BabeYSHa posted on 1-2-2005 10:33 AM

Infomasi : Negeri Kedah & Negeri Perlis

http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/km2.jpg


http://www.perlis.gov.my/welcomee.gif

SALAMSS ALL....:hug:


HAI....SEBARANG INFO BERKENAAN NEGERI KEDAH/PERLIS LEH HANGPA RUJUK KEK SINIK.....:ah:JANGAN MEMALU...SEBARANG KESULITAN AMATLAH DIKESALI..HUHUHUHU......:bodek::bodek:


:bgrin::bgrin::bgrin:

[ Last edited by  jj at 13-9-2006 09:41 AM ]

BabeYSHa posted on 1-2-2005 10:56 AM

~NEGERI KEDAH DARUL AMAN~

http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/Sepintas%20Lalu_files/mukadimahTtl.jpg

LOKASI

Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand. Pulau Langkawi, satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal, adalah juga sebahagian daripada negeri Kedah.

http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/Sepintas%20Lalu_files/Asiapeta.jpg


BENDERA NEGERI

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/Sepintas%20Lalu_files/bendera.jpg

LAMBANG

Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri

BabeYSHa posted on 1-2-2005 10:59 AM

SEJARAH NEGERI KEDAH

http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/Sepintas%20Lalu_files/sejarah.jpg

Malaysia kaya dengan sejarah, berpengaruh di dalam budaya utama dunia. Negeri Kedah boleh berbangga sebagai negeri tertua di negara ini, dengan salasilah keluarga di-Raja mereka dapat dikesan semenjak 100 TM. Pemerintah Islam Kedah yang pertama adalah Sultan Al-Muzaffar Shah I yang memerintah dari 1136 hingga 1179. Negeri ini kaya dengan tapak arkeologi yang berasal dari era Hindu-Buddha di dalam sejarah Malaysia

:):):):)

BabeYSHa posted on 1-2-2005 11:18 AM

BANGUNAN BERSEJARAH DAN TEMPAT MENARIK

http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/pelacgn_files/5statemuseum.jpg

MUZIUM NEGERI

Muzium Negeri merupakan satu contoh lambang senibina yang memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam. Sebelum ini ia di panggil dengan nama Istana Kota Setar, tempat semayam rasmi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II yang dibina pada tahun 1736. Ia juga terkenal dengan nama Istana Pelamin semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah kerana menjadi persada upacara perkahwinan di raja untuk beberapa kali. Kini, ia memuatkan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan.


http://www.kedah.gov.my/kedah/kedah/pelacgn_files/5balaibesar.jpg

BALAI BESAR

Terletak di tengah-tengah Medan Budaya ialah sebuah Balai Besar yang cukup indah. Ia merupakan gabungan keindahan senibina dan kehalusan kerja-kerja seni.

Ia dibina pada tahun 1898 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II (1710

BabeYSHa posted on 1-2-2005 04:44 PM

LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

http://www.langkawi-online.com/images/maphotels.jpg\

SENARAI HOTEL/TEMPAT PENGINAPAN YANG INGIN DI"CHECK IN"...


:bgrin:

BabeYSHa posted on 1-2-2005 04:58 PM

SENARAI HOTEL DI LANGKAWI

HOTEL HELANG


http://www.langkawi-online.com/helang/deluxeking.gif

DELUXE KING

http://www.langkawi-online.com/helang/entrance.gif



http://www.langkawi-online.com/helang/deluxequeen.gif

DELUXE QUEEN

Location :  Padang Matsirat, near airport.  
Facilities :   Swimming Pool , Restaurant, Bar, Lounge.  
  
The hotel is located within walking distance from air-port. It's a great spot for business meeting and also for those who are on holiday. The beach is only a few minutes driving from the hotel.  


Room Rates : Breakfast Included        Our Rate      Rack Rate

Deluxe King                                   RM 158.00   RM 330.00
Deluxe Queen                                RM 158.00   RM 330.00
Junior Suite                                   RM 388.00   RM 495.00
Executive Suite                              RM 495.00   RM 588.00
Extra Bed                                      RM 40.00     RM 60.00
   
Surcharge - RM 30.00 is applicable during Eve and Public Holidays.  
   
Special Promotion - Until 31st March 2005  
Deluxe ( All ) - with breakfast RM 99.00     


Surcharge -  RM 30.00 is applicable during School Holiday
RM 60.00 is applicable during 24th, 25th & 26th Dec.

NOTE : 1 Compulsory Dinner at RM 50.00 / adult RM 27 / child applicable on Eve & Christmas & Chinese New Year  

:love::love::love:

BabeYSHa posted on 17-8-2005 09:41 AM

PETA PUSAT BANDAR KANGAR

http://www.perlis.gov.my/kangar.jpg

BabeYSHa posted on 17-8-2005 10:15 AM

SEJARAH NEGERI PERLIS

:)

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan : Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.  

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

:)

BabeYSHa posted on 17-8-2005 10:31 AM

http://www.perlis.gov.my/bendera.JPG


Jalur berwarna kuning - mengambarkan pemerintahan beraja. Jalur berwarna biru - mengambarkan rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara Raja dan Rakyat .

Lagu Negeri

Amin amin Ya Rabaljalil

Doa Hamba Yang Sangat Zalil

Tinggikan Daulat serta Adil

Kekal Perintah Jamalullail

:)

BabeYSHa posted on 17-8-2005 10:35 AM

LAMBANG NEGERI

http://www.perlis.gov.my/Lambang.JPG

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

BabeYSHa posted on 17-8-2005 10:44 AM

KEBUDAYAAN NEGERI PERLIS

BEDUAN

http://www.perlis.gov.my/Beduan.jpg

Beduan merupakan persembahan kesenian yang tertua di negeri Perlis. Kesenian ini tumbuh dan berkembang kira-kira 250 tahun yang lalu. Lazimnya, beduan dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Ahli kumpulan beduan terdiri daripada 8 orang. Mereka memukul gendang sambil menyanyi. Gendang-gendang Beduan agak besar. Terdapat 3 jenis gendang iaitu 'Pengibu','Peningkah' dan 'Penganak'. Dalam nyanyian Beduan mereka akan berbalas pantun.

ALU BUNYI

http://www.perlis.gov.my/Alu%20Bunyi.jpg


Alu Bunyi ialah persembahan kesenian yang kedua tertua di negeri Perlis. Kesenian ini muncul dikalangan petani yang mengerjakan sawah. Lesung dan Alu yang digunakan untuk menumbuk padi, dijadikan alat muzik yang mengeluarkan bunyi dan irama yang tersendiri. Tradisi ini biasanya dipersembahkan ketika musim menuai padi. Dalam temasya tersebut juga terdapat aktiviti menumbuk 'emping' dan 'ringgi'.  Lesung alu diperbuat daripada kayu temak manakala alu pula diperbuat daripada kayu tui. Ia menjadi hiburan kaum petani dan juga memanggil 'semangat padi' suatu ketika dahulu. Semangat padi ini dipercayai akan menghalang musuh padi seperti tikus, burung dan ketam dari merosakan padi mereka, maka makmurlah hasil padi.

GENDANG TARI INAI

http://www.perlis.gov.my/GTarinai.jpg

Gendang Tarinai merupakan kumpulan muzik tradisional Perlis. Kesenian ini begitu popular suatu ketika dulu dari kalangan rakyat hingga ke istana raja. Kini, muzik tradisional ini masih diminati ramai khususnya untuk dimainkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Kumpulan muzik Gendang Tarinai lazimnya terdiri daripada 5 orang iaitu dua orang akan memukul gendang panjang, seorang meniup serunai dan seorang memukul dua biji gong. Lagu-lagu yang sering dipersembahkan terutamanya di majlis perkahwinan adalah lagu-lagu melayu asli seperti : Anak Tiung, Cinta Sayang, Gong Panjang.


http://www.perlis.gov.my/abatil.jpg

Awang Batil ialah Penglipurlara yang hanya terdapat di negeri Perlis. Awang Batil menggunakan batil(bekas isi air yang diperbuat dari tembaga) sebagai muzik iringan. Suatu ketika dahulu Awang Batil akan mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung yang lain untuk mempersembahkan cerita-ceritanya terutamanya dirumah kenduri perkahwinan. Awang Batil banyak mempusakai cerita-cerita rakyat. Dalam cerita-cerita yang disampaikan akan diselang selikan dengan jenaka dan pada babak tertentu dia akan memakai topeng. Topeng ini diperbuat daripada kayu.


http://www.perlis.gov.my/berendoi.jpg


Berendoi merupakan kesenian berunsur Islam. Seramai 3 atau 4 orang akan berdikir atau menyanyi dengan irama berendoi dalam upacara bercukur seorang bayi yang berusia 7 hari. Biasanya buaian akan dihiasi indah. Bayi yang telah dicukur rambutnya dan dibelah mulutnya, bayi akan diletakan didalam buaian, maka mulalah nyanyian berendoi yang memuji Rasullullah.
Page: [1]
View full: Infomasi : Negeri Kedah & Negeri Perlis