hanieliza posted on 28-1-2005 05:59 PM

PIZZA

http://img.photobucket.com/albums/v193/hanieliza/food/DSC05402.jpg

PIZZA

Bahan
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 s/k gula..........................]
1 s/k garam........................]
1 s/b majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut  pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...:)

[ Last edited by hanieliza on 28-1-2005 at 06:01 PM ]

hanieliza posted on 28-1-2005 06:15 PM

PIZZA SEGERA

Bahan-Bahan:
4 biji roti burger
5 s/b tomato sos
100 gm keju mozzarellla
majerin
1 tin kecil sardin
1 biji tomato
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 s/k lada sulah
serbuk daun aregano
garam

Cara:
1. Sardin di hancurkan sampai halus dgn sedikit air sardin (dalam 1 - 2 sudu). Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
2. Sapukan majerin dalam loyang yg nak digunakan.
3. Susunkan roti dalam dulang pembakar.
4. Sapu sedikit sos tomato atas roti yg sudah disapu mentega & letak sedikit sardin yg telah dihancurkan tadi.
5. Rata-ratakan sardin atas roti & letakkan bahan sayuran dan juga keju mozzarella.
6. Bakar dalam oven dalam 10 minit. Oleh kerana roti biasa ni nipis, kalau suka garing, bakar lama sikit. Hidang ketika masih panas.

NOTA
Kalau tak suka sardin, boleh ganti dgn tuna. atau serunding atau sambal udang..

finnie posted on 29-1-2005 08:08 AM

kak liza....mak saya penah buat pizza ni tapi dia cucuk ngan garpu kat roti pizza tuh naper eh?

hanieliza posted on 29-1-2005 08:53 AM

Originally posted by finnie at 29-1-2005 08:08 AM:
kak liza....mak saya penah buat pizza ni tapi dia cucuk ngan garpu kat roti pizza tuh naper eh?
tujuan cucuk garfu kat roti tu  ialah supaya roti pizza yg dibakar tidah naik gelembung..

kekadang bila bakar roti pizza tu tak masak [bahagian yg ada topping tu..
so kak liza selalunya bakar sikit base tu..so sebab tu dicucukkan ngan garfu...

mungkin pizza hut atau shakkey pizza tu pun buat macam tu..
kalau tak takkan keju masak sama serentak dengan base pizza tu..
sebab keju tu perlukan masa yg sekejap jer nak cairkan..
jika masak terlalu lama..dia akan jagi macam getah sekerap.. tak jadi bertali-tali tu..

since kak liza dah pandai buat pizza ..bila makan bertali2 tu..
anak2 kak liza mmg tak mahu dah makan kat pizza hut..
sebab keju depa keras tak bertali2 macam dalam iklan tu...
:ah:

Baiduri Othman posted on 29-1-2005 09:47 AM

Kak Liza tau tak macamana nak buat ramuan cheese yg taruh kat tepi pizza tu? Thanks.

hanieliza posted on 29-1-2005 10:48 AM

Originally posted by Baiduri Othman at 29-1-2005 09:47 AM:
Kak Liza tau tak macamana nak buat ramuan cheese yg taruh kat tepi pizza tu? Thanks.
cheese kat tepi macam iklan tu ker..:stp:

letakkan keju mozzarella ditepi hujung base ppizza tu dan gulungkan untuk masukkan keju tu..
kemudian bakar sekejap supaya kulit pizza tu masak...

kemudian baru letakkan init dan bakar sehingga keju mozzareella yg ditaburkan nampak cam cair jer..
:)

ayang_shamz posted on 29-1-2005 12:32 PM

bestnya pizza...my peberet tuu...emm...nyum!nyum!nyum!:lol:lol

NoorMasri posted on 21-2-2005 12:33 AM

Semlm wat pizza, ni lah hasilnya...:cak:

Pizza sayuran campur & ayam

http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/pizzasayur40.jpg

Pizza cendawan & ayam

http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/pizzacend40.jpg

TRADITIONAL PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)

Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in

350 g tepung roti (strong white bread flour)
1 sudu kecil garam (paras rata)
3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera (easy blend dried yeast)
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti dgn minyak masak jika suka

Cara membuat:

Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dalam air.
Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula
Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
Bakar semula sehingga keju cair

SOS TOMATO

1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:

Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat

BAHAN TABURAN

200 g sayuran campur beku
5-6 cendawan butang }dihiris nipis
125 g parutan keju mozzarella
125 g parutan keju cheddar
1 keping dada ayam } dipotong nipis direbus sehingga masak

Celur semua sayuran didalam air mendidih selama 1 minit kemudian toskan atau pun masak dlm microwave selama 1 minit High Power

Inti boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing samada nak letak isi ayam, sosej, udang, sotong yg telah direbus/celur terlebih dahulu atau masak dlm microwave selama 1-2 minit High Power

Peringatan penting: Utk membuat base pizza, cara mengadun berbeza mengikut jenis yis yg digunakan jika guna yis segera yg boleh dicampurkan terus ke dlm tepung ikut cara spt diatas tetapi:

1. jika anda menggunakan yis basah (fresh yeast) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 10 g hendaklah dihancurkan yis tersebut dgn 75 ml air suam dan dibiarkan selama 10-15 sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung dan masukkan baki air 150 ml kedlm tepung (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

2. jika anda menggunakan yis kering biasa (bukan jenis segera) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 5 g kena campurkan yis tersebut & 1/4 sudu kecil gula kedlm 75 ml air suam dan dibiarkan sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung bersama baki air 150 ml. (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

Nota: Utk mengetahui yis tersebut jenis segera atau tidak baca arahan mengguna di paket jika yis tu boleh dimasukkan terus kedlm tepung bermakna yis tersebut adalah yis segara (easy blend) tetapi jika yis tersebut perlu dibancuh dgn sedikit gula dan air suam bermakna yis tersebut bukan yis segera

[ Last edited by NoorMasri on 21-2-2005 at 05:29 AM ]

slurrrp posted on 21-2-2005 08:19 AM

Mak aiii...kak liza dan noor, apsal le letak gambo besor2 cam tu. Buat menggoda I yg. tengah lapor nih...Pizza ni memang le peberet slurrrp dari dulu lagi. Pagi ni memang tak breakfast lagi, bila nengok gambar pizza tu dgn topping cheese yg. banyak tu aduhhh..rasa macam nak pizza time ni gak. :mll: Dulu slurrrp penah gak buat pizza ni, tapi doh dia tak begitu lembut. Rasa topping dia boleh tahanlah, cuma base dia tak berapa sedap. Kalu ikut resepi kak liza dan noor ni, berapa besar agaknya? Bukan apa slurrp kalu nak buat pizza ni kena buat banyak2 pasal anak jer dah ramai mcm treler, nanti berebut plak anak2 ku...:lol

speedial posted on 21-2-2005 10:19 AM

Fulllamak....resepi pizza plak lah......ni yg best ni.....hari2 masuk ada jer resepi baru....best..best.....tambah lagi satu koleksi projek....hehehehh:lol:lol

TQ kak Noor & Kak Liza....

hanieliza posted on 21-2-2005 12:41 PM

Originally posted by slurrrp at 21-2-2005 08:19 AM:
Mak aiii...kak liza dan noor, apsal le letak gambo besor2 cam tu. Buat menggoda I yg. tengah lapor nih...Pizza ni memang le peberet slurrrp dari dulu lagi. Pagi ni memang tak breakfast lagi, bila n ...
Kak liza selalu buat tepung gandum biasa jer sebanyak 1 kg tu memang puas makan..
kak liza bahagikan 4 keping saiz pinggan makan leper ..:bgrin:

maklumlah kak liza anak ramai..:lol

[ Last edited by hanieliza on 21-2-2005 at 04:51 PM ]

faziraniq posted on 21-2-2005 03:49 PM

cam sedap dan senang jer...nanti fazira pun nak cuba...tq kak liza

mias_2004 posted on 21-2-2005 04:41 PM

dear Kak Liza,
pizza kak liza tu jenis yg tebal ke nipis nye base?.. mias suke yg nipis tu... ada tak resepi dia?

hanieliza posted on 21-2-2005 04:56 PM

Originally posted by mias_2004 at 21-2-2005 04:41 PM:
dear Kak Liza,
pizza kak liza tu jenis yg tebal ke nipis nye base?.. mias suke yg nipis tu... ada tak resepi dia?

http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/PIzza.jpg

base kak liza agak tebal sikitlah sebab kak liza mahukan anak2 makan balance diet in-take..
nak ikut piramid makanan tu..roti/nasi lebih dari protien untuk tenaga mereka...

kalau nak nipis boleh dapat 6 keping.. so u bahgiakan adunan yg dak siap tu pada 6..
seeloknya gunakan penimbang supaya berat tu agak sama...

NoorMasri posted on 21-2-2005 06:03 PM

Originally posted by slurrrp at 21-2-2005 08:19 AM:
Mak aiii...kak liza dan noor, apsal le letak gambo besor2 cam tu. Buat menggoda I yg. tengah lapor nih...Pizza ni memang le peberet slurrrp dari dulu lagi. Pagi ni memang tak breakfast lagi, bila n ... Kalu ikut resepi kak liza dan noor ni, berapa besar agaknya?


Kalu 350 g tepung cam resepi Noor boleh dpt 2 biji pizza bersaiz lebih kurang 9 in, dah cukup kenyang tu..4-5 org makan :ah:

NoorMasri posted on 21-2-2005 06:07 PM

Originally posted by speedial at 21-2-2005 10:19 AM:
Fulllamak....resepi pizza plak lah......ni yg best ni.....hari2 masuk ada jer resepi baru....best..best.....tambah lagi satu koleksi projek....hehehehh:lol:lol

TQ kak Noor & Kak Liza....

speed..ye lah kena tukar menu selalulahkan..kalau makan mende yg sama boring gak, apa lagikkk masukkan dlm senarai projek yg menunggu..:hug:

slurrrp posted on 21-2-2005 07:57 PM

Noor, ini macam kalu, I kena bikin double itu adunan laa.. pasai lebih dari 4-5 org. yg. nak makan, tak masuk bapaknya..kui kui kui..:lol

Nape? Tak pecaya aaa..:o:

NoorMasri posted on 21-2-2005 08:15 PM

Originally posted by slurrrp at 21-2-2005 07:57 PM:
Noor, ini macam kalu, I kena bikin double itu adunan laa.. pasai lebih dari 4-5 org. yg. nak makan, tak masuk bapaknya..kui kui kui..:lol

Nape? Tak pecaya aaa..:o:

slurppp..ye ke..:bgrin: cam tu kalu kena double la..baru puas makan..tapi kalu makan berebut2 tu yg best kan..nak-nak masa tengah panas2 tu..masa kejunya masih cair..perghhhh bertali-tali bila tarikkk...:cak:

mrs_livingstone posted on 21-2-2005 11:43 PM

hu hu hu...
nak sgt try buat pizza nih tp tak dak yeast...dan tak pernah jumpa plak kat kedai
kat sini....hu hu hu

NoorMasri posted on 22-2-2005 01:19 AM

Originally posted by mrs_livingstone at 21-2-2005 11:43 PM:
hu hu hu...
nak sgt try buat pizza nih tp tak dak yeast...dan tak pernah jumpa plak kat kedai
kat sini....hu hu hu

mrss...cian awak..sekarang ni awak kat maner..selalu yis dijual kat bahagian baking tepi tepung2 tu sumer :cak:

cikdak posted on 22-2-2005 08:17 AM

Originally posted by NoorMasri at 22-2-2005 01:19 AM:


mrss...cian awak..sekarang ni awak kat maner..selalu yis dijual kat bahagian baking tepi tepung2 tu sumer :cak:

Nak tanya kak liza dengan noor.... kenapa bila cikdak buat base sendiri ni..... dia jadi keras kat bahagian tepinya.... tengah dia perfect jer.....salah teknik menguli ke apa jadi macam ni?.... frust betul..... tengok u all punya nampak lembut gebu sampai kat tepi..... ada apa2 tips ke?
meaceh :tq:

Along05 posted on 22-2-2005 10:16 AM

pagi2 mcm ni tengok lak pizza kak liza & kak noor boleh lapar dibuatnya.......meleleh air liur.......along tak pandai buat pizza tapi bila tengok pizza akak berdua tersahut semangat nak belajar......best gak cuba benda yg baru ni.......tenkiu.....tenkiu........tenkui untuk akak berdua:hug::hug:

glump posted on 22-2-2005 01:11 PM

base  pizza nie leh simpan dlm peti ais  tak?

hanieliza posted on 22-2-2005 02:55 PM

Originally posted by Along05 at 22-2-2005 10:16 AM:
pagi2 mcm ni tengok lak pizza kak liza & kak noor boleh lapar dibuatnya.......meleleh air liur.......along tak pandai buat pizza tapi bila tengok pizza akak berdua tersahut semangat nak belajar ...
memang elok belajar buat sendirik..
disamping asah skil masak.. seronok jugak..jimat tu pun y jugak..

yg penting....
sure kembang bila orang kata..
:clap:
pandainya buat pizza...
:lol:lol

hanieliza posted on 22-2-2005 02:59 PM

Originally posted by glump at 22-2-2005 01:11 PM:
base  pizza nie leh simpan dlm peti ais  tak?
kak liza belum pernah buat pzza base ni dan simpan dalam peti ais...
so kak liza tak tahu nak bagi jawapan yg tepat..
anyway rasanya mungkin boleh teta dahulu...
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: PIZZA