mok_nik Publish time 28-7-2005 03:53 AM

4. Kecumbrang

Pokok kecumbrang merupakan pokok yang renek dengan ketinggian 2 hingga 5 meter. Batangnya tegak dan kurus. Daunnya memanjang seperti pita. Saiz daunnya adalah 40 hingga 50cm panjang dan 8 hingga 10cm lebarnya. Yang menarik adalah bunganya tumbuh dari batang yang berada dalam tanah. Warna bunganya sungguh cantik iaitu merah muda.

http://www.comfsm.fm/~dleeling/images/etlinge1.jpghttp://www.comfsm.fm/~dleeling/images/etlinge2.jpg

Kegunaan

Pokok kecumbrang mengandungi minyak yang wangi. Maka ia sering digunakan untuk menghilangkan bau ketiak atau badan.

Bunganya boleh membersihkan darah apabila bunga direbus dengan air dan airnya diminum. Sementara itu, bunganya juga boleh dimakan dengan membuat pecel dan daunnya akan digunakan untuk mencuci muka.

[ Last edited by mok_nik on 27-7-2005 at 02:55 PM ]

mok_nik Publish time 28-7-2005 04:00 AM

bersambung aaa ..letih nak cari gambar :lol

ct_og Publish time 15-8-2005 08:41 PM

Reply #9 TheOne's post

Salam...

Saya berminat dengan tanaman ubatan.... selama ini saya merujuk kepada buku/majalah, internet, tv dan orang ramai... seronok rasanya bila mengetahui bahawa tumbuhan biasa yang dilihat mempunyai nilai perubatan dan digunakan dalam ramuan ubatan tradisional dan moden...Kalau TheOne ada maklumat apa salahnya kongsi bersamakan....:)

kitul Publish time 16-8-2005 10:53 AM

Originally posted by mok_nik at 28-7-2005 03:30 AM


mok nik try search kat google..tak adala pokok ni..jenuh mencari
tapi kalau Pokok Lemak Ketam ada, Nama sains : Parsonsia helicandra

nie gambarnya

http://img20.imageshack.us/img20/1 ...
alahai mok nik ni. dari ketam guri jagi lemak ketam pulak. Sib baik bukan ketam masak lemak :2lol:

memang lee lam google tak banyak. Tolong ek?

mok_nik Publish time 19-8-2005 04:03 AM

Originally posted by kitul at 16-8-2005 10:53 AM

alahai mok nik ni. dari ketam guri jagi lemak ketam pulak. Sib baik bukan ketam masak lemak :2lol:

memang lee lam google tak banyak. Tolong ek?

tak jumpaa pokok tuh
kalau nak tengok juga lihat aje kat sarungkeris laaa:lol:lol

alibnmat Publish time 20-8-2005 06:31 PM

Baru kutahumertajam as in Bkt mertajam tu ialah sejenis pokok. Thanx mok nik!

blackpurple Publish time 8-9-2005 11:41 AM

http://www.forestry.gov.my/images/cengalterbesar1_02.jpg

Pokok Cengal Terbesar - The Malaysia Book of Records

Nama Spesies         :         'Cengal', Neobalanocarpus heimii
Ukuran         :         1,675 cm lilitan dan 65 meter tinggi
Tempat Dijumpai         :         Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu
                 

Pokok cengal terbesar dan berusia kira-kira 1,300 tahun ini ditemui di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

Pokok tersebut yang berdiri setinggi 65 meter dan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang.Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.

Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.

Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

Pokok cengal kedua terbesar pula terletak dalam kompartmen 4, Hutan Simpan Pasir Raja dan dianggarkan ketinggian 45 meter dengan ukuran lilitan 10.75 meter.

Cengal atau nama saintifiknya 'Neobalanocarpus-heimii' adalah kayu keras popular di negara ini. Kawasan taburan semula jadi terhad di Semenanjung Malaysia, Thailand iaitu Selatan Pattani dan di Indonesia.

Pokok cengal dikenali sebagai cengai di Perak, manakala di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat dikenali sebagai penak.Thailand pula mempunyai pelbagai nama iaitu thakian-cha, takhian-chantamaeo dan chi-ngamat.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik.

Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras.Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan barnis.



Sumber dari Utusan Malaysia, 9 Mei, 2001, 8 Jun, 2004 dan 12 Jun, 2004.

ct_og Publish time 9-9-2005 12:35 AM

Originally posted by blackpurple at 8-9-2005 11:41 AM
http://www.forestry.gov.my/images/cengalterbesar1_02.jpg

Pokok Cengal Terbesar - The Malaysia Book of Records

Nama Spesies         :         'Cengal', Neobalanocarpus heimii
Ukuran         :        ...


Salam...

Pokok cengal ni sekarang orang dah tanam dalam landskap... apa keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok ini dan di mana ia sesuai ditanam...?

Tsunamie Publish time 12-9-2005 08:18 AM

Originally posted by ct_og at 15-8-2005 07:41 PM
Salam...

Saya berminat dengan tanaman ubatan.... selama ini saya merujuk kepada buku/majalah, internet, tv dan orang ramai... seronok rasanya bila mengetahui bahawa tumbuhan biasa yang dilihat m ...
   
Cek same MARDI.   Ape tumbuhan yang tertua di dunia.Ape tumbuham yang paling termuda di dunia.

ct_og Publish time 12-9-2005 05:53 PM

Originally posted by Tsunamie at 12-9-2005 08:18 AM

   
Cek same MARDI.   Ape tumbuhan yang tertua di dunia.Ape tumbuham yang paling termuda di dunia.


Apa perkaitan pulak tumbuhan tertua dengan termuda dengan tumbuhan ubatan.. tak faham saya ... cubaTsunamie terang:stp:kan?

sorrowmage Publish time 18-11-2005 09:24 AM

mok_nik bole bagitau apa beza cengal emas dgn cengal yg lain? ada tak kegunaan ethnobotanikal yg direkodkan? thanx u.

Mienda_Agro Publish time 7-4-2006 11:20 AM

Nak Tumpang Bertanya

Assalammualaikum Mok Nik, teman nak tanya berkenaan prospek kayu gaharu (karas) untuk tujuan komersial. Sebab teman dah mencari artikel pasal pokok ni banyak indon punya jer . Boleh tolong ker. Makasih
Pages: 1 2 [3]
View full version: Hutan Hujan Tropika Di Malaysia Dan Kepentingannya


ADVERTISEMENT