CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5143|Reply: 12

[Dunia] Separuh mangsa yang maut dalam serangan Israel adalah pejuang Hamas - Netanyahu

[Copy link]
Post time 14-5-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Separuh mangsa yang maut dalam serangan Israel adalah pejuang Hamas - Netanyahu

https://www.bharian.com.my/dunia ... dalah-pejuang-hamas

Mei 14, 2024 @ 3:08pm


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam satu platform siaran audio mendakwa, separuh mangsa yang dibunuh tenteranya adalah pejuang Hamas.

Kenyataan Netanyahu itu secara langsung cuba menafikan statistik jumlah korban orang awam yang diberikan oleh pihak berkuasa di wilayah Palestin.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas, sekurang-kurangnya 35,091 orang terbunuh di wilayah itu selama lebih tujuh bulan perang oleh Israel.

Netanyahu dalam temu bual 'podcast Call Me Back' semalam, mendakwa jumlah kematian di Gaza sebenarnya adalah sekitar 30,000 orang dengan pejuang Hamas menyumbang hampir separuh daripada jumlah itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berulang kali menyuarakan kebimbangan mengenai jumlah kematian orang awam.

Ketua Hak Asasi PBB, Volker Turk, turut memberi amaran dalam satu kenyataan bulan lalu mengenai kanak-kanak yang menjadi mangsa paling ramai dalam perang itu.

Bagaimanapun, perkara itu tidak diterima Netanyahu, malah dia menegaskan kepada pengendali pod, Dan Senor, bahawa Israel 'mampu mengekalkan nisbah orang awam kepada pejuang yang terbunuh... (kepada) kira-kira satu kepada satu'.

"Seramai 14,000 terbunuh, pejuang dan mungkin sekitar 16,000 orang awam turut terbunuh," katanya.

Dia memberikan angka yang sama pada Mac lalu sewaktu diwawancara Politico, yang mana pada tempoh itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah korban sekurang-kurangnya 31,045 orang.

Netanyahu ketika itu mendakwa jumlah terbabit termasuk 13,000 pejuang dan bilangan orang awam adalah jauh rendah daripada 20,000 mangsa.

Kenyataan terbaru pemimpin Zionis itu dibuat sewaktu tekanan lebih kuat daripada pembekal utama bekalan ketenteraan Israel, Amerika Syarikat (AS), berhubung jumlah korban Palestin akibat perang.

Washington menghentikan penghantaran 3,500 bom dan Presiden AS, Joe Biden, memberi amaran akan turut menghentikan bekalan peluru meriam dan senjata lain jika Israel melakukan pencerobohan berskala penuh ke atas Rafah, di mana lebih sejuta orang berlindung. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke?


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:36 PM | Show all posts
Dia kira sekali penyokong or sympathizer sebagai reserve kot.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Make sense. Mungkin definisi pejuang hamas bagi mereka adalah semua lelaki yang berumur antara 18  hingga 90 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dengar kat tiktok Mehmet kalo Yahud ni kalah lawan Mujahideen,dia org akan bantai rakyat Palestine...gitu la dia org bt dr dl..bl rakyat kn bantai dia org Tau Mujahideen menang lawan Zionist...nak dgr ckp si setanyahu ni 1000 dia ckp sejuta x leh caya...dia org spesis memutar belitkan fakta...dia je terpaling2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kira bodoh lah tentera yahudi ni (dan kejam juga). Tentera isreal x reti berperang sbb org awam lebih ramai mati bbanding hamas. obviously aim org awam bbanding tentera musuh. PBB x tgk ke statistik yg dikeluarkan sendiri israel ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamas tak hamas, mangsa nye most of them  are civilians, including women and children. It is also somewhat naive to think that, given what Israel has done since its establishment and the actions of settlers who have taken the homes of Palestinians and evicted them from their ancestral lands, the people would just sit back and relax without retaliating
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
PBB harapkan bimbang je la manjang pastu bg amaran...pastu ulang lg amaran tegas. ujung2 tgl debu je la gaza dok la beramaran sampai sudah.

sbb perang nak kutip pejuang hamas ujung2 civillian lg ramai mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde siapa percaya kata Netanyahu. A big white lies.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:50 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-5-2024 09:36 PM
Dia kira sekali penyokong or sympathizer sebagai reserve kot.

Collateral damage jer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata² kosong yg keluar dari mulut set*nyahu demi menutup perbuatan keji dia dan orang² suruhan dia. Separuh??? Hampir kesemua penduduk gaza dah syahid.. awat tak claim je semua palestin tu hamas. Takpe, pertolongan Allah tu sgt dekat. Wait & see
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:24 PM | Show all posts
perempuan, kanak2 tu pejuang HAMAS..
orang bodoh dengan muka babi je percaya dgn kata2 kau setanyahu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Reti mengira ke tak? Satu dua tiga empat dan seterusnya. Repeat after me.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.242637 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list