eRiKa posted on 5-1-2005 11:16 AM

MENU/RESEPI UTK IBU YG MENGANDUNG & BERPANTANG

kengkawann...sesapa tau resepi yg baik utk ibu2 mengandung..iye laa pregnant mom ni kan ke lebih banyak makan benda berkhasiat...tolong ye ...:tq::tq:..tq..

[ Last edited by  shidaaziz at 10-11-2006 03:00 AM ]

mesmerize posted on 5-1-2005 11:33 AM

congratulations! hehe

O2 posted on 5-1-2005 01:51 PM

salam..

congrat ye.. masa O2 dulu takde la special menu, semua bedal..kecuali yg pedas2 laa(later mesti sakit ulu hati kalau makan pedas). But mostly, me suka makan nasi ngn sup sayur. sayur campur..and tempe goreng sbb soya kan..Org kata elok byk makan soya..untuk tambah susu n bagi kulit baby cantik..Minum pun air soya/tau fu fa..:)

N.O posted on 5-1-2005 04:06 PM

masa kak Norin ngandung dulu....3 bulan pertama....hari2 asam rebus ikan selar. Suka sangat...rasa loya2 mabuk pun hilang!
Bila dah masuk 5 bulan...mabuk pun dah kurang...suka sangat makan sup ikan merah....mmm..sedap nya!

hanieliza posted on 5-1-2005 05:29 PM

untuk ibu mengandung

Pilihan yang lebih berkhasiat

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

hanieliza posted on 5-1-2005 05:39 PM

contok menu ibu mengandung

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.


SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

HaYe posted on 29-8-2006 03:50 PM

menu bersahur untuk ibu mengandung

ramadhan kali ni agak mencabar sbb masa tu baby dlm perut ni dh 9 bulan..boleh tak advice saya menu utk bersahur supaya saya akan cukup kuat utk berpuasa?yg saya dengar org kata makan kurma banyak2.

maratussolehah posted on 10-10-2006 04:31 PM

resepi dalam pantang dan makanan yg dilarang masa pantang..

assalamualaikum....

apakata kita kongsi resepi dalam pantang dan makanan2 yg dilarang masa pantang.
saya tau sebelum nie ada topik mengenai resepi dalam pantang.
apakata kita luaskan lagi topiknya.

saya pernah melalui waktu berpantang tanpa panduan.
lalu tercetus idea utk buka topik ni.
dan tercetus idea utk terbitkan sebuah buku resepi "berpantang secara sihat"
insyaAllah, dalam pembikinan :)

harap dapat support dari warga cari.

jom kita berkongsi maklumat.....

wslm

maratussolehah posted on 10-10-2006 04:34 PM

SINGGANG DAGING ala KELANTAN

Bahan-bahan

200 gm Daging }di hiris kasar
½ liter Air
2 ulas Bawang putih }dihiris halus
1 biji Bawang besar } dihiris bulat
1 inci Halia } dihiris kasar
1 inci Lengkuas }dihiris kasar
1 sudu Ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu besar sos ikan bilis/budu
1 keping Asam keping
Garam dan gula } secukup rasa

Cara-cara

1.        Rebus daging bersama bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar dan asam keping hingga empuk.
2.        Setelah daging empuk, masukkan pula budu, bawang besar, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
3.        Masak sehingga mendidih.
4.        Sedia untuk dihidangkan.

pinatbate posted on 10-10-2006 09:28 PM

rasanya dah ada thread ni dulu...cuba selak page belakang..

Lana@LaraCroft posted on 11-10-2006 09:47 AM

Originally posted by pinatbate at 10-10-2006 09:28 PM
rasanya dah ada thread ni dulu...cuba selak page belakang..


A'ah..cuba refer kat Achieve tu...dah ada dah topik nih...

:off: kamu wat singgang letak budu??  tak gatal ke kat **? klu Lana pantang makan mendalah nih terutama sekali lauk pauk yang berkuah.

maratussolehah posted on 11-10-2006 06:36 PM

tu laa nak tanya nie...
gatal tak klu letak budu?

budu kan ikan bilis je.
tak taula kot ada bahan2 lain.
cari budu ikan bilis

Lana@LaraCroft posted on 12-10-2006 09:42 AM

Originally posted by maratussolehah at 11-10-2006 06:36 PM
tu laa nak tanya nie...
gatal tak klu letak budu?

budu kan ikan bilis je.
tak taula kot ada bahan2 lain.
cari budu ikan bilis


yea sayang....kita tak boleh makan budu even thought dari ikan bilis ia bisa memudaratkan kat tempat 'tut'. probably boleh bengkak atau kamu akan mengalami gatal2 kat tempat jahitan tu.

Apa yang Lana biasa buat memandangkan my mother bidan kampung ialah makan nasi tanpa kuah hanya tumbuk lada itam dan makan ikan bakar yang digaul ngan kunyit idup jerk..pastu celur pucuk daun mengkudu or peria katak. Ia mmg bagus.Perghhr..mmg terangkat. yng pasti tak boleh makan nasi berulam air nanti perut akan buncit.pastu klu nak makan takde tambah2..sekali makan jer takut nanti badan gemuk.

pantang larang yg mak Lana bgtau ialah jgn makan:-
1. ikan kerisi sebab ikan ni makan ulat bulu (my father fisherman)
2. sayur yang menjalar cth:- timun, kubis, kacang sebab ia pembawa angin (takut      bentan)
3. sepanjang berpantang Lana tak makan buah sebab sejuk (maaf yea klu ada org tak sependapat ngan Lana) mmg Doc akan cakap cepat sembuh namun Lana tetap berpegang pada pantang larang sebab buah akan menyebabkan peranakan dan urat jadi kembang...bila kembang badan jadi lemah tak bertenaga.
4. satu lagi jangan byk minum air terutama air yg ber ais.Lana cuma minum air akar kayu iaitu bunga pakma, mas cotek ngan akar kacip fatimah...(rebus) badan rasa fresh sangat..byk peluh yang kluar..

harap ini dapat  membantu

[ Last edited by  Lana@LaraCroft at 12-10-2006 12:35 PM ]

GubRa_80 posted on 12-10-2006 11:22 AM

Originally posted by Lana@LaraCroft at 12-10-2006 09:42 AM



yea sayang....kita tak boleh makan budu even thought dari ikan bilis ia bisa memudaratkan kat tempat 'tut'. probably boleh bengkak atau kamu akan mengalami gatal2 kat tempat jahitan tu.

Ap ...

abis tu kalu kurang minum air tak sembelit ker??dah la saya susah nak membuangg!!camno ni..:geram:

Lana@LaraCroft posted on 12-10-2006 12:32 PM

Originally posted by GubRa_80 at 12-10-2006 11:22 AM


abis tu kalu kurang minum air tak sembelit ker??dah la saya susah nak membuangg!!camno ni..:geram:

tak plak.....Lana ok jer..klu nak membuang jgn teran tau...takot nanti 'ada mende' yang terkeluar..bukan apa...peranakan masih baru so kena jaga....

oh yea sepanjang waktu berpantang Lana makan nasi lembik bagi mengelakkan sembelit..

pinatbate posted on 12-10-2006 01:28 PM

kalau tak nak sembelit makan lah sayur daun hijau macam pucuk kadok , mengkudu ,bebuas,daun betik...selain tak sembelit ,ia juga menambah air susu badan

harumanisz posted on 12-10-2006 02:12 PM

masa dalam pantang dulu, harum cuma dibenarkan makan sayur sawi je... hari2 sawi... tapi alhadulillah, tak sembelit..
meh harum share resepi kat sini... resepi ni dari mak sedara harum dan inila yang harum makan tiap2 ari masa dalam pantang dulu...

SAYUR SAWI DALAM PANTANG

BAHAN


1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit lada hitam (di tumbuk)
sayur sawi (agak untuk sekali makan je)
isi ayam (kalau suka, ada orang pantang jugak ayam, tapi mak sedara harum kata boleh makan)
air dalam semangkuk
garam secukup rasa

CARA NAK MASAK

cukup senang, masukkan semua bahan dalam periuk, rebus sampai masak... jangan lupa taruk garam

P/s.. mak sedara harum kata boleh jugak kalau nak tumis dulu tapi tak elok makan yang berminyak dalam pantang... (masa ni la nak kuruskan badan balik hehe)

Ariys21 posted on 13-10-2006 11:32 AM

Originally posted by Lana@LaraCroft at 12-10-2006 09:42 AM



yea sayang....kita tak boleh makan budu even thought dari ikan bilis ia bisa memudaratkan kat tempat 'tut'. probably boleh bengkak atau kamu akan mengalami gatal2 kat tempat jahitan tu.

Ap ...


in general, my resepi dlm pantang

1) sup kentang yg byk halia
2) sup ikan tenggiri or ikan merah
2) daging rebus kunyit hidup with a lot of halia
3) ikan bakar lada hitam n ikan masin lada hitam
4) sayur i tak ingat makan sayur apa sebab usually just makan sayur yg campur dlm sup
5) buah in general, kalau makan pun apple, jrg makan buah
6) i kuat minum air suam, i notice, kalau minum air kosong, cepat kurus, takde buncit..

in my case, lg byk minum air or makan sup, lagi cepat kurus, and susu byk.

harumanisz posted on 13-10-2006 11:42 AM

Originally posted by harumanisz at 12-10-2006 02:12 PM
masa dalam pantang dulu, harum cuma dibenarkan makan sayur sawi je... hari2 sawi... tapi alhadulillah, tak sembelit..
meh harum share resepi kat sini... resepi ni dari mak sedara harum dan inila y ...

maksud harum sayur yang dibenarkan cuma sayur sawi...
lauk pauk lain yang harum makan... ayam bakar, sup ikan haruan (nanti harum share resepi), ikan talang bakar/goreng... buah pulak, limau sunkist... tu pun tak leh banyak, mak su harum suruh makan sebuji je sehari.... ada jugak sekali tu jiran masakkan ayam goreng pastu berkuah ngan kuah jintan manis kot, tak pasti la... tapi sedap... tak sempat nak mintak resepi ngan dia...

sakuragirl posted on 9-11-2006 05:16 PM

lauk dalam pantang

sakura sekarang ni tgh menunggu utk kelahiran anak ketiga.....kedua² anak sakura pantang ngan mak...tp nampaknya tahun ni kena pantang adik yg jaga.....mak kalau takde aral melintang akan terbang ke tanah suci....tapi anak dah tiga...insyaallah apa yang mak ajar masa pantang dulu masih ingat...maklum anak pun bukan jarak jauh sangat....
resepi yang selalu mak masak "bojah" yang tak pantang pun ikut pantang sekali....hehehehe sbb lauk ni sedap..... selalu mak masak ikan tenggiri utk bojah ni...resepi ni campuran bawang putih + kunyit hidup + lada hitam + santan pekat + asam keping....selalu sakura suruh mak campur daun pegaga sekali...kira lengkap la lauk dan sayurnya sekali.....lauk ni pekat dan sedap dimakan masa nasi panas² ..... lepas tu badan rasa segar je......
tak sabar pulak nak makan....hehehe....

dianaris posted on 10-11-2006 11:56 AM

teringat plak bila hubby tolong masakkan sup halia ikan haruan.. sedap.. tapi mahal plak nak beli dgn kerap.. next pantang nie nak minta tolong dia masakkan lagi ikan haruan tu balik.. hehe..

GubRa_80 posted on 10-11-2006 12:09 PM

Originally posted by dianaris at 10-11-2006 11:56 AM
teringat plak bila hubby tolong masakkan sup halia ikan haruan.. sedap.. tapi mahal plak nak beli dgn kerap.. next pantang nie nak minta tolong dia masakkan lagi ikan haruan tu balik.. hehe..


x hanyir ker???:hmm:

dianaris posted on 10-11-2006 12:12 PM

Originally posted by GubRa_80 at 10-11-2006 12:09



x hanyir ker???:hmm:

i paling suka makan ikan.. so kekadang kalo hanyir sikit2 pun im ok with that.. tapi my hubby selalu cuci ngan air asam jawa kasi hilang dia punya hanyir tu.. tapi dia beli ikan terus masak.. takde simpan2.. pagi sebelum gi keje dah masak.. so, i makan menu yg sama dari pagi sampai malam..

hatemetoday posted on 10-11-2006 01:41 PM

sakuragirl..lauk dalam pantang kita same..tapi baru la ni hate tau name masakan ni masak bojah...yang hate tau mak kate ni masak campak2 jek..ahakss..tapi ni jek la lauk yang paling slera...ikannye memang tadek lain..tenggiri..kekek kengkadang tu mak pakai jugak ikan merah...

satu lagik kalo dah boring sangat ikan bilis dengan halia jek...tumbuk dua bahan ni pastu goreng minyak sikit sampai die garing betol2..lepas tuh tapis betol2 biar die tos minyak..maklom ler minyak kan tak elok untuk badan2 oang lam pantang...makan dengan nasik panas..adeihh wangiii...mau kasik panas badan tumbuk sket lada itam buat le cicah2...

minom air pon kena catu..tak bley banyak2 sekali minom ade le setengah cawan..bukan ape..takot buncit..bak mak hate kate..nanti bile tengah bersama suami bende bawah tu 'cakap orang putey' hahahah ...buah2an memang langsong tak dikasiknye makan...biar le lebih ulam2 katenye ..air akar kayu jek lah jadik penyambong tenaga badan..ubat doktor mosti kasik abes..alhamdulillahhh memang badan hate sedap mase pantang...

adoilahh anak hate yang bongsu pon dah nak masok 5 tahon..adeii bile ler nak pregnen lagik nih...kekekekekekkeek

sakuragirl posted on 13-11-2006 12:10 PM

mmg best n selera ek hate lauk tu.....ingat lagi setiap kali dlm pantang mesti abg n kakak sakura tanya bila mak nak masak lauk tu.....kdg² kat umah mak tu dah bosan makan lauk cam biasa saje je masak lauk tu..... saja nak ubah² selera.....
ikan bilis goreng ngan halia tumbuk lada hitam tu pun mmg resepi wajib gak tu masa kura dlm pantang.....selalu kalau kat hospital itulah lauk yg selalu mak masakkan.....air akar kayu tu mmg wajib la.....
sayur yg sakura makan pun celur sawi n pegaga yg mak masak sekali ngan ikan.....tupun nak kasi senang buang air besar.....air dicatu.....
Page: [1] 2 3 4 5
View full: MENU/RESEPI UTK IBU YG MENGANDUNG & BERPANTANG