CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff, wanita bertopi tular, Sarah dakwa itu perempuan paling ‘fake’

29-4-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12698| Komen: 30

Description: Kejutan demi kejutan, nama pelakon Aliff Aziz terus meledak selepas tular sekeping foto dilihat menaiki sebuah bas bersama seorang wanita dipercayai di Singapura semalam.

Kejutan demi kejutan, nama pelakon Aliff Aziz terus meledak selepas tular sekeping foto dilihat menaiki sebuah bas bersama seorang wanita dipercayai di Singapura semalam.

Foto itu mula tular selepas seorang pengguna TikTok menghantar ‘bahan panas’ tersebut kepada kekasih Aliff iaitu Sarah Yasmine yang sedang membuat siaran langsung.

Dalam foto tersebut, lelaki yang dipercayai Aliff dilihat memakai baju-T berwarna hitam manakala wanita berbait memakai topi dan berkaca mata hitam.

“Sejujurnya saya tahu siapa perempuan itu dan dia juga seorang penipu.

“Wanita berkenaan warganegara Singapura dan bukan seorang selebriti, hanya orang biasa,” katanya.

Tanpa mendedahkan identiti, Sarah turut menyifatkan wanita tersebut sebagai talam dua muka.

“Dia perempuan terpaling fake (berpura-pura).

“Tak perlu pakai topi dan cermin mata, saya akan dedahkan awak nanti,” katanya lagi.


Berdasarkan perkongsian individu tersebut, foto itu dipercayai dirakam sekitar pukul 10 malam di Singapura.

Meskipun diasak netizen, Sarah kekal dengan pendirian enggan mendedahkan identiti wanita tersebut walaupun dia mengenalinya.

Ujarnya, hanya dia, Bella Astillah dan Aliff yang mengenali wanita tersebut.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan panas apabila wanita itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan mereka bercinta, selain aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella.

Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.

Bukan hanya Ruhainies, pelakon Sophia Albarakbah turut diheret dalam drama tersebut apabila didakwa masih ‘melayan’ Aliff sehingga Mac lalu. Malah mereka juga dikatakan saling berhubungan menerusi akaun Instagram palsu yang dicipta sendiri.

‘Drama’ semakin panas apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas aktor tersebut mengaku hanya mengenalinya sebagai peminat namun Sarah mengatakan hubungan mereka lebih daripada itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 29-4-2024 09:18 AM
Sape pempuan tu? Sarah ckp pakai topi pakai mask ingat org tak kenal ke? Masa gamba alip cium dia tu dia pakai topi dgn mask kan
Quote anilanil 29-4-2024 09:31 AM
This time you have no receipt sarah. Aiols husnuzon dak alep naik bas tgh riki-riki kerja kosong. Dak pompuan tu hanyalah domestic helper yg gi outing kebetulan naik 1 bas ngan dak alep.
Quote lightheaded67 29-4-2024 09:34 AM
muka lapar tutt pun kata hensem.
Quote HelgaPataki 29-4-2024 10:21 AM
Lah dia ni yg gelabah pasaipa hahaha
Quote gorjeous 29-4-2024 11:11 AM
Pempuan disini berganyang berebutkn dia. Dia disana lek lek jeee dating naik bas. ha ha ha..
Quote marchikobonzo 29-4-2024 11:34 AM
Apasal kelabu asap sangat sebelah alep tu?
Quote airmineral 29-4-2024 11:41 AM
gigihnya sarah weii
buat terus la karangan yg penuh siap2

bila alep nak kawen dgn runis dan sara ni
sapa jadi no.1 dan no.2
Quote shinyoung 29-4-2024 11:48 AM
Retis ke idok gadis itu. Itu je nk tahu. Haha
Quote Shayang 29-4-2024 11:55 AM
Kenapa naik bas kenapa tak bawak keta
Quote virgocircus 29-4-2024 12:00 PM
Shayang replied at 29-4-2024 11:55 AM
Kenapa naik bas kenapa tak bawak keta

Kat Spore tu kan..
Naik bas lagi better dari drive..
Quote _blackbird 29-4-2024 02:32 PM
Edited by _blackbird at 29-4-2024 02:34 PM
Shayang replied at 29-4-2024 11:55 AM
Kenapa naik bas kenapa tak bawak keta

keta kan plat my, warga singapore & pr holder tak boleh drive in / out singapore guna selain plat sg nokkkk... tak lepas border. bella mesti la dah tamau jadi drebar ke sg. keta pon ntah2 bella dah ambil semula.

sarah pon tak boleh nak drive keta bini bagi, ermmm best choice soh ruhanat jadi drebar bawak alip masuk hihihihi
Quote syamzana 29-4-2024 03:21 PM
dah sampai kg halaman si alep ni. yg najis2 ditinggalkan di sini masih berbau tak hilang2 lagi. untung larrr blh lari balik naik bas org pun tak brp nak kenal agaknya kat sana. kalau kat kolumpo ni mau kene baling ngan tong gas dah
Quote chandrahusin 29-4-2024 03:24 PM
Alip aman2 berteman
pempuan yg bkn bini dia plk tu
terpaling terlebih panas
Quote kucingitam 29-4-2024 03:44 PM
terpaling tau semua perkara pompuan ni... pastu perempuan tu terpaling fake.. aku rasa terpaling fake tu hah jantan yang kau rebut tu..
Quote lyshafull 29-4-2024 03:46 PM
So bila sarah nk diam ?
Mmg la aliff tu banyk salah
Tapi dia pun ade personal space
Hang sape nk dedahkan org
Mmg patt kene sound dgn nedim bangang2 je la
Hang meroyan ke aliff x pilih hang
Quote lyshafull 29-4-2024 03:48 PM
Hang sibuk cakap org lain fake
Dh tu hang x fake ke ?
Dont acah2 suci sedgkan hang pun fake
Sesuka simpan receipt

Kalo iols kawan dgn dia, dia la org plag kene hati2
Suka2 hati screenshot personal convo
There are reason why it personal
Hang sesuka hati sebar mcm hang suci sgt

Quote chinta89 29-4-2024 03:54 PM
“Wanita berkenaan warganegara Singapura dan bukan seorang selebriti, hanya orang biasa,” katanya.


ok bukan Haneesya ex Dewi remaja yahhhh spt yg diperkatakan
Quote gideoncross 29-4-2024 08:16 PM
lyshafull replied at 29-4-2024 03:48 PM
Hang sibuk cakap org lain fake
Dh tu hang x fake ke ?
Dont acah2 suci sedgkan hang pun fake

Ni lah cara org yg x famous nak jdi famous, dri x kenal jdi kenal, nnti adalh jdi plakon bila nama dh d petik
Quote gideoncross 29-4-2024 08:21 PM
lyshafull replied at 29-4-2024 03:46 PM
So bila sarah nk diam ?
Mmg la aliff tu banyk salah
Tapi dia pun ade personal space

Dh tntu mroyan sbb AA x pilih dia

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.475467 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top