CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3977|Reply: 2

[Tempatan] Isu kasino: Anwar Ibrahim pertahan tindakan terhadap Bloomberg

[Copy link]
Post time 15-5-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Isu kasino: Anwar pertahan tindakan terhadap Bloomberg

https://www.malaysiakini.com/news/705538

Diterbitkan:  May 14, 2024 11:29 PM
Dikemaskini: 11:29 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan mengambil tindakan terhadap organisasi media perniagaan, Bloomberg berhubung laporannya berkenaan ada rundingan dengan beberapa taikun untuk membuka sebuah kasino di Forest City di Johor.

Menurut Anwar, dia telah mengambil "pendirian tegas" terhadap laporan itu kerana Bloomberg tidak merujuk pihak kerajaan untuk membuat semakan fakta berhubung dakwaan sumbernya.

Selain itu, ia turut mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dan isu tersebut telah dimainkan pembangkang.

"Sebab itu saya ambil (pendirian), tetapi tiada sesiapa ditangkap atau media diharamkan.

"Ia hanya proses bertanya soalan, dan saya fikir kita melangkah ke hadapan (daripada isu itu)," katanya dalam sebuah forum ekonomi di Doha, Qatar.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara Bloomberg, Haslinda Amin berhubung perkara itu.

Bloomberg juga menjadi penganjur forum itu.

Anwar berkata lagi, tiada keperluan untuk Malaysia mengeluarkan lesen kasino yang kedua dan kerajaan tiada rancangan untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, katanya lagi, tumpuan Malaysia terhadap transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI) memadai untuk memacu pertumbuhan negara di masa akan datang.

Terdahulu, Bloomberg memetik sumber sebagai mendakwa, Anwar telah bertemu pengasas Berjaya Corp Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting untuk membincangkan tentang membuka sebuah kasino di Forest City.

Laporan itu juga mendakwa wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut hadir dalam pertemuan itu. Sultan Ibrahim adalah pemegang saham dalam projek Forest City.

Laporan itu serta-merta dinafikan Anwar dan polis turut menyoal siasat sekurang-kurangnya seorang wartawan Bloomberg susulan laporan polis yang dibuat Berjaya.

Sementara itu, menjawab kritikan berkenaan pelaksanaan reformasi yang perlahan, Anwar berkata perubahan radikal hanya akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.

Katanya, sebab itu reformasi yang diperkenalkan oleh banyak negara di Eropah gagal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la kemain marah. Dia pun kena petik nama rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tindakan apa yg diambil terhadap bloomberg? 'pendirian tegas' apa terhadap laporan tu?

"Sebab itu saya ambil (pendirian), tetapi tiada sesiapa ditangkap atau media diharamkan. Ia hanya proses bertanya soalan, dan saya fikir kita melangkah ke hadapan (daripada isu itu)," ...ntah apekebende la yg dia gebang ni, walanon2 pun terus kagum memuji2 politikus pujaan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.794692 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list