ibnur Publish time 14-8-2004 11:37 AM

Salah satu susur galur keturunan Kesultanan Melaka.

Yang ini copy and paste.....


Sultan Mahmud Syah
Sultan Mahmud Syah II yang juga dikenali sebagai Sultan Mahmud mangkat dijulang dilahirkan pada 1675 dan merupakan cucu Sultan Alauddin Riayat Shah II, penubuh Kesultanan Johor. Menurut catatan Tuhfatul Nafis dikarang Raja Haji pemerintah Bugis, Sultan Mahmud Syah II yang sedang diusung di atas julang dalam perjalanannya untuk menunaikan solat Jumaat telah dibunuh oleh Panglima Betan, Megat Seri Rama yang membalas dendam atas kematian isterinya yang sedang mengandung akibat perintah sultan. Kematian Sultan Mahmud Syah II pada tahun 1699 menjadikan terputusnya pemerintah keturunan Melaka dan tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Abdul Jalil. Menurut Hikayat Negeri Johor serta Pahang MS, bendahara Abdul Jalil telah membunuh semua isteri Sultan Mahmud kecuali Che Mi yang lepas lari ke Minangkabau dan melahirkan Raja Kechil. Pada 21 March 1717 Raja Kechil dengan angkatan Minangkabau menyerang dan mengalahkan kerajaan Johor. Sultan Sulaiman Syah kembali merampas takhta dengan bantuan orang-orang Bugis pada tahun 1722 dan Raja Kechil berundur ke Siak dan menubuhkan kerajaan baru di Siak.

Hakcipta terpelihara 25/1/2002

AceHand Publish time 16-8-2004 03:12 AM

Errr...

Originally posted by finnie at 7-8-2004 18:20:
Dari dulu lagi nak bertanya apa sebenarnya yang terjadi pada keluarga diraja sultan melaka? dengar ceritanya yang dulu melaka tu ditawan portugis, sultan melaka terpaksa melarikan diri dengan berpi ...

http://home.doramail.com/acehand/a/AceBar.gif

Aku pun lupa yang Melaka ni takde sultan...


Jizzz... Klong! Klong!

harleena Publish time 16-8-2004 03:21 PM

Good info tentang kesultanan Perak. Memang tengah cari. Kat mana lagi nak dapat tentang kesultanan ni?

mok_nik Publish time 17-8-2004 01:20 PM

cuba harleenapergi sini ..semua ada tentang Kesultanan Perak

http://www.geocities.com/aizaris/

http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/perak.htm

harleena Publish time 17-8-2004 04:13 PM

thanks mok_nik.....

Lady Capulette Publish time 23-8-2004 08:49 PM

hmmm

battleship Publish time 24-8-2004 04:22 PM

tak lama dulu aku rasa penah kuar dlm surat khabar pasal keturunan sultan melaka nih... ader, siap gambar lagi... kat nombor plate motor diertertera DYMM sultan melaka... keujudan dier juga disah kan... memang dari keturunan raja melaka... tapi aku tak ingat dah...... sapa2 ader ingat mende nih?????

Laxamana. Publish time 24-8-2004 05:17 PM

Sultan Melaka naik moto je ke... itu lah nak minta dinobatkan kot. Anyway, relevenkah kalau Sultan diangkat semula di zaman moden ni..? Yang sedia ada pun lagikan dikurangkan kuasa...
raja berperlembagaan je... tak de kuasa sebenar pemerintahan.

finnie Publish time 4-11-2004 08:43 AM

http://www.geocities.com/aizaris/Keris_Taming_Sari.jpg

kiranya keris taming sari ni masih wujud lagi laa yer cuma ada kart perak jer...?

finnie Publish time 4-11-2004 08:46 AM

Originally posted by Laxamana. at 2004/8/24 05:17 PM:
Sultan Melaka naik moto je ke... itu lah nak minta dinobatkan kot. Anyway, relevenkah kalau Sultan diangkat semula di zaman moden ni..? Yang sedia ada pun lagikan dikurangkan kuasa...
raja berperl ...
laxmana....kalau dinobatkan semula at least satu perghormatan pada kerabat keluarga sultan melaka juga....tapi sebab sekarang kuasa tuh bukan 100% pada sultan nak buat macam mana kan...biar macam tu jer la..kalau dinobatkan semula terpaksa rombak balik kuasa....

Elise2004_111R Publish time 19-11-2004 04:39 PM

very informative!!!

HangPC2 Publish time 22-11-2004 06:51 PM

:clap:

iscol_klang Publish time 23-11-2004 11:50 PM

keris taming sari tu sebijik mcm keris taming sari dlm filem puteri gunung ledang tuh...diorang amik pattern keris ni la kot...

dulu ada kuar paper psl waris kesultanan melaka nih...dia siap tunjuk sumer bukti alat kebesaran,tp dia kata takde sapa pun percaya cakap dia...aku pun malas nak baca...ngarut je

waris kesultanan melaka mmg dah takde kt johor
kt pahang (dr waris sultan muhammad anak sultan mansur syah),dah takde sejak kesultanan pahang diamik alih oleh keturunan bendahara wan ahmad
yg kt perak skang...ada la setitik dua darahnya..dah bercampur aduk dah,bukan original

shahgti Publish time 4-12-2004 02:29 AM

Tun Saban, anak Tun Perak adalah orang yg mula2 membuka daerah Hulu Perak, area hutan Belum, Perak. Masa tu Perak tak ada raja lagi. Tun Saban pegi mengadap Sultan Mahmud di Kampar, Sumatera (dia lepak kat Kampar lepas kena halau dgn portugis dari Melaka), mintak sorang waris dia jadi sultan di Perak. So Sultan Mahmud mengurniakan puteranya Sultan Muzaffar bersama alat kebesaran diraja utk di tabal jadi Raja Perak.

Sultan Muzaffar selepas tu berkahwin dgn seorang wanita jelita (bergelar Tok Temong) yg ketika itu menjadi pemerintah sebahagian besar negeri Perak. Mengikut ceritanya Sultan Muzaffar mengikat perjanjian dgn Tok Temong iaitu Sultan Muzaffar akan memerintah sebelah kanan sungai perak & Tok Temong memerintah sebelah kiri sg perak. Makam Tok Temong ni ada di tepi sungai perak hingga ke hari ini. Aku sempat singgah ambil gambar makam tok temong masa buat xpdc Perak River Safari tak lama dulu.

Kesultanan Perak adalah satu2nya yg berketurunan Parameswara (kesultanan Melaka) yg tulen. Kerabat Johor contohnya adalah keturunan bendahara, begitu juga dgn Kerabat Pahang. Manakala Raja Perlis keturunan Syed. Kerabat Kelantan berketurunan kerabat Patani. Kalau keturunan bendahara, nama mereka bermula dgn Tengku. Manakala keturunan raja melaka, nama mrk bermula dgn Raja. Mengikut sistem kesultanan di perak, sesiapa pun kerabat Raja Perak kesemuanya berpeluang utk menjadi Sultan Perak. Namun Sultan Azlan dibawah pengaruh Bainun telah 'memusnahkan' sistem ini. Tapi memandangkan Nazrin sampai sekarang tak ada anak, kemungkinan besar sistem ini akan kembali berjalan spt dulu. Wallahualam.

shahgti Publish time 4-12-2004 02:32 AM

Sultan Melaka dah tak ada, Gabenor Melaka jer yg tinggal. satu2nya negeri Melayu yg tak beraja sekarang ni. kesian orang Melaka.

bug_vengeance Publish time 13-12-2004 11:58 PM

cool la pedang sang sapurba tu
sang sapurba tu raja kerajaan kuno kat indonesian kan ?
lupe dah aku
lama tak blaja sejarah

zy Publish time 24-2-2005 12:54 PM

Keturunan Sultan Melaka

Ingat tak..? suatu ketika dulu pernah kecoh mengenai seorang pakcik di melaka mengaku bahawa dia adalah keturunan sultan melaka...ada gambar sekali dalam surat khabar tu..ana tak ingat bila..siap bersamping dan memegang keris taming sari katanya....dan pernah buat tuntutan dgn kerajaan melaka sekrg..mengenai statusnya sebagai keturunan Sultan Melaka. Kali terakhir ana baca beritanya dia dah meninggal...kalau xsilap 2 tahun lepas..

[ Last edited by zy on 24-2-2005 at 01:02 PM ]

senyum_77 Publish time 24-2-2005 01:07 PM

Originally posted by zy at 24-2-2005 12:54 PM:
Ingat tak..? suatu ketika dulu pernah kecoh mengenai seorang pakcik di melaka mengaku bahawa dia adalah keturunan sultan melaka...ada gambar sekali dalam surat khabar tu..ana tak ingat bila..siap b ...





ada ARTIKEL @ KERATAN AKHBAR dgn GAMBAR dia tak ?


kalau ada boleh ZY Upload tak ?:tq::tq:

mok_nik Publish time 25-2-2005 01:13 AM

tajuk ini telah ada di bincangkan....nanti mok nik merger iyer ...

mok_nik Publish time 25-2-2005 01:51 AM

done
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Melayu Melaka


ADVERTISEMENT