CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Pertama kali kampung ini dilanda ribut macam ini’

29-4-2024 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5431| Komen: 7

Description: SUNGAI PETANI – Seorang nenek menempuh detik cemas apabila terpaksa berlari keluar dari rumah sambil mendukung cucunya ketika angin kencang menerbangkan bumbung rumah di Kampung Telok Wang Kechil dal ...

SUNGAI PETANI – Seorang nenek menempuh detik cemas apabila terpaksa berlari keluar dari rumah sambil mendukung cucunya ketika angin kencang menerbangkan bumbung rumah di Kampung Telok Wang Kechil dalam mukim Sungai Pasir, di sini petang tadi.

Menurut Hasma Dan, 65, kejadian berlaku ketika dia baru sahaja memandikan cucunya, Muhammad Naiz Husair Muhammad Ashraf Naim, 3.

“Sebelum ribut melanda, awan bertukar gelap dan disertai dengan angin kencang yang sekelip mata mengangkat bumbung dapur.

“Dalam keadaan kelam kabut, saya sambil mendukung cucu menjerit kepada ahli keluarga lain supaya keluar dari rumah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, ribut kemudian disusuli dengan hujan lebat menyebabkan barangan elektrik dan perabot basah.

“Saya bagaimanapun bersyukur kerana kami selamat dalam kejadian ribut yang kali pertama melanda kampung ini dalam tempoh 60 tahun.


“Malam ini kami menumpang berteduh dan tidur di rumah saudara di kampung ini dan berharap kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, sekurang-kurangnya lapan buah rumah rumah di lima kampung di daerah Kuala Muda rosak dalam kejadian ribut.

Kejadian melibatkan masing-masing sebuah rumah di Kampung Berapit, Kampung Telok Wang Besar, Kampung Telok Wang Kechil dan Kampung Kuala Dahanan manakala di Kampung Seri Gading, Jeniang dekat sini melibatkan empat rumah.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, kesemua rumah tersebut mengalami kerosakan apabila bumbung rumah diterbangkan angin.

“Pemeriksaan pihak kita selepas kejadian mendapati kesemua penghuni di lapan rumah berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kita sentiasa bersiap siaga dan sedang mengemas kini pusat pemindahan sementara (PPS) di semua kawasan terlibat,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian sama sebanyak enam gerai menjual jagung yang terletak di kaki Gunung Jerai, dekat sini rosak dibadai ribut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam daerah Yan, Leftenan (PA) Zul Izzi Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6 petang tadi.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati kesemua gerai yang terletak di tepi jalan persekutuan itu rosak teruk termasuk ada bumbungnya diterbangkan angin. Tiada laporan kecederaan diterima,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 29-4-2024 01:49 PM
dunia dah makin tua..sekali kemarau kaw2...tiba2 esoknya banjir
Quote Samerosie 29-4-2024 02:53 PM
Inigo-Montoya replied at 29-4-2024 01:49 PM
dunia dah makin tua..sekali kemarau kaw2...tiba2 esoknya banjir

Hello. My name is Inigo Montoya. You killed my father. Prepare to die.
Quote Samerosie 29-4-2024 02:55 PM
Kalau ribut2 macam ni, is it safer to stay indoor? Dah la bawa cucu budak2 kecil lari keluar tiba2 kena pula benda2 yg tengah melayang tu macam zink ke.  Kalau negera2 yg selalu kena typhoon ni, dia suruh berlindung dlm bilik yg tak de window etc.
Quote kotakbaju 29-4-2024 03:04 PM
Samerosie replied at 29-4-2024 02:55 PM
Kalau ribut2 macam ni, is it safer to stay indoor? Dah la bawa cucu budak2 kecil lari keluar tiba2 k ...

Ooo maksudnya rumah diorang dah dibina satu bilik khas untuk berlindung dari ribut topan nih.

Bilik tu buat kat underground ke
Quote Samerosie 29-4-2024 03:06 PM
kotakbaju replied at 29-4-2024 03:04 PM
Ooo maksudnya rumah diorang dah dibina satu bilik khas untuk berlindung dari ribut topan nih.

Bi ...

Eh tak rumah macam biasa cuma you perasan tak kat US mesti ada macam basement.  So either you turun ke basement atau dinasihatkan berlindung dalam bilik yg tengah atau yg tak bertingkap.  Usually bilik ayor le kan. Mungkin bilik yg tak bertingkap ni kurang la bahaya kut benda2 tajam nak pecah macam kaca tingkap pastu tercucuk pula orang.
Quote kotakbaju 29-4-2024 03:21 PM
Samerosie replied at 29-4-2024 03:06 PM
Eh tak rumah macam biasa cuma you perasan tak kat US mesti ada macam basement.  So either you turu ...

Ooo macam tu ye. Iols ingatkan bilik yang tak berbumbung dengan takde tingkap. so bilik bawah tanah la kan
Quote tungkai 29-4-2024 03:36 PM
Sebijik mcm rumah kawan aku kat Melaka dulu kena. Tak pernah2 ada ribut kuat sekali kena habis bumbung semua terbang. Nasib baik dinding dgn tapak rumah kuat, kalau tak, yg tu licin kena sapu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061005 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top