senyum_77 posted on 16-2-2005 06:01 PM

Nama, Panggilan, Gelaran/Titles, Pangkal Nama, Nama Keturunan/Surnames Melayu

Topic: Malay & Roots of Malay Surnames with Real Malay Names !
( Surname Melayu &  Surname Rumpun Melayu dengan Nama2 Melayu yang Sebenar ! )



semua nama2 Melayu yg Lama wajib dikaji dgn dalam dan direkod utk PENGETAHUAN MELAYU juga !

skang kita dah jarang dengar @ terbaca nama2 Orang Melayu

dgn nama Melayu .

Selain tu, kita juga kena kaji semua MALAY SURNAME

atau "Nama Keturunan Melayu" yg MASIH WUJUD SAMPAI SEKARANG

maupun yg dah tak dijumpai lagi di negara ni.

Nama2 Melayu wajib dikaji  pasal Melayu kan terdiri drpd PELBAGAI SUKU

contohnya suku Minangkabau lain namanya; suku Jawa , Bugis dll. lain pula.

kan kita RUMPUN MELAYU yg terdiri drpd ratusan SUKU spt

Bajau, Kadazan-Dusun, Filipina , Cham ( Indo-China) , Selatan Thai, Acheh,
Minangkabau , Rawa, Jawa, Bugis , Mandailing, dan banyak lagi .


Antara  SURNAME MELAYU ;


WAN

CHE'     ( Utara Malaysia )

CHE' WAN ( gabungan Keturunan Che' + Wan = Che' Wan )

TUAN  

NIK  ( Kelantan )

dan lain2 lagi.....




*********************************************************
FAKTA  1  :

WAN KAMARUDIN + WAN IBRAHIM

      ^                          ^
( nama  DIRI   )    +   ( nama BAPA )


MAKA ,  WAN = SURNAME ( surname = nama KETURUNAN )



FAKTA 2 :

CHE'  HASAN   + CHE'  NGAH

    ^                       ^
( nama DIRI )   +  ( nama BAPA )

MAKA , CHE'  =  SURNAME (surname = nama KETURUNAN )



FAKTA 3 :

TUAN  Ahmad   + TUAN  Abdul Samad

    ^                       ^
( nama DIRI )   +  ( nama BAPA )

MAKA , TUAN  =  SURNAME (surname = nama KETURUNAN )


Kesimpulan drp FAKTA 1 & 2 bermakna MELAYU MEMANG ADA SURNAME

tapi TAK SEMUA MELAYU YG ADA SURNAME .

Dan SURNAME2 MELAYU ni TIADA KAITAN DGN ORANG CHINA @ ORANG KOREA di ASIA TIMUR.

Surname2 Melayu mungkin hanya ada pada orang2 Melayu berKETURUNAN RAJA2 MELAYU yg berasal dr  daerah2 , negeri2 @ negara2 Melayu yg berlainan pd ZAMAN DULU .

Ia kini masih ada hingga ke ZAMAN INI .


Cadangan : NAMA2  MELAYU  & SURNAME MELAYU PERLU DIREKOD  !


p/s: TOLONG BACA BALIK , BARU JER TAMBAH HASIL CERAPAN !!   :bgrin: :solute:

[ Last edited by  riccckyyy at 27-12-2006 11:28 AM ]

chumpon posted on 17-2-2005 01:20 PM

nama bunga pun ada kan?

senyum_77 posted on 17-2-2005 03:54 PM

NAMA2 MELAYU YANG  KINI MASIH DIPAKAI  :


Untuk Perempuan                   Untuk Lelaki

1.  Mawar                                       1.  Tuah

2.  Melur                                         2.  Jebat

3.  Intan                                         3.  Awang (sbg surname @ nama shj)

4.  Ayu                                             

5.  Suri                                          

6.  Mas                                      

7. Indah                                       

8. Cinta

9. Suria

10. Dayang (sbg surname @ nama shj)



:ketuk::ketuk::ketuk:

[ Last edited by senyum_77 on 17-2-2005 at 03:57 PM ]

senyum_77 posted on 17-2-2005 04:07 PM

Originally posted by chumpon at 17-2-2005 01:20 PM:
nama bunga pun ada kan?


yup, ada !!

biasanya nama bunga dipakai PEREMPUAN

lagi satu , PEREMPUAN juga pakai nama2 sifat (adjektif) yg dikhaskan

utk JANTINA PEREMPUAN.

contohnya, Ayu ; Manis ; & Wangi  ( spt. Dang Wangi )

chumpon posted on 18-2-2005 08:57 AM

Nama melayu asli :

Lelaki

Arjuna
Kencana
Aduka
Satria
Bahaman
Tuah
Lekir
Jebat
Lekiu
Kasturi
Nadim
Pinang
Kilau
Badang
Pandir
Daun
Bulat
Hitam
Putih
Selat
Adi
Pandak
Bujang/Ujang
Awang
Kecik
Jantan
Alang
Teruna/Taruna
Uda
pekan
damang
Puteh
Merah
Damak
Darus
comot
bagok
kundang
malim
tenggang / tanggang
malau
lela
anjang
uteh
bongsu
Janggut
Suria


Perempuan
kemboja
kenanga
Mawar
Melur
Melati
Teja
Awan
Ayu
Udoh
Bulat
Bunga
Daun
Kecik
Putih
Seri
dara
kuntum
manja
Peah
Melah
merah
kuning
cantik
puteh
ning
teh
comot
bibi
sari
cempaka
saripah
anum
laila
bongsu
Tanjung
Kangkung
Mahsuri
Saa'dong
Kembang
Embun
Cindai
Belacu
Intan
Perak
Emas / Mas
Delima
Zamrud
Permata
Nilam
Manikam
Suasa
Suria

chumpon posted on 18-2-2005 04:35 PM

Sejarah Nama-Nama Orang melayu

Ini aku nyer research (yang tak scientific) ... cuma berpandukan pengalaman, observation dan mere knowledge.

Nama orang-orang Melayu ni ada tiga peringkat :-

Peringkat Pertama
Zaman purba sebelum kedatangan Islam.  Contoh nama ; Melati, Kuntum, Melur, Komeng, dan lain-lain.  Zaman tu nyer nama lebih kepada gelaran atau orang akan associate seorang individual tu dengan subjek tertentu.  Nama-nama macam Melati dan Melur diambil dari bunga ... mungkin individu tu cantik macam bunga. Zaman ni tak ada BIN atau BINTI (BINTE actually).

Peringkat Kedua
Kedatangan Islam ... atau lebih tepat lagi kedatangan saudagar-saudagar dari India dan Pakistan.  Wujudlah nama macam Jamalludin, Isarudin ... semua yang suffix ada DIN.  Pengaruh Arab mungkin tiada kat sini ... coz nama Arab mana ada DIN (with the exception of Osama Bin Laden ).  

Peringkat Ketiga
Zaman sekarang ... cantuman nama bapak dan ibu.  Sesetengah tu tak ada langsung makna di sebalik nama yang diberi.  Kalau ada pun, tapi cantuman tu dah tak ada makna ... dah tak juxtaposed (place side by side).

So, apa pendapat korang ... any comments?

Notes :
BIN = Born In Name
BINTE = Born In Name To Eve

>>>>>>>   ini masa British nyer era.  Yang peliknya tak semua tahu tentang hal ini ... mungkin orang kat Pejabat pendaftaran saja yang tau.  Kita hanya kata BIN dan BINTE itu hanya untuk orang-orang ISLAM sahaja ... tapi kalau kita tengok kat negara-negara lain, perkata BIN dan BINTE ni memang tak wujud ... even di negara-negara Arab tersendiri.

Berhubung dengan nama-nama yang disadurkan dari pedagang-pedagang dari India dan Pakistan ... DIN itu hanya sebahagian sahaja (sekadar memberi contoh) ... orang Pakistan memang banyak yang suffix ada DIN atau DEEN.

senyum_77 posted on 18-2-2005 05:01 PM

NAMA2 DARI SUKU BUGIS !

NAMA2 DARI SUKU BUGIS !



  1. Daeng Perani

  2. Daeng Menambun

  3. Daeng Merewah

  4. Daeng Chelak

  5. Daeng Kemasi


* *  Daeng = surname anak keturunan raja Bugis.


:ketuk:

Cuba fikirkan MAKNA  Perani , Menambun, Merewah , Chelak & Kemasi !!

Apa MAKNAnya ? :stp:

Mungkin orang Bugis tau maknanya .  :solute:

[ Last edited by senyum_77 on 18-2-2005 at 05:05 PM ]

senyum_77 posted on 18-2-2005 05:24 PM

NAMA2 YG DITEMUI DALAM KITAB "SEJARAH MELAYU"


Nama Perempuan                                 Nama Lelaki


1.  Dang Anom ( bini Hang jebat ? )                    1.  Hang Tuah

2.  Dang Saji                                                    2.  Hang Jebat

3.  Dang Merdu Wati ( mak Hang Tuah)               3.  Hang Kasturi

4.  Dang Wangi                                                4. Hang Lekir

5. Dang Raya Rani                                             5. Hang Lekiu

6. Dang Baru                                                    6. Tun Perak

7. Tun Teja                                                     7. Tun Kudu

8.  Wan Malini                                                  8. Sang Sapurba     

9.  Wan Empuk                                                9. Sang Setia

[ Last edited by senyum_77 on 24-2-2005 at 01:15 PM ]

chumpon posted on 18-2-2005 06:30 PM

separuh melayu separuh arab

Seri Nadzirah

100% melayu

Seri Mersing

lelaki yang kuat.. Badang

chumpon posted on 18-2-2005 06:33 PM

Aku ada sorang kawan tu...nama dia, "MOHD DIRWAN DEWATA SAMURI" Itu nama Jawa ker Melayu ha...?


:cak::cak::cak::cak:

chumpon posted on 19-2-2005 09:58 AM

erm..kuntum , manja --->nama pompuan!

pekan , damang ---->nama lelaki!

:)

bug_vengeance posted on 19-2-2005 10:07 AM

seri mersing~~
lagulah melayu~~~
dikaranglah oleh~~~
biduan dahulu~~~


:lol

mok_nik posted on 19-2-2005 01:43 PM

Gelaran Warisan

Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh)

mok_nik posted on 19-2-2005 01:44 PM

Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

peace posted on 20-2-2005 12:41 AM

Originally posted by chumpon at 18-2-2005 16:35:

Notes :
BIN = Born In Name
BINTE = Born In Name To Eve

>>>>>>>   ini masa British nyer era.  Yang peliknya tak semua tahu tentang hal ini ... mungkin orang kat Pejabat pendaftaran saja yang tau.  Kita hanya kata BIN dan BINTE itu hanya untuk orang-orang ISLAM sahaja ... tapi kalau kita tengok kat negara-negara lain, perkata BIN dan BINTE ni memang tak wujud ... even di negara-negara Arab tersendiri.

...

Aku baru tau hari nie.... tak sesia aku surf forum malam nie... dpt gak aku ilmu..

aishiteru posted on 21-2-2005 12:28 AM

Boleh aku tanya sikit laa.. Nama "Siti" tu dari mana datangnya.. memula aku ingat dari Arab tapi nama Arab takder pun "Siti".. Ingat kah kita pada "Siti Sarah" dan "Siti Khadijah" tapi bila aku baca buku2 Islam yang tidak bersumberkan dari Melayu tidak terdapat perkataan "Siti".. Hanya "Hajar" , "Sarah" atau "Khadijah".. Jadi siapakah yang memberi gelaran "Siti" pada mereka.. apakah makna di sebalik "Siti" sebenarnyer..

chumpon posted on 21-2-2005 12:59 PM

mat sentul
mat nayan
mat senin
mat sabdu
mat kambing (sebab kat rumah, dia bela kambing)
mat lembu (sebab kat rumah, dia bela lembu)
mat beca (sebab dia dulu kerja penarik beca)
mat rempit(sebab dia kaki recing lumbe haram)
mat ronggeng

hehehe

dalam bahasa arab MAT bermaksud MATI hehehe....jangan ambik hati nooo

aku lak.. mat moto hehehehe... tapi.. tak rempit laaa...

borderBOYS posted on 22-2-2005 12:07 AM

....tambah sikit

Kat Perlis dan Kedah, kita dapat temui nama-nama 'klasik' berikut dikalangan orang Melayu....

- Udoh (lelaki + perempuan)
- Lebar (perempuan)
- Gon (perempuan)
- Lat (lelaki + perempuan)
- Pok (perempuan)
- Cha (lelaki )
- Nyan (kependekan dari Nayan)
- Chin (lelaki)

mok_nik posted on 22-2-2005 07:21 AM

Originally posted by aishiteru at 20-2-2005 11:28 AM:
Boleh aku tanya sikit laa.. Nama "Siti" tu dari mana datangnya.. memula aku ingat dari Arab tapi nama Arab takder pun "Siti".. Ingat kah kita pada "Siti Sarah" dan &qu ...


Kalau tak silap mok nik lah aishiteru sesetengah pihak mengatakan, nama SITI ini adalah ada susur galur dari gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi tidak ada bukti yang sahih.

snipersnake posted on 22-2-2005 08:44 AM

Originally posted by mok_nik at 21-2-2005 01:21 PM:



Kalau tak silap mok nik lah aishiteru sesetengah pihak mengatakan, nama SITI ini adalah ada susur galur dari gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi t ...


mcm nih..Siti nih nama utk org terhormat arab.,..pangkat dia mcm nenek la..org senior..kalo yg perempuan siti..yg lelaki sidi..

pasal dari keturunan nabi tuh syed (sayyid) utk lelaki dan syarifah utk perempuan..wallahualam :)

aishiteru posted on 23-2-2005 11:15 AM

ooo yer ker bagus bagus nanti aku tanya member aku laa mintak confirmkan..

chumpon posted on 23-2-2005 01:38 PM

aku paling nyampah org kasi nama anak, kristina= anak kristian

yg pop skarang nama nabi versi nasrani walaupun mmg dibenarkan; Aaron, Daniel,Joshua
dan yg tkder kena mengena ngan nabi pun ada; Ryan, Natalie

senyum_77 posted on 23-2-2005 02:14 PM

  BOLEH KITA BINCANG TTG NAMA2 MELAYU &

RUMPUN MELAYU YG  ADA DLM

KAD PENGENALAN ( I. C )

MALAYSIA    atau pun INDONESIA ,

BRUNEI , & SINGAPURA   ? :hmm:




banyak lagi tak nama2 Melayu & Rumpun Melayu  yg

masih ada dipakai sbg nama  individu tertentu di dalam I.C  ?

:stp: :solute:

[ Last edited by senyum_77 on 23-2-2005 at 02:18 PM ]

aishiteru posted on 24-2-2005 02:17 AM

Aku dah tanya dah member aku confirm Siti tu panggilan untuk Grandma manakala Sidi pulak panggilan utk Grandpa.. dia kata itu bukan standard nyer Arab tapi lebih kpd slang area Syria, Jordan, Palestine.. walaupun dia berasal dr Syria tapi dia sendiri tak pakai panggilan Siti dan Sidi ni.. bila aku citer kat dia pulak Siti ni dipakai sebagai nama kat Malaysia, terus dia tergelak.. dia kata amak pelik.. hehe..

chumpon posted on 25-2-2005 09:19 AM

salam senyum,

kalau ko nak nama jawa,.. aku leh bg! hehhe...

kat kepala aku sekarang nih pun dok pusing2 nama jawa jek..
nama melayu asli tak jumpa daaaaaaaa.. hehehe...
darwo, mijo...


lepas ni aku bagi.
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: Nama, Panggilan, Gelaran/Titles, Pangkal Nama, Nama Keturunan/Surnames Melayu