fleurzsa posted on 18-1-2005 08:43 PM

~MERGED~ Wali Melayu & Wali Songo

Salam,

Wali pd hakikatnya sukar dikenali, malah tuan punya diri kerap tidak mengetahui dirinya wali.

Siapakah wali?  Jika empunya diri tidak mengetahui dan hakikat utk mengenali mereka itu pula sulit, ukuran apakah yg boleh digunakan utk mengenalpasti seseorg itu bertaraf wali?

Terdpt beberapa Wali Melayu yg terkenal spt:

1-        Habib Nuh

2-        Tukku Paloh

3-        Tuan Tulis

4-        Muhammad Said Al-Linggi

5-        Muhammad Nor Al-Kholdili

6-        Tuk Kenali

7-        Tuan Hussein Kedah Al-Banjari

Meh kita bincang mengenai mereka ini

bug_vengeance posted on 18-1-2005 11:28 PM

diorang ni wali ke ?
maafkan hamba
hamba tidak tahu
yang aku tau wali di nusantara ni adalah wali 9 tu jek
tolonglah cerita lebih mengenai wali di nusantara nich
:)

HangPC2 posted on 19-1-2005 12:25 PM

aku ader dengar citer sebelum kemunculan wali 9 kat pulau jawa...

kat tanah melayu dulu pun ader wali yg agak ramai... (tak tahu berapa jumlah)

wali 9 yg pertama dikatakan berasal dari wali yg berada di tanah melayu... (Berketurunan Magribi)....

fleurzsa posted on 19-1-2005 12:28 PM

Habib Nuh

Beliau berketurunan Rasulullah saw menerusi nasab Zainal Abidin b Sayidina Husain ra.  Hidup dlm zaman Singapura di bawah pemerintahan Gabenor Crawford.

Byk kisah aneh ttg kewalian Habib Nuh walau pun semasa hayatnya dia tidak begitu dipedulikan org bahkan pernah dikatakan gila.  Dia sgt menyayangi kanak2 krn bgnya kanak2 dijamin Syurga.

Habib Nuh tidak pernah menghormati org2 jahat walau pun berkuasa.  Apa lagi Gabenor Crawford yg berfahaman Kristian itu.  Kerana itu byk kali Habib Nuh ditangkap dan disumbatkan ke dlm penjara.  Utk memastikan dia tidak berbuat onar, tangan dan kakinya sentiasa diikat.

Tetapi anehnya org sering bertemu Habib Nuh di luar sedangkan dlm masa yg sama dia juga berada di dlm penjara.  Kadang2 dia dilihat di luar dan memang dia tiada dalam penjara.

Pihak Inggeris menjadi binggung dgn luarbiasanya Habib sehingga akhirnya dia dibebaskan begitu shj.

Kisah lain ialah ttg tenggelamnya sebuah kapal yg sepatutnya mengangkut barang2 berharga.  Sebelum kapal itu belayar Habib beriya2 menghalang barang2 itu dibawa oleh kapal berkenaan sehingga org begitu marah kpdnya.

Ternyata benar, tidak lama belayar, kapal itu pun terbakar lalu karam.

nanti sambung ek...

Zack_Azura posted on 20-1-2005 10:29 AM

cepat la sikit...

fleurzsa posted on 20-1-2005 02:27 PM

Habib Nuh juga pernah muncul di hadapan seorg yg bernazar akan menghadiahkannya kain sedangkan niat itu tidak pernah diluahkan oleh si penazar, hanya disimpan di dlm hati shj.  Hal ini sgt menghairankan si penazar krn dia sendiri sudah terlupa niat sucinya itu.

Sebelum meninggal dunia pd 1283 Habib Nuh berwasiat supaya jenazahnya dikebumikan di jalan Palmer tetapi wasiat itu cuba disalahi oleh para warisnya krn kawasan itu terdedah kpd hakisan ombak.  

Aneh, setelah jenazah selesai mandi, dikapan dan disembahyangkan, org ramai tidak dpt mengangkat jenazahnya utk dikebumikan.  Sehinggalah dtg seorg mengingatkan wasiat Habib itu.  Ttg yg akan berlaku berserahlah shj kpd Allah.  Tidak semena2 jenazah itu menjadi ringan.

Bangunan di atas makam Habib Nuh sekarang dibina oleh Sayod Muhammad b Ahmad al-Sagof pd thn 1890.

Keramat Habib nyata krn makamnya terpelihara hingga kini serta bebas pula dr ancaman ombak krn kawasan sekitarnya tlgh ditambak.  Beberapa thn dahulu urusan penjagaan makam ini diambil alih oleh Majlis Agama Islam Singapura utk mengelakkan perbuatan2 khurafat.

Tamat eh..

JUSTcircle posted on 21-1-2005 08:42 PM

best ar citer pasal wali nih..
cerita la lagik..

brilianxx posted on 22-1-2005 09:58 AM

wali wali yg lain?

yg skrg masih hidup? ade takk?

fleurzsa posted on 22-1-2005 09:03 PM

Tuan Tulis

Nama sebenarnya ialah Hj Ismail b Hussein dan dilahirkan dlm keluarga miskin di sebuah kampung di Kuala Pilah, N Sembilan.  Gelarana Tulis diberikan kpdnya krn asyik dan mashuknya dia meniru tulis kitab2 yg dipelajarinya utk menjimatkan wang.

Dr kecil Tuan Tulis sudah kerap merantau hingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang dgn berjalan kaki shj.  Tuan Tulis bukan menulis kitab2 matan shj, bahkan hingga al-Quran 30 juzuk.  Pd mulanya guru dan kawan2 sepengajian memanggil Ismail Tulis, tetapi apabila dia dewasa dan mula mengajar org memanggilnya Tuan Tulis atau Tun Tulis.

Kemiskinan membuatkan Tuan Tulis begitu kraeatif.  Dgn mencampurkan arang para dan getah limau kasturi, dakwat cair sudah terhasil dan boleh diguna dgn pena drp bilah segar kabung.

Suatu ketika selepas mengerjakan bendang bersama2 murid2nya, Tuan Tulis menyajikan mereka buah tamar yg masih sgt segar, seolah2 baru dipetik.

Dr mana dtgnya?  Di tengah sawah usahkan buah tamar, lidi pelepah tamar pun tidak tumbuh.

Bersambung ek…

brilianxx posted on 22-1-2005 09:09 PM

waa interesting laa

wali wali ni la yang membuatkan kita ini trus berpegang pd ajaran islam
pada akhir zaman ini semua wali wali akan meninggal dan Al Quran pon tak digunakan lagi sebagai rujukan..simpan dalam almari tidak berguna..

bila wali sebagai pakar rujuk semua mati
semua org org kuat agama pon tiada
tidak ada lagi pakar rujuk maka akan tersesatlah semua-semua org islam pada masa tu
ruginya mereka pada masa tu

maka time tu la kiamat menjelma
time tu la imam mahadi muncul
itulah pentingnya wali wali sebagai pakar rujuk kita selain Al Quran

fleurzsa posted on 22-1-2005 10:06 PM

Anggota2 badan dan organ tubuh tertentu manusia, jika dipergunakan utk taat kpd Allah swt semata tanpa dipakai utk melakukan maksiat, dpt memiliki keramat.

fleurzsa posted on 23-1-2005 11:30 PM

Selain bersawah dia juga menternak kerbau tetapi kerbau ternakaqn Tuan Tulis begitu berdisplin hingga tidak mahu sama sekali makan padi apa lagi sawah org lain.  Kerbau2nya begitu mengikut kata krn Tuan Tulis dikatakan pernah memberi amaran:  “Kamu makan rumput sj, jgn makan padi org”.

Tuan Tulis suka bergaul dgn kanak2 berbanding org dewasa yg jahil dan berperangai tidak senonoh.

Suatu hari pd awal thn 1900 Tuan Tulis tiba2 hilang sewaktu tukang cukurnya masuk ke dlm rumah sebentar utk mengasah pisau cukur.  Apabila dia keluar didapatinya Tuan Tulis yg tadi sedang dicukir tiada.  Tidak lama kemudian Tuan Tulis muncul kembali.

“Ke mana tuan pergi?”.

:Aku ke Mekah, Bantu memadamkan kebakaran besar di sana”.

Bersama penduduk kampung, Tuan Tulis dpt membina sebuah masjid di Kg Kuala Talang.  Masjid itu siap dibina dlm thn 1922.  Di sinilah dia mengajar, membimbing masyarakat dan berdakwah.  Org mula mengenalinya sbg alim lagi warak serta juga seorg wali.

Suatu subuh, sewaktu dia sedang bertafakur tiba2 nyawanya diangkat oleh Allah.  Hari kemuncak kegembiraan bg kekasih Allah menemui penciptanya itu berlaku pd pagi 10 Ramadan.

Sewaktu jenazahnya diusung ke pusara, beratus2 merpati peliharaannya memayunginya dr pancaran matahari.  Kemudian burung2 itu pergi entah ke mana dan tidak pulang2 lagi ke sarang.

tyrone posted on 24-1-2005 12:23 PM

tentang Makam habib nuh tu kan, aku biasa solat kat sana dan yang aku perhatikan keajaipan kawasan tuh...

Aku perhatikan ada banyak burung merpati di kawasan sekeliling masjid dan makam dan yang pelik nyer tak ade satu pun tahi burung di dalam kawasan masjid, tapi di kawasan luar masjid nampak tahi tahi burung berserakan.

pelik tapi benar...

snipersnake posted on 24-1-2005 12:50 PM

wali2 yg masih hidup..

ada lagik..mak ayah kita..

dema nih membesarkan kita tanpa mengira penat lelah sampai kita berjaya..

fleurzsa posted on 24-1-2005 01:56 PM

Originally posted by brilianxx at 22-1-2005 09:58 AM:
wali wali yg lain?
yg skrg masih hidup? ade takk?

Kalo ada pun beliau sendiri pun tak tau diri beliau tu wali...

Mcm gak Imam Mahdi...  sebelum dewasa beliau sendiri pun tak tahu beliau tu Imam Mahdi...

Wilma posted on 24-1-2005 07:55 PM

Originally posted by snipersnake at 24-1-2005 12:50 PM:
ada lagik..mak ayah kita..

dema nih membesarkan kita tanpa mengira penat lelah sampai kita berjaya..


Benar apa yg snipersnake tulis, lagu allahyarham Sudir dan allahyarham R.Azmi ada sebut "Ayah dan Ibu, Ayah dan Ibu .. Wali Wali Keramat, pada Mereka kita beri hormat".

Btw, mak saya dilahir kan dalam keluarga/sedara mara cina di Singapura, jadi ada ramai lah juga saudara mara yg bukan islam. Bukan saja org islam yg ada bernazar di makam Habib Nuh, malah bangsa lain pun ada juga bernazar. Kalau saudara mara yg bukan islam bernazar, misalannya bila sembuh dari sakit, mereka suruh mak saya masakan pulut kuning dan kari daging untuk di bawa ka Makam Habib Nuh.

Perlu di ingatkan disini, bernazar bukan lah bererti berdoa pada Baginda allahyarham Habib Nuh, tetapi berdoa kepada Allah S.A.W, dan dgn niat ig " kalau aku lulus peperiksaan tahun ini, aku akan ka Makam Habib Nuh". Dan selalu apa yg org bernazar, niat mereka terkabul. Pelik tapi benar.

Saya ada juga dgr, ramai org kenamaan dari Malaysia melawat di Makam Habib Nuh.

Saya merasa cukup tenang bila di dalam makam, berdoa dan membaca surah. Air fauntain tuh saya tidak pernah tak minum, air nya dingin dan lazat. Haruman di dalam makam memberi kan kesyaduan dalam jiwa.

Semua makanan dan buah2an yg di bawa oleh pengunjung di makam Habib Nuh, akan di bagi kan ka rumah anak2 yatim di Singapura.

Wilma posted on 24-1-2005 08:02 PM

Satu yg sangat saya kesalkan, beberapa tahun yg lalu saya pulang ka Singapura melawat Makam Habib Nuh, di padang kecil depan makam ada terdapat banyak burung2 merpati. Tapi sayang, government Singapore letak papan tanda, kalau sesiapa beri makan burung akan di saman. Hati saya hampa dgn papan tanda tuh. Burung2 merpati pun kurus kurus belaka, kesian dan sedih saya kepada burung2 merpati.

Saya sangat berharab lah agar government Singapore buang je papan tanda tuh. Supaya sesiapa yg menziarah makam dapat bersedekah juga untuk burung2 merpati. Burung2 merpati tuh dulu memang milik baginda Habib Nuh, memang dari dulu lagi .. setiap pengunjung akan bawa bersama mereka kacang hijau atau jagung untuk burung2 merpati di makam Habib Nuh.

Saya tetap berdoa dan berharab agar papan tanda untuk menyaman sesiapa yg beri makan burung2 merpati di makam keramat Habib Nuh, di buang.:pray:

deaf4ever posted on 24-1-2005 09:44 PM

Originally posted by Wilma at 24-1-2005 08:02 PM:
Satu yg sangat saya kesalkan, beberapa tahun yg lalu saya pulang ka Singapura melawat Makam Habib Nuh, di padang kecil depan makam ada terdapat banyak burung2 merpati. Tapi sayang, government Singa ...


kat carpark sebelah mesjid habib nuh ngan makam habib noh tu memang banyak burung merpati...

aku dah lama tak pegi mesjid ni
tapi apa aku dengar, kawasan mesjid ngan kawasan makam, takde najis burung...
cam burung2 tu pun tahu jangan kotorkan kawasan tu.....


nanti aku carik gambar...

deaf4ever posted on 24-1-2005 09:50 PM

k, meh nengok gambar kasi lagi thrill :cak:


ni makam habib noh, bersebelahan ngan mesjid haji mohd salleh Palmer Road.

( jangan konpius pasal kat geylang lor 10 sana pun ada mesjid nama haji mohd salleh jugak ).


1st two photo, aku ambik dari posting sutera abadi :tq:

http://img166.exs.cx/img166/928/29298609nq.jpg


http://img166.exs.cx/img166/3856/29298645yn.jpg




ni lak mesjid haji mohd salleh palmer road yang sebelah ngan makam habib noh.
http://img166.exs.cx/img166/5613/hajimohdsallehpalmer6mw.jpg

deaf4ever posted on 24-1-2005 09:53 PM

Originally posted by tyrone at 24-1-2005 12:23 PM:
tentang Makam habib nuh tu kan, aku biasa solat kat sana dan yang aku perhatikan keajaipan kawasan tuh...

Aku perhatikan ada banyak burung merpati di kawasan sekeliling masjid dan makam dan yang ...


hah yes yes...ni aku dari kecik2 dah dengar.....

then ko tahu flyover sebelah dia kan, aku dulu dengar, masa dorang buat flyover tu , kena adjust tau, pasal tak mau rosakkan kawasan makan...

Wilma posted on 25-1-2005 12:46 AM

Deaf tq dgn pics makam Habib Nuh, rasa rindu plak nak balik dan ziarah makam, cantik pics tuh.

Dulu masa saya kecil rasa nya tinggi sekali tangga nak naik ka atas makam, bila nak balik banyak sekali burung2 merpati berjalan jalan kat tangga tuh, gedek2 burung2 merpati, tapi memang tak ada najis burung. Saya cukup suka tabur kacang hijau masa tuh untuk burung2 merpati di Makam Habib Nuh. Harapan saya papan tanda saman tuh diorang buang ASAP.

Dulu ada satu film melayu lama, dah lupa plak apa nama film tuh, di akhir cerita tuh ada satu perempuan mendukung anak kecil yg telah meninggal dunia naik ka atas Makam Habib Nuh, mereka ramai2 berdoa di dalam makam, dgn tiba tiba anak kecil tuh bernyawa kembali.

deaf4ever posted on 25-1-2005 07:56 PM

Originally posted by Wilma at 25-1-2005 12:46 AM:
Deaf tq dgn pics makam Habib Nuh, rasa rindu plak nak balik dan ziarah makam, cantik pics tuh.

Dulu masa saya kecil rasa nya tinggi sekali tangga nak naik ka atas makam, bila nak balik banyak se ...



biasalah pihak bertanggungjawab buat papan tanda jangan kasi burung makan, cam mungkin ada sebab2 sendiri.. , takut burung gagak lak datang ke, anjing liar ke, apa ke.
tapi kalo kita kasi burung merpati tu makan pasal nengok smua cam kelaparan, tak salah jugak...


dulu me kecik2, ada dengar story jugak pasal makam habib noh, pasal contoh cam orang kena sihir, merangkak dan berperangai cam buaya, merangkak perlahan2 pegi makam ni dari rumah mereka....

tapi agak lagi baik kot, sapa kurang ilmu agama, belajar dulu ngan guru2 tentang benda2 wali2 dan makam2 ni smua, takut salah guna, nanti tersesat dari agama lak...

Wilma posted on 26-1-2005 01:12 AM

Deaf.. yer lah saya faham tentang papan tanda tuh .. jika sudah sebegitu undang2 kita disana .. nak buat camner kan ..  tapi takut juga nak bagi burung2 kacang hijau/jagung .. kalau papan tanda tuh dok perati jeling jeling kat kita .. kesian burung2 merpati di makam Habib Nuh ..:mll:

m_vaughn posted on 26-1-2005 11:23 AM

bapak sedara saya ada cerita...
kat kelantan, ada seorang pakcik...
dia ni kenalan keluarga la...
belakang rumah saya, terletak rumah moyang saya...
pakcik ni selalu jugak pegi ke sana...
ada orang kata pakcik ni gila... tapi bagi family kitaorang anggap dia ni alim... macam wali jugak...

ada suatu hari... dia masuk umah moyang saya...
tiba2 dia jerit.."wei setan!!! berani mu masok umah ni! pegi!" dia pun belari keliling umah sambil mengibas serban dia macam mengejar sesuatu...
lepas tu dia pun kata..." dah halau dah setan tu"

then, bila musim haji, orang zaman dulu naik kapal laut... bawaklah macam2 barang utk memasak dsbnya... dia ni tolonglah angkat barang bawak masuk kapal kat pelabuhan penang nun..
lepas angkat barang, dia kata " ok... sampai mekah nanti aku tolong angkat barang bawak turun kapal." sampai mekah, memang dia dah tunggu dah...

lagi satu, pakcik ni ada dua bini... satu sebelah sini punya sungai... macam sebelah kota bharu la... seorg lagi kat kg laut. kalo tak silap...
pada zaman dulu, jambatan sultan yahya tak ada lagi... orang menyeberang pakai bot tambang...
hari tu dia dah janji dengan bini no dua nak balik ke seberang sana, tapi dah lewat, bot dah tak ada...
dia pun kata "tak apalah kalo bot tak ada" then, dia bukak selipar dia, dia jalan atas air menyeberang ke sana sambil disaksikan oleh org2 kat situ...

lagi satu, dia ni macam bendul sikit...
kalo dia datang kenduri kat umah family kita org, kitaorg akn jemput dia makan, nenek sedara kitaorg pun berbahasa- basi lah nak jeput pakcik ni makan...
" pak xxx (lupa nama)... jemputlah makan... takada lauk pun, sekadar nasi biasa sahaja"..
lepas tu apa yang dia buat hanya makan nasi aje...
bila ditanya kenapa makan nasi aje?
dia cakap " kata lauk tak ada, aku makan nasi ajelah" (padahal lauk banyak kat depan dia)

ada jugak moyang aku selalu bagi duit kalo dia datang umah...
pada masa dulu, duit rm5.00 tu dah macam rm 50.00.
moyang aku bagi duit tu kat dia.
bila dia tanya buat apa dengan duit ni?
moyang aku jawabla "saje je buat tambang teksi" (sekadar berbahasa-basi jugak)
apa yang dia buat lepas tu... semua duit tu dia bagi kat pakcik teksi. semua sekali

tapi sekarang dia dah meninggal... Al-Fatihah..
wallahua'lam

sherrina posted on 28-1-2005 05:32 PM

vaughn,
kisah yg menarik :)
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: ~MERGED~ Wali Melayu & Wali Songo