Squall-Leonhart Publish time 6-2-2005 12:12 AM

Kawasan metropolitan utama di Malaysia

Hello korang sumer...!!!

Sebagaimana yang korang sedia maklum Malaysia ialah negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 25+ juta dengan kadar pertumbuhan sekitar 2.5%. Bandaraya terbesar di Malaysia ialah Kuala Lumpur dengan penduduk seramai 1.3 juta orang (2000). Kegiatan ekononi, perindustrian dan pentadbiran lebih tertumpu di 3 kawasan metropolitan utama di Malaysia iaitu Klang Valley, Johor Bahru - Singapore dan gak Penang.


Klang Valley

Klang Valley nie adalah pusat pentadbiran, ekonomi dan perindustrian di Malaysia. Konurbasi Klang Valley nie merangkumi bandaraya KL, PJ, Klang, Shah Alam dan Putrajaya. Selain itu, banyak gak bandar-bandar yang lebih kecik yang masuk dalam kawasan metropolitan nie termasuklah Kajang, Sg Buloh, Sg Besi dan Puchong.

Penduduk Klang Valley dianggarkan seramai sekitar 3.5+ juta orang di mana 1.3+ juta daripadanya tinggal di Kuala Lumpur. Macam majoriti negara Asia yang lain, memang dah jadi trend di mana ibu negara jadik bandaraya paling ramai penduduk laa. Kadar pertumbuhan penduduk kat KL sama macam purata iaitu 2.5% tapi keseluruhan Klang Valley lak hampir 2 kali ganda. Cuma Sabah jer yang mempunyai kadar pertumbuhan penduduk lebih tinggi daripada Klang Valley.

Klang Valley mempunyai sebegitu banyak jaringan jalan raya dan lebuhraya tapi kekurangan sistem pangangkutan awam yang cekap. Cuma ada sikit jer jaringan perkhidmatan LRT dan monorel, tu pun kat pusat bandaraya KL jer. Akibatnya, masalah trafik jem masih tak dapat diselesaikan malah lebih teruk bila makin banyak lebuhraya yang mengarut dibina kat Klang Valley.

Selain masalah trafik jem yang terlampau, Klang Valley turut dihantui masalah banjir kilat akibat sistem saliran yang teruk, pencemaran akibat pembangunan yang tidak terkawal dan gak masalah putus bekalan air sistem bekalan air yang teruk.

So kerajaan kena do something untuk perbaiki sumer nie. Sumer projek highway yang mengarut yang cuma akan cekik duit rakyat patut dihentikan dan digantikan dengan sistem LRT yang cover seluruh Klang Valley. Pasal beberapa projek tebatan banjir dan gak terowong Smart, aku memang respek abis. Pasal sistem bekalan air, dah tau penduduk Klang Valley ramai kena laa ader banyak empangan air, ye tak...? Takder laa time kemarau jerair terpaksa import from Johor... dan projek pembangunan kena laa berpada-pada dan jangan setakat main luluskan sukati jer, pantang kena rasuah sikit jer terus lulus, patut laa ada PBT yang problem...


Singapore - Johor Bahru

Nie ialah kawasan metropolitan kedua terbesar di Malaysia. Kawasan metropolitan nie merangkumi satu Singapore dan gak Johor Bahru. Di part JB, part kawasan metropolitan nie merangkumi JB, Pasir Gudang, Plentong, Masai, Ulu Tiram dan gak Skudai. Jumlah penduduk dalam konurbasi nie ialah 5.5+ juta di mana 4.7 juta ialah di Singapore dan selebihnya kat area JB. Walaupun dari segi keluasan konurbasi nie lebih kecik daripada Klang Valley tapi jumlah penduduk adalah lebih ramai daripada Klang Valley. Kadar pertumbuhan penduduk kat JB adalah tinggi iaitu lebih 3% tapi kat Singapore lak tak sampai 1% pun.

Tak macam Klang Valley, kawasan metropolitan Singapore - JB mempunyai sistem jalan raya, lebuhraya dan pengangkutan awam yang cekap. Kat Singapore, highway kat Singapore tak sebanyak kat Klang Valley sebaliknya Singapore mempunyai rangkaian MRT dan LRT yang merangkumi satu pulau Singapore. Sebagai tambahan harga keter kat Singapore juga turut dinaikkan di mana surat COE yang diperlukan untuk beli kenderaan kat Singapore jer dah begitu mahal, bertujuan menggalakkan orang awam guna MRT dan LRT.

Secara umumnya, trafik kat JB kira ok kecuali kat Jalan Tebrau, exit highway Pasir Gudang kat lebuhraya Skudai dan gak simpang lebuhraya Pontian kat Skudai.


Penang

Nie ialah kawasan metropolitan ketiga terbesar kat Malaysia tapi jumlah penduduk secara total baru sekitar sejuta orang jer. Georgetown mempunyai penduduk sekitar 200+ ribu orang tapi mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang sangat perlahan berbanding area lain kat Penang. Nak tau kenapa? Georgetown ada banyak bangunan lama sejak zaman penjajah di pusat bandarayanya yang sekarang dah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Akibatnya, sebarang kejer pembangunan kener buat kat area pinggir Georgetown dan takleh robohkan walau satu pun bangunan lama kat Georgetown.

Secara umumnya sistem pengangkutan kat Seberang Perai agak baik dengan adanya highway Plus dgn highway Kulim. Tapi masalah jem masih ketara kat Butterworth dan Georgetown. Paling ketara ialah Georgetown kerana sistem jaringan jalan raya yang teruk. Oleh itu, lebuhraya Butterworth Ring Road dgn projek kontroversi PORR dibina untuk selesaikan problem nie.

RasaCinta Publish time 6-2-2005 09:30 PM

not bad..

jadi sumer tempat tulah yg paling banyak org berbilang bangsa...dr merata-rata dunia??

Squall-Leonhart Publish time 6-2-2005 10:59 PM

Yups, dah semestinya laa...

blackpurple Publish time 15-2-2005 06:45 PM

Originally posted by Squall-Leonhart at 6-2-2005 12:12 AM:
Hello korang sumer...!!!

Sebagaimana yang korang sedia maklum Malaysia ialah negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 25+ juta dengan kadar pertumbuhan sekitar 2.5%. Bandaraya terbesar di M ...

Memang betul tu.. kalau kita kaji kat mana-mana negara di dunia ni kepesatan bandar atau kota metropolitan diaorang dipengaruhi oleh faktor2:
a. Kepesatan dan kegiatan ekonomi setempat
b. Wujudnya kawasan perindustrian
c. Pusat pentadbiran
d. Kemudahan prasarana moden seperti airport dan kompleks sukan.

Dibandingkan ketiga-tiga bandar tersebut Klang Valley boleh pergi jauh lagi dan boleh setara dengan kota2 metropolitan lain di dunia memandangkan semakin pesatnya pembangunan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, KLIA....

Squall-Leonhart Publish time 16-2-2005 06:18 PM

Memang betul... tapi kalau kira dalam sumer aspek, sebenarnya pembangunan kat Klang Valley boleh dikatakan tak begitu terancang disebabkan masalah supply air , sistem saliran yang teruk, masalah pengangkutan awam etc... dan yang elbih teruknya, masalah trafik jem kat Klang Valley diselesaikan guna cara bodoh iaitu buat lebih banyak highway mengarut yang seterusnya mengakibatkan jem yang lebih teruk bila kapasitinya memuncak.

payrol Publish time 16-2-2005 07:54 PM

Originally posted by Squall-Leonhart at 16-2-2005 18:18:
Memang betul... tapi kalau kira dalam sumer aspek, sebenarnya pembangunan kat Klang Valley boleh dikatakan tak begitu terancang disebabkan masalah supply air

aku setuju ngn statement ko..KL nih mcm tak begitu dirancang until recently..
perlaksanaan KL Structure plan tahun lepas sedikit sebanyak akan dapat membangunkan KL dengan lebih teratur dan sistematik pada masa hadapan..

pasal traffic plak..nih lagi best...
sistem traffic kat KL nih tak integrated..nak buat LRT guna 2-3 konsortium , last2 ..KL Sentral yang ada nih tak begitu integrated sangat..

apa yang saya belajar mengenai sistem perparitan di KL nih masa lecture dulu..KL mempunyai sistem perparitan yang agak ketinggalan zaman..sebab tuh banjir kilat senang berlaku...
diharapkan dengan kewujudan smart tunnel..sedikit sebanyak dpt membantu menyelesaikan masalah ini..

RasaCinta Publish time 17-2-2005 12:23 AM

muskil aku..highway sepaptutnya lessen the traffic..:hmm:

Squall mintak xplain sket..thanks

Squall-Leonhart Publish time 17-2-2005 08:24 AM

Okey, biar aku explain kat kau... Setiap jalan raya ataupun expressway ada satu properties yang dikenali sebagai kapasiti trafik.. Kapasiti trafik nie ialah kapasiti spesifik iaitu berapa banyak bilangan maksimum kenderaan yang boleh guna jalan raya / highway tu dalam satu-satu masa. Dan banyak highway baru yang mengarut kat Klang Valley nie sebenarnya setakat tambah lorong bubuh divider buat highway exit bubuh plaza tol... senang sangat nak cekik duit rakyat kat Klang Valley...

So proses camnie menambahkan kapasiti trafik tapi tak bermakna akan mengurangkan trafik jem sebaliknya akan lagi provoke penduduk Klang Valley untuk pakai kereta daripada guna pengangkutan awam. Akibatnya, highway yang didakwa boleh kurangkan jem tu sebaliknya akan mengakibatkan jem yang lebih teruk bila kapasiti trafik highway tu tiba ke kemuncaknya, especially time orang gie ofis dgn time balik ofis laa...

Dah faham sekarang...? So the moral of the story is pembinaan highway takder mengurangkan jem kat Klang Valley sebaliknya setakat mengkayakan tokey syarikat konsesi, pak-pak menteri dan gak kroni diorang laa...!!!

blackpurple Publish time 17-2-2005 10:33 AM

Originally posted by Squall-Leonhart at 16-2-2005 06:18 PM:
Memang betul... tapi kalau kira dalam sumer aspek, sebenarnya pembangunan kat Klang Valley boleh dikatakan tak begitu terancang disebabkan masalah supply air

You are absolutely right... especially Kuala Lumpur and Petaling Jaya. Pembangunan dijalankan bukan mengikut masterplan tetapi berdasarkan 'asal ada tempat kosong atau lapang' tanpa mengira kesesuaian kawasan yang hendak dibangunkan. Apatah lagi kalau sesuatu kawasan tersebut mempunyai nilai komersial yang tinggi contohnya kawasan segitiga emas KL...Tapi bagi kawasan seperti Putrajaya dan Shah Alam lebih tersusun kerana pembangunannya mengikut masterplan yang terancang.

Masalah yang timbul adalah dari segi kegagalan dalam pemeliharaan alam sekitar di bandar-bandar tersebut. Nampaknya sehingga kini pun aktiviti pembangunan di Klang Valley masih kurang menitikkan aspek2 pemeliharaan alam sekitar, amalan 'permaculture' tidak dilaksanakan dengan teliti menyebabkan timbul masalah tanah runtuh, pencemaran sungai dan sebagainya... Bila berlaku sesuatu seperti tanah runtuh baru undang-undang diwujudkan tapi malangnya perlaksanaan dan penguatkuasaannya masih boleh dipersoalkan....

Squall-Leonhart Publish time 17-2-2005 03:41 PM

Sebenarnya PJ mula dibangunkan pada tahun 70-an oleh PKNS sebagai bandar satelit untuk mengurangkan kesesakan kat KL, so pembangunan awal PJ pada awalnya memang ikut masterplan, tapi start tahun 90-an bila banyak kawasan perumahan baru dibina dengan banyaknya tu laa yang menjadikan PJ jadik serabut macam KL gak...

payrol Publish time 17-2-2005 06:58 PM

tapikan..korang tak raser pelik ke Petaling Jaya tak dpt iktiraf jadi bandaraya lagi, sedangkan dah lepas semua requirement..
sedangkan shah alam plak dah jadi bandaraya..:stp:

Squall-Leonhart Publish time 17-2-2005 07:39 PM

PJ memang lebih drp patut utk terima status bandaraya, tambah lak psl penduduk PJ dah pun lepas 500,000+ dah, dan antara PJ, Klang dan gak Shah Alam, Shah Alam laa yang paling rendah bilangan penduduk di antara 3 bandaraya nie... tapi most probably aku ingat priority lebih diberi keutamaan kepada ibu negeri dan pusat pentadbiran dulu laa...

payrol Publish time 17-2-2005 11:53 PM

ni tak tau betul ke tak la...
aku dengar citer..
disebabkan Kerajaan selangor telah bagi Putrajaya kepada kerajaan pusat dijadikan sebagai wilayah persekutuan..so k'jaan pusat terpaksa memberikan status bandaraya kpd shah alam sebagai membalas jasa k'jaan selangor..
ni dengar citer je la..

tp setuju la kan..ari nih kat paper pun ade kecoh tentang status PJ yang blom jadi bandaraya...sedangkan Alor star yang kecik tuh dah jadi bandaraya..
tahun nih kita akan dpt menyaksikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang pertama mempunyai 2 bandaraya..bila Miri dinaikkan status menjadi Resort city bulan Mei ini..maksud nye Sarawak akan ada 3 majlis bandaraya..
1.Dewan Bandaraya Kuching Utara
2.Majlis Bandaraya Kuching Selatan
3.Majlis Bandaraya Miri..

Squall-Leonhart Publish time 18-2-2005 07:35 AM

Sebenarnya Sarawak ada 3 bandaraya lebih 100,000+ penduduk dan Sibu adalah bandaraya kedua terbesar kat Sarawak, tapi ader dapat status bandaraya gak ker...?

payrol Publish time 18-2-2005 12:16 PM

yes..Sarawak ada 3 bandar yang lebih 100 ribu penduduk..
cuma Kuching je yang berstatus bsndaraya..declare pada tahun 1988..
Miri akan naik taraf bandaraya bulan Mei nih..
Sibu belum lagi..
Miri sekarang lebih pesat membangun kalau compare ngn Sibu kerana Miri dekat ngn Brunei n industri petroleum kat situ..

RasaCinta Publish time 18-2-2005 05:26 PM

Originally posted by Squall-Leonhart at 2-17-05 08:24 AM:
Okey, biar aku explain kat kau... Setiap jalan raya ataupun expressway ada satu properties yang dikenali sebagai kapasiti trafik.. Kapasiti trafik nie ialah kapasiti spesifik iaitu berapa banyak bi ...

Jalan biasa ada lagi tak?
kalo ada..mesti diorg nak lari dr lampu trafik kan..

agaknya org guna expressway pasal dekat nak pegi keje..

Squall-Leonhart Publish time 18-2-2005 05:32 PM

Hmm... betul gak, sebab Miri nie area kaya minyak yang dekat dgn Brunei, so sebab tu laa sekarang nie Miri lebih cepat membangun drp Sibu walaupun Sibu lebih besar drp Miri...

Apa pun, dari segi geografi asalkan sesuatu petempatan tu ada lebih daripada 100,000+ penduduk, memang dah layak bergelar bandaraya... yang kat Malaysia tu just setakat nak upgrade PBT yang terbabit drp Majlis Perbandaran kpd Majlis Bandaraya laa... tu jer, nothing special...

Squall-Leonhart Publish time 18-2-2005 05:42 PM

Originally posted by RasaCinta at 2005-2-18 05:26 PM:


Jalan biasa ada lagi tak?
kalo ada..mesti diorg nak lari dr lampu trafik kan..

agaknya org guna expressway pasal dekat nak pegi keje..
Ada gak lagi, bukannya takder... kalau sumer jalan raya kat Klang Valley bertukar jd 'expressway, aku rasa setiap penduduk Klang Valley memang kena ada gaji sebesar gaji Pak Lah sekarang baru leh idup... :P:P:P

Sebenarnya tak jugak, makin banyak pun expressway dibina, jalan lama pun makin sesak gak sebab mana tahan kalau hari2 nak kena bayar tol setakat mengkayakan syarikat konsesi kapitalis tu jer... dgn duit minyak sekali... tengok cam kat Klang Valley, banyak expressway mengarut dibina atas alasan nak kurangkan jem especially kat Federal Highway, but in the end orang tetap lari kat Federal Highway gak sebab tak sanggup nak kena bayar tol kat 'Sprint Expressway' dan gak New Pantai 'Expressway' ... kan banyak kali jadik isu pasal orang nak lari drp byr tol... senang jer, gie ngadu kat media... memang dasar kapitalis tamak...

So in other words,

blackpurple Publish time 19-3-2005 01:54 PM

Originally posted by Squall-Leonhart at 18-2-2005 05:42 PM:

Ada gak lagi, bukannya takder... kalau sumer jalan raya kat Klang Valley bertukar jd 'expressway, aku rasa setiap penduduk Klang Valley memang kena ada gaji sebesar gaji Pak Lah sekarang baru leh ...

..tapi tak mustahil suatu hari takde jalan yang takde tol kat Klang Valley ni....

Hairan la jugak kenapa letak tol mahal2 kat NPE tu...mana lebih praktikal..:
a. Tol mahal tapi tak ramai orang lalu, atau
b. Tol rendah tapi ramai orang lalui...

Squall-Leonhart Publish time 19-3-2005 11:36 PM

Dua2 tak praktikal... yang kat tu sebab akan memburukkan lagi trafik jem kat jalan biasa yang tak bertol, even jalan perumahan pun akan jadik sesak pasal orang gunakan jalan perumahan sebagai 'jalan potong' nak elak tol. Kalau kat tu lak bila tol murah memang akan provoke orang untuk lagi guna kereta drp pengangkutan awam, dan akibatnya sama la macam yang aku selalu bagitau, highway yang kononnya boleh kurangkan kesesakan akan jadik sesak dalam masa tak sampai 1 ~ 2 tahun jer...!!!
Pages: [1] 2 3
View full version: Kawasan metropolitan utama di Malaysia


ADVERTISEMENT