mok_nik Publish time 30-7-2005 03:03 PM

LAWATAN TUK KENALI KE MESIR


Dalam tahun 1904M, Tuk kenali telah melawat Mesir dengan bimbingan gurunya

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:04 PM

PULANG KE TANAH AIR

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini.Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.


Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal. Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan 揗ufti kelantan) dan lain-lain.


Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenalikembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjungini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain.Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.


Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagaiperingkat pelajaran.Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran laindiperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu.

Murid-muridbeliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan)disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orangkampung.Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladanyang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepadapelajaran yang sedang ditumpukan.Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannyatiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab.Ililah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar islam dari serata ceruk semenanjung.Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya.Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya.Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:06 PM

MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.Majalah 揚engasuh

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:08 PM

JAWATAN-JAWATAN TUK KENALI

Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:

1.Bertugas sebagai ketua pelajaran Agama Islam Kelantan, juga sebagai Penolong Mufti.

2. Menjadi Anggota majlis Agama islam dan adat istiadat Melayu kelantan.

3. Menjadi Anggota majlis ulamak Islam kelantan (Anggota Dewan Ulamak)

4.Ketua pengarang kehormat bagi majalah pengasuh lidah rasmi majlis Agama islam kelantan.

5.Guru Agama di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu.

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:09 PM

KEGIATAN-KEGIATAN DAN JASA TUK KENALI

Selain daripadaa mengajar, Tuk Kenali jugabergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam.Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.

Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setia hari Isnin, senaskahberharga 10 sen.Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.

Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk 揕ubaab at-Ta,wiil fil Ma抋ani At-Tanzil

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:11 PM

PERKEMBANGAN PENGARUH.

Melihatkan jawatan- jawatan pentig yang telah disandang oleh Tuk Kenali dalam masa hayatnya,juga memandangkepada kegiatan dan jasa -jasa beliau yang cermelang dalam perkambangan pengajian ugama dankebudayaan islam di Negeri Kelantankhasnya dan Alam Melayu amnya.Maka sudah sewajanyalah pengaruh beliau segera berkembang ke segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali.

Perkembangan-perkembangan ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad IV (1900-1920M) dan di awal pemerintahan sultan Ismail (1920-1944M) . kedua-dua baginda sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang banyak mencipta kemajuan negeri dalam serba lapangan, lebih-lebih lagi di lapangan kemajuan agama islam.Ini adalah memberi peluang yang besar kepada perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air, apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air, apa lagi mellihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan gurunya dahulu iaitu dengan hj. Nik mahmud bin ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri kelantan dewasa itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakanbahawa tersebarnya pengatahuan Bahasa Arab dan pengetahuan-pengetahuan agama melalui pondok dan sekolah-sekolah pondok ke seluruh Tanah melayu ini antara lain ialah daripada jasa Tuk kenali yang menyusun kata-kata Tassrif yang kemudiannya diperkanalkan oleh murid-murid nya terutama tuan guru hj. Ali Shalaahuddin Pulau Pisang dan syaikh uthman jalaluluddin, seberang prai dalam buku Tatriful Arf- itu, syaikh Uthman menulis;
揝esungguhnya hamba pungut akan dia daaripada beberapa mutiasa tasrif yang amat elok bagi guru hamba yang alimlagi yang amat ilmunya lagi yang menghimpunkan bagi beberapa fan ilmuyang bangsa kepada agama iaitu muhammad yusof yang masyhur akan gelarannya di seluruh tanah melayu dengan Tuk kenali di negeri kelantan.

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:13 PM

PERKEMBANGAN PONDOK SEKOLAH AGAMA DAN SEKOLAH MELAYU

Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok,Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak.

Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.

Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali.Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama 揂l-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:16 PM

TUK KENALI MELAHIRKAN ANGKATAN PENGARANG

Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini.Mereka ialah

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:19 PM

PERIBADI DAN SIFAT-SIFAT UTAMA

Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam.Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:                  
a) Sangat menghormati dan memuliai ibu

b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.

C)Seorang yang sabar, tidak lekas marah.

D)Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.

E)   mengamalkan hidup berdikari.Beliau membeli sendiri di pasar.

F)    suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.

G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.

H) pakaian beliau amat sederhana.

Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang 搘ali

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:21 PM

sumber :dia: Tuk Kenali

GENG JAHAT Publish time 1-8-2005 09:21 AM

Originally posted by MOONkerBULAN at 2005-7-30 02:22 PM:
aku pernah dengar yg tok kenali nih tinggi ilmunyer....bley citer kalu sesiaper tau???


al fatihah....untuk ...ulama terbilang niee....

MOONkerBULAN Publish time 20-9-2005 03:44 PM

wali 9

saper dekorang weit....aperkah keistimewaan dekorang...yg aku tau dekorang dikenali sbg wali songo....nak tau sket bley????....aku dgr citer yg dekorang nih power gak laaa.....

d34n Publish time 20-9-2005 04:15 PM

ada bayak site yg citer pasal diorang ni.. salah satunye cuba kau pegi sini
:dia:wali songo

:)

WonBin Publish time 21-9-2005 09:05 PM

Sayid Hussien Jamadil Kubra yang terdiri daripada 7 orang adik beradik datang daripada wilayah Deccan, Selatan India, namum mereka bukan orang India yang asli. Mereka adalah keturunan Arab. Mereka bergelar WALI 7. Turut serta ialah Maulana Malik Ibrahim, anak Sayid Hussien hasil perkahwinannya di India.

Sebelum kedatangan wali2 ini, sudah ada usaha dakwah di Nusantara, namun tidak secara besar-besaran.

Mereka telah berpecah membawa haluan masing2 berdasarkan firasat mereka. Sayid Hussien dan anaknya, Maulana Malik Ibrahim telah menetap di Kelantan buat seketika. Sayid Hussien berkahwin dengan Puteri Raja dari Champa. Lahirlah Ibrahim Asmaro.

Dari Kelantan/Patani, mereka mengatur beberapa misi dakwah ke Jawa. Ada di antara ahli Wali 9 daripada keturunan diraja Kelantan, Patani dan Champa (Melayu Selatan Vietnam). Ini kerana Maulana Malik Ibrahim berkahwin 4 orang. Dari generasi inilah lahirnya Wali 9.

Wali 9 sememangnya tersohor dengan ilmu mistik dan keramat. Ini kerana pada masa itu, mereka mendapat tentangan hebat daripada orang2 Hindu yang mempunyai ilmu sihir yang bukan calang2 hebatnya.

Namun aku hairan kenapa ahli sejarah sengaja menyorok fakta bahawa maulana Malik Ibrahim terlebih dahulu menetap di Kelantan dan Patani sebelum misi dakwahnya ke Jawa.

Yang peliknya, terdapat banyak pengaruh Jawa di dalam kehidupan orang2 kelantan.
1. Wayang Kulit adalah berasal dari Jawa, namun amat popular di Kelantan.
2. Orang Kelantan amat gemar memakai kain Batik Jawa.
3. Design Masjid Kampung Laut , Masjid Agong Demak dan Masjid Kuno Kudus adalah inspirasi Masjid Kuno Champa. Semuanya mempunyai persamaan dari segi design.

[ Last edited by WonBin at 21-9-2005 09:34 PM ]

HangPC2 Publish time 22-9-2005 04:00 PM

sebelum wali sembilan kat semenanjung tannah melayupun ader wali jugak kan mempunyai pertalian dengan wali 9...

nahzaluz Publish time 24-9-2005 01:26 AM

betul lah mereka wali tetapi kena sahkan dulu cerita ttg mereka. jgn percaya kesemuanya sebab ada yg ditokok tambah. dan juga kena letakkan seseorang di kedudukannya, jgn lebih dari itu, nanti jadi ghuluw atau melampau.

TunJanaKhatib Publish time 30-9-2005 10:00 PM

Akoms

salam sumer...ehmm menarik gaks dengan cerita2 perihal wali ni yer...
bole kita sampaikan sedikit info buat teman2 sumer..kita taklah pandai mana tapi adalah sedikit ilmu...
apa yang kita paham..memang wali ini tidak tahu akan dirinya wali melainkan wali lain tahu dia itu wali.Sememangnya menjadi rahsia Allah SWT menyembunyikan martabat seseorang wali tersebut.

Wali2 juga ada martabat2nya...dan yang paling tinggi sekali adalah Sultanul Aulia iaitu Sultan bagi para wali contoh nyaSyeikh Muhyiddin Abdul Qadir AlJaelani.Ada martabat Abdal jumlahnya 40 orang dalam satu2 masa..jika meninggal seorang Allah SWT akan gantikan seorang..memang kena genap 40 orang.18 di ??? dan 22 lagi di ???? dengar nya di Iraq masih lagi ada wali.Ini memang adatertulis di dalam AlQuran tentang wali2 Abdal.Ada juga martabat Quthub,Rejab,Rijalul Fatah,Rijalul Ghaib dsb.

Wali2 juga terbahagi kepada 2 kumpulan Wali2 Ar Rahman(Kekasih2 Allah SWT) dan Wali2 As Syaitan (Kekasih2 Syaitan).

Apabila seseorang hamba itu tulus,ikhlas beramal dan jalan yang dilalui itu untuk mencapai ke tahap Ma'arifatullah(mengenal Allah)sehingga mencapai apa yang di cita maka Allah SWT akan anugerahkan keramat kepadanya.(sila rujuk kpd guru2 yg ariffbillah)Keramat ini termasuk salah satu keajaiban yang dikurniai oleh Allah SWT selain Mukjizat dan Maunah.Perkara2 yang mencarik adat Mukjizat,Keramat,Maunah,Istidraj,Irhash dan Sihir.

Kita pernah juga terbaca tentang cerita2 Wali2 di tanah Melayuni...tentang perihal hidup mereka dan cara mereka bersahsiah dengan masyarakat sekeliling.Habib Noh atauSayyid Noh b Mohd Alhabshee mempunyai pelbagai cerita yang menarik dan ganjil semasa hidupnya.Ada yang mengatakan dia dilahirkan di Kedah dan makamnya dikeramatkan di Singapura.Sewaktu zamannya beliau suka berjalan2 sambil memasuki mana2 kedai yg disukai dan tempat pertama yg beliau akan tuju adalah tempat menyimpan wang "cashier".Beliau akan ambil seberapa banyak wang dan terus keluar dari kedai..di luar kedai telah menunggu banyak anak2 kecil.Duit tadi akan ditaburkan di atas jalan raya..dipercayai tuan empunya kedai selepas itu akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda.Pernah Stamford Raffles memarahi beliau,ketika itu Habib Noh sedang menyapu/membakarsampah.Stamford memarahi beliau kerana tidak menghormatinya lalu dicampaknya serban Habib Noh kedalam api namun apa yang terjadi serban Habib Noh tidak terjejas sedikit pun dengan api.Kuda yg ditunggangnya juga tidak mau bergerak.Menyedari tentang orang yang dimarahinyaitu Habib Noh maka Stamford dinasihatkan meminta maaf,setelah itu barulah kudanya hendak bergerak.Itulah sedikit keistimewaan yang Allah beri kepada hamba2nya yang ikhlas di dalam beribadat.Malah Habib Noh juga sudah dapat meramalkan masa hadapan,contohnya apabila beliau meninggal dunia beliau mahudikebumikan di atas bukit faber.Apabila saatnya sudah tiba waris2 tidak mahu kebumikan jenazah Habib di atas bukit ini kerana bimbang dengan hakisan kerana waktu itu berhampiran dengan laut.Apa yang terjadi tiada seorang pon yang dapat membawa jenazah Habib pergi tapi setelah waris2 bersetuju dengan amanat & wasiat Habib sebelum beliau meninggal barulah jenazah beliau dapt disempurnakan.Selepas itu laut makin lama makin jauh,inilah yang dinamakan Kasyaf.Habib Noh telah terima satu pandangan yang orang lain tidak mengerti apa yang akan berlaku.Beliau sudah tahuterlebih dahulu.

ehmm...rasanya sekian dahululah apa yg dpat kita warwarkan pada forumer pada kali ini,minta maaf jika adakekurangan dan kesilapan.Apa2 pun bertanyalah pada guru2 yang paham tentang hal2 yang dibincangkan jangan terus ambik apa yg kita tulis di sini sebagai satu titik mungkin ada kesilapan mana tahu..kan???

Assalammuaalaikum wbrt

"Barangsiapa yang memusuhi wali-waliku bererti dia jugamemusuhiku,lalu Aku istiharkan perang ke atasnya"

MOONkerBULAN Publish time 1-10-2005 02:53 PM

huh...best giler bacer.....aku pong ader dgr gak yg bahawa mahusia nih ader darjatnyer......yg paling tinggi rasul kot....pastuh ader lagik lah kat bwh2.....aku pong dah luper....tapi setiapnyer ader kelebihan.....mcm rasul ader mukjizat....wali plak. yg mcm tun kater ler...

lagik satu kan...Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir AlJaelani nih idop zaman nabi muhammad ker??....sbb aku ader dgr citer yg dier nih salah seorang yg tolong angkat kaki nabi muhammad waktu nabi nak naik bura' dlm pristiwa isra' mi'raj....kalu btol....pergh....

TunJanaKhatib Publish time 1-10-2005 07:51 PM

Akoms...

:hmm: Kita tak pasti plak yang tu Moon.Apa yang kita tahu dan terbaca sejarah hidup Syeikh Muhyiddin Abd Qadir AlJaelani adalah dari Ahli Bait Rasullullah daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussin.Beliau hidup selepas zaman rasullullah wafat.Dilahirkan di kota Bahgdad,Iraq.Cucu cicitnya sampai sekarang masih ada dan salahseorangnya pemegang kunci makam Syeikh Abd Qadir Aljaelani di Iraq.Makamnya terletak di dalam Masjid SyeikhAbd Qadir Aljaelani.Pernah juga cicitnya itu datang ke Malaysia atas jemputan majlis ilmu.Orangnya kasyaf jugak,bermata biru,roma muka nya tenang dan berkulit cerah.Itu apa yang disampaikan oleh teman kita yang pernah berjumpa dengannya.Kita tak berkesempatanlah jumpa dia.:cool:

Itu moon kena tanya pada ustaz2..kita tak pasti plak tentang tu.
"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya"(Imam Ghazali).Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini.

DanoneTigerSusu Publish time 2-10-2005 02:59 AM

last monthaku pi indonesia...ke surabaya
sempat gak singgah kat makam salah seorg wali songo iaitu Sunan Ampel
pi berziarah ke kuburnya kat blkg Masjid Sunan Ampel..
kami dtg kul 2 pagi...memang ramai orang, tak kira masa
atuk sedara saya pun ikut sekali...
2 minggu lps balik m'sia atuk tu meninggal...
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: ~MERGED~ Wali Melayu & Wali Songo


ADVERTISEMENT