piao Publish time 24-2-2021 05:27 PM

Trend Terkini Untuk Para Hijabista

Trend Terkini Untuk Para Hijabista

Meskipun mengenakan hijab, tidak semestinya fesyen korang terbatas tau! Ia bukanlah sesuatu penghalang bagi korang tampil lebih bergaya dan kelihatan seperti wanita moden.

Mari uji kreativiti korang dalam berfesyen. Untuk itu, kami sudah pun menyediakan trend terkini untuk November 2020 agar korang terlihat lebih bergaya, moden dan santai meskipun mengenakan hijab. Jom girls!

#1 Street Style


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/streetwear.jpg

Kalau korang perasan streetstyle sangat diminati oleh remaja kerana gayanya yang santai dan kelihatan cool kepada si pemakai.
Korang boleh gabungkan jeans denim dengan graphic tee kaca mata berwarna hitam atau yang warna lain yang bersesuaian.
Korang juga boleh mengenakan kasut sneakers favourite korang untuk nampak lebih cool di situ

#2 Oversize Jacket / Kemeja

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/blazer-1.jpg

Gaya ini sangat sesuai bagi korang yang suka memakai oversize jacket atau kemeja yang besar.
Untuk memakai oversize jacket atau kemeja, korang boleh padankan dengan seluar panjang favourite atau longgar.

#3 Blazer


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/formal-2.jpg

Walaupun korang bekerja, korang masih boleh terlihat lebih bergaya dan cantik dengan memakai blazer yang bersesuaian.
Pemilihan blazer perlulah sesuai dengan badan si pemakai, namun janganlah terlalu ketat atau longgar. Just nice saja tau!

#4 Girly Looks


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/girly-1.jpg

Untuk korang yang ingin tampil lebih girly, gaya macam ini amat sesuai jadi pilihan korang.
Bagi gaya girly ini, korang perlu memilih rona warna yang lebih terang macam merah muda, putih atau krim.
Tapi jika mahu memakai skirt, perlulah bersesuaian dengan warna baju dengan hijab agar tidak terlihat janggal.

#5 Neutral Colour


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/neutral-1.jpg

Warna pastel atau neutral sangat digemari oleh para hijabista. Ini kerana warna tersbeut senang digabungkan dengan apa sahaja.
Tapi untuk warna sebegitu perlulah bersesuaian kerana tak semua orang sesuai memakai warna pastel atau neutral sekalipun.
Untuk itu, korang boleh gunakan warna khas gaya ini dengan mengenakan tudung yang berwarna terang.

#6 Casual dan Elegant


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/casual-1.jpg

Untuk gaya ini akan membuatkan korang tampil lebih stylish dan bergaya.
Korang masih boleh memakai tudung bawal dengan kemeja panjang, seluar jeans dengan sneakers slip-on.

#7 Monochome Colour


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/monochrome-1.jpg

Untuk warna ini, kadang terlihat seakan basic. Namun, korang boleh kenakan dengan hijab warna putih dan seluar yang longgar sedikit seperti palazzo atau seluar bersaiz straight cut juga.

#8 Skirt


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/skirt-1.jpg

Sekarang sudah ramai yang menjual berbagai-bagai jenis skirt di media sosial macam midi skirt, denim skirt atau satin skirt.
Untuk gaya ini akan membuatkan korang kelihatan girly dan sesuai dipakai dimana sahaja.
Untuk gaya ini juga, korang boleh padankan dengan sweater, denim atau floral midi skirt juga tau!

#9 Dress


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/dress-1.jpg

Pakaian dress juga akan terlihat girly, namun perlulah bersesuaian dengan bentuk badan dan juga ketinggian si pemakai itu.
Untuk tampil lebih model dan bergaya, pakaian dress sangat sesuai dengan seluar potongan sederhana seperti jeans.
Korang juga boleh memakai kasut sama ada sneakers atau pun sandal untuk lebih santai dan selesa. Heels boleh membuatkan pakaian tersebut lebih menonjol dan lebih exstra!

#10 Hoodie


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/11/hoodie-1.jpg

Walaupun korang mahukan gaya yang lebih santai dan selesa, gaya ini masih boleh membuatkan anda kelihatan menyerlah biarpun memakai hoodie.
Untuk gaya ini, korang digalakkan memakai saiz baju yang besar dari badan agar korang tidak terlihat berisi atau sendat.



SOURCE: OHFESYEN TOKOPEDIA IG


sharlenetexas Publish time 24-2-2021 05:35 PM

Takde ke fesyen yang sesuai untuk iklim khatulistiwa?

Megikari Publish time 24-2-2021 06:16 PM

Oversize jacket buruk gila hokeh. N please la jangan pakai seluar senteng paras buku lali tu dgn stokin, dah macam apa je aku nengok

salmon-suki Publish time 24-2-2021 06:41 PM

Sorry...tak kaver dada...kalau flat mcm model tu xpela..ni kalau kurang flat,malu nyeee..:sweat3::L

Tinot7 Publish time 24-2-2021 07:29 PM

Iols pakai baju kurung pi keje.. camno?

Redmyvi Publish time 25-2-2021 09:18 AM

mkin lama mkin hilang matlamat hijab tu... mcm untuk fesyen jaa

kikuri Publish time 25-2-2021 02:44 PM

eh jap..off topic... bebenang baju raya 2021 dah ade ke belum...?
Pages: [1]
View full version: Trend Terkini Untuk Para Hijabista


ADVERTISEMENT