aishiteru Publish time 23-2-2005 11:15 AM

ooo yer ker bagus bagus nanti aku tanya member aku laa mintak confirmkan..

chumpon Publish time 23-2-2005 01:38 PM

aku paling nyampah org kasi nama anak, kristina= anak kristian

yg pop skarang nama nabi versi nasrani walaupun mmg dibenarkan; Aaron, Daniel,Joshua
dan yg tkder kena mengena ngan nabi pun ada; Ryan, Natalie

senyum_77 Publish time 23-2-2005 02:14 PM

BOLEH KITA BINCANG TTG NAMA2 MELAYU &

RUMPUN MELAYU YGADA DLM

KAD PENGENALAN ( I. C )

MALAYSIAatau pun INDONESIA ,

BRUNEI , & SINGAPURA   ? :hmm:




banyak lagi tak nama2 Melayu & Rumpun Melayuyg

masih ada dipakai sbg namaindividu tertentu di dalam I.C?

:stp: :solute:

[ Last edited by senyum_77 on 23-2-2005 at 02:18 PM ]

aishiteru Publish time 24-2-2005 02:17 AM

Aku dah tanya dah member aku confirm Siti tu panggilan untuk Grandma manakala Sidi pulak panggilan utk Grandpa.. dia kata itu bukan standard nyer Arab tapi lebih kpd slang area Syria, Jordan, Palestine.. walaupun dia berasal dr Syria tapi dia sendiri tak pakai panggilan Siti dan Sidi ni.. bila aku citer kat dia pulak Siti ni dipakai sebagai nama kat Malaysia, terus dia tergelak.. dia kata amak pelik.. hehe..

chumpon Publish time 25-2-2005 09:19 AM

salam senyum,

kalau ko nak nama jawa,.. aku leh bg! hehhe...

kat kepala aku sekarang nih pun dok pusing2 nama jawa jek..
nama melayu asli tak jumpa daaaaaaaa.. hehehe...
darwo, mijo...


lepas ni aku bagi.

senyum_77 Publish time 25-2-2005 04:48 PM

Originally posted by chumpon at 25-2-2005 09:19 AM:
kalau ko nak nama jawa,.. aku leh bg! hehhe...

kat kepala aku sekarang nih pun dok pusing2 nama jawa jek..
nama melayu asli tak jumpa daaaaaaaa.. hehehe...
darwo, mijo...


lepas ni aku ...



boleh juga !:tq::tq:

kansuku Melayu ,

suku Jawa ,

kedua-duanya ialah RUMPUN MELAYU:solute:

chumpon Publish time 25-2-2005 05:31 PM

salam senyum................

Nama Melayu yg bleh digunakan oleh dua2 gender ikut pangkat dalam family

- Sulung / Along
- Tengah / Angah
- Kecik / Acik
- Bungsu / Usu / Ucu
- Tunggal / Unggal

Nama Melayu Yg Menggunakan nama perhiasan

- Intan
- Perak
- Emas / Mas
- Delima
- Zamrud
- Permata
- Nilam
- Manikam
- Suasa

Nama Melayu Mengikut Warna

- Putih / Uteh
- Merah
- Hijau
- Hitam / itam
- Kuning / Ning
- Biru

Kengkadang dorang pon guna nama kain
- Cindai
- Belacu

Ermm apa lagi eiks..

senyum_77 Publish time 28-2-2005 02:08 PM

Originally posted by chumpon at 25-2-2005 09:19 AM:
kalau ko nak nama jawa,.. aku leh bg! hehhe...

kat kepala aku sekarang nih pun dok pusing2 nama jawa jek..
nama melayu asli tak jumpa daaaaaaaa.. hehehe...
darwo, mijo...


lepas ni aku ...


mana dia nama2 suku JAWAyg ko nak bagi CHUMPON....?:hmm:


lama dah tunggu .... :geram:


:solute:

chumpon Publish time 28-2-2005 04:30 PM

:):):)

chumpon Publish time 28-2-2005 04:32 PM

salamz senyum,

boleh juga !   

kan suku Melayu ,

suku Jawa ,

kedua-duanya ialah RUMPUN MELAYU



My reply :-


Nama-nama pilihan (JAWA)--
Berikut diturunkan beberapa nama nama pilihan orang Jawa:



1. Harap - harap besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.
2. pandai membaiki kereta, namakan Karman
3. average dalam golf, Parman
4. pandai dlm penulisan, Suratman
5. gagah perkasa, Suparman
6. boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
7. selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
8. pandai buat kuih, Paiman
9. pakar jualan, Salman
10. pakar pasal alam sekitar, JASman
11. pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
12. doktor gigi, Sugiman
13. supaya cepat naik pangkat, Yasman
14. Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
15. yang ada darah Bengali, Manbai
16. pandai organize skim cepat kaya, Pakman (Te' Lo)


ada lagii...


17. Buat kerja ala kadar -KADARISMAN
18. Suka bagi orang susah-SUKARMAN
19. Suka mengada-ngada -NGADIMAN
20. Dua alam -HERMAN
21. Paling Haprak - KOMAN
22. Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
23. suka makan makanan Jepun - Sukiman

chumpon Publish time 1-3-2005 09:08 AM

Lelaki:
Badang, Pandir, Daun, Bulat, Hitam, Putih, Selat, Adi, Pandak, Bujang/Ujang, Awang, Kecik, Jantan, Alang

Perempuan:
Awan, Ayu, Udoh, Bulat, Bunga, Daun, Kecik, Putih, Seri.

senyum_77 Publish time 1-3-2005 03:29 PM

Originally posted by chumpon at 28-2-2005 04:32 PM:
salamz senyum,





My reply :-


Nama-nama pilihan (JAWA)--
Berikut diturunkan beberapa nama nama pilihan orang Jawa:



1. Harap - harap besar esok akan pandai ta ...


klako nyer lawak ko Chumpon ...! :lol:lol:bgrin::lol:2lol::gila:

chumpon Publish time 1-3-2005 04:21 PM

Awang

Awang boleh dianggap nama original Melayu.Nama ini amat populer sebelum tahun 60an.Iannya bukan saja digunakan sebagai nama resmi di surat beranak malah begitu meluas digunakan sebagai panggilan manja kepada anak lelaki tunggal di dalam sesebuah keluarga. Selepas era 60an amat jarang kita temui ibubapa yang menamakan anak mereka Awang.

Ada satu cerita populer di Perlis,sorang bapa datang ke Balai Polis (Rumah Pasung) buat report kelahiran anak lelakinya.
Pak Datuk (panggilan bagi Polis) tanya, "Nak bagi nama apa Pak Cik?.
          "Awang..", jawab lelaki itu ringkas.
          "Awang sajakah Pak Cik ?. Tanya Si Polis sambil menulis surat beranakdi hadapan nya.
          "Awanglah...",jawab lelaki itu dengan maksud memberitahu Si Polis tersebut bahawaanaknya diberi nama Awang sahaja tanpa nama lain yang digandingkan seperti Awang Adek, Awang Saad dsbnya..

Si Polis yang tersilap dengar terus mencatatkan nama Awang Lah di surat beranak anak lelaki tersebut.....

Sebenarnya ada banyak kes di sekeliling kita dimana Polis yang bertugas silap dengar dan mencatatkan nama yang bunyinya agak ganjil dan melucukan.

Selain itu cuba lihat nama Zulkifli ada yang ditulis Zulkeflee, Zulkafli, Zolkiflee..
Yaakob....Yaacob....Yakcob..
Yusof...Yusoff....Eusoff...Usop....Yusop....

shiq Publish time 1-3-2005 08:55 PM

Originally posted by chumpon at 2/18/05 04:35 PM:
Notes :
BIN = Born In Name
BINTE = Born In Name To Eve


Terima kasih pasal berkongsi pengetahuan. Sekarang baru aku tahu ape maksud bin dan binte.

bug_vengeance Publish time 2-3-2005 01:09 AM

17. Buat kerja ala kadar -KADARISMAN

kihkih
teringat aku pada seniman dahulu kala
S.Kadarisman
al-fatihah
:)

chumpon Publish time 2-3-2005 09:04 AM

nama org asli konsider melayu asli ker?

- merah
- kuning
- cantik
- puteh
- ning
- teh

chumpon Publish time 2-3-2005 01:42 PM

Cuba bayangkan 50 tahun depan, ada dari kalangan budak2 skolah rendah bertanya pada rakan kelas ;

a : geng.sape name nenek kau.?
b : name nenek aku natasya adiba, name datok kau pulak sape yer?
a : nama datok aku richie rachman..

aduuhhss..ada yang tak kena rasenye...

chumpon Publish time 2-3-2005 05:33 PM

tapi yg haku perasan, kebanyakan kerabat diRaja Perak menggunakan title "Raja" instead of Tengku. eg: Raja Nazrin, Raja Zarith Sofia. kalau ada pun yang bergelar Tengku di Perak, bukanya tak de.. aku rasa mereka bukan di kalangan kerabat di raja Perak mungkin berhijrah dari Selangor,kelantan dll.

kiut_me Publish time 2-3-2005 07:56 PM

Originally posted by peace at 20-2-2005 12:41 AM:


Aku baru tau hari nie.... tak sesia aku surf forum malam nie... dpt gak aku ilmu..

Aku pun baru tahu.

my_3A Publish time 2-3-2005 11:23 PM

Originally posted by chumpon at 2-3-2005 01:42 PM:
Cuba bayangkan 50 tahun depan, ada dari kalangan budak2 skolah rendah bertanya pada rakan kelas ;

a : geng.sape name nenek kau.?
b : name nenek aku natasya adiba, name datok kau pul ...



boleh hang terangkan?

apa yg RASA TAK KENA ?

:hmm:
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Nama, Panggilan, Gelaran/Titles, Pangkal Nama, Nama Keturunan/Surnames Melayu


ADVERTISEMENT