mereng_jr posted on 11-6-2004 05:26 PM

Dr Julai -- Gigi tanam & Bridging

Kat sini ada doktor gigi ke?

Aku ada masalah sikit.
Aku ni kira cute tapi gigi aku tak cantik langsung. Aku eksiden masa 10 tahun lepas dan banyak gigi aku rosak.. gig bawah elok lagi, gigi atas banyak yang dah pecah dan dah rongak pun.

Itu hari aku jumpa satu doktor gigi, dia cadangkan aku cabut semua gigi atas tu dan ganti gigi palsu. Memula aku setuju jer. Tapi bila aku balik rumah, aku terfikir nanti tak cun lak pakai gigi palsu ni... nak makan pun susah dan malu lak.

So aku nak tahu ler, kalau tak silap aku ada kan gigi palsu yang ditanam satu persatu so dia kekal kat situ tak yah nak cabut dan rendam dalam air waktu malam?

Kalau ada camtu, agak agak kos dia berapa sebiji? AKu punya gigi kena buat dalam 7-8 batang gak tu.


Terima kasih daun kelapa sawit

[ Last edited by DARSITA at 15-8-2005 02:10 PM ]

Acong posted on 11-6-2004 05:51 PM

satu batang gigi dalam harga RM300 ke atas dan mungkin lagi mahal mengikut jenis gigi yg ditanam.........

ayu_ludo posted on 11-6-2004 07:39 PM

mama ludo ggdia banyak yg tanam..sbb nak kasi 'teratur n cantik'...
so..satu gg dia wat dlm 200 lebey..banyak gak..atas semua gg dia tanam..bawah pun yg depan..

Ice_Q posted on 12-6-2004 04:52 PM

Originally posted by Acong at 2004-6-11 05:51 PM:
satu batang gigi dalam harga RM300 ke atas dan mungkin lagi mahal mengikut jenis gigi yg ditanam.........

Acong, awak doktor gigi ke?
Boleh tak ice nak tanyer sket??

1. When i was 11, ice gie cabut gigi kat doktor.
Kebetulan gigi susu tu goyang, selepas X-ray,
doktor tu cabut my tooth..
Masalahnyer..sampai sudah..12 tahun berlalu..
gigi tak tumbuh-tumbuh...Uwaaa...naper aaa?
Kurang satu geraham sayer...

2. Lagi satu gigi geraham pulak..gigi susu dah tercabut,
tumbuh gigi kekal..tetiba, a few years back..tumbuh
pulak lagi satu gigi geraham kat tepi dia (berlapis).
Apsal pulak tetiba leh jadi cam ni?

3. Since satu geraham missing..izzit possible
gigi yg lain tu makin rengang..maksudnya makin
jauh jaraknyer antara satu sama lain? Because i found
out that the tooth (next to the missing one) dah
change places..dah berjalan dan take over tempat yg kosong tu..

Paham ke idak aper yg ice citer nie??? :(
Aper kena ngan gigi-gigi aku ni..sumer bertempiaran
ke sana sini :gila:

[ Last edited by Ice Q on 12-6-2004 at 04:54 PM ]

ayu_ludo posted on 13-6-2004 07:59 PM

Originally posted by Ice Q at 12-6-2004 04:52 PM:


Acong, awak doktor gigi ke?
Boleh tak ice nak tanyer sket??

1. When i was 11, ice gie cabut gigi kat doktor.
Kebetulan gigi susu tu goyang, selepas X-ray,
doktor tu cabut my tooth..
Masa ...

baguslah tu ice kalau dia tak tumbuh :P

ludo punya gg geraham bongsu tumbuh tapi pandai2 je dia menghala ke arah yg senget..yelah mungkin tak cukup ruang kan...

kalau datang masa dia sakit tu ...mmg lagi sakit dr PMS...

dentist plak kater kena wat minor operation...tp tak buat2 lagi...takut :gila:

rani posted on 13-6-2004 11:05 PM

Originally posted by ayu_ludo at 13-6-2004 07:59 PM:


baguslah tu ice kalau dia tak tumbuh :P

ludo punya gg geraham bongsu tumbuh tapi pandai2 je dia menghala ke arah yg senget..yelah mungkin tak cukup ruang kan...

kalau datang masa dia saki ...

same with me.

nak operate? takmo la. takut bila tengok root elevator
yg doktor guna utk cungkil gigi tu keluar. so far, no problem.
biarkan je la.

mizelly posted on 14-6-2004 10:09 AM

setahu saya.. kalo kita beragama islam ni.. tanam gigi tu.. kalo meninggal dunia nanti kena cabut gigi tu.. cam susuk gak le...

balqis_alleesya posted on 14-6-2004 02:58 PM

kalu gigi jarang cam ner nak buat yer????

mereng_jr posted on 14-6-2004 07:02 PM

Ada sapa sapa yang kenal dentist yang bagus yang boleh buat gigi tanam tu ke? yang murah ler sikit.
Boleh tak rekemen kat aku?

Acong posted on 15-6-2004 10:32 AM

Originally posted by Ice Q at 12-6-2004 03:52 PM:

Paham ke idak aper yg ice citer nie??? :(
Aper kena ngan gigi-gigi aku ni..sumer bertempiaran
ke sana sini :gila:
paham laa.... :bgrin:

Originally posted by Ice Q at 12-6-2004 03:52 PM:

Acong, awak doktor gigi ke?
Boleh tak ice nak tanyer sket??
bukan, but aku try jawab gak....!

Originally posted by Ice Q at 12-6-2004 03:52 PM:

1. When i was 11, ice gie cabut gigi kat doktor.
Kebetulan gigi susu tu goyang, selepas X-ray,
doktor tu cabut my tooth..
Masalahnyer..sampai sudah..12 tahun berlalu..
gigi tak tumbuh-tumbuh...Uwaaa...naper aaa?
Kurang satu geraham sayer...
gigi geraham susu?! gigi susu takde gigi geraham laa... seingat aku laa.... tu gigi kekal tu!

Originally posted by Ice Q at 12-6-2004 03:52 PM:

2. Lagi satu gigi geraham pulak..gigi susu dah tercabut,
tumbuh gigi kekal..tetiba, a few years back..tumbuh
pulak lagi satu gigi geraham kat tepi dia (berlapis).
Apsal pulak tetiba leh jadi cam ni?
pasal kemungkinan besar ko ader 2 set gigi.... menda nie kira quite normal gak.... sib baik gigi aku okay! hehe!

Originally posted by Ice Q at 12-6-2004 03:52 PM:

3. Since satu geraham missing..izzit possible
gigi yg lain tu makin rengang..maksudnya makin
jauh jaraknyer antara satu sama lain? Because i found
out that the tooth (next to the missing one) dah
change places..dah berjalan dan take over tempat yg kosong tu..
yes..........! pi laa order satu gigi palsu! hehe!

nuralisa posted on 15-6-2004 11:26 AM

i pun ada 4 batang gigi geraham bungsu...
semuanye menyenget...
2 batang kat bawah kiri kanan i dah cabut...
mula2 2 batang kat atas tak tumbuh abih...
skrg dah tumbuh abih..dia menyeget..
dah rasa macam ada makanan terlekat celah gigi..
padahal..itu gigi i yang terkeluar...
tension gak..
nak cabut takut gak..sebab ada yang kata nnt
effect mata...:(

mizelly posted on 15-6-2004 11:44 AM

order jgn tak order

drjulai posted on 14-5-2005 08:31 AM

Originally posted by Acong at 15-6-2004 10:32 AM:




gigi geraham susu?! gigi susu takde gigi geraham laa... seingat aku laa.... tu gigi kekal tu!


err..correction. Gigi susu ada geraham. dua pulak tu
kes ni maybe gigi kekal dia dah impacted, oleh bone or maybe another tooth.
Yang pasal geraham naik berlapis tu banyak sebab. Antaranya is cabutan gigi susu awal sangat or your arch ( bahagian gusi n tulang yang gigi tumbuh tu ) kecik untuk tampung pertumbuhan gigi yang normal. Ertikata lain, tak cukup ruang.


:ah:

cabutan gigi takde yang ada effect kat mata. Mungkin in small cases temporary macam yang saya post kat previous post saya but it will go away lepas ubat bius tu hilang kesan dia.

[ Last edited by drjulai on 14-5-2005 at 08:33 AM ]

Aquagirl posted on 15-5-2005 03:44 AM

saje nak manambah

Aku pun baru dpt info dr dentist.. cabutan gigi tak de effect kat mata...

ajis_kg posted on 16-5-2005 10:53 AM

sori... mencelah skit.. leh rekemen tak klinik area k.l nih yg wat tanam gigi geraham lebih murah skit n good quality.. lagi 1, ssesape tau tak psl matikan sel gigi, maksud i... bile kite matikan sel gigi rase cam pakai gigi palsu gak cuma stiil gigi asal n bile nak rosak kite tak rase ape2 n sakit pon.. any komen?

drjulai posted on 16-5-2005 02:04 PM

saya rasa apa yang ajis maksudkan tu is rawatan kanal akar atau RCT. Rawatan ni bukan matikan sel gigi tapi 'mati' kan saraf dalam gigi. Actually nya istilah 'matikan' saraf pun tak betul sebab sebenarnya kita keluarkan segala saraf dan salur darah kecik dalam kebuk pulpa dalam gigi kita.

lepas keluarkan semua tu, dentist akan shapekan bentuk kanal akar dan masukkan tampalan. Gigi lepas rawatan ni rasa dia bukan macam gigi palsu tapi dia rasa macam gigi biasa la. Cuma disebabkan kita dah keluarkan saraf dia so gigi tu takkan sakit.

[ Last edited by drjulai on 16-5-2005 at 03:41 PM ]

ajis_kg posted on 16-5-2005 02:33 PM

oic.. drjulai.. err.. tanye skit.. berapa anggaran kos kalu wat 4 gigi termasuk 1 geraham kat klinik swasta.. thanks

drjulai posted on 16-5-2005 03:51 PM

huii.. susah sket nak jawab sebab harga dia berbeza bergantung kat klinik yang berbeza. Yang saya tau ada sesetengah klinik letak harga rm 200-300 sebatang. Tu pun ikut bilangan canal gigi yang di buat RCT ni. Mungkin kat KL mahal lagi kot.
Kalau u rasa mahal, you try buat kat kerajaan,RCT for each tooth plus permanent filling harganya rm6 saje..tapi kena tanya dulu la,sebab sesetengah klinik kerajaan tak buat sebab tak cukup material

uda posted on 25-7-2005 02:47 PM

"Bridging' Gigi

Tanya sikit.Bridging gigi tu macamana.Betul ke kalau nak buat  sebatang gigi, tapi involve 3 batang (2 act as a bridge), so kena bayar utk. 3 batang.Sebatang cost rm500, jadi jumlah kena rm1500.Ada tak tampat yang murah nak buat bridging ni selain drp kerajaan?

Thanks.

[ Last edited by uda on 25-7-2005 at 02:51 PM ]

drjulai posted on 25-7-2005 07:03 PM

betul tu. w/pun nak ganti 1 je gigi, but it involves cutting the neighbouring teeth. harga dia jadi untuk 3 gigi sebab , porcelain or metal  yg akan digunakan akan ganti gigi yg hilsng and also the 2 neighbouring teeth yang dah dipotong.
nak murah pegi kat ukm or um dental faculty. sebtg dalam rm 120 ,  so for bridge totalnya rm360. lebih kurang begitula.

uda posted on 26-7-2005 08:55 AM

Tak rosak ke gigi-gigi sebelah yang dipotong.Silap-silap gigi tersebut pun terabur.Baik buat root canal pula.Hanya involve gigi sebatang aje.Kes uda, rasanya gigi uda baik lagi but dentist dah cabut.Sikit punya susah nak cabut.Gigi ni cuma patah aje but dentist ni kata tak leh repair.

drjulai posted on 27-7-2005 01:47 AM

root canal tu rawatan untuk kes gigi non vital atau gigi yang dah mati sebab rosak teruk. Bridging tu rawatan untuk gantikan gigi yang takde. 2 different things. Kena paham tu dulu.

untuk buat bridge, dentist akan potong gigi bersebelahan dengan kadar yang ditetapkan la. Bukan saje saje potong suka suka. Tapi untuk pegangan atau retention bridge tu. Kalau lepas pasang bridge, and then seseorang tu tak jaga kebersihan mulut ( tak kerap berus gigi, tak floss elok2) then gigi tu memang la akan rosak. Macam gigi lain jugak.

saya rasa dentsit u takkan cabut gigi u yang patah tu sebab dia suka-suka. ada sesetengah kes di mana gigi yang dah patah teruk tak buleh buat root canal sebab isolation dari air liur tak boleh buat. Gigi susah nak cabut bukan maknanya gigi tu elok lagi, sesetengah gigi rosak teruk but still susah nak cabut sebab akar dia mungkin bengkok or atas sebab2 lain.

saya tak boleh nak buat kesimpulan dalam kes you tu patut ke tak patut gigi you tu dicabutsebab saya tak tgk sendiri kes you  tapi ni la yang saya tekankan berkali2. Kalau u pegi dentist n tak paham apa yang dia kata or buat, bertanya la.. You berhak tau. Jangan la lepas sesuatu prosedur tu dah dibuat, and then you tak puas hati or tak paham then you salahkan the dentist.kan dah terlewat tu. You should have asked first.

oki doki?

[ Last edited by drjulai on 27-7-2005 at 01:50 AM ]

uda posted on 27-7-2005 10:16 AM

Thanks drjulai.Dah tanya dah dentist ni but she's seems not that confident bila beri jawapan.Dia pulak yang leave to me whether want to make root canal or extract the tooth.She should advice me first on the consequences, then I boleh make the decision.Ni dah potong my gigi then baru nak suggest.

Anyway, I think I have to make the bridge.Fom my reading, kalau tak buat bridge akan menyebabkan 'pipi jatuh' and wrinkles.Ni yang tak mahu ni.Berapa lama baru boleh buat bridge? My extraction baru 4 hari.

drjulai posted on 27-7-2005 06:18 PM

hish..takde la kalau hilang satu je gigi pun pipi akan jatuh n cause wrinkles. Itu hanya akan happen kalau you tak de banyak gigi macam orang2 tua tu n tak ganti gigi tu ngan bridge or gigi palsu. Satu gigi yang hilang tak banyak effect. mungkin gigi  belakang ruang gigi yang dah hilang tu akan drift ke depan tapi beleive me, it wont cause wrinkles.
bridge can be done after 1 month of extraction, my dear.

effa posted on 27-7-2005 07:33 PM

doc...
//camne kita nak handle situation, di mana kita dah bitau patient what is what.. then kita soh dia buat their own decision, but at last.. dia serahkan kat kita balik soh decide untuk dia.... what is more important bila kita nak wat decision tu? mcm kes uda kan... katakan la doc dah ceta option yang dia bole buat sama ada extraction atau RCT, then patient soh kita yang decide.. apa kriteria yang kita nak lihat kat situ?
//effa tgh cuti skang ni, seminggu... but still kene gi fac, abiskan simulasi endo. hehehe.. hampeh tul.ketua jabatan operatif skang ni Dr. Jasmina.. ok la dia. baik... ;)
Page: [1] 2 3 4
View full: Dr Julai -- Gigi tanam & Bridging