Chanel2004 posted on 25-3-2005 02:11 AM

KEK BUAH KUKUS / BAKAR

http://i2.photobucket.com/albums/y48/engkee1970/fruitcake1.bmp

250 gm Butter
230 gm Superfine flour
1/8 tsp baking powder
1 tsp mixed spice
2 tbsp orange juice
1/2 tbsp Glycerine
115 gm Brown sugar
5 eggs
Pinch of salt
1 kg or 800 gm Mixed fruits
2 tbsp condenced milk
1/2 tbsp fruit cake paste (optional)

Cream butter, condenced milk, glycerine and
orange juice.
Mix 50 gm flour to mixed fruit.
Beat eggs and brown sugar till light and fluffy.
Add in creamed butter.
Fold in flour.
Fold in mixed fruit.
Bake the mixture into 2 thicky lined and greased loaf
pans OR a 9 inch round pan at 160'c for 30 minutes and then turn the oven temperature down to 150'c and continue to bake for 45 or 50 minutes or till cook.
This fruit cake is more delicious after a few days,simply wrap it up with a alu-foil and keep it in a air tight container in the fridge.



[ Last edited by  nhuda at 21-9-2007 05:33 PM ]

hanieliza posted on 25-3-2005 09:38 AM

Originally posted by Chanel2004 at 25-3-2005 02:11 AM:
http://i2.photobucket.com/albums/y48/engkee1970/fruitcake1.bmp

250 gm Butter
230 gm Superfine flour
1/8 tsp baking powder
1 tsp mixed spice
2 tbsp orange juice
1/2 tbsp Glycerine ...

kak liza dok wondering apa itu... Glycerine...:stp:
hope Canel boleh explain..

anyway kak liza ucapkan..
TQ..:tq:

speedial posted on 25-3-2005 09:41 AM

yahooo....bestnya ada kek buah....:lol:lol

pepagi ni masuk forum ingatkan nak tanya iron2 chef kat sini resepi kek buah kukus...skali..tup2 Chanel dah buh resepi kek buah....leganya rasa....

TQ Chanel.:tq::tq:....mcm tau2 jer I nak resepi kek buah....

Ada sesiapa tak yg ada resepi KEK BUAH KUKUS punya.....dah lama dah carik yg version kukus ni....

dindazZz posted on 25-3-2005 09:52 AM

Glycerin

A clear, sweet syrupy liquid extracted from animal fats and vegetable oils, and is a by-product of soap manufacturing. It is used (in small amounts) in certain cake, pastry, and icing mixtures. The reason being that it is able to draw moisture from the air, keeping these products most and extending their shelf life.

adnil posted on 25-3-2005 10:18 AM

adnil ada satu resepi kek kukus buah yang memang tiap raya buat ni.

KEK KUKUS BUAHAN

BAHAN-BAHAN
600 gm Tepung Gandum
340gm Mentega (Golden Churn 1 tin)
300 gm Gula Castor

xette posted on 25-3-2005 10:22 AM

haii.. terliur lagi aku pagi2 ni...:mll:

dah la belom breakfast lagi ni..iskkkk
cedapnyer laaa kek buah tu....

gylcerine tu apa ek....tak penah dgr pong..

hanieliza posted on 25-3-2005 10:22 AM

Originally posted by speedial at 25-3-2005 09:41 AM:
yahooo....bestnya ada kek buah....:lol:lol

pepagi ni masuk forum ingatkan nak tanya iron2 chef kat sini resepi kek buah kukus...skali..tup2 Chanel dah buh resepi kek buah....leganya rasa....

...

kak liza belajar kek ni 18 thn dulu..
masa tu takder oven..tu yg dok buat..


http://img.photobucket.com/albums/v622/hanieliza2/kek%20dan%20biskut/dundeeck.jpg

KEK BUAH KUKUS

Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan



[ Last edited by  nhuda at 26-9-2007 07:42 AM ]

speedial posted on 25-3-2005 10:31 AM

Originally posted by adnil at 25-3-2005 10:18 AM:
adnil ada satu resepi kek kukus buah yang memang tiap raya buat ni.

KEK KUKUS BUAHAN

BAHAN-BAHAN
600 gm Tepung Gandum
340gm Mentega (Golden Churn 1 tin)
300 gm Gula Castor

speedial posted on 25-3-2005 10:33 AM

Originally posted by hanieliza at 25-3-2005 10:22 AM:


kak liza belajar kek ni 18 thn dulu..
masa tu takder oven..tu yg dok buat..

http://img.photobucket.com/albums/v622/hanieliza2/kek%20dan%20biskut/dund ...

haaa...sekali datang berlambak2 resepi kek buah ni...bagus..bagus...

TQ..TQ..Kak Liza :tq::tq: dah lama dah carik yg version kukus ni....nanti nak try lah salah satu resepi ni....

nrshahirah posted on 25-3-2005 10:39 AM

huhhhhh kek buah lak....adesssssssssssssssssssss.....tambah lagi Q aku...:lol:lol:lol, sure tembam aku 1 family kena paksa jadik juri tuk resepi2 korang yang aku try...:lol:lol:lol

speedial posted on 25-3-2005 10:41 AM

Originally posted by nrshahirah at 25-3-2005 10:39 AM:
huhhhhh kek buah lak....adesssssssssssssssssssss.....tambah lagi Q aku...:lol:lol:lol, sure tembam aku 1 family kena paksa jadik juri tuk resepi2 korang yang aku try...:lol:lol:lol

keh..keh......:lol:lol...sama2 ler kita menembam kan diri kita...hihihih:lol:lol

hanieliza posted on 25-3-2005 10:42 AM

buak..jangang tak buak...
pehtu posing lenuk kat sini ..
pehtu kita lawang sapa making membesar bagaikan juara...

alin_raaz posted on 25-3-2005 10:49 AM

Glycerine tu mcm sirap gula, warna dia jernih. Biasa guna utk buat aising fondant. Bleh beli kat kedai yg jual barang kek tu. Tapi I tak penah plak tau bahan ni boleh guna utk wat kek. Something new, I nak try kek ni. mesti sedap banget..:) TQ chanel.

xette posted on 25-3-2005 10:57 AM

kalu tak letak glycerine ni....bole tak??
ada effect tak kek tu nati...hehehe
(kes malas nak gi kedai la ni...) :P

NoorMasri posted on 26-3-2005 02:54 AM

glycerine halal ke? :stp:

Chanel2004 posted on 26-3-2005 05:43 AM

kalau tak nak letak glyceline pun boleh..abt halal or not..that i am not sure :hmm: but Chanel belajar kek ni from Chef Wan Fatimah :stp:

nsutra posted on 26-3-2005 09:55 AM

Originally posted by speedial at 25-3-2005 09:41 AM:
yahooo....bestnya ada kek buah....:lol:lol

pepagi ni masuk forum ingatkan nak tanya iron2 chef kat sini resepi kek buah kukus...skali..tup2 Chanel dah buh resepi kek buah....leganya rasa....

...




to speedial & sapa2 yang berminat.....ni sutra punya resepi kek buah kukus..dapat dari seorang kawan..sutra selalu buat...memang terjamin sedap...hehhehhe....

KEK BUAH KUKUS

  Bahan2nya:

  2 cawan gula halus
  1 cawan gula (dihanguskan dgn 1 cawan air - prepare ni bila semua adunan dah
  siap ok).....
  600 gram tepung gandum
  5 biji telur
  500 gram butter (kalo taknak berminyak sgt,bleh dikurangkan...abt 300 gram
  pun ok...tapi kalo kering sgt pun tak besh..)
  3 sudu kecil soda bikarbonat
  3 sudu kecil cream of tartar (tak tarok pun takpe..)
  2 sudu kecil esen of vanilla
  1 paket mixed fruits

Cara2 membuatnya:

1. Terlebih dulu,ayak tepung bersama dgn soda bikarbonat n cream of tartar.
    Kemudian masukkan mixed fruits dan gaul rata. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu
    persatu. Dipukul lagi sampai naik n kembang.
3. Setelah itu,masukkan campuran mixed fruits tadi ke dlm adunan. Gaul rata.
    Tak perlu pukul...memadai gaul dgn senduk sebab takut pecah plak mixed
    fruits tuh.
4. Sementara tu,panaskan loyang.
5. Setelah adunan cukup rata,baru siapkan gula hangus.Jgn sampai hangus sgt
    ye nanti pahit plak.
6. Agak2 gula tu nampak kekuningan...masukkan air sket supaya tak pekat sgt.
7. Then,bleh lah masukkan gula hangus tu ke dlm adunan yg telah siap tadi.
    Kacau cepat2 sampai rata dan sebati semuanya.
8. Lastly,adunan ready utk dikukus. Jgn lupa,sapu acuan dgn mentega n
    taburkan tepung sket supaya bila masak nanti,ia taklah melekat pada acuan
    tuh.
9. Kukus adunan selama 3 jam dgn api yg sederhana.

akhir sekali selamat mencuba dan jangan lupa amik gambo....hehehehee....




[ Last edited by  nhuda at 26-9-2007 07:43 AM ]

MAKLANG posted on 26-3-2005 10:35 AM

Originally posted by nsutra at 26-3-2005 09:55 AM:





to speedial & sapa2 yang berminat.....ni sutra punya resepi kek buah kukus..dapat dari seorang kawan..sutra selalu buat...memang terjamin sedap...hehhehhe....

KEK BUAH KUKUS
...


Maklang suka makan jer tapi tak suka buat..sesapa yg tak larat nak habihkan kek buah, boleh courier kat maklang.:pmuka:

nsutra posted on 26-3-2005 10:40 AM

Originally posted by MAKLANG at 26-3-2005 10:35 AM:



Maklang suka makan jer tapi tak suka buat..sesapa yg tak larat nak habihkan kek buah, boleh courier kat maklang.:pmuka:

maklang kalau dekat dah tentu sutra sendiri yang pegi hantar kat maklang..tak yah courier2 nye....hehehehheh

hanieliza posted on 27-3-2005 01:59 PM

KEK KUKUS BUAH LAPIS

Baha-bahan
1 mangkuk telur
3/4 mangkuk gula kastor
1 mangkuk tepung gandum
1 s/k baking powder
1 mangkuk buah campur
1 mangkuk butter
1 s/k esen vanila
6 s/b susu pekat
pewarna hijau dan kuning

Cara
1. Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan.
2.  Dalam mangkuk yg lain pukul kuning telur dan gula sehingga kembang.
3. Dalam mangkuk yg lain juga pukulkan butter sehingga kembang dan campurkan esen vanilla dan susu.
4. Masukkan kedalam mangkuk yg berisi kuning telur dan kacau rata.
5. Masukkan pula tepung yg telah diayakkan dan  putih telur. Kacau rata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
7. Warnakan 1 bahgian hijau dan 1 bahagian warna kuning.
8. Panaskan kukusan.
9. Lapiskan 1 warna dan kukuskan.
10. Bila dah 10 minit/masak taburkan buah2 dan lapiskan dengan warna yg lain.
11. Kukuskan semula dan buat saperti yg sama sehingga adunan dan juga buah habis.



[ Last edited by  nhuda at 26-9-2007 07:52 AM ]

Index posted on 27-3-2005 05:39 PM

Originally posted by hanieliza at 09-01-2005 10:22:


kak liza belajar kek ni 18 thn dulu..
masa tu takder oven..tu yg dok buat..


http://img.photobucket.com/albums/v622/hanieliza2/kek%20dan%20biskut/dund ...
Kak Liza..apa petua nak bagi buah tu bersepah sepah kat dalam, tak melepak setempat atau kat groundfloor jer

bebop posted on 28-3-2005 06:15 AM

Originally posted by nsutra at 26-3-2005 09:55 AM:





to speedial & sapa2 yang berminat.....ni sutra punya resepi kek buah kukus..dapat dari seorang kawan..sutra selalu buat...memang terjamin sedap...hehhehhe....

KEK BUAH KUKUS
...


Nsutra, resepi awak ni sama ngan resepi kita.  Selalu gak buat memang betul bagai dikata, terjamin sedap...:)

speed, apa lagi try ler......:cak:

bebop posted on 28-3-2005 06:30 AM

CHOCOLATE FRUIT CAKE

300 GM MIXED FRUIT + 1/2 CAWAN ORANGE JUICE (DICAMPUR DAN RENDAM LEBIH KURANG 2 JAM)

250 GM BUTTER
225 GM SUGAR
6 BIJI KUNING TELUR
3 PUTIH TELUR
1 SK BUTTER VANILLA
2 SB KOKO POWDER
225 GM TEPUNG GANDUM
1 SK BAKING POWDER

PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, BUTTER VANILLA DAN KOKO POWDER, PUKUL SEBENTAR.  MASUKKAN TEPUNG DAN MIX FRUIT SELANG SELI, ADUN SEBATI.  MASUK DLM ACUAN BERALAS KERTAS, BAKAR PADA SUHU 150 C SELAMA 1 JAM ATAU HINGGA MASAK


CHEESE FRUIT CAKE

170 GM MIXED FRUIT + 2 SUDU BESAR ORANGE JUICE (RENDAM SELAMA 2 JAM)

70 GM BUTTER
70 GM CREAM CHEESE
70 GM BROWN SUGAR
2 BIJI TELUR
1 SK LEMON PASTE
80 GM TEPUNG GANDUM
1/2 SK BAKING POWDER

PUKUL BUTTER, CHEESSE CREAM DN GULA HINGGA KEMBANG.  MASUKKAN TELUR DAN LEMON PASTE DAN PUKUL SEBENTAR.  MASUKKAN BAHAN KERING DAN BUAH SELANG SELI, ADUN SEBATI DAN BAKAR.


Selamat mencuba....:)



[ Last edited by  nhuda at 26-9-2007 07:58 AM ]

cikdak posted on 28-3-2005 08:18 AM

Originally posted by bebop at 28-3-2005 06:30 AM:
CHOCOLATE FRUIT CAKE

300 GM MIXED FRUIT + 1/2 CAWAN ORANGE JUICE (DICAMPUR DAN RENDAM LEBIH KURANG 2 JAM)

250 GM BUTTER
225 GM SUGAR
6 BIJI TELUR
3 ...

Uik larling... pepagi dah berporem sekang ni... hehe...

Gud, gud..:bodek:

Cikdak baru2 dah beli dah mixed fruit..... just in case la kan...
Cadang nak buat bukan sebab cikdak suka sangat makan fruit kek tapi untuk belaja2.... tambah pengetahuan...
Dulu pernah sekali buat kek buah.... tapi hancus!!! Sebab takde tutor nak tanya...:lol:

Thanks for the recipes....:hug:

[ Last edited by cikdak on 28-3-2005 at 08:22 AM ]

adnil posted on 28-3-2005 10:10 AM

index, rasanya kalau tak nak buah buah kering tu berkumpul satu tempat, buahan kering tu kena gaulkan dgn tepung tu sebelum masuk dalam adunan.  experts, kalau adnil salah tolong betulkan...
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: KEK BUAH KUKUS / BAKAR