chumpon Publish time 29-3-2006 01:53 PM

bang, kalo kau edit sikit letak kaler2 mesti lebih menarik dibaca

raj-kumar Publish time 29-3-2006 03:56 PM

yelah bang ...letak kaler oren ya:lol

baca jer la...:lol yg ptg info...hehe

peret Publish time 28-4-2006 12:16 AM

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga tewas di tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melaka.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu tersebut tetapi tidak lama kemudian, beliau diserang dan dihalau oleh Siam. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi dihalau kali ini oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri mewakili dirinya dan kemudiannya tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadikan raja.

Tidak lama kemudian, semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelandok menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Sungguh tertarik kepada kegagahan pelandok itu, beliau memutuskan membina sebuah bandar di tempat tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, Maharaja Ming.

http://ms.wikipedia.org/upload/3/3f/Islammlk.jpg

Parameswara memasuki Islam pada tahun 1414 ketika perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama kepada "Raja Megat Iskandar Shah".

Pemerintahannya itu bertumbuh dengan cergas dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di wilayah pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-fakor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

peret Publish time 28-4-2006 12:16 AM

Perkembangan Melaka

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwaris oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1446 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

peret Publish time 28-4-2006 12:17 AM

Kegemilangan Kesultanan Melaka

Pada tahun 1458, Sultan Mansur Shah (1458 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal penyelidikan Laksamana Cheng Ho. Untuk mendalamkan pergaulan dengan Melaka, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk membawa Puteri Hang Li Po yang dikahwinkan dengan Baginda. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Pengiring-pengiring tersebut kemudian berkahwin dengan orang tempatan dan kebanyakannya menetap di Bukit Cina.

Satu kesudahan kebudayaan daripada perdagangan yang cergas ialah pertumbuhan orang peranakan yang menyebari ke petempatan-petempatan utama yang lain.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang


http://ms.wikipedia.org/upload/thumb/6/6c/Petamelaka.jpg/278px-Petamelaka.jpg

peret Publish time 28-4-2006 12:18 AM

Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.


Orang-orang Portugis berminat berdagang di MelakaPada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

http://ms.wikipedia.org/upload/thumb/d/dd/Portugis.jpg/320px-Portugis.jpg

Badak-Jawa Publish time 6-6-2006 10:26 AM

hmm.. kalau gue baca sejarah malaka cukup menarik dan penuh misteri.. kenapa kerajaan ini seperti hilang begitu saja, maksud gue keturunan dan semua hal yang berkaitan dengan kerajaan ini (seperti istana, prasasti, dan lain2) padahal kalau ga salah kerajaan malaka hampir sama berdrinya dengan kerajaan mataram islam di jawa, bedanya kerajaan mataram islam sampai sekarang masih bediri di jawa (baca: keraton yogyakarta dan surakarta) tapi kerajaan malaka sepertinya hilang di telan bumi, tak ada satupun jejak-jejak peninggalannya.. sangat tragis sekali.. tugas melayu malaysia-lah mencari dan menemukan rangkaian yang hilang itu..

[ Last edited byBadak-Jawa at 6-6-2006 10:54 AM ]

Taufan Publish time 6-6-2006 12:04 PM

masalahnya.... sekarang ni ramai pulak yang mengaku dia adalah dari keterunan sultan melaka!! macam mana pulak tu keadaan? apakah ini benar ataupun satu lagi bentuk pembohongan yang nyata?

kratos Publish time 6-6-2006 12:40 PM

soal yang mengaku sebagai keturunan melaka tuh...
perkara ni dari dulu lagi dah ade mempertikaikan..
cuma yang menjadi masalah...
apabila muncul seoarang lagi sultan kat dlm mesia nih...
perlembagaan perlu digubal...etc
jadi perkara ni ditutup

p/s:sumber ni aku dpt dari orang2 lama..
      tipu dia..tipuler aku

Taufan Publish time 7-6-2006 10:01 AM

Originally posted by kratos at 6-6-2006 12:40 PM
soal yang mengaku sebagai keturunan melaka tuh...
perkara ni dari dulu lagi dah ade mempertikaikan..
cuma yang menjadi masalah...
apabila muncul seoarang lagi sultan kat dlm mesia nih...
perlem ...

ohh.. maknya kalau benar pun waris sultan melaka ada. Kerajaan tetap takkan iktiraf dialah agaknya????
Kasihan sungguh

topeng perak Publish time 9-6-2006 03:19 PM

http://photos.friendster.com/photos/20/32/11132302/20516608053187l.jpg

sangat memalukan ... 20 000 tentera melaka gagal menumpaskan 900 tentera portugis yg keletihan selepas berlayar jauh dari Goa ...

pada pendapat aku ... malu siot

carrim7 Publish time 9-6-2006 03:55 PM

Reply #9 topeng perak's post

time tuh tentera melaka tk der pemimpin yg bagus ler.
time tuh mamak bendahare tk reti nk nk arah kan tentera ler.
kalo byk tentera but kalo org atas tk reti nak buat kejer mmg akan kalah.

alhaadi2 Publish time 9-6-2006 07:06 PM

x ade ker pendekar yg kebal n bleh keluarkan bebola api utk musnahkan angkatan perang Portugis??:nerd::nana:

unRESTworld Publish time 10-6-2006 01:46 AM

bayangkan la.. camne nak menang kalo org portugis tu pakai meriam..
org melake ni pkai keris2 .. tombak2 je?
patut la kalah..

Syd Publish time 26-4-2007 10:10 AM

Mohor Sultan Melaka ditemui di Riau

Mohor Sultan Melaka ditemui di RiauOleh Misiah Taib

Kerajaan negeri hantar penyelidik ke Riau kaji peninggalan kesultanan Melayu

MELAKA: Cop mohor dipercayai milik Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah yang memerintah antara 1488 hingga 1528, ditemui berada dalam simpanan seorang lelaki di Riau, Indonesia.

Cop mohor tertera tulisan jawi æ…˜halifahtullah Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman

huskers Publish time 26-4-2007 04:54 PM

rasa-rasa perbadanan muzium melaka (perzim) sanggup keluar duit tak utk bawa balik mohor diraja ni?

ijad_adiputera Publish time 27-4-2007 05:21 AM

Originally posted by huskers at 26-4-2007 04:54 PM
rasa-rasa perbadanan muzium melaka (perzim) sanggup keluar duit tak utk bawa balik mohor diraja ni?

Ijad rasa dorg sanggup kot...
syg la wehh... cop mohor tu hasil tinggalan khazanah kesultanan Melaka & nilainya x terkira kepada negara...

kedtgan penjajah Barat ke kepulauan melayu menyebabkan kesultanan melayu kucar-kacir...
byk harta & warisan khazanah tamadun bangsa melayu kita yg hilang dan dicuri oleh penjajah utk dibawa pulang ke negara mereka....
penemuan cop mohor ni boleh dikatakan bernasib baik...

kalau betul itu cop mohor Sultan Melaka terakhir yg asli,..
x kira mcm mana sekalipun, kita mesti ambil balik cop mohor tu utk kajian & tatapan generasi akan dtg...

ct_og Publish time 27-4-2007 04:23 PM

Bagus gak kalau berjaya... boleh kita gi tengok beramai-ramai....

iscol_klang Publish time 29-4-2007 11:09 AM

Reply #1 Syd's post

sultan mahmud shah mangkat kat kampar, sumatera tahun 1528...logically mohor dia mesti ada kat sumatera
tapi someone mesti dah bawak mohor & barang2 kebesaran tu dari kampar ke riau...orang berdagang ke, pindah ke...

the_slayers Publish time 30-4-2007 05:48 PM

cam nie kan rupe cop mohor tu??

http://i37.photobucket.com/albums/e98/Arelll/depanbig.jpg
Pages: 1 2 3 [4] 5 6
View full version: ~MERGED~ Sejarah Kesultanan Melayu Melaka


ADVERTISEMENT