chumpon posted on 24-3-2005 01:49 PM

Sejarah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Beliau adalah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah.
Penglibatan Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut terbabit dalam perundingan dengan ketua kanan parti komunis Malaya Chin Peng di Baling, 18 Disember 1955 bagi menamatkan darurat, tetapi gagal menemui kata sepakat.

Pada 6 Disember 1990, Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau. Seluruh negara bersedih dengan pemergian beliau. Beliau digantikan oleh Tun Abdul Razak.

cp ~ ada sesiapa yg boleh tambah..........

chumpon posted on 24-3-2005 01:49 PM

http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm

sherrina posted on 28-7-2005 12:46 AM

mahathir jgn ulang sejarah tunku, dihina pemimpin2 yg sedang berkuasa

kenyataan diatas sherrina quote dr satu topik mengenai tun det vs pak lah di CI. tertarik dengan statement itu. ada sesiapa yg tahu apa yg tunku buat hingga dihina pemimpin2?

mok_nik posted on 28-7-2005 05:38 AM

Originally posted by sherrina at 27-7-2005 11:46 AM:


kenyataan diatas sherrina quote dr satu topik mengenai tun det vs pak lah di CI. tertarik dengan statement itu. ada sesiapa yg tahu apa yg tunku buat hingga dihina pemimpin2?


bagi mok nik madey lagi banyak kesalahan dari tunku

zepap posted on 3-5-2006 02:13 PM

TUNKU POYO

HangPC2 posted on 3-5-2006 02:34 PM

Originally posted by zepap at 3-5-2006 02:13 PM
TUNKU POYO

mungkin org marah sebab TAR tendang keluar singapura dari persekutuan

Syd posted on 3-5-2006 02:53 PM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
From Wikipedia

http://ms.wikipedia.org/upload/thumb/5/5a/Tunku_abd_rahman.jpg/180px-Tunku_abd_rahman.jpg

Tunku Abdul Rahman

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".


Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.


Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Siddim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.


Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil empat anak angkat.

Telah dipercayai bahawa Tunku berkahwin sekurang-kurangnya empat kali. Beliau juga berkahwin dengan Leela Murugesu, seorang guru India.


Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.


.........bersambung..........

Syd posted on 3-5-2006 02:54 PM

.......sambungan........


Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.


Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parliamen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen harus mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

http://ms.wikipedia.org/upload/thumb/6/63/Tunku_abdul_rahman2_ms.jpg/200px-Tunku_abdul_rahman2_ms.jpg
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.


Kehidupan kemudian

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.


.........bersambung..........

Syd posted on 3-5-2006 02:56 PM

.......bersambung.........


Garis masa

    * 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
    * 1913 (umur 10): Dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
    * 1916 (umue 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
    * 1919 (umur 16): Belajar di England.
    * 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
    * 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuashati dengan keputusannya yang lalu.
    * 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
    * 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
    * 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
    * 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
    * 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
    * 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
    * 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
    * 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
    * 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
    * 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
    * 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
    * 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
    * 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
    * 1946: Menyertai UMNO.
    * 1951 (umur 48): Menjadi President UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
    * 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
    * 1955 (umur 52): Pilihanraya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
    * 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
    * 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
    * 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958

iscol_klang posted on 3-5-2006 11:02 PM

anak lelaki tunggal tunku - tunku ahmad nerang kecik hati dgn arwah ayahnye...
as mentioned above, pas mak dia meninggal, tunku ahmad dijaga oleh org lain & tunku tak amik kisah langsung psl dia...bile berjumpe pun, tunku diam & buat as if takde pape...hal ehwal tunku ahmad pun tunku tak masuk campur...'kedinginan' tunku terhadap anaknye berterusan sampailah tunku ahmad kawin & ada anak....yg peliknye, tunku mesra dgn cucu2nya (anak tunku ahmad), tp tetap dingin dgn tunku ahmad...tunku ahmad merasakan yg tunku ingin 'menebus' balik kemesraan yg sepatutnye dia bg kpd tunku ahmad kpd anak2 tunku ahmad...kedinginan ni mungkin berlaku kerana tunku sibuk dgn kerjaya pd waktu2 mudanya...sehingga tunku meninggal dunia pun,hubungan mereka anak-beranak tetap begitu...interview ni penah disiarkan dlm majalah mastika sekitar tahun 1997

nama tunku ahmad nerang tu pun ada sejarahnye sendiri...sebenarnye tunku berhasrat nak beri nama anak dia 'tunku amat terang' sbb anaknye dilahirkan sewaktu bulan mengambang penuh...tp disebabkan kekeliruan pihak yg berkenaan, nama anaknye ditulis sbg 'tunku ahmad nerang'...

iscol_klang posted on 3-5-2006 11:14 PM

utk pengetahuan mengenai pengalaman peribadi tunku, buku mengenai temubual terakhir tunku & k.das (kalo tak silap),menarik utk dibaca...banyakla yg disentuh, dr kecik, kt england, darurat, komunis merdeka, tragedi 13 mei, mageran dll...

jgn terkejut kalo baca pengalaman2 yg 'mengejutkan' dr tunku...contoh mcm kecik2 dulu dia suke ikut almarhum ayahanda tunku, sultan kedah naik gajah ke dalam hutan & atas tempat duduk gajah tu penuh dgn arak2 kesukaan almarhum sultan kedah...

tunku although sosial, minum arak dsb. tp aku respek dia sbb dia tak memandai2 dlm hal agama...masa dlm parlimen selepas perikatan menang besar dlm pilihanraya, seorang ahli parlimen perikatan mempersoalkan kenapa judi2 dlm bentuk racing kuda masih dibenarkan sedangkan artikel 3 perlembagaan persekutuan kata agama rasmi malaya ialah islam...jawapan tunku, malaya negara sekular & artikel 3 tak mengubah kedudukan malaya sbg negara sekular...cuba kalo pak lah jawab camtu skang, bole terbalik malaysia ni...

Syd posted on 4-5-2006 08:59 AM

Originally posted by iscol_klang at 3-5-2006 11:02 PM
anak lelaki tunggal tunku - tunku ahmad nerang kecik hati dgn arwah ayahnye...
as mentioned above, pas mak dia meninggal, tunku ahmad dijaga oleh org lain & tunku tak amik kisah langsung psl d ...


ooooo ingatkan dia amik nama tuh sempenan nama Nerang

:P

mr_base posted on 1-7-2006 10:16 PM

nak tanya kepada sesiapa yang tau.kenapa tunku abdul rahman tak disemadikan di makam pahlawan masjid negara macam arwah tun ghafar baba. ke masa dia meninggal makam tu x wujud lagi??tq

Joe Hahn posted on 1-7-2006 11:35 PM

tunku penasihat parti melayu semangat 46

matjawasp posted on 4-7-2006 01:34 PM

Originally posted by mr_base at 1-7-2006 10:16 PM
nak tanya kepada sesiapa yang tau.kenapa tunku abdul rahman tak disemadikan di makam pahlawan masjid negara macam arwah tun ghafar baba. ke masa dia meninggal makam tu x wujud lagi??tq

atas permintaan Tunku barangkali..dia nak disemadikan Di Alor Setar

matjawasp posted on 4-7-2006 02:36 PM

Tunku ni jenis pemimpin yang humour dan bersahaja ,,orang Kedah panggil "kelolo" sifat
tegas dia tak begitu menonjol ..dia lebih dikenali sebagai pemimpin yang  "sikit tolak banyak ansur"
kata kata yang selalu keluar dari mulut beliau yang menjadi bahan sindiran  "biaq pi lah"  "tak pa , tak pa"
menunjukkan dia pemimpin yang terlalu berlembut.
Namun begitu bila membaca buku buku mengenai kisah hidup Tunku ..aku cukup menyayangi beliau .
kerana beliau seorang yang memang pemimpin yang banyak berkorban untuk rakyat .
Setahu aku dia tidak pernah mengaut kekayaan untuk anak beranak dia malahan dia sanggup menjual harta dia untuk Umno.

Ada satu cerita menarik dan lucu mengenai Tunku yang aku baca dari sebuah buku munkin kita boleh kongsi bersama.
Ketika itu Tuanku . menteri menteri kabinet , dan juga Yang dipertuan Agung  menghadiri satu majlis rasmi kerajaan .
apabila majlis itu selesai ada seorang jurugambar wanita Mat saleh .datang untuk mengambil gambar Tunku .
Selepas mengambil gambar , wanita mat saleh itu bertanya Tunku " ada tak perkataan melayu yang boleh diucapkan
supaya orang senyum  ketika hendak mengambil gambar  contohnya seperti "cheese" dlm
bahasa inggeris." Tunku pun menjawab perkataan melayu memang ada bahkan lebih berkesan , Tunku pun berkata  
sebelum ambil gambar cuba awak cakap PUK*MAK  pasti orang senyum.

Tak lama kemudian Jurugambar itu datang kembali  pada Tunku dan mengucapkan terimakasih sambil
berkata memang betul semua orang yang diambil gambar bukan saja  senyum ..bahkan ada yang ketawa bila dia sebut
"PUK*MAK. Tunku tidak menyatakan makna sebenar  perkataan  tersebut dia saja nak mengenakan Wanita tersebut.

Tak lama kemudian Yang Dipertua Agung hendak pulang ..dan jurugambar tersebut meluru hendak mengambil gambar
Agung..Tunku perasan dan beliau sempat mengarah kan pegawai pegawai dia menghalang wanita tersebut menghampiri Agung. nasib baik kata Tunku kalau dia cakap "PUK*MAK" depan Agung mampuihh aku..

CRK posted on 4-7-2006 03:45 PM

apa pandangan korang about tindakan tunku kick out singapore?

huskers posted on 1-8-2006 12:37 PM

tindakan kick out singapore tu merupakan tindakan almarhum secara sendiri. beliau tidak berbincang dgn menteri kabinet mahupun di parlimen. tu yg ramai org terkejut dgn pengumuman perpisahan singapura dgn malaysia.

pada pendapat saya ia adalah satu tindakan yg tidak wajar. kalaupun lky sedang mengapi-apikan suasana, beliau patut di isakan sebabkan mengancam ketenteraman awam. cuba bayangkan kalau sekarang pemimpin yg tak sehaluan dgn kerajaan dok soal pasal hak keistimewaan org melayu dan sbgnya mesti org tu dah kena bawak pi balai.

saya dah baca buku pasal isu singpura dan malaysia bertajuk 'ousted' dan buku memoirs tunku dan k. das. mmg it was an individual decision to expel singapore from malaysia.

razifah posted on 1-8-2006 04:38 PM

Ifa tak setuju....Ifa setuju Singapura dikeluarkan dari Singapura. Kiranya pada ketika itu LKY sering menganjurkan ceramah2 politik di serata Tanah Melayu dengan pelbagai slogan. Apabila LKY membuat ceramah, beliau mempertikaikan kuasa org Melayu dan ini diberikan sambutan tepuk tangan dari kaum Cina. Bukankah hal ini boleh menimbulkan pergesaran pada kaum Melayu dan Cina walhal kata sepakat telah dicapai dan dipersetujui semasa mendapatkan kemerdekaan. Namun tidak dinafikan peristiwa tahun 1969 tetap juga berlaku namun ini boleh kita fikirkan faktor2 lain yang menjadi penyumbang.

Tunku telah memikirkan perkara ini semasak-masaknya semasa beliau telah dimasukan ke sebuah klinik di England. Beliau telah memangil pemimpin2 kuat kaum cina dan india untuk berbincang tentang idea untuk menyingkirkan Singapura. Percaya atau tidak, idea itu timbul semasa beliau duduk di atas kerusi roda...

razifah posted on 1-8-2006 04:40 PM

Ifa pernah menemuramah setiausaha peribadi tunku sendiri....

katana83 posted on 22-8-2006 08:31 PM

aku tinggal kat jb.baru2 ni channel singapore ada siarkan satu dokumentari ttg sejarah kemerdekaan diaorang. reason utama tunku kluarkan singapore dr persekutuan sbb tunku tak mau kacau nisbah kaum kat malaysia. ini diakui oleh lee kuan yew senidiri.dekat singapore ada 4 juta penduduk, 70% adalah bangsa cina. tunku risau bila melayu x jd bangsa majoriti kat malaysia,maka bangsa lain berpeluang perintah negara kita ni. anyway, aku x de nk komen sgt pasal ni,tp singapore mmg lubuk ekonomi, kita mmg rugi hilang ia....

Syd posted on 11-9-2006 09:42 AM

Biografi mengubah persepsi terhadap Tunku

BIBLIOGRAFI Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terbitan Perpustakaan Negara Malaysia sempena ulang tahun ke-100 keputeraannya pada Mac 2003 mencatatkan bahawa biografi Tunku yang pertama ialah oleh Abdul Aziz Ishak pada tahun 1955.

Biografi oleh Harry Miller, seorang wartawan The Straits Times berjudul Prince and Premier: A Biography of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha,j First Prime Minister of the Federation of Malaya diterbitkan pada tahun 1959.

Dalam prakata buku oleh Miller, Tunku menyatakan biografi ini merupakan pengisahan paling lengkap yang mungkin ditulis mengenai dirinya. Terjemahan bahasa Melayu buku ini diterbitkan oleh Federal Publications pada tahun 1960.

Dilahirkan pada 8 Februari 1903, Tunku adalah anak ke-20 Sultan Abdul Hamid Abdul Halim Shah, dan anak keempat daripada Cik Menjalara, isteri keenam baginda yang berasal dari keluarga bangsawan di Siam.

Beliau dibesarkan serta diasuh dalam istana di Kedah dan Bangkok. Kedudukannya sebagai putera raja dianggap oleh sesetengah penulis sebagai suatu keistimewaan yang mempengaruhi nasib dan masa depan beliau sebagai pemimpin UMNO dan negara.

Namun sejak kecil lagi Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan sikap terbuka, peramah serta keselesaan bergaul dengan rakyat jelata. Beliau suka bermain bola berkaki ayam dengan kanak-kanak dari kampung yang berhampiran dengan istana walaupun sering ditegah.

Setelah lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sejarah dari Universiti Cambridge, England pada tahun 1928, Tunku melanjutkan pelajarannya dalam bidang Undang-Undang di London. Walau bagaimanapun beliau tidak berminat dalam bidang undang-undang dan tidak menumpukan perhatian atau berusaha untuk lulus peperiksaan. Tanpa kelulusan ini kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam Kedah amat terbatas. Seperti mana diketahui umum, Tunku mengambil masa yang lama, hampir suku abad berulang-alik ke London sehingga lulus semua peperiksaan untuk mendapat kelulusan undang-undang dari Inner Temple, London pada tahun 1948 ketika umurnya 45 tahun.

Sebagai pegawai kerajaan dengan Perkhidmatan Awam Kedah Tunku sering menimbulkan kontroversi kerana menulis surat mengkritik dan menegur kerajaan mengenai dasar atau perkara yang dirasakannya tidak kena atau kurang cekap. Menulis surat kepada pihak berwajib atau surat khabar memberi pandangan tentang perkara yang tidak disetujuinya terus diamalkan sebagai pelajar di England.

Semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah di Kedah Tunku terkenal dengan sikapnya yang peramah dan suka merendah diri yang semula jadi. Walaupun kebolehannya sebagai pentadbir tidak begitu menyerlah, Miller memerhatikan Tunku suka bergaul dan amat popular dengan rakyat jelata di mana saja beliau bertugas. Beliau juga seorang yang tidak cerewet dan sanggup melalui ketidakselesaan dan mengorbankan kemewahan jika diperlukan.

Tunku amat terbuka dan berterus terang dalam menceritakan kisah zaman muda sebagai pelajar dan mengaku menghabiskan masa menikmati hidup selesa dan mewah seperti pemuda Inggeris yang berkemampuan, seperti mengikuti perlumbaan kuda yang amat diminatnya.

Kebanyakan pelajar Melayu yang belajar di England pada masa itu adalah daripada keluarga diraja dan bangsawan Melayu. Mereka diperuntukkan biasiswa oleh kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran sebagai persediaan memainkan peranan dalam pentadbiran negara.

Pelajar-pelajar ini mengikuti perkembangan politik di Britain serta perjuangan kemerdekaan negara jajahan Britain temasuk India dan Ceylon yang membakar keinginan melihat Malaya juga merdeka.

Miller melihat kisah hidup Tunku sehingga umur 45 tahun tidak memberi apa-apa petunjuk yang beliau akan menjadi seorang pemimpin negara. Kebolehan beliau sebagai pentadbir tidak menyerlah sehingga beliau dengan tidak diduga mengambil alih pucuk pimpinan UMNO apabila Datuk Onn Jaafar menolak pencalonan sebagai Yang Dipertua UMNO setelah tempoh beliau memegang jawatan itu tamat pada 1951.

Miller terdorong mengajukan persoalan bagaimanakah agaknya nasib Tunku sekiranya Datuk Onn Jaafar tidak meninggalkan UMNO pada tahun itu? Soalan ini sekadar akademik sahaja kerana takdir telah menentukan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pejuang kemerdekaan ini dengan kekuatan dan cara tersendiri.

Namun Miller amat kagum dengan perubahan sikap dan kepimpinan Tunku apabila menjadi Ketua Menteri setelah memenangi pilihan raya umum:

“Perubahan setelah pilihan raya mengangkatnya sebagai Ketua Menteri amat memeranjatkan. Pemartabatan kedudukannya mendadak, dan beliau menjalankan tugas dengan begitu serius sehingga kekhuatiran tentang ketidakstabilan kerajaan pimpinannya hilang dengan pantas. Sebaliknya keyakinan menyelubungi suasana.

CRK posted on 12-9-2006 09:17 AM

Originally posted by razifah at 1-8-2006 04:40 PM
Ifa pernah menemuramah setiausaha peribadi tunku sendiri....

awak reporter ye?? setiausaha dia tu? awak tak interview tunku sekali ke?

Syd posted on 7-2-2007 10:35 AM

Temubual eksklusif Tunku disiar selepas 22 tahun terbiar

06-02-2007 10:36:21 PM  

KUALA LUMPUR:  Buat pertama kali, selepas 22 tahun tersimpan di Angkasapuri, temubual eksklusif dengan Perdana Menteri Malaysia pertama, akan disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) Khamis ini.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata temuramah RTM dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu dirakam pada 1985 iaitu kira-kira lima tahun sebelum almarhum mangkat.

Katanya, temuramah eksklusif itu tidak pernah disiarkan oleh mana-mana stesen penyiaran sebelum ini.

"Ia adalah cerita kemerdekaan. Kepada generasi muda yang mahukan inspirasi daripada seorang pemimpin kita yang pertama... ini merupakan rancangan penuh dengan inspirasi," katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Menteri Penerangan dengan Juara-juara Anugerah Filem Pendek (AFP) 2006 di Angkasapuri hari ini.

Zainuddin berkata temubual eksklusif itu akan disiarkan melalui TV1, jam 8.30 malam melalui program Galeria Perdana Khas Khamis ini (8 Feb). BERNAMA

Syd posted on 9-2-2007 09:57 AM

Penjajah beri rumah kerani kepada Tunku
Oleh Anwar Hussin


Wawancara khas 1985 dedah kegetiran Bapa Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Layanan British terhadap Tunku Abdul Rahman ketika mula memegang jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya pertama pada 1955 sebagai ‘menyedihkan
Page: [1] 2 3 4 5 6
View full: Sejarah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj