Lloni Publish time 3-7-2006 09:49 AM

1. wonbin...apa kaitan diletak gambar dua artis tersebut....dalam thread nih....

2. apa salahnya jadi ahli forum yamg saya paste tuh...


3. anda ada sumberkah berkenaan dengan manuskrip di istana tu...sila contact saya..


4. saya rasa tidak elok jika saudara menulis bahawa TGNA bermaharaja lela di Kelantan...apa maksud saudara..adakah bahasa selain dari yang tersebut..

5. banyak 'hal' yang belum diketahui oleh orang melayu khususnya perihal keturunan ahlul bait dan kaitannya dengan kerabat salsilah kesultanan melayu di nusantara umumnya dan di kelantan itu sendiri khususnya. sebaliknya mereka yang tahu cuba menutupi kisah sebenar. Insya'allah dengan petunjuk dan hidayah Allah swt...sedikit demi sedikit kisah ini semakin terurai dan ramai orang akan mengetahui bahkan kaum kerabat sendiri yang asalnya macam menyindir dengan gelak akhirnya akan faham duduk perkara...mereka tidak boleh dipersalahkan kerana tok nenek tidak memperihalkan asal usul keturunan.

Buat masa ini kalau kita memperkata halini orang melayu hanya senggih dan memandang enteng saja....

segala ilmu dan pengetahuan adalah dari Allah swt jadi jika Allah ingin mengurniakan bagi menunjukkankekuasaanNya adalah tidak mustahil sifatnya....kerana Allah itu Maha Berkuasa..

Amirdaa Publish time 5-7-2006 12:19 AM

Originally posted by fleurzsa at 28-6-2005 11:50 AM
Salam,

Sekarang ni byk nama2 gelaran yg berdasarkan keturunan tlh disalahgunakan.Mcm Puteri, Syarifah, Shah, Megat, Wan, Siti dll

Nama gelaran yg dikurniakan mcm Tun pun dah ada yg kasi kat ...


sowy yek tp nk betulkan sket kenyataan nih..pangkal nama Tun is not just nama gelaran yg dikurniakan..nama Tun jugak nama gelaran pangkat, same lah mcm Megat, Puteri, Wan, Nik dll..
kalu tak mana datangnye nama Tun Perak, Tun Teja, Tun Fatimah?
Begitu jugak ngan Tun Saban, org yg bertanggungjawab membuka negeri Perak dulu..keturunan mereka masih ada sampai sekarang..
saya bleh confirmkan fakta ni coz saya dari keturunan Tun Saban di Perak..
psl gelaran Megat pulak, asal susur galurnye dari keluarga Megat Terawis..bile nama ni diturunkan pada anak, anak lelaki tetap gelaran Megat tp anak perempuan diberi gelaran Puteri..that's why kekadang kite terjumpe name Puteri ??? Bt Megat ???...senang cakap Megat Puteri adalah gelaran keluarga yg sama..dan keluarga Megat & Tun juga adalah bersaudara coz terdapat perkahwinan antara dua keluarga nie (ie : Megat Terawis berkahwin ngan anak Tun Saban)
tp zaman skang kalau jumpe org name Tun @ Megat @ Puteri,mereka tak semestinye dari keturunan yg disebutkan coz gelaran disalahgunakan..as same goes to gelaran Syed, Syarifah, Wan, Nik dll..

hrp explanation yg pjg lebor nih bleh jelaskan kekeliruan ttg gelaran Tun...

sekian time aceh:bye:

LanoG Publish time 5-7-2006 09:01 AM

Originally posted by ronnie at 12-12-2005 02:52 AM
Kawan ronnie nama Meor tu asal macam mana ye? Kat Perak aje ke?

Nama meor kat depan tu sebab emak dia keturunan syed (syarifah) dan bapak dia keturunan orang biasa. So, wujudnya first generation meor tuh.

By the way, asal-usul nama sesuatu keturunan kadang kala melalui berpuluh2 salasilah sejak dari zaman dahulukala. Ini penting untuk memastikan asal keturunan dan dari mana mereka berasal. Bukan sahaja kat Malaysia nie, seluruh dunia nie terdapat beribu-ribu jenis sur name nie. Mungkin korang tak perasan, kat China, lagi banyak! Semua guna sur name pe......

HangPC2 Publish time 5-7-2006 01:28 PM

mengikut kefahaman aku orang nama belakang dier ''ALBA'' fdari keturunan Melayu Yaman betul ker???

mo-mo Publish time 6-7-2006 07:54 AM

good info on the meaning of BIN & BINTE, saya baru tahu....tapi macamana dengan peraturan yang kata 'anak luar nikah' tak boleh di'BIN"kan kepada nama bapanya... ada kena mengena dengan maksud B-I-N ini kah?

Zalim Publish time 7-7-2006 02:29 PM

gua bayangkan .. nanti sumer pakai surname .. ada la camni kot!

JAAFAR GAGAHPERKASA (encik Gagahperkasa)
JOYAH GAGAHPERKASA (puan Gagahperkasa)

sebab surname omputih ada macam2 kalu ditranslatekan kat bahasa melayu ada la camni ..

FIRESTONE (Batu api)
BELL (Loceng)
TOMBSTONE (Batu nisan kot!)
SPRINGFIELD (apa tuh?)
BUSH (hehehehe)

mo-mo Publish time 8-7-2006 07:41 AM

..Flintstone?

JalakLenteng Publish time 9-7-2006 10:18 AM

Originally posted by HangPC2 at 5-7-2006 13:28
mengikut kefahaman aku orang nama belakang dier ''ALBA'' fdari keturunan Melayu Yaman betul ker???

Jessica ALBA?

adi_iskandar Publish time 9-7-2006 10:36 AM

aku nak tau. dari mana asal usul nama ZARITH?

pretender Publish time 10-7-2006 03:53 PM

Reply #31 Lloni's post

hanya satu sultan sahaja dimana tanda tangannya berharga,sultan kelantan wonbin.

pretender Publish time 10-7-2006 03:57 PM

keturunan daeng Opu dalam salasilah berasal dpd keturunan Nabi Sulaiman a.s.

pretender Publish time 10-7-2006 04:01 PM

bangga dengan keturunan adalah salah satu sifat jahilliah.

Lloni Publish time 10-7-2006 06:35 PM

Originally posted by pretender at 10-7-2006 04:01 PM
bangga dengan keturunan adalah salah satu sifat jahilliah.


mr. pretender....mengenang dan mencari susur galur adalah tidak salah...setiap apa yang kita laku mesti dengan niat kerana Allah ta'ala....bukan untuk bersifat ujub...tetapi ialah untuk musabahah diri...adakah kita mengingati datuk nenek kita...kalau kita mengingati bagaimana kita boleh menolong mereka yang sudah meninggal...perlu diingat bahawa selepas seseorang itu mati ada 3 perkara yang boleh menolongnya di alam barzah dan alam akhirat iaitu salah satu ialah doa anak yang soleh....jadi maksud anak yang soleh ini bukan saja bagi pangkat anak sahaja tetapi anak cucu yang soleh boleh memohon supaya Allah mencucuri rahmat serta memberkati serta memberi pahala anak cucu yang soleh kepada mereka.

walau ahlul bait sekalipun tapi jika dia tidak beramal sholeh...apa maknanya...namum begitu apa yang kita perlu ketahui ialah keberkatan doa junjungan besar kita Nabi Muhammad saw kepada keturunannya tidak boleh dipertikaikan..

sifat membangga diri dengan keturunan... itu tidak timbul kerana bagi anak2 yang soleh sifat begitulah yang patut dijauhi..malah menjadi amanat keturunan bahawa tidak boleh membangga diri atau membesar2 diri.


sebenarnya....dalam memperkatakan susur galur tidak perlu di wowa wowakan kerana ianya akan menyentuh atau memberi kesan kepada mereka yang tidak berkaitan dan inilah implikasi yang terpaksa dihadapi bilamana perihal sebegini dibicara secara umum. Walhal topik yang diutarakan ialah untuk mengetahui asal usul sesuatu gelaran.

w/bagaimana pun cara ini tidak dapat dielakkan jika sipencari ketandusan sumber dan sekurang2nya dapatlah dia jelujuri bila ada respon dari saudara yang berpengentahuan.

sherrina Publish time 10-7-2006 10:46 PM

bagi sherrina, apabila mempunyai nama keturunan di pangkal nama, secara automatik kita sebenarnya terikat dengan tatatertib dan agama dimana jika kita dilihat berkelakuan yang tidak sewajarnya, org akan terdetik "apalah dia tu, nama aje dot dot tapi perangai...."

Jadi, secara positifnya nama keturunan ni menghalang kita drpd membuat perkara yang tak disukai Allah sebab kita juga malu (disamping keluarga juga akan ajar dan tanam supaya kita mengangkat nama itu) jika dicerca orang kerana perangai tak mencerminkan nama yang dibawa...

sherrina Publish time 10-7-2006 10:58 PM

Originally posted by fly_in_d_sky at 5-6-2005 02:17 AM



syed n syarifah ni keturunan
pangkat / gelaran
selalunyer yg berketurunan arab .....
n dengar2 tp tak tau ler betul ke idak
syed n syarifah ni keturunan nabi muhammad
xtau ler ........
...

rasanya dah banyak dibincang topik ni tapi saya cuba ulas sedikit sebanyak based on apa yg saya faham. Syed dan Sharifah ni asalnya dari keturunan Nabi Muhammad. Jika kita lihat nama seseorang tu, kalau Syed mesti bin Syed, Sharifah Bt Syed.....dan ada juga Syed/Syarifah binti selain Syed. Ini kerana di Penang kalau tak silap saya suatu ketika dulu ada satu kira cam trend dipanggil 'Syed Jumaat' dimana anak2 lahir hari Jumaat akan diberi nama Syed atau Sharifah. tetapi skarang tidak boleh lagi kerana tak silap saya, Jabatan pendaftaran dah selaraskan peraturannya. Jika kita nak daftar anak nam Syed, kene buktikan yg ayahnya nama Syed. Begitu juga dengan Nik, Megat dan lain2. Bos saya cuba nak daftarkan nama anaknya Puteri tetapi sebab tak dapat buktikan yang ayah bayi itu dari keturunan Megat, maka dia letakkan nama Puteri tu sebagai nama kedua (dibelakang instead of didepan).

Syed/Syarifah ada banyak kumpulan/pecahan seperti Al-Shahabuddin (sherrina dr kumpulan ni), Al-Joned (banyak di Johor, Singapore), Al-Idrus dan lain-lain lagi. Melalui nama2 kumpulan/suku ini kita leh trace susur galur keturunan. Samada dari Indonesia ke (pedagang Arab beranak pinak di Indonesia), dari Timur Tengah ka dll....

LailaTempawan Publish time 20-12-2006 06:29 PM

Wan, Megat dan Nik

Sorry abg dan akak mod dan sekelian forumner, sayani nak tahu jer, siapa yang diorang kata dan sejarah keturunan Megat, Wan dan Nik ni.. Saya cuma tahu pengeritan secara ringkas jer mengenai keturunan Megat dan bagi sejarah Wan dan Nik tak tahu lah.. Please.. siapa yang tahu please kasi info yer.. :)

ikankiut Publish time 20-12-2006 09:39 PM

Nik - i dpt dari satu blog

One theory is that it originates from the Bugis 揂ndik

ikankiut Publish time 20-12-2006 10:08 PM

Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang.

Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu

ikankiut Publish time 20-12-2006 10:09 PM

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. 揝aya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

揂pa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki 慴iasa

LailaTempawan Publish time 21-12-2006 10:07 AM

Thank you ikankiut...:) im happy..

kalau lelaki gelaran Nik kalau dia kahwin dengan orang bukan Nik, anak mereka akan mewarisi gelaran nik tak, bagaimana pula dengan gelaran Wan? adakah begitu juga iaitu kalau lelaki tu wan kahwin dengan perempuan bukan bergelar wan takkan diwarisi gelaran wan bagi anak mereka?

Ada tak definasi bagi gelaran Wan, Nik dan Megat.. :) kalau ada tempek yer..:) thank you.. Merci..:)
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13
View full version: Nama, Panggilan, Gelaran/Titles, Pangkal Nama, Nama Keturunan/Surnames Melayu


ADVERTISEMENT