mengadakan lawatan negara ke Beijing sejurus selepas beliau mengambil alih kuasa.

Data rasmi menunjukkan hutang luar negara Maldives mencecah AS$4.038 bilion (RM19.1 bilion) tahun lalu, kira-kira 118 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat hampir AS$250 juta (RM1.18 bilion) daripada 2022.

Sehingga Jun 2023, Bank Eksport-Import China memiliki 25.2 peratus daripada hutang luar Maldives selain menjadi pemberi pinjaman tunggal terbesar negara itu, menurut angka dikeluarkan Kementerian Kewangan Maldives.

Jirannya yang turut dibebani hutang, Sri Lanka, gagal membayar hutang asingnya pada 2022, selepas krisis pertukaran asing yang membawa berbulan-bulan kekurangan makanan dan bahan api.

Lebih 50 peratus hutang dua hala Sri Lanka dibuat dengan China dan negara kepulauan itu masih bergelut untuk menyusun semula pinjamannya dengan bantuan IMF.

Selepas tidak dapat membayar pinjaman besar China untuk membina pelabuhan di selatan, Sri Lanka membenarkan sebuah syarikat China mengambil alih kemudahan itu dengan pajakan selama 99 tahun pada 2017. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 08:58 AM | Show all posts
banyak betul duit pelabur dari China, semua negara dia boleh bagi pinjaman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051214 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list