CARI-IIN Publish time 17-5-2016 11:03 AM

Kenapa Janda Sering Dipandang Hina Di Mata Lelaki?

Oleh Izzah Abbasy
Tiada siapapun menginginkan perkahwinan berakhir dengan kekecewaan dan penceraian. Lebih-lebih lagi apabila orang yang diharap dapat melindungi kita hingga ke akhir hayat beralih kasih kepada yang lain.

Bergelar janda tatkala anak-anak masih kecil pasti perit untuk ditanggung oleh wanita. Terpaksa menggalas dua tanggungjawab sebagi ibu dan juga bapa.

Namun, semua itu adalah ujian Allah yang harus diterima dengan reda. Sungguhpun begitu, ramai lelaki memandang hina terhadap janda. Kenapa ya?

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/17/110159t9lc31bhzv3d6yhb.jpg

1) Hanya tempat persinggahan

Mulut lelaki, manisnya hanya sementara, pedihnya sampai mati akan terasa. Itulah yang berlaku apabila lelaki menjalinkan perhubungan dengan janda. Manis permainan cinta yang dilakukan mereka.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/17/110200sl8vjbzlvvb8b5rj.jpg

2) Anggap janda sudah memiliki anak tak layak untuk dijadikan isteri

Tidak berhajat hendak bernikah apabila janda memilki anak lebih daripada seorang. tiga. Hina dan buruk bukan anggapan mereka.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/17/110159sftkye1kztjwpy61.jpg

3) Tak layak untuk bahagia

Bagi mereka janda tidak ada tempat untuk hidup bahagia seperti orang lain. Itulah perangai lelaki, bila suka dipuja, bila benci dikeji. Begitulah lelaki melayan wanita yang bergelar janda. Tak semua, tapi majoriti.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/17/110159cvax6xeps2rvxxbm.jpg

Buat para lelaki yang mempunyai sikap sebegini, jangan mudah menganiaya wanita, khasnya bekas isteri. Juga kepada lelaki yang pandai menabur janji tetapi memungkirinya.

Sesungguhnya ketentuan Allah tidak siapa tahu, mungkin Allah akan kurniakan lelaki yang lebih baik dari sebelum ini, yang boleh menjaga dan menjadi imam keluarga untuk wanita yang bergelar janda dan anak-anak hingga ke syurga.

Jangan salahkan diri sendiri, sebaliknya jangan putus berdoa agar ditemukan jodoh yang baik. - CARI Infonet

sarahmirza Publish time 17-5-2016 11:25 AM

Are u sure? Berapa ramai lelaki bujang yang berkahwin dengan janda?

Gue lebih pasti, perempuan berstatus isteri yang lebih ramai memandang hina seorang janda.

zameyla Publish time 17-5-2016 11:27 AM

Bukan dipandang hina oleh lelaki,
tetapi dipandang hina oleh kaum wanita sendiri...(sesetengah je la...:lol: )

prettyuglybabe Publish time 17-5-2016 11:31 AM

sarahmirza replied at 17-5-2016 11:25 AM
Are u sure? Berapa ramai lelaki bujang yang berkahwin dengan janda?

Gue lebih pasti, perempuan...

agree... yang selalu menghina janda adalah perempuan bergelar isteri..
tengok kat forum sudah..

cmf_premierleag Publish time 17-5-2016 11:33 AM

Bab anak tu lak, mmg ada lelaki yg takmo anak tiri...maybe sbb zaman skang ekonomi pun mcm hanjeng
So agak beban le kalo nak kene sapot anak tiri tu skali
Unless la kalo janda tu mmg kaya raya...duit no hal
Zaman skang sumenye pakai duit hocccaaayyy

4everMore Publish time 17-5-2016 12:08 PM

Sapa la nk jd janda..mane ade seorg wanita kahwin dgn tujuan jd janda/balu.
Schoolmate sy syg sgt kt bapak tiri (ms kawen bapak tiri die bujang) sbb mmg cool orgnya n pilot mas. Hidup happy je smpai kawen pun my fren x kua 1 sen.

FARRAZOOL Publish time 17-5-2016 01:56 PM

Tu haa..Zain Saidin gilerkan Che Ta..janda 2 org anak

MariaClara Publish time 17-5-2016 04:48 PM

sarahmirza replied at 17-5-2016 11:25 AM
Are u sure? Berapa ramai lelaki bujang yang berkahwin dengan janda?

Gue lebih pasti, perempuan...

yer btol tu...

sebenarnye yg memndang hina J adalah kaum wanita sendiri..jgn x percaya...

MariaClara Publish time 17-5-2016 04:50 PM

prettyuglybabe replied at 17-5-2016 11:31 AM
agree... yang selalu menghina janda adalah perempuan bergelar isteri..
tengok kat forum sudah..
yg bujang pon ade...terang2 cakap tanpa selindung..mcm la dia confident akan dtg lps dia kawen dia x akn janda...eekekkekeke

UmbrellaCorps Publish time 17-5-2016 05:56 PM

biaq betui.. lelaki lagi besaq bijik mata tengok janda....
aku cuma ;Pmeluat tengok janda2 yg dok selfie tak habis2 kat facebook ngan insta ja...

Lagubestbest Publish time 17-5-2016 07:23 PM

Aku okay je ngan janda2 di luar sana :P

Nham22 Publish time 17-5-2016 08:20 PM

I rase pandangan serong tu lebih kepada pandangan parent lelaki tu... mesti parent lelaki question byk sgt kenape pilih janda...bukan dara...

sarahmirza Publish time 17-5-2016 10:16 PM

prettyuglybabe replied at 17-5-2016 11:31 AM
agree... yang selalu menghina janda adalah perempuan bergelar isteri..
tengok kat forum sudah..

Kan... Baca di forum shj cukuplah. Selain isteri orang, segelintir andartu pun pandang serong dengan janda. Lagi2 janda beranak yang bernikah dengan lelaki bujang. :$

sarahmirza Publish time 17-5-2016 10:18 PM

MariaClara replied at 17-5-2016 04:48 PM
yer btol tu...

sebenarnye yg memndang hina J adalah kaum wanita sendiri..jgn x percaya...

Percaya sahaja. Kalau ada yang tak percaya, mereka kena rajin baca thread di FD. Eheh

revoc Publish time 18-5-2016 12:03 AM

knpa nk bukak trid cenginih

prettyuglybabe Publish time 18-5-2016 10:53 AM

MariaClara replied at 17-5-2016 04:50 PM
yg bujang pon ade...terang2 cakap tanpa selindung..mcm la dia confident akan dtg lps dia kawen dia ...

ada je.. tapi tak seramai bini orang..
takut benar janda kacau laki mereka tu..
lagi satu kalau thread bermadu..
lagi meriah :lol::lol:

ms_furby Publish time 18-5-2016 11:32 AM

pompuan banyak yg takut bila dia tau husband dia ada kawan dengan janda..for me...me tau limit2 dia...diaorg sangat sinis sampaikan me ckp, ehh..dont worry...i know he is your husband...i x ambek laki org..no worries ok...padahal kami 1 office..biasa la..berkawan ja kan...urusan keja...sedih gila..sebelum ni kawan jugak dengan bujang dan bukan me mintak utk dpt bujang tp parents diaorg banyak yg x setuju...kenapa nak judge me?diaorg takut me abeskan duit anak bujang diaorg...puiii....anak bujang diaorg pun ade yang x de kete langsung..ade yg pakai kancil jorkkk...cuba la tnya me keja ke x..ape2 yg patut ditanya..ni x...dengar janda anak sorang terus x setuju..pangkah terus...hahahah...im ok with that..maybe 1 day me akan dapat org yg boleh terima me dan anak bujang me seadanya...org kt luar slalu kata, kenapa x cari duda?nak buat mcam mana kalau dah anak bujang yg banyak nak berkawan..yang berkenan kt me..x kan la mau dicop di dahi iols nak cari duda ja sebab iols janda?gituu?x paham aku pikiran otodok org tua²...muda pun ada setengah² cmm tu...

yprat Publish time 18-5-2016 12:26 PM

Kalau janda xde masalah pon, tapi mana yg ada anak tuh, aku mmg tak minat la, walau apa2 pun, aku mmg avoid seboleh2nya janda yg ada anak, x suka anak tiri, my personal preference and opinion.

Emperor95 Publish time 18-5-2016 04:37 PM

Biasanya perempuan yang bergelar isteri takutkan janda. Bimbang janda akan kebas suami mereka. Kebiasaan yang hina janda ini adalah golongan perempuan juga.

Mentaliti ini masih wujud sehingga sekarang

purpledesire Publish time 20-5-2016 09:26 PM

nape nak pandang hina plak.? kita nie mulia sgt ker sampai nak menghina orang lain.?
Pages: [1] 2
View full version: Kenapa Janda Sering Dipandang Hina Di Mata Lelaki?


ADVERTISEMENT