chumpon posted on 25-2-2005 09:25 AM

Rumah-rumah tradisional Melayu

Orang Melayu di negara ini terdiri daripada pelbagai suku kaum, oleh itu rumah-rumah tradisional Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri.

Rumah-rumah tradisional di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, rumah bumbung panjang amat terkenal. Bumbungnya agak tinggi dan curam dan lazimnya mempunyai tiga bahagian rumah iaitu serambi, ibu rumah dan dapur.

Rumah Negeri Sembilan juga bercirikan bumbung panjang tetapi ia merupakan satu-satunya rumah di Semenanjung Malaysia yang mempunyai bumbung yang melengkok ke atas seperti tanduk kerbau. Seperti juga rumah Melaka, bumbungnya turut dikenali sebagai bumbung panjang tetapi yang membezakannya ialah tangga batu di bahagian anjung rumah berkenaan.

Selain bumbung panjang terdapat rumah yang digelar rumah bumbung lima dipercayai mempunyai pengaruh British dan Belanda yang terkenal di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor begitu juga rumah bumbung Perak yang dikenali juga sebagai bumbung potongan Belanda.


Seni bina rumah di pantai Timur

Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rumah-rumahnya banyak dipengaruhi oleh masyarakat awal yang menetap di kawasan itu iaitu masyarakat Thailand dan Kemboja. Ini kerana pada abad ke-2 sehingga ke-16 kebanyakan kawasan di Terengganu dan Kelantan termasuk Patani di bahagian selatan Thailand merupakan jajahan Melayu Langkasuka.

Jika rumah-rumah di pantai barat Semenanjung Malaysia dilihat berdasarkan bumbung, di pantai timur pula ia dilihat berdasarkan tiang-tiang yang dibina untuk menyokong ibu rumah. Ibu rumah yang kecil digelar rumah bujang atau rumah tiang enam manakala ibu rumah yang lebih besar digelar rumah serambi atau pun rumah tiang dua belas.

Bumbung rumah-rumah berkenaan selalunya diperbuat daripada genting yang digelar singhorra sempena nama sebuah bandar di Songkhla, selatan Thailand. Rumah Pahang pula tidak banyak beza dengan rumah-rumah di kawasan pantai barat kerana dikatakan rumah yang awal, dibina oleh masyarakat Bugis yang berhijrah dari pantai barat.


Rumah-rumah tradisional di Sabah.

Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.


Rumah-rumah tradisional di Sarawak.

Sarawak juga terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang merupakan laluan utama bagi masyarakat tersebut. Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang.

- (Dipetik daripada The Encyclopedia of Malaysia Architecture)

senyum_77 posted on 28-2-2005 01:50 PM

Originally posted by chumpon at 25-2-2005 09:25 AM:
Orang Melayu di negara ini terdiri daripada pelbagai suku kaum, oleh itu rumah-rumah tradisional Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri.

Rumah-rumah tradisional di pantai barat Semenanjung Mal ...

salam.....Chumpon !  :bye:



Tak der ker GAMBAR RUMAH2  ?


bila nak bubuh  ?   :hmm:

:tq:

:solute:

senyum_77 posted on 4-3-2005 12:51 AM

Originally posted by chumpon at 25-2-2005 09:25 AM:
Orang Melayu di negara ini terdiri daripada pelbagai suku kaum, oleh itu rumah-rumah tradisional Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri.

Rumah-rumah tradisional di pantai barat Semenanjung Mal ...



  CHUMPON kau buka THREAD ni , takkan takder GAMBO kot ?


  GAMBO RUMAH2 TRADISIONAL DI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA !!


  kau tak jumpa ker  ? :bodek: :bodek:


:bgrin:  :solute:

mr_happy posted on 6-3-2005 12:46 PM

Yang aku tahu rumah melayu banyak berdasarkan fungsi dan ruang, yang paling penting tiang seri nya. Kayu yang dipilih mesti ada keserasian dengan tuan rumah.

Aku pun dah lama tinggalkan topik ni. Mana pergi aku punya note dulu

archilless posted on 7-3-2005 09:55 PM

rumah Perak.. atau dikenali sebagai rumah Limas Belanda..

http://mdkerian.perak.gov.my/imej/rumahlobak.gif


kat Penang pulak popular rumah Gajah Menyusu.. sori dah carik kat internet takde gambo rumah jenis ni..

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:31 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt1.jpg

Rumah Perabung Lima di Kelantan

[ Last edited by fleurzsa on 10-3-2005 at 08:37 PM ]

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:33 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt2.jpg

Rumah Tiang 12, Pulau Besar, Kelantan

[ Last edited by fleurzsa on 10-3-2005 at 08:38 PM ]

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:36 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt3.jpg

Rumah Bumbung Panjang Melaka (masih dlm bentuk asli)

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:40 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt4.jpg

Rumah bentuk Limas Bungkus di Kampung Raja (biasanya milik org berada)

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:41 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt5.jpg

Rumah Bujang Barat di Terengganu

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:42 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt6.jpg

Rumah Limas di Johor

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:44 PM

http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt7.jpg

Anjung pd bangunan Bank Bumiputera... penerapan senibina kebangsaan

fleurzsa posted on 10-3-2005 08:53 PM

Bahagian2 rumah yg I tahu.....

- anjung

- serambi

- beranda

- ibu rumah

- selang

- kelek anak

- pelantar

- beranda

- dapur

mok_nik posted on 11-3-2005 02:39 AM

a) Bentuk Rumah

1- Dangau / Teratak / Rumah Gajah Menyusu
Bentuk rumah terawal dibina ialah bentuk bumbung panjang dan bertebar layar dikenali dengan dangau @ teratak @ dikenali dengan rumah gajah menyusu kerana rumah ini disambung dengan satu unit lagi rumah yang lebih kecil ukirannya.

Bumbung serta lantai lebih rendah daripada rumah ibu dan ruang tambahan dijadikan ruang dapur. Dibina dengan menggunakan bahan-bahan seperti buluh, kayu bulat, kulit kayu dan beratap daun. Sistem sendi yang mudah iaitu diikat dengan rotan @ akar kayu

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/dangau.jpg

mok_nik posted on 11-3-2005 02:41 AM

2- Rumah Berserambi

Bentuk rumah Melayu paling popular di Negeri-Negeri Melayu khususnya pantai timur sebelum kedatangan pengaruh asing. Rumah ini mempunyai bumbung yang panjang dan melintang. Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar dan tebal di setiap hujung perabung.

Terdapat beberapa bentuk rumah ini dengan berbagai nama berdasarkan ruang dan tiang. Jika rumah dibina atas enam batang tiang dikenali dengan rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. Jika terdapat dua unit rumah tiang enam yang bercantum dikenali dengan rumah bujang atau rumah tiang enam berkembar. Jika didirikan di atas dua belas batang tiang dikenali dengan rumah berserambi atau rumah tiang dua belas dan jika ditambah empat batang lagi maka ia dikenali dengan rumah berserambi tiang enam belas.

Di Terengganu, rumah berserambi biasanya menggunakan empat keping pemeleh di setiap hujung perabung. Jika menggunakan tiga keping pemeleh, ia dikenali dengan rumah berserambi selasar dan lantai ruang selasar lebih rendah daripada lantai serambi. Terdapat sebuah tangga yang menghubungkan serambi dan selasar dan antara selasar dengan tanah.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/serambi.jpg

mok_nik posted on 11-3-2005 02:43 AM

3- Rumah Bujang Barat

Rumah jenis ini mempunyai bentuk bumbung yang hampir sama dengan rumah berpeleh tetapi pemelehnya lebih kecil. Juga terdapat bentuk rumah seakan-akan rumah limas Belanda di mana pemelehnya sampai ke kaki atap dan sesetengahnya mempunyai buah guntunG

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/buj_barat.jpg

mok_nik posted on 11-3-2005 02:44 AM

4- Rumah Perabung Lima / Limas Bungkus

Rumah jenis ini mempunyai lima batang perabung iaitu satu perabung lurus dan empat perabung menurun ke cucuran atap

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/perabung.jpg

mok_nik posted on 11-3-2005 02:45 AM

5- Rumah Potong Belanda/ Limas Belanda

umah jenis ini berasal daripada rumah Limas Bungkus tetapi telah diubahsuai untuk menampakkan imej melayu iaitu dengan menambah bukaan atap kecil seperti V terbalik di sebelah atas supaya udara dapat masuk di dalam rumah.

Bahagian pembukaan dikenali dengan nama tebar layar dan dipasang pemeleh. Pemeleh akan dicantum kepada sebatang kayu yang dipanggil buah guntung. Rumah jenis ini, pemeleh yang dipasang tidak sampai ke penghujung @ cucuran atap.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/l_belanda.jpg

mok_nik posted on 11-3-2005 02:49 AM

b) Konsep dan Fungsi Ruang Rumah

Konsep Ruang Rumah.

Setiap ruang mempunyai makna dan fungsinya. Di peringkat awal, rumah ibu sahaja yang dibina tetapi bila anggota keluarga bertambah, ruang rumah juga bertambah. Maka lahirlah rumah tiang dua belas @ rumah serambi dua ruang, rumah tiang enam belas @ rumah serambi tiga ruang.

Terdapat tiga ruang utama iaitu ruang formal, ruang aktif dan ruang pasif. Ruang formal merupakan ruang bagi tuan rumah menerima kunjungan tetamu iaitu seperti di serambi, selasar dan dapur. Ruang aktif pula merupakan ruang bahagian belakang di m na aktiviti harian keluarga berlaku. Manakala ruang pasif ialah bahagian ibu rumah dan bilik-bilik tidur yang terletak di antara ruang aktif dan ruang formal.

Terdapat juga ruang yang dikhaskan untuk kaum lelaki dan ruang untuk kaum perempuan. Mengikut adat resam orang Melayu, orang lelaki tidak dibenarkan memasuki ruang orang perempuan tanpa izin kecuali anggota keluarga sendiri. Walau bagaimana pun terdapat ruang yang digunakan oleh kedua jantina ini seperti perigi dan dapur.

Ruang rumah Melayu juga tidak berbilik kerana masyarakat Melayu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara keagamaan.

Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional  ialah anjung @ sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur, pelantar @ lambur @ jemuran dan ruang bawah rumah.

Pengurusan ruang dalam rumah Melayu sedemikian rupa adalah untuk memenuhi kehendak penghuni dan masyarakat berdasarkan sosio budaya, ekonomi dan agama.

mok_nik posted on 11-3-2005 02:50 AM

Fungsi dan Aktiviti Ruang Rumah

i. Lambur

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/lambur.jpg


Ruang terbuka, tidak berdinding dan tidak beratap bagi sesetengah rumah. Kedudukan di antara tangga dan selasar, serambi, sorong @ beranda di bahagian hadapan rumah dan di antara tangga dengan dapur di bahagian belakang rumah. Lambur berfungsi sebagai tempat berinteraksi secara tidak formal. Di bahagian belakang lambur dipanggil ruang menjemur @ membasuh pakaian, pinggan mangkuk, @ berinteraksi dengan jiran-jiran.

mok_nik posted on 11-3-2005 02:51 AM

ii. Tangga

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/tangga.jpg

Tangga sesebuah rumah biasanya tidak disambung terus ke ruang selasar @ dapur. Tujuannya untuk memberi peluang seseorang yang telah keluar rumah dan bila pulang ke rumah berhenti sekejap di lambur sebelum masuk ke serambi @ dapur. Masyarakat Melayu percaya bila seseorang itu keluar rumah, makhluk halus selalunya akan mengikutinya.

mok_nik posted on 11-3-2005 02:53 AM

iii. Sorong

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/sorong.jpg

Ruang hadapan yang terdapat pada rumah jenis Limas Belanda dan Bujang Barat.
Ruang ini merupakan ruang menerima tetamu lelaki dan boleh disamakan sebagai ruang serambi. Ruang ini digunakan untuk upacara akad nikah, tahlil dan doa selamat. Kadang kala ruang ini digunakan sebagai ruang tidur kepada ketua rumah dan juga tempat menyimpan barang-barang berharga.

mok_nik posted on 11-3-2005 02:54 AM

iv Ruang Beranda

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/beranda.jpg

Ruang yang menghubungkan tangga, sorong dan ibu rumah. Kedudukan lantai beranda lebih rendah dan ia berfungsi sebagai tempat berehat kaum lelaki pada waktu petang. Di samping itu juga menjadi tempat tidur anak-anak muda di waktu malam.

mok_nik posted on 11-3-2005 02:54 AM

v. Ruang Anjung

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/anjung.jpg

Ruang ini biasanya digunakan kaum lelaki untuk menjalankan kerja-kerja rumah seperti menganyam bakul, membaiki pukat, jaring dan lain-lain.

mok_nik posted on 11-3-2005 02:55 AM

vi. Ruang Serambi

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/serambi.jpg

Biasanya lantai serambi sama tinggi dengan lantai rumah ibu pada rumah serambi. Ruang ini juga dikenali sebagai ruang lelaki kerana keseluruhannya digunakan oleh lelaki seperti untuk berehat dan tempat tidur anak-anak lelaki.
Oleh kerana ruang ini terbuka , maka majlis adat dan agama seperti perkahwinan, tahlil dan lain-lain diadakan
Page: [1] 2
View full: Rumah-rumah tradisional Melayu