jkkkj Publish time 9-8-2007 03:11 AM

Aku ada simpan teks ucapan pertama Tunku waktu dia ambil alih jawatan Presiden UMNO dari Dato Onn pada tahun 1951.

Kalau korang nak,aku sudi taip kat sini.

Terima kasih.

bawang_habang Publish time 9-8-2007 04:26 PM

RTM siar slot khas empat pekerja Tunku(Dari Utusan Malaysia, 9 Ogos 2007)

PULAU PINANG 8 Ogos

Syd Publish time 9-8-2007 04:52 PM

Reply #41 jkkkj's post

nak nak nak

nak baca

thanks!

:loveliness:

Syd Publish time 10-8-2007 10:17 AM

Pemikiran bangsa Malaysia
Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

PADA 31 Ogos 1957, bertempat di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah membacakan Perisytiharan Kemerdekaan. Antaranya Almarhum menyebut:

dempol Publish time 10-8-2007 10:51 AM

Originally posted by jkkkj at 9-8-2007 03:11 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Aku ada simpan teks ucapan pertama Tunku waktu dia ambil alih jawatan Presiden UMNO dari Dato Onn pada tahun 1951.

Kalau korang nak,aku sudi taip kat sini.

Terima kasih.


email la kat aku..

az_ady08@yahoo.com..

thanks..

HangPC2 Publish time 10-8-2007 11:35 AM

sapa tau kisah datuk Tunku orang thai

Syd Publish time 10-8-2007 12:18 PM

Tunku抯 human touch

By PERCY D扖RUZ

MALACCA: He was only seven at that time, but John Selvam Thomas vividly remembers the day he received a letter from former Prime Minister Tunku Abdul Rahman.

He had looked into the letterbox one day in February 1986 and inside was an official-looking envelope with his name on it.

The hand-written letter thanked Thomas who earlier sent Tunku a birthday card.

揚ractically everyone in my school saw that letter.

http://www.thestar.com.my/archives/2007/8/10/nation/n_14selvam.jpg
Prized possession: Selvam and wife Aliza want to present the letter from Tunku to their firstborn who is expected to arrive later this month.
揊rom that reply, I knew the Tunku was a very simple man.

揌is words touched me a lot, and here I am still cherishing the letter as a souvenir for the past 20 years.

揑 will be proud to hand it to my first child, hopefully on Merdeka Day,

keep88 Publish time 10-8-2007 02:34 PM

wow, tak sangka lah kad hari jadi dibalas dgn something that is handwritten by tunku himself.

0077 Publish time 11-8-2007 10:18 PM

ahahahaha. yang best skali pasal tunku's personal life. he NEVER married an indian for god's sake. sapa lah yang pergi reka cerita cam tuh? he married another chinese and dapat anak secara rahsia. what a pity, tak de orang yang tau.

HangPC2 Publish time 12-8-2007 09:17 AM

Originally posted by 0077 at 11-8-2007 10:18 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ahahahaha. yang best skali pasal tunku's personal life. he NEVER married an indian for god's sake. sapa lah yang pergi reka cerita cam tuh? he married another chinese and dapat anak secara rahsia ...


TAR kawin Dengan Wanita Ketrunan Cina Thai secara paksa oleh Ibu TAR , Cik Manjalara dan Di Kurniakan 2 cahaya mata. Bini Pertama TAR bercerai Mati

0077 Publish time 12-8-2007 05:10 PM

Reply #50 HangPC2's post

he only married masa dah merdeka. dia marry bkn pasal kena paksa. shouldn't the mother be dead by then?

dempol Publish time 14-8-2007 09:29 AM

Originally posted by HangPC2 at 12-8-2007 09:17 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif



TAR kawin Dengan Wanita Ketrunan Cina Thai secara paksa oleh Ibu TAR , Cik Manjalara dan Di Kurniakan 2 cahaya mata. Bini Pertama TAR bercerai Mati


siapa yg meninggal tahun 2001 hari tu...kalu bukan Isteri Tunku..tengok gaya pun tahu perempuan Melayu

HangPC2 Publish time 14-8-2007 09:47 AM

Originally posted by dempol at 14-8-2007 09:29 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif



siapa yg meninggal tahun 2001 hari tu...kalu bukan Isteri Tunku..tengok gaya pun tahu perempuan Melayu


tak silap aku itu Bini kedua TAR

0077 Publish time 14-8-2007 06:13 PM

Originally posted by HangPC2 at 14-8-2007 09:47 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif



tak silap aku itu Bini kedua TAR

yg tuh bini ketiga TAR, Tun Sharifah Rodziah, also his close relative.

jkkkj Publish time 14-8-2007 08:46 PM

Originally posted by dempol at 14-8-2007 09:29 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif



siapa yg meninggal tahun 2001 hari tu...kalu bukan Isteri Tunku..tengok gaya pun tahu perempuan Melayu

Yang meninggal tu bukan pada tahun 2001 tapi 2000 la.Dia adalah Allahyarham Tun Sharifah Rodziah.Meninggal di kediamannya di Pulau Pinang.

matjawasp Publish time 14-8-2007 09:51 PM

Originally posted by HangPC2 at 12-8-2007 09:17 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif



TAR kawin Dengan Wanita Ketrunan Cina Thai secara paksa oleh Ibu TAR , Cik Manjalara dan Di Kurniakan 2 cahaya mata. Bini Pertama TAR bercerai Mati

Ada juga buku yg saya baca mengatakan TAR pernah berkahwin dengan orang inggeris tapi diceraikan sebab wanita
tersebut tidak dapat menyesuaikan diri dengan adat melayu.

0077 Publish time 16-8-2007 09:27 PM

Originally posted by matjawasp at 14-8-2007 09:51 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Ada juga buku yg saya baca mengatakan TAR pernah berkahwin dengan orang inggeris tapi diceraikan sebab wanita
tersebut tidak dapat menyesuaikan diri dengan adat melayu.

memang betul. her name was violet courson, his landlord kat england. tapi kerabat kedah paksa tunku divorce pasal masa tuh org melayu ngan inggeriss tak ngam. he was his second wife.

jkkkj Publish time 17-8-2007 01:14 PM

Berikut adalah teks ucapan sulung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra-Alhaj selepas mengambil alih jawatan Yang Dipertua (Presiden) UMNO daripada Allahyarham Dato' Onn Bin Jaafar pada 26 Ogos 1951.

Dengan perasaan yang terharu dan amat gembirnya saya ucapkan setinggi-tinggi dan sepenuhnya terima kasih yang tidak ternilai kepada saudara-saudara sekelian yang telah dengan tulus ikhlas dan begitu percaya memilih saya menjadi Yang Dipertua UMNO Malaya ini,iaitu boleh dikatakan menjadi ketua bagi umat Melayu.

Bertuahlah saya pada hari ini dan megahlah perasaan saya kepada Allah Yang Mulia Esa saya bermohon mudah-mudahannya saya akan dapat petunjuk dan taufik daripadaNya untuk menjalankan pekerjaan yang amat besar dan amat tinggi serta berat ini dengan sempurnanya.

Saya mengaku bahawa saya tetap menjunjung akan amanah tuan-tuan sekelian.Saya mengaku akan menjalankan segala kehendak-kehendak dan amanah ini dengan segala apa yang terdaya dan dengan taat setianya serta dengan sesungguh-sungguhhati.

Saudara-saudara saya sekelian!

Saya hendak mentafsirkan makna dan takrifnya bagaimana yang ditafsirkan oleh Mahatma Gandhi,bapa perjuangan India dan seorang penganjur dunia yang terbilang di dalam zaman ini.Katanya,"Ketua,ialah seorang hamba yang mempersembahkan diri supaya menjadi pesuruh kepada sekelian rakyat jelata dan pekerjaannya ialah mengorbankan diri untuk berkhidmat kepada rakyat jelata."Itulah maknanya yang saya tahu dan itulah yang akan menjadi pedoman dan cogankata saya pada menjalankan kerja UMNO ini.

Saudara-saudara saya yang mulia!

Tuhan Rabbil Alamin telah mentakdirkan kepada seorang hambaNya yang hina dan bersifat lemah ini memegang jawatan yang amat besar ini.Bagi saya jawatan ini ialah satu kemuliaan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan dan takdir Tuhan itu tidaklah dapat saya elakkan,maka syukorlah saya menerimanya.

Saya suka menyebutkan kepada majlis ini apa maknanya takdir Tuhan yang saya sebutkan itu.Sebelum daripada itu saya ingin menyatakan di sini apakah sebabnya dalam masa yang kebelakangan ini iaitu kira-kira dua tahun lamanya saya tidak mengambil apa-apa bahagian dalam UMNO.

Pekerjaan saya selama ini seperti yang tuan-tuan sekalian maklum adalah tidak membolehkan saya mengambil bahagian yang penting di dalam perkara politik atau siasah negeri.Sesungguhnya begitu saya telah menyatakan dan sampaikan kepada UMNO Kedah yang pada masa itu saya menjadi Naib Yang Dipertuanya iaitu saya sedia berhenti dari jawatan saya,iaitu yang menghalang saya untuk turut campur dalam bahagian siasah,sekiranya saya dikehendaki berbuat demikian.

Tetapi saya telah diminta oleh UMNO Bahagian itu supaya bersabar.Benarkan saya memetik dari minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja UMNO Bahagian Kedah yang diadakan pada 16 Ogos 1949 iaitu dua tahu dahulu,yang berbunyi seperti demikian :-

"Majlis Jawatankuasa Kerja UMNO Kedah menyambut baik dengan gembiranya di atas langkah Yang Teramat Mulia yang berharga itu dengan melimpahkan sepenuh-penuh harapan dan kepercayaan di atas sifat ketuaan Yang Teramat Mulia itu.Tetapi majlis berpendapat menilik kepada kedudukan Yang Teramat Mulia menaruh sabar dahulu di atas langkah yang memang berharga itu supaya dapat Yang Teramat Mulia lanjutkan di atas pekerjaan kadar dua tahun sahaja lagi,yang pada ketika itu Yang Teramat Mulia boleh dapat kelulusan menjadi peguam supaya kedua pihak boleh mendapat faedah yang sepenuh daripadanya.

Demikianlah bunyi minit mesyuarat UMNO Kedah itu.Inilah sebab-sebabnya saya tidak mengambil bahagian yang sepenuhnya atas pekerjaan UMNO kerana menunggu genap dua tahun kehendak UMNO Kedah itu.

jkkkj Publish time 17-8-2007 01:41 PM

Maka pada bulan ini dan tahun ini genap dan tibalah janji itu.Dan inilah yang saya katakan tadi takdir Tuhan yang saya tidak dapat elakkan.Tetapi sungguhpun begitu tiadalah saya menyangka hendak menjadi Yang Dipertua UMNO Malaya ini.

Saya sedar iaitu barangsiapa memegang jawatan ini hendaklah ia mempunyai segala sifat-sifat keberanian,kepandaian,kesetiaan,keimanan,kesabaran dan lain-lain sifat lagi yang tinggi.Pada halnya saya ini adalah seorang hamba Allah yang bersifat dhaif.Apakah agaknya yang ada pada saya yang tiada pada saudara-saudara sekalian?Saya sedar bahawa saya terima jawatan ini daripada seorang penganjur Melayu yang terkenal sekali dalam zaman ini,bukan sahaja di dalam Tanah Melayu malahan di merata-rata tempat.

Tiada pernah orang-orang Melayu bersatu di bawah satu ketua dan satu panji-panji melainkan ialah dengan dimulakan oleh Datuk yang berhormat.Ini satu pujian kepada Datuk yang akan diingat dan akan disebut-sebut dengan kenangan-kenangan yang baik oleh turun temurun kita.Sekarang ini jawatan itu telah diserahkan kepada saya dan memohon kepada Allah menolong saya.

Saya hanyalah mempunyai satu kepada,satu hati dan dua belah tangan untuk menjalankan kerja yang amat berat ini.Padahal di dalam menuju kepada cita-cita dan maksud UMNO dan umat Melayu adalah berkehendakkan beribu-ribu kepala serta beribu-ribu hati dan ratus-ratus ribu tangan dikumpulkan menjadi satu untuk mendapatkan faedah dan mencapai cita-cita itu.

Dengan jalan bersatu dalam pertubuhan ini,insya-Allah mudah-mudahan Tuhan akan memberi pertolongan dan memakbulkan segala cita-cita umat Melayu.

UMNO ini adalah sebuah Pertubuhan Kebangsaan Melayu yang sebenar-benarnya bertujuan dan berdasarkan pada memelihara bangsa dan tanahair Melayu supaya kita menjadi setaraf dengan lain-lain umat yang bebas merdeka di seluruh dunia ini.

Saudara-saya saya sekalian!

Selama ini pada pendapat saya kerja yang besar yang telah dijalankan oleh UMO ialah meruntuhkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang ada pada hari ini.

Tetapi apakah yang didapati oleh rakyat jelata?Pada pandangan saya kehidupan dan kedudukan umat Melayu serta tarafnya adalah lebih pada sepuluh tahun dahulu daripada keadaan sekarang ini,apatah lagi jika dibandingkan dengan masa-masa yang jauh lebih kebelakangan necsaya didapati keadaan kita adalah lebih berganda lebih baiknya daripada keadaan sekarang.

Pada pengetahuan saya iaitu dalam tahun 1921 menurut perjanjian yang diperbuat oleh negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu seperti Kedah hanyalah seorang sahaja Pegawai British yang terpaksa kita terima untuk memberi nasihat di atas pekerjaan negeri.

Pad masa itu bahasa di dalam negeri ialah Melayu.Dan kerana itu ketua-ketua pejabat semuanya orang Melayu,Hakim Besar Melayu,Pegawai-pegawai Polis dari setinggi-tinggi hingga serendah-rendahnya Melayu,bahasa yang digunakan di dalam mahkamah dan pejabat ialah bahasa Melayu jua.Maka senanglah bagi orang-orang Melayu mencari makan di dalam negeri ini.Tetapi pada akhirnya apakah yang terjadi pada masa ini?Jika melawat ke merata-rata tempat di dalam negeri ini semua perubahan-perubahan yang telah berlaku dapat dilihat dengan terangnya dengan mata kepala sendiri.

[ Last edited byjkkkj at 20-8-2007 12:08 PM ]

keep88 Publish time 19-8-2007 11:53 PM

apakah status hubungan tuanku dengan:

(1) Harry Lee Kuan Yew
(2) David Marshall
(3) Yusuf bin Ishak
(4) Soekarno
(5) Dr M

/maaf lah yer kalau banyak tanya... curious jer lepas tengok dokumentari pasal tunku hari sabtu kat tv2. di situ ada dimention yang david marshall ni kawan tunku time rundingan dengan chin peng kat Baling.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7
View full version: Sejarah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


ADVERTISEMENT