nice_72 Publish time 30-3-2009 01:47 AM

Balas #160 Lloni\ catat

Ambo tanya sekali lagi ....dah banyak kali dah ambo tanya... tapi demo tak jawab soalan.. hanya mengulang tanyang....

kembali kepada persoalan ....

a) Tahun bila Tok Syed Salor dibunuh.
b) Tahun bila Sultan Muhamad II memerintah
c) Tahun bilakah Datuk Paduka Nik Mahmud dilantik sebagai Perdan Menteri Kelantan ?

Adakah Datuk Paduka Nik Mahmud yg terlibat dengan peristiwa pembunuhan Tok Syed Salor adalah orang yg sama dengan penulis "Cheritera Kelantan".

nice_72 Publish time 30-3-2009 01:51 AM

Balas #161 Lloni\ catat

Kebijaksanaan Wan Ali telah meraih penghormatan dari beberapa pihak.DYMM Sultan Muhammad IV telah menitahkan Wan Ali dan Dato

nice_72 Publish time 30-3-2009 02:14 AM

pesanan saya buat Lloni....jika hendak menyentuh dan mengaitkan sesuatu dan mengheret nama Tokohseperti Wan Ali Nakhoda Al-Haj eloklah difikirkan semasak-masaknya..biar jelas satu persatu kedudukan dan cerita yg hendak disampaikan...

Lloni Publish time 30-3-2009 01:02 PM

jadi apa yg ditakwil adalah bahawa sejarah Kelantan telah diselewengkan oleh penulis sejarah dan penulis tersebut sudah tentu diketahui bagi sesiapa yg membaca.

p/s : Dato perdana menteri yg mengarahkan pembunuhan dgn Dato perdana menteri yg mengarang sejarah adalah di dua masa permerintahan berbeda. Satu di zaman Mulut Merah dan satu semasa Muhammad ke IV.

nice_72 Publish time 30-3-2009 03:21 PM

Balas #165 Lloni\ catat

Pertama :-

a) Pada pendapat saya ~ penulis iaitu Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud menulis adalah berdasarkan kepada pengetahuan yg dimiliki olehnya dan pendapat serta rujukan dari pihak yang tertentu.

b) Oleh kerana kedudukan beliau disisi Raja Kelantan adalah dengan mudah utk menuduh dan menyatakan penyelewengan telah dilakukan.

Kedua :-

Mengenai kedudukan Long Ghaffar pada hemat saya juga ditulis oleh orang2 yg kecewa, oleh orang2 yang kalah dan oleh orang2 yang tidak dapat menerima akan tahta yang dimiliki oleh orang lain...

Pendapat saya, gembar-gembur tentang Long Ghaffar adalah utk menyelewengkan sejarah Kelantan kerana semua watak2 dan kreadibiliti org2 penting diwaktu itu cuba dimusnahkan..

Terakhir :-

Pembunuhan Tok Syed Salor adalah tidak ada kena mengena dengan Dato Perdana Menteri Paduka RajaNik Mahmud Ismail ~ dan diharap Lloni dan sahabat2 yang lain dapat membawa pembaca membezakan dua perkara yang berlaku diwaktu pemerintahan yang berlainan !!!!

Lloni Publish time 2-4-2009 10:42 PM

just cut & paste...dr sejr kedah.. lama dah baca tapi tak kebetulan nak berkongsi...


Raden Megat Tunku Bahadur Syah dari keturunan Nik Muhammadiah, nama sebenar Sultan Muhammad I Kelantan (dari jurai Tengku Long Putera ibni Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin) yang juga dari keturunan Pija Tuk Nakpa Sultan Ismail Jammu Patani putera kepada Raja Jammu Kashmir. Sekarang ini beliau menetap di Kedah. Penulisan sejarah Kelantan mengatakan Sultan Muhammad I Kelantan tidak mempunyai anak lalu menganbil anak angkat. Memang betul baginda mengambil anak angkat, tetapi baginda pun mempunyai anak-anak sendiri hasil perkahwinan dengan permaisurinya Datuk Nai Maryam ibni Sheikh Abdul Latif. Fitnah ini, melalui penulisan sejarah Kelantan hari ini adalah ibarat matlamat menghalalkan cara agar MENGESAHKAN keturunan Long Senik Mulut Merah bergelar Sultan Muhammad II yang dilantik oleh PENJAJAH THAI lalu megepalai tentera dari Bangkok untuk menyerang Patani dalam negeri Legeh. Samalah kisahnya di Kedah juga dimana Sultan Abdul Hamid Halim Syah dilantik oleh mereka. Yang kita pelajari adalah sejarah dan salasilah mereka yang berkuasa hari ini, salasilah mereka yang berhak dipadamkan dari lipatan sejarah. Semoga Allah melaknati mereka-mereka yang turut bersubahat menutup kebenaran sejarah pemerentah dan agama Islam milik NYA dari waris Bani Hasyim.


http://photos1.blogger.com/x/blogger2/2203/1087350426194798/240/z/158067/gse_multipart46836.jpg
Tuanku Nai Long Abdullah adalah adalah adinda kepada TNL Hj Mahmud. Menjadi penghulu Mukim Tualang dan pernah menceritakan seramai 5 generasi keturunannya. Kisah datuknya, Sultan Jaafar Mud Azam Syah dapat diceritakan dengan terperinchi. Baginda juga adalah cucu kepada Sultan Muhammad I @ Long Nik Muhammadiah dan Permaisurinya Datuk Nai Maryam ia itu Sultan Legeh (Kelantan, Trengganu, Yala, Patani dan Narathiwat) yang terakhir sebelum dirampas oleh Long Senik yang dilantik oleh Raja Thai Buddha

Lloni Publish time 2-4-2009 10:55 PM

ini mcm kes Sultan Ismail ibni Sultan Muhamad IV. Sultan Kelantan (1920-1944). Sultan Ismail adalah abang kepada Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim adalah datuk pada Sultan Ismail Petra. Sultan Ismail ini kiranya datuk saudara pada Sultan Kelantan sekarang ni.

Sejarah mengatakan beliau ialah sultan mandul tetapi sebenarnya ada anak bernama Tengku Yusof atau pun Tengku Jusoh (kalau ikut buku sejarah langsung tak disebut2 nama putera tunggal dia). Tengku Yusof tu lari ke Muar sebab kahwin dengan Penari Makyong Istana. Sultan Ismail beri kata putus pada anak dia tengku yusof tu kalau dia kawin jugak dgn penari tu, tengku yusof tu tak kan jadi bakal sultan n akan dianggap dah mati. api tengku yusof kawin gak dgn rakyat biasa tu n lari ke Muar Johor. Ada beberapa pengikut tengku yusof yang setia ni pun ikut dia lari ke muar jugak n dorang bukak kampung kat sana. Pernahkah dengar cerita kg kelantan kat muar?

nice_72 Publish time 3-4-2009 12:27 AM

dah meleret-leret la pulak al-kisahnya..... sapo lerr yg nak teruskan kisah2 wali songo ni....

farouk888 Publish time 3-4-2009 08:43 AM

Balas #168 Lloni\ catat

kg. kelantan kat muar?kat kota tinggi ada jugak

WonBin Publish time 4-4-2009 01:11 PM

Mungkin kita boleh mulakan semula cerita Wali Songo/Wali 9:



Zaman Nabi Muhammad SAW   > Sabda Rasulallah:Islam akan bangkit di Timur dan diterajui oleh keturunan Rasulallah (Ahlul Bait) > Rasulallah wafat > Anak cucu cicit Rasulallah SAW dizalimi, dibunuh dan mereka bertaburan merantau jauh daripada Tanah Arab > Salah seorang keturunan Rasulallah merantau lari hingga ke India > Tiba di India (Wilayah Deccan) , lahir 7 orang Wali Ahlul Bait > 7 orang Wali belayar mengikut firasat mereka ke sebelah Timur > mendarat di Samudera & Acheh di Sumatera > Berpecah, 2 orang belayar ke Kelantan > Berkahwin dengan puteri DiRaja Kelantan > Meneruskan Dakwah di Champa (Vietnam Selatan & berkahwin seorang lagi di Champa) dan Jawa > Pulang ke Kelantan > Bina Masjid Kampung Laut > Sheikh Mohammad Saman (Adi Putera) bertapa pi puncak Bukit Panau, Hang Tuah datang berguru)

WonBin Publish time 4-4-2009 01:22 PM

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : 揔etika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : 揗engapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?

lebaipanjang Publish time 24-5-2009 10:59 AM

tak baca rugi

Wali songo.. pendakwah ulung nusantara

Kisah tentang kehebatan Wali Songo dalam menyebarkan agama Islam di tanah jawa sungguh mengkagumkan banyak pihak, sama ada dari kalangan umat islam sendiri mahupun dari para pemeluk agama lain. Sikap bertolak ansur, keluhuran budi, kesabaran, keagungan dan keajaiban wali songo masih tetap memikat jutaan orang. Kaum orientalis atau penjajah pun cemas dan kehairanan, bagaimana dan resepi apa yang dipakai wali songo dalam mengislamkan orang jawa sehingga penduduk jawa khususnya dan rakyat nusantara pada umumnya majority beragama islam?

Islam yang didakwahkan oleh wali songo adalah dari fahaman Ahlus-sunnah Wal Jamaah atau sunni dan dalam bidang syariat, menganut salah satu dari empat mazhab khusunya imam syafie, namun dalam perkembangannya, ternyata ada fahaman Syi抋h yang dipaksakan oleh kelompok tertentu untuk menyaingi ajaran wali songo. Malahan beberapa abad setelah era awli songo ada sekelompok orang yang secara ekstrem hendak membanteras keteguhan budaya dan ajaran-ajaran wali songo yang telah tersebar. Maka bangkitlah para ulama penerus jejak perjuangan wali songo. Mereka bergabung dalam organisasi besar yang disebut Nahdatul Ulama. Dalam bendera lambing organisasi tersebut ada gambar bintang Sembilan, itu tidak lain adalah lambing wali songo yang ajaran-ajarannya diteruskan dan disebarkan oleh Nahdatul Ulama.

Wali songo ertinya Sembilan wali. Nama suatu dewan dakwah. Sebenarnya jumlah mereka bukan hanya Sembilan. Jika ada anggota wali songo meninggal dunia atau kembali ke negeri seberang, maka akan digantikan dengan anggota baru. Songo atau Sembilan adalah angka keramat, angka yang dianggap paling tinggi. Dewan dakwah tersebut sengaja dinamakan wali songo untuk menarik simpati rakyat yang pada waktu itu masih belum memahami apa sebenarnya agama islam itu.

Walaupun kisah wali songo sebenarnya penuh kontroversi, tetapi kisah itu sendiri cukup menarik dan memikat hati. Malahan banyak sekali hikmah yang dapat kita petik untuk berjuang menegakkan islam di daerah kita masing2, dan strategi mereka dalam memikat hati masyarakat jawa, sunda dan Madura untuk memeluk agama islam benar-benar patut dipuji. Mereka dapat diterima oleh pelbagai golongan masyarakat, dari kelas bawah hingga kelas atasan iaitu para bangsawan dan raja-raja.

Secara umum, mereka yang dianggap sunan atau wali songo di tanah jawa adalah seperti berikut.

1. Syeikh Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik.
2. Raden Rahmat atau Sunan Ampel
3. Raden Paku atau Sunan Giri
4. Raden Makdum Ibrahim atau Sunan Bonang
5. Raden Qosim atau Sunan Drajad
6. Raden Said atau Sunan Kalijaga
7. Raden Umar Said atau Sunan Muria
8. Jaafar Sodiq atau Sunan Kudus
9. Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunungjati

tutankhamun! Publish time 25-5-2009 07:28 PM

refer sini boleh lebaipanjang http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=144007&highlight=wali

cikepong08 Publish time 26-5-2009 02:18 AM

ceriter pasal wali melayu atau songo kenapa meleret-leret sampai ceriter lain?
zaman sekarang ada tak wali lain selain wali 7 tu?

WonBin Publish time 26-5-2009 02:44 AM

Orang Cina kata Wali 9 sebenarnya Cina Muslim, bukan Melayu atau mix Arab

tongkatali Publish time 26-5-2009 08:27 AM

Balas #176 WonBin\ catat

Mungkin benar kot...kemudian mereka menetap di NUSANTARA...dan amal bahasa dan adat Melayu...jadilah mereka MELAYU. So bagi mereka yang masih lagi nak kata mereka tu CINA...biaq pi lah...mereka ni jenis "benok"..tak faham sejarah dan hakikat sejarah NUSANTARA...

WonBin Publish time 26-5-2009 11:52 AM

Setakat ni habis dah semua Hang Tuah, Hang Jebat, Wali Songo, semuanya Cina :( :( :( :(

tongkatali Publish time 26-5-2009 11:57 AM

Balas #178 WonBin\ catat

Lepas ni...boleh la buat konklusi...RAJA-RAJA Melayu pun keturunan CINA...sebab ramai Raja-Raja Melayu adalah dari zuriat Syed Hussain Jamadil Qubra...moyang kepada segala Wali Songo...yang kahwin dengan puteri Champa...:lol: :lol:

tongkatali Publish time 26-5-2009 12:01 PM

Balas #178 WonBin\ catat

Tapi kan kadang-kadang rasa bangga jugak dengan CINA...sebab aku pun sebelah mak aku ada mix Cina...anak aku lagi la pure Cino...sebab bini aku tokki dia Cina Mualaf. :lol: :lol: :lol:

cozack Publish time 27-5-2009 09:57 PM

Originally posted by WonBin at 29-3-2009 21:50 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Kalau Dato Perdana yangbagi advice suruh bunuh, maka adalah sebab dia decide sebegitu, bukanmain hasut seperti orang politik hari ini. Macam Nabi Khaidir bila diabunuh orang, ada sebab dia. Ilmu Dato Perdana sangatlah tinggi. Beliaubukan sahaja boleh menulis buku sejarah dan mengorek rahsia masalampau, bahkan gerak hati dan ilmu beliau membolehkan beliau membuatramalan tentang tahun-tahun yang akan datang. Silalah rujuk buku PATIRAHSIA karangan beliau. Zaman dulu bila sebut nama Dato Perdana, oranghormat dan rasa gerun. Segala ilmu makrifat, tauheed dan ilmu ketuhananbeliau TIDAK MENURUN kepada anak-anak beliau, sebaliknya melompatkepada cucu saudara beliau. tentang khadam-khadam dan jin islam yangbeliau tinggalkan, aku tak tahu siapa yang warisi.


maaf ya, bagaimana sy hendak dpt kan coretan karya Dato perdana a.k.a PATI RAHSIA?
atau tuan hamba boleh kongsi kan isi nya kpd kami d sini?
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12
View full version: ~MERGED~ Wali Melayu & Wali Songo


ADVERTISEMENT