CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Daripada Kahwin Sampai Cerai Satu Haram Tak Bagi. Biawak Hidup Ni Kan!” – ‘Tweet’ Ubai Raih Perhatian, Cakap Pasal Siapa?

29-4-2024 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14210| Komen: 91

Description: Hantaran pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai meraih perhatian dan mengundang persoalan warganet selepas dia meluahkan rasa marahnya terhadap seseorang.

Hantaran pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai meraih perhatian dan mengundang persoalan warganet selepas dia meluahkan rasa marahnya terhadap seseorang.

Menerusi hantaran itu, Ubai dilihat meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Tidak menyebut sebarang nama, Ubai bengang apabila individu yang dimaksudkan memberi alasan yang tidak masuk akal.


"Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab bekas isteri sudah kahwin. So, tanggungjawab anak sudah berpindah kepada suaminya."

Bahkan, lebih membuatkannya ‘panas hati’ apabila niat untuk membantu disalah erti dan dituduh pula menggunakan duit si isteri.


Ubai turut mendedahkan individu tersebut culas menjalankan tanggungjawab serta menyediakan tempat tinggal, makan minum dan nafkah sebelum ini.


"Dulu bekas isteri tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli. Eh, geram pula aku."

Berdasarkan kenyataan tersebut, Ubai dipercayai meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap bekas suami Shila Amzah dan bapa kepada Seth Uwais.

Untuk rekod, Shila dan Haris Idraki mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun bercerai pada 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais yang bakal menginjak usia 5 tahun pada Ogos ini.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zehra2 29-4-2024 01:29 PM
tak yah ungkit ler ubai. kot shilalat yg ckp tkpe. itu mak kandung seth.
kawin mak, jd ler bapak yg baik pd anak dia
Quote emera 29-4-2024 01:29 PM
Mmg dulu silah kawin dgn biawak ke? Ingatkan berkerjaya. Kemain dok uk nun.
Quote KamikuP 29-4-2024 01:42 PM
Ex laki shilalat ni mat salleh rejek ke mcm bekas suami Leina hangat.. ekekekek
Quote LoveSungmin 29-4-2024 01:51 PM
zehra2 replied at 29-4-2024 01:29 PM
tak yah ungkit ler ubai. kot shilalat yg ckp tkpe. itu mak kandung seth.
kawin mak, jd ler bapak yg  ...

i pun rasa benda² macam ni should come from silah, bukan ubai..
Quote irvene 29-4-2024 02:00 PM
aik hari tu hal adik lalat suh dediam settle tepi je dgn family. now dia pulak bukak pekung family. ke dia tak pernah buat statement pasal family lat dulu?
Quote liesa10987 29-4-2024 02:09 PM
me thinks ubai triggered sbb orang tuduh dia ditanggung bini and maybe came from the biawak itself hahahaha
Quote vanillaninja 29-4-2024 02:09 PM
Haris Idraki ni kerja apa chuols? Tak kan sejak azali jadi biawak hidup? Masa duk UK dulu heols buat apa?
Quote BoongaKertas 29-4-2024 02:16 PM
dulu gah betul kan ex silah ni. ke mmg biawak dari dulu tp silah jer tutup aib ex nya?
Quote jiwakacau06 29-4-2024 02:19 PM
dia layak la marah...dia  tanggung ank tiri...pastu di tuduh guna duit bini sara ank tiri...
Quote jihyomelly 29-4-2024 02:27 PM
tak tahan kot sbb dia muda kawin lak shilalat yg fames so dia pun kena cop bewak..hangin la si mumbai..ni iols speku je hehehe
Quote talapia 29-4-2024 03:03 PM
ok je dia nak berbunyi... dia laki sha kot..
si ex tu amik kesempatan kat sha.. of course la Ubai berhak bising..
walaupon RM350 tu sah2 tak cukup utk tanggung anaknya si Seth tu.. tapi itu tanggungjawab dia.. mana boleh lepas tangan..

Memangla si Sha mampu sangat2 nak tanggung Seth.. even pak tiri dia si Ubai tu pon mampu la tanggung Seth walau nampak bbnu je.. tapi pak kandung dia tak boleh amik kesempatan
Quote _blackbird 29-4-2024 03:11 PM
ex laki silah kerja apa? ke mmg jenis jate taguna, bila rajin kerja, bila malas berenti kerja. ermm ok pulak ya nd lalat dan bekas bini nya terima biawak, bukan diorg berdua ni high expectation ke pada menantu hantu?
Quote doubleA 29-4-2024 03:15 PM
So ko jadilah bapak/suami terbaik utk lalat dan anak lalat. Biar lalat jela merentan it’s their past marriage. Semoga perkara tu tak membalik pada ko
Quote sismarkonah 29-4-2024 03:23 PM
jiwakacau06 replied at 29-4-2024 02:19 PM
dia layak la marah...dia  tanggung ank tiri...pastu di tuduh guna duit bini sara ank tiri...

setuju dan rasanya mungkin dia dapat je permission dari shilah untuk post benda ni, kadang ada jenis manusia kalau cakap pakai wasap, cakap elok2 dia ayam-ayamkan kita, kena setepek public baru reti malu
Quote SedihPedih 29-4-2024 03:28 PM
iols baca kt TT mmg si ex tu bermasalah. Dulu kerja kerani ajeww, tp jenis kerja sekejap lepas tu berhenti. Mmg lemau org gini... patut mak bapak dia x patut kasi anak dia kawin sb sah2 le biawoks idop.

Quote weezerfan 29-4-2024 03:33 PM
Kesian plak shilalat ni kena bully dek family termasuk ex laki.bagus gak si ubai ni menceceh..bg sentap sikit ex laki bewak dia tu
Quote wannoorazlina 29-4-2024 03:39 PM
kenapa pulak ubai tak layak nak bersuara? dia meluahkan apa dia rasa..
dah dia tanggung anak tu, dia pulak kena fitnah..
patutnya bapak budak tu kalau dah tak nak bertanggungjawab, dok dendiam..
jangan dok mengata fitnah orang yg bela anak hang..
shila pun maybe terlalu penat nak layan kerenah ex dia..dia pun dok preggy..
Quote zehra2 29-4-2024 03:55 PM
moga rumahtangga shilalat aman² saja. ungkit mengungkit ni tk bagus. tmbh lg nk dpt anak sendiri.
Quote sukanyanyi 29-4-2024 03:58 PM
Edited by sukanyanyi at 29-4-2024 03:59 PM

iols rasa normal je kalo laki/bini baru ada rasa tak puas hati kat bini/laki punya ex. bila ada isu mcmni, sedap la hambur. n iols rasa ok je kalo ubey yg bisingkan hal ni..nampak protektif n macho gitu. n mmg elok kalo silalah tak bising2 sendiri...lagi sebulan nak branak; takmola stress2 gado2 ngan sape2 lg kalo bleh. ok la tu ubey bisingkan bg pihak. plus, heols mesti stress pikir sikit ari lagi kena tanggung anak sendiri plak, so mesti la nak ex kpd bini bg kerjasama jugak jalankan tggjwb dia. sian sila n ubey. smoga dipermudahkan urusan..

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051012 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top