NonaNaga Publish time 23-6-2006 02:38 PM

yg kerabat2 ni pun banyak jenis kan...ada guna raja, tengku, tunku, ku...mungkin yg dah tinggal ku tu kerabat am jer kot

NonaNaga Publish time 23-6-2006 02:39 PM

kalau megat...asal ibunya dikatakan puteri raja..dan bapanya org kebanyakkan.

kete_kebal Publish time 23-6-2006 03:09 PM

Originally posted by Syd at 23-6-2006 01:08 PM
hehe kete...ko nih...

takpe, sat lagi import fakta
wa tlg import
huhuhuhuhu

kredit@brader ku mac
infogossip.com

Mari kita discuss pasal nama gelaran ni. Antara nya:

Raja
Yang guna nama gelaran RAJA ni cuma dari Perak saja. Those yang ada gelaran RAJA ni di Perak ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Kalau tengok genealogy, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba. So, gelaran RAJA tu kekal sampai today.

Ada juga Raja di Selangor tapi zaman dulu lah. Mereka guna kan gelaran RAJA sebab diberikan oleh Sultan Perak masa tu. Selangor adalah keturunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak tabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu jadi Sultan. Since then, keturunan Selangor guna gelaran RAJA kat depan nama.

Tapi lepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman bagi nama anak anak dia TENGKU. Tapi ada anak dia pulak yang bagi nama kat anak anak dia RAJA semula. Ni yang aku tak faham. Tapi now Sultan Sultan Selangor semua nama gelaran TENGKU


Tengku

Nama gelaran TENGKU di gunakan kat Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan.

Asal kat Pahang adalah keturunan Sultan Mansur Shah. Anak dia Sultan Muhammad jadi Sultan Pahang yang pertama. Mula nya keturunan dia semua pakai nama gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka). Sampai lah bila Bendahara Dynasty yang jadi Sultan Pahang mula dengan Tun Muhammad Tahir. Lepas tu anak anak dia semua mula guna nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU and gelaran tu lama lama berubah jadi TENGKU. Sampai today lah guna nama gelaran tu.

Kesultanan Terengganu today pun asal dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anak pada Tun Habib Abdul Majid. So keturunan dia mula lah dengan nama TUN, TUAN, ENGKU sampai lah jadi TENGKU and guna sampai today.

Kelantan pun sama juga, Long Yusuf ikhtiraf diri dia jadi Sultan Kelantan. Keturunan dia mula guna nama gelaran LONG, ENGKU sampai lah jadi TENGKU.

Tunku

3 negeri guna nama gelaran Tunku iaitu Johor, Kedah, Negeri Sembilan.

Untuk Johor, asal nya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tak ada waris. So terputus kan warisan Kesultanan Melaka kat sini. Lepas tu mula lah Johor dengan Bendahara dynasty dengan Bendahara Abdul Jalil jadi Sultan. Keturunan dia mula dengan nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU then sampai lah ke TENGKU and kemudian TUNKU. Kalau tengok Sultan Johor sekarang ni nama gelaran dia TUNKU. Aku pun tak faham macam mana nama gelaran ni boleh berubah berubah. Mungkin sebab bukan sebenarnya keturunan Raja tapi Bendahara dan Temenggung, so nama gelaran tu boleh ubah ubah?

Kedah aku tak sure sangat. Rasa nya mereka asal dari Raja Hindu dari India ke Sri Lanka ke. Sampai lah Kedah di Islam kan.

Negeri Sembilan apa kata kita suruh Raja Melewar cerita. Aku nak cerita pun tak tau sangat. Apa yang aku tau zaman dulu orang orang Minangkabau kat Tanah Melayu minta satu Sultan kat negeri dia (which is now Negeri Sembilan lah kan). Then tu Raja Melewar (keturunan Raja Pagaruyung) datang and lantik diri dia jadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Tapi aku tak sure macam mana nama gelaran TUNKU tu datang. Kalau ikut sejarah, Raja Melewar, bapak dia Raja Masa Bumi, Raja Khatib, etc guna gelaran RAJA bukan TUNKU. But why lepas Raja Melewar jadi Yang Dipertuan Besar dengan nama Tuanku Sultan Mahmud Shah, anak anak dia semua guna TUNKU sampai today? Ni aku tak faham sangat.

Teuku

Teuku ni tak salah aku nama gelaran dari keturunan Raja Acheh. So makna nya mungkin P. Ramlee pun keturunan Acheh lah kot? Cause nama dia Teuku Zakaria kan?

Pengiran

Ni kat Brunei. Memang guna nama gelaran Pengiran dari Awang Alak Betatar lagi.

Ada yang kata nama gelaran AWANGKU kat Brunei ni asal dulu anak anak Sultan Brunei dengan gundik. Ni aku tak sure... siapa boleh confirm kan? Sama macam MEGAT and PUTERI kat Perak. Kalau dulu dulu tu nama gelaran untuk anak anak luar nikah Sultan dengan gundik. Tapi zaman sekarang ni tak lah. If mak RAJA kawin dengan orang biasa, then anak anak letak MEGAT dan PUTERI.

Dayang

Kalau ikut sejarah apa yang aku tau lah kan, dari dulu lagi Raja Charles Brooke kat Sarawak dia letak nama gelaran DAYANG kat anak anak perempuan dia sampai lah cucu cucu dia yang perempuan ada DAYANG kat depan. So mungkin ni asal nya ada yang nama DAYANG kat depan? Aku tak tau apasal Raja Brooke ni letak DAYANG kat anak anak perempuan dia. And why lelaki tak ada nama gelaran?

Megat dan Puteri

Dulu dulu kisah nya Megat (untuk anak lelaki) and Puteri (untuk anak perempuan) adalah nama gelaran untuk anak anak luar nikah Sultan Melaka dan Sultan Perak dengan gundik. Tapi ni dulu lah dengar cerita nya. Tapi zaman sekarang kebiasaan nya orang letak nama gelaran Megat and Puteri ni untuk perempuan keturunan Raja yang kawin dengan orang kebanyakan. Mak keturunan Raja and bapak orang biasa so anak anak dia letak Megat and Puteri. Tapi tak semua buat benda ni i.e. anak anak Raja Azureen Sultan Azlan tak letak pun Megat or Puteri kat anak anak dia.

Nik

Aku pernah dengar cerita yang asal nama gelaran NIK ni dari Puteri Saadong, Raja tak ada anak. Then ambil lah anak angkat. Sorang anak angkat dia dari buluh betung and satu lagi anak dia dapat dari mulut satu ikan ni lah. So, mereka guna kan lah nama gelaran NIK untuk beza kan dengan anak anak lain yang keturunan Raja betul. Tak tau lah betul ke kisah ni. Dengar cerita sampai now siapa keturunan NIK tak boleh makan rebung and ikan apa entah nama dia tu.

Syed, Sharifah, Syeikh, Siti

Ni kita pernah discussed dulu kat thread mana entah. Kat board Marriage kot. Apa kata kita discuss lagi pasal ni. Aku pun interested nak tau pasal keturunan Syed, Syeikh ni. Apa aku pernah dengar lah ni nama gelaran keturunan Nabi Muhammad. Tapi apa beza Syed and Syeikh?

Satu lagi aku nak tanya, if Syed then perempuan nya Sharifah. Kalau Syeikh then perempuan nya Siti. So sekarang ni SITI tu nama gelaran ke? Kalau nama gelaran rasa nya Pejabat Pendaftaran control kan benda ni? So macam mana boleh pula letak nama Siti Nurhaliza, Siti Sarah, etc if bapak nya bukan Sheikh?

Lain lain nama gelaran yang aku tak tau asal nya and mungkin kita boleh discuss sama sama i.e. WAN kat Kelantan and Terengganu, ABANG kat Sarawak, DATU kat Sabah, etc.

kete_kebal Publish time 23-6-2006 03:13 PM

banyak ah... lelain soh syd impot
hhuhuhu

alhaadi2 Publish time 23-6-2006 04:03 PM

keturunan Arab Syeikh utk lelaki, n Siti utk perempuan...

keturunan Nabi, Sharif n Syaedah utk keturunan Saidina Hassan, manakala Syed/Sayyid n Syarifah utk keturunan Saidina Hussain...

Syd Publish time 23-6-2006 04:30 PM

Takrif Aal, Ahlul-bait Dan Zuriat Rasulullah SAW

Ahlul-bait Rasulullah SAW adalah mereka yang paling hampir dengan
baginda. Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah bermaksud hendak
menghilangkan dosa dari kamu, ahlul-bait, dan mensucikan kamu sesuci-
sucinya." (Al Ahzab:33)

Lebih 1,400 tahun semenjak kerasulan Nabi Muhammad SAW, umat Islam
di mana-mana pun di dunia ini wajib mengucapkan selawat
kepada `Sayyidina Muhammad Wa'ala Aali Sayyidina Muhammad', sekurang-
kurangnya dalam solat lima waktu sehari semalam. Dan ganjaran yang
amat besar pula dikurniakan kepada umat Islam yang melakukan selawat
secara sunat.

Dalam konteks ini, perlulah kita memahami akan siapa sebenarnya yang
ditakrifkan sebagai Aal Muhammad SAW seperti yang dimaksudkan dalam
selawat tersebut itu. Berlebih lagi melalui hadeeth-hadeeth baginda
sendiri, umat Islam telah diperintahkan untuk mencintai,
menghormati, memuliakan serta mengikuti teladan baik para Aal
Rasulullah SAW yang mukhlisin. Secara garis kasarnya, definisi `Aal'
Rasulullah SAW membawa pengertian ahlul-bait, keluarga dan kerabat
baginda. Namun, wujud perbezaan pendapat mengenai pengertian `Aal'
Muhammad Rasulullah SAW'. Cuma yang menjadi persepakatan ialah
tentang beberapa ciri serta kekhususan mereka. Antaranya:

1) Mereka diharamkan menerima sedeqah dan zakat

2) Tidak mewarisi harta Nabi (jika ada)

3) Berhak menerima seperlima bahagian dari harta ghanimah (iaitu harta rampasan perang)

4) Berhak menerima ucapan selawat

Berdasarkan pada pengamatan akan beberapa pengertian dan
tafsir `Aal' Rasulullah SAW mengikut dalil-dalil Quran dan Hadeeth
yang menjadi pegangan para alim ulama dan mazhab yang empat, maka
dapatlah dibuat pemerhatian dan kesimpulan bahawa `Aal' Rasulullah
SAW dapat digolongkan kepada beberapa kategori seperti yang berikut:



Ahlul-bait Rasulullah SAW ( Ahlul-kisa')

Ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan salah satu golongan yang
dimaksudkan sebagai `Aal Muhammad SAW'. Firman Allah SWT: "
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak mensucikan kalian sesuci-
sucinya." (Al-Ahzab:33 ) Sebahagian para ahli tafsir berpegang pada
sebuah Hadeeth Sahih riwayat Abu Said Al-Khudri dimana Rasulullah
SAW menegaskan: "Ayat itu turun mengenai lima orang: Aku
sendiri, `Ali (bin Abu Thalib RA), Fatimah, Al-Hassan dan Al-
Hussein."

Sebuah lagi Hadeeth yang diberi nama Hadeeth Al-Kisa' diketengahkan
oleh Imam At-Tarmizi berasal dari Ummul Mukminin, Ummu Salamah.
Beliau menyatakan ; "Ayat (Al-Ahzab:33) turun di rumah tinggalku.
Ketika itu di rumahku sedang berkumpul `Ali, Fatimah, Al-Hassan dan
Al-Hussein. Rasulullah SAW kemudiannya menyelimuti mereka dengan
sehelai kain kisa (jenis pakaian sangat longgar) sambil
berucap : "Mereka itulah ahlul-baitku. Allah telah menghapuskan dosa
(kotoran) dari mereka dan telah mensucikan mereka."

Kedudukan mereka diperkukuhkan dengan kesaksian Abul-Hamara yang
diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan ibnu Mardawaih : "Selama lapan
bulan berada di Mekah aku menyaksikan, tiap kali Rasulullah SAW
keluar hendak menunaikan solat di masjid,

baginda selalu menghampiri `Ali bin Abu Thalib di tempat
kediamannya. Sambil berpegang pada pintunya baginda
berucap: `Marilah solat, sungguhlah, Allah hendak menghapuskan
kotoran dari kalian, hai ahlul-bait, dan Dia benar-benar hendak
mensucikan kalian!' "

Kesimpulannya, pengertian ahlul-bait Rasulullah SAW yang membawa
erti Sayyidina `Ali, Fatimah Az- Zahra, Al-Hassan dan Al-Hussein
telah sebulat suara dipersetujui oleh semua ulama salaf dan khalaf
serta pakar sejarah Islam. Kedudukan dan martabat Fatimah Az-Zahra,
Sayyidina `Ali, kedua putera mereka beserta keturunan mereka sebagai
ahlul-bait Rasulullah SAW lebih diperkuat dengan turunnya
ayat `Mubahalah' 8 kepada baginda yang berhubung kait dengan
bantahan kaum Nasrani Najran yang menolak kesaksian Al-Quran
mengenai kedudukan Isa a.s putera Maryam.

Peristiwa persetujuan antara perutusan kaum Nasrani Najran dan
Rasulullah SAW untuk bersama-sama mengikrarkan permohonan kepada
Allah SWT agar menjatuhkan laknatNya kepada pihak yang berdusta,
adalah sebagai pilihan yang terakhir bagi mengakhiri perdebatan
antara kedua belah pihak mengenai kedudukan Nabi Isa AS putera
Maryam itu. Kisah ini diabadikan oleh Allah SWT melalui
FirmanNya : "Barangsiapa membantahmu (hai Nabi) tentang dia (Isa
putera Maryam), setelah engkau beroleh pengetahuan yang benar
(mengenai hal itu), maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita
panggil (kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, para wanita
kami dan para wanita kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian,
kemudian marilah kita sungguh-sungguh memohon kepada Allah, lalu
kita jadikan kutukan Allah itu ke atas orang-orang yang berdusta."
(Aali- Imran :61)

Para ahli tafsir dan ahli Hadeeth menjelaskan yang dimaksud
dengan `anak-anak kami' ialah Al-Hassan dan Al-Hussein, yang
dimaksud dengan `para wanita kami' ialah Fatimah Az-Zahra, dan yang
dimaksud dengan `diri-diri kami' ialah Rasulullah SAW dan
Sayyidina `Ali. Ini berdasarkan hakikat bahawa semasa kejadian
tersebut, yang dipanggil oleh Rasulullah SAW menghadiri mubahalah
dengan kaum Nasrani Najran, hanyalah Sayyidina `Ali, Fatimah Az-
Zahra, Al-Hassan dan Al-Hussein.

Syd Publish time 23-6-2006 04:31 PM

Takrif zuriat Rasulullah SAW

Zuriat Rasulullah SAW ditakrifkan sebagai keturunan dari ahlul-bait
baginda. Lebih tepat lagi, zuriat Rasulullah SAW adalah melalui cucu-
cucu baginda Al-Hassan dan Al-Hussein, kerana telah diketahui bahawa
kesemua putera Rasulullah SAW telah

meninggal dunia semasa masih kecil lagi, dan hanya puteri baginda
Sayyidatina Fatimah RA sahaja yang dikurniai keturunan yang hidup
sehingga dewasa. Rasulullah SAW pernah menyebut Al-Hassan dan Al-
Hussein sebagai `putera-putera' baginda.

Persoalannya, apakah keturunan dari anak perempuan termasuk dalam
pengertian zuriat? Mengenai hal ini ada dua pendapat di kalangan
para ulamak.

Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Syafi'ee berpendapat bahawa
keturunan dari anak perempuan

termasuk dalam pengertian zuriat. Mereka mengemukakan hujjah
berdasarkan pada Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan dari keturunannya (Ibrahim), (Kami beri petunjuk kepada) Daud,
Sulaiman, Ayyub, Yusuff, Musa dan Harun. Demikianlah Kami beri balas
kebajikan kepada orang-orang yang berbuat baik. Dan (dari keturunan
Ibrahim juga); Zakariyya, Yahya, `Isa dan Ilyas

Syd Publish time 23-6-2006 04:34 PM

Prediket Sayyid, Syarif dan Habib

Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid, atau Syed yang
diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah
Rasulullah SAW? Perkataan `As-Sayyid', (jamaknya `Saadat'
atau `Asyad'), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang memberi
makna `ketua' atau `pemimpin'. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah
Hadeeth, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Al-
Hassan : "Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil menunjuk kepada Al-
Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan
mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum
Muslimin."

Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah
sebagai `pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa' ummati)' dan
cucunda baginda, Al-Hussein, sebagai `pemimpin kaum belia di syurga
(sayyid syabab ahlal-jannah).' Selain itu, kalimah Sayyid dalam
beberapa konteks yang lain bererti `ketua suku' (sayyid al qabilah)
atau orang bangsawan. Istilah `Syarif', (jamaknya `Asyraaf), bererti
ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah `Sayyid'.
Gelaran `Syarif' dipakai untuk Bani Hasyim di masa-masa permulaan
Islam sebagai nama sebutan, atau prediket bagi mereka. Orang pertama
dari Bani Hasyim yang memakai gelar `Syarif' ialah Syarif Ar-Radhiy
dan saudaranya Al-Murtadho.

Di Hijaz, sebutan `Syarif' tidak digunakan kecuali untuk para
Penguasa Mekah dari keturunan Al-Hassan. Menurut adat dan kebiasaan
umat Islam, prediket `Sayyid' diberikan kepada ahlul-bait dari
keturunan Al-Hussein sementara `Syarif' dari keturunan Al-Hassan.
Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di Selatan
Semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran `Habib', yang bererti
orang yang dikasihi.

Syd Publish time 23-6-2006 05:44 PM

Kalau tengok anak anak perempuan Raja Brooke saja yang ada DAYANG, yang lelaki tak ada title apa apa pun. So, nama gelaran ABANG dari mana?

1868 - 1917 H.H. Rajah Sir Charles Anthoni Brooke, Rajah of Sarawak.

Anak anak:
1) James Harry Brooke
2) Charles Clayton Brooke

3) H.H. Rajah Sir Charles Vyner de Windt Brooke
Anak anak:
i) Dayang Leonora Margaret
ii) Dayang Elizabeth
iii) Dayang Nancy Valerie

4) Captain H.H. Bertram Willes Dayrell Brooke
Anak anak:
i) H.H. Anthony Walter Dayrell Brooke
ii) Dayang Jean Margaret Palmer
iii) Dayang Elizabeth
iv) Dayang Anne Elaine Primula

5. Harry Keppel Brooke
6. Dayang Ghita Brooke
7. Esca Brooke-Daykin

Syd Publish time 23-6-2006 05:48 PM

Megat

Megat is a hereditary title given to male descendants of the ancient Royal House of Pagar Ruyung. Its Minangkabau pronouncation is 'Magek' - derived from the word 'Maha Gaek' which means 'Great One'.

The female members of the family are given the hereditary title Puteri. Its Minangkabau pronouncation is 'Puti' which obviously means Princess.

The Megats and the Puteris are royalty by birth. However, it is a common practice to name a child with the titles Megat or Puteri whenever the mother is of Royal Blood (Raja or Tengku)and the father is a commoner. This is due to the fact that in Minangkabau tradition, the status of one's child will depend on their parents. As for Royalties, marrying a commoner is strictly forbidden. Hence, the seniority of the respective parent's families will determine the child's royal status.

The idea of having a Megat or a Puteri from a Royal mother and a commoner father was likely based on the lineage of the famous pioneer Megat in the Malay World - Megat Terawis. Megat Terawis was the first Bendahara of Perak and was known by the title Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. His descendants were holders of the Bendaharaship of Perak. One of his descendants, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), married Raja Shah Alam Sayong - a daughter of Sultan Muzaffar Shah II of Perak.

Obviously his descendants used the titles Megat and Puteri. Coincidently, the mother was a daughter of a Perak ruler, people have generalised the rule that for individuals with a Royal mother and a commoner father, have the right to use the titles Megat and Puteri for their children.

Therefore, it should be highlighted that the original usage of Megat and Puteri are strictly for the descendants of the Royal Pagar Ruyung lineage. The descendants of Megat Terawis the First Bendahara of Perak still (to this very day) use the titles Megat and Puteri for their names and their children's.

Some of the prominent members of the Megat Terawis family are:

Dato' Seri Dr Megat Khas Bin Megat Omar
Dato' Megat Yunus Bin Megat Mohd Isa
Dato' Megat Othman Bin Megat Mohd Ali
Dato' Megat Mahmud Bin Megat Ismail
Dato' Seri Megat Jaafar Bin Megat Yunus
Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Bin Megat Mohd Nor
Tan Sri Megat Junid Bin Megat Ayub
Datuk Dr Megat Burhainuddin Bin Megat Abdul Rahman
Dato' Seri Megat Najmuddin Bin Megat Khas
Dato' Megat Mohamed Abdul Wahab Bin Megat Abu Bakar
Megat Zaharuddin Bin Megat Shamsudin
Megat Abdullah Rafaie Bin Megat Marzuki
Megat Mohamad Mentaha Bin Megat Alias

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Megat

Syd Publish time 23-6-2006 05:50 PM

credit : Ku Mac

Wan dan Nik (Kelantan)

Once upon a time... kat Negeri Kelantan asal nya Sultan dia nama Raja Kumar. Tak tau dari mana asal nya Raja Kumar ni. Entah.. India kot? Dari keturunan Raja Kumar lah ada nya Cik Siti Wan Kembang. So, masa Cik Siti Wan Kembang ni jadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma kat wilayah kat Timur Kelantan kot?), tempat dia tu jadi glamour lah. Banyak lah pedagang pedagang datang.

Dalam negeri Kelantan juga tapi wilayah yang lain nama nya Jembal... ada juga satu Raja kat sini. Ni lah cerita Raja Saadong tadi. Yang ni tadi cerita ambil angkat angkat buluh betung dengan dari mulut ikan. And anak anak dia mula dengan nama gelaran NIK.

Balik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi... dia pun tak ada anak. So, dia ambil lah Puteri Saadong (konon nya memang cantik giler lah sampai Maharaja Siam datang kidnapped) jadi anak angkat and dia akan dapat jadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang and wilayah Jembal.

Dipendek kan cerita, lepas dia kena kidnapped oleh Maharaja Siam and kemudian dipulang kan ke Kelantan, dia gaduh lah dengan laki dia nama Raja apa entah. Masa gaduh gaduh tu laki dia ni mati terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Lepas tu Puteri Saadong lari kan diri and habis lah cerita Puteri Saadong kat sini.

Then, lepas tu baru mula Long Bahar (putera pada Raja Patani nama Wan Daim) jadi Raja kat Jembal. Kat sini lah mula nya keturunan WAN kat Kelantan. Actually Long Bahar tu keturunan WAN, tapi selalu nya if anak sulung automatic akan jadi LONG even tho' anak anak lain adalah WAN. Kira LONG tu nama panggilan lah. Then, anak Long Bahar dengan Wan Anom... nama dia Long Sulaiman ganti jadi Raja lepas Long Bahar tu meninggal. Kat sini Long Sulaiman tu guna nama gelaran LONG juga sebab dia anak WAN yang sulung. Anak Long Sulaiman nama dia Long Yunus yang lepas tu satu kan semua wilayah wilayah kat Kelantan and ishtihar diri dia sebagai Sultan Kelantan yang pertama.

So, itu lah cerita nya macam mana nama gelaran NIK and WAN ada kat Kelantan. NIK tu asal dari nama anak angkat Puteri Saadong yang dari buluh betung and mulut ikan. And WAN pula dari keturunan Long Yunus.

mo-mo Publish time 24-6-2006 08:16 AM

tq Syd, bagus tu... baru saya tahu ceritanya pasal 'Cik Siti Wan Kembang' nih..Selalu dengar org cakap Negeri Siti Cik Wan Kembang ni refer to Negeri Kelantan lah... tapi tak tahu cerita sebalik gelaran Cik Siti WK ni..

Lloni Publish time 24-6-2006 11:25 PM

sejarah kelantan

alhaadi2 Publish time 25-6-2006 12:23 PM

Source: http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/zoom1/20060107163716/Article/

Rahsia di sebalik pangkal nama...
Oleh Fairuz Zaidan

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.

Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja.

i-Kon minggu ini cuba berkongsi informasi mengenai `rahsia

alhaadi2 Publish time 25-6-2006 12:25 PM

# NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan
# Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan
# Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan
# Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional
# Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan
# Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya
# Nonok, Bontot, Bola Besar, shit, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk
# Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting


NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga
# Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan
# Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu
# Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam
# Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna
# Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya
# D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian
# Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

# Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

# Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

# Hokkian
Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

# Kantonis
Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

# Mandarin
Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo

WonBin Publish time 25-6-2006 12:54 PM

Berdasarkan kajian aku, keturunan NIK dari Kelantan ni ada BANYAK GROUP.
1. NIK yang tinggal di kawasan Kampung Kedai Lalat di mana Dato Nik Aziz Nik Mat tinggal sekarang. Mereka ini merupakan kerabat yang ada kaitan dengan Puteri Saadong zaman dulu. Walaupon mereka ini pakai tittle NIK, namun adat mereka seperti Raja. Namun sekarang ini golongan muda sudah hidup seperti orang biasa dan ramai jugak yang jatuh miskin dan tidak berpengaruh mcm dulu.

2. NIK yang tinggal di Kampung Langgar, dekat Billion KB.

3. Nik yang tinggal di Kubang Pasu.

4. Nik yang tinggal di Kampung Banggol.

5. Nik yang tinggal Kuala Besar, dekat Pantai PCB.


Kenapa ada banyak group? Kerana mereka semua ni kerabat raja yang dititahkan untuk jadi wakil raja dan menjaga jajahan raja zaman dulu. Contohnya keluarga NIK yang tinggal di Kuala Besar telah diamanahkan untuk mentadbir dusun kelapa di sepanjang pantai di utara negeri Kelantan. Namun kini mereka hidup dalam kemiskinan dan terbiar.

Nik yang tinggal di Kubang Pasu (cuma 5 minit berjalan kaki daripada bandar KB) dan Nik yang tinggal di kampung Langgar merupakan keturunan Nik yang terus berkuasa hingga hari ini. Mereka ini berpendidikan tinggi dan mewarisi harta nenek moyang kurniaan Sultan. Mereka juga terus berpengaruh di dalam istana hingga ke hari ini, malahan orang kanan Sultan Kelantan kebanyakannya bergelar NIK dan WAN.

Antara NIK yang berjaya:
1. Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed, Jeneral Tentera Udara Malaysia (Nik kg. kubang pasu)
2. Tan Sri Nik Ibrahim Kamel (Pengarah KFC yang ditendang oleh Kulim dalam perebutan KFC Holdings)
3. Prof Nik Safiah Karim, Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Nik Iruwan Nik Izanie (bakal pelumba F1 Malaysia, jaguh go kart)
5. Mok_nik (moderator kat cari)
6. MB kelantan Tuan Guru Nik Aziz
7. Ketua JI/Terrorist Group Malaysia: Nik Adli Nik Aziz
8. Nik Azura ( DJ radio HOT FM)

Dan ramai lagi.


Title ni takda apa2 nilai. Kalau ada title Tunku tapi suka party dan minum arak, sia2 sahaja nama baik yang mak bapak bagi.


dalam banyak2 title, SYARIFAH merupakan yang paling aku suka sebab mereka ni cantik dan kulit putih.
- Sy. Amani dan kakak dia.
- Sazzy falak pon aku dengar keturunan Syed/Syarifah jugak.

Tunku dari N9 pon cantik2 juga sebab mix mat salleh.


Keturunan Syed, Nik dan Wan juga dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad SAW. Bagi Nik dan Wan dari Kelantan/Patani, keturunan Nabi Muhammad dalam darah mereka ada kaitan dengan beberapa orang anggota Wali 7 dan kemudiannya Wali 9 yang merupakan menurut sejarah adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Dalam manuskrip peribadi yang berusia beratus2 tahun ada ditulis dengan jelas susur galur keturunan Nik dan Wan yang berakar umbi boleh dikesan bermula daripada Patani.

Penghijrahan keturunan nabi Muhammad SAW Hingga ke Nusantara

Nabi Muhammad SAW> baginda wafat > 4 orang khalifah berakhir > perang saudara, keturunan nabi Muhammad dibunuh dan terpaksa melarikan diri .......... >lari ke Turki > berhijrah ke India, Kesultanan Delhi. Keturunan Arab di India > Belayar ke Patani dan Champa dalam misi dakwah ke Nusantara> Berkahwin dengan kerabat Patanni > hasil kahwin campur dengan puteri raja, lahirlah keturunan Wali 7 dari keturunan Kesultanan Patani dan kesultanan Melayu Champa> Wali 9 berdakwah di Jawa, kerabat lain tinggal di Patani > berkahwin dengan Putera Raja berketurunan DAENG yang melarikan diri daripada RIAU, Sulawesi (Putera Raja Riau orang Bugis ini ada beberapa orang beradik. mereka melarikan diri daripada SUlawesi, Riau.Mereka tiba di Johor dan berpecah. Ada yang ke Selangor, ada yang ke Pahang, ada yang menetap di Johor dan seorang daripada mereka ke Patani/Kelantan. Mereka inilah yang membawa SILAT GAYONG ke semenanjung tanah melayu) > daripada Patani, berhijrah ke Kelantan > Di Kelantan, NIK terus berpengaruh di dalam istana > Masing2 berpecah mewujudkan beberapa puak NIK di Kelantan.


kajian saya juga mendapati ramai kerabat sultan Kelantan yang hidup sebagai orang miskin dan daif. nama saja RAJA Mohd *** Bin Raja *** tetapi tinggal kat rumah yang nak roboh. Saya pon hairan, biasanya Raja ni kaya, tetapi raja ni takdak duit.

Sultan Kelantan jugak merupakan Sultan yang bodoh dan kerjanya makan tidur sahaja setiap hari. Nasib sanak saudara dan rakyat jelata tidak terbela. Baginda tidak peka seperti SULTAN PAHANG yang begitu ambil berat tentang rakyat. Jika ada banjir, Sultan Pahang akan turun sendiri meredah banjir dan makan nasi kawah dengan rakyat. Sultan Kelantan cuma menyorok dalam istana sahaja.:tembak::tembak:

[ Last edited byWonBin at 25-6-2006 01:39 PM ]

Syd Publish time 27-6-2006 04:16 PM

credit : leleh@IG

Ahlul-Bait di Asia Tenggara
oleh :paduka raja


Para ahlul-bait Rasulullah SAW di bumi Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada tiga golongan. Golongan yang pertama, iaitu mereka yang dikatakan masih 憄ekat

Lloni Publish time 29-6-2006 07:37 PM

Betol belaka.....:hatdown:


sila baca sini..

WonBin Publish time 2-7-2006 11:21 PM

Originally posted by Lloni at 29-6-2006 07:37 PM
Betol belaka.....:hatdown:


sila baca sini..

Kedekut betul website tu, kene jadi member dahulu barulah boleh baca.

Saiyid Hussien Jamadil Kubra merupakan nenek moyang kepada semua Syed, Syarifah, Nik, Wan, Long, yang berada di Kelantan, Patanni (Selatan Thailand), Raden di Jawa. Beliau adalah keturunan Arab, susur galur beliau adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Seperti yang saya terangkan di atas, beliau belayar ke Nusantara daripada India. Tujuan beliau ialah untuk berdakwah. Pada masa itu, Islam sudahpon ada bertapak di Nusantara, namun tidaklah menyeluruh. Beliau singgah di Sumatera, Melaka dan terus ke Kelantan/ Patanni. Beliau ini ada ramai isteri. Kuota 4 orang sentiasa penuh. Semua isteri beliau adalah anak Raja. Beliau menjadikan negeri Kelantan sebagai pusat dakwah beliau pada masa itu. Bahkan misi dakwah Wali 9 di Pulau Jawa pon di rancang daripada Kelantan.

Dalam manuskrip simpanan Istana Sultan Kelantan ada menyebut dengan jelas salasilah Sultan Kelantan dan Saiyid Hussien Jamadil Kubra. Bagaimanapon, identiti beliau telah dipadamkan oleh penjajah Inggeris. Buku sejarah di sekolah tidak menyebut nama beliau. Pihak penjajah telah memadakan identiti sebenar kerabat Istana. Yang tinggal ialah sejarah orang Melayu yang lemah dan primitif. Sehinggakan kini orang enggan percaya bahawa di Malaysia ini merupakan tempat di mana cucu cicit Nabi Muhammad bermastautin dan meneruskan dakwah islam mereka. Salah satu sebab Tuan guru Nik Aziz Nik Mat bermaharaja lela sebagai MB Kelantan ialah sebab orang hormat salah silah keluarga dia yang berketurunan Rasullallah SAW. Dari syurga, dibuang ke dunia. Datang dari Tanah Arab, kini bergelar Melayu di Malaysia.

Islam itu suatu hari nanti pasti akan bangkit semula di TIMUR.

[ Last edited byWonBin at 2-7-2006 11:44 PM ]

WonBin Publish time 2-7-2006 11:32 PM

Keturunan Nik, Long dan Wan ini juga turut mewarisi 'SAKA' daripada nenek moyang mereka yang bergelar wali pada masa silam. Dalam 1000 adalah seorang yang terpilih. Ada yang tiba2 pandai bersilat sendiri tanpa sesiapa ajar, ada yang didatangi oleh lelaki berjubah putih dalam mimpi, ada yang dikurniakan ketajaman ilmu kebatinan yang luar biasa. Ini kerana SAKA yang diwarisi oleh mereka secara ginetik. Saya pernah mendengar cerita seorang budak bernama Syarifah terjatuh daripada flat 3 tingkat namun tidak mengalami apa2 kecederaan. Mereka percaya mereka adalah keturunan Nabi Muhammad SAW yang sentiasa dirahmati dan dilindungi dengan izin Allah. Ada khadam jin/malaikat yang jaga.




http://www.pontianakhsm.com/aleya%20copy.jpg

Syarifah Aleya


http://img219.exs.cx/img219/6931/sofia27ca.jpg

Syarifah Sofea

[ Last edited byWonBin at 2-7-2006 11:51 PM ]
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13
View full version: Nama, Panggilan, Gelaran/Titles, Pangkal Nama, Nama Keturunan/Surnames Melayu


ADVERTISEMENT