chumpon Publish time 8-2-2006 04:09 PM

UMNO anjur pameran sejarah tanah air
KUALA LUMPUR 7 Feb. - UMNO akan menganjurkan pameran sejarah tanah air dari zaman penentangan Malayan Union sehingga negara mencapai kemerdekaan bermula 14 Februari ini di beberapa lokasi.

Lokasi pertama pameran adalah di Universiti Multimedia Melaka bermula Selasa ini selama empat hari.

Ia diikuti Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan (22-25 Februari); Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu (6-9 Mac); Politeknik Kota Bharu, Kelantan (22-25 Mac); Dewan Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang (3-6 April) dan Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Jalan Semarak, Kuala Lumpur (12-15 April).

Pameran akan diteruskan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor (24-27 April); Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak (2-5 Mei); Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (12-15 Mei); Politeknik Perlis, Arau (20-23 Mei) dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (13-16 Jun).

Antara produk-produk yang bakal dipamerkan adalah komputer dan buku.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-40429511.

mahathirGX Publish time 10-2-2006 07:47 AM

http://www.crwflags.com/fotw/images/m/my%7Dumno.gif

Merah&PutihbenderaUMNO...mungkinterpengaruhdenganbenderaIndonesiaketika itu....
KeristulambangMelayu

yaneng Publish time 13-2-2006 05:50 PM

thread yg bagus utk semua menghayati perjuangan mereka2 yg terdahulu....esp datuk2, nenek2 kiter yg memperjuangkan kedaulatan negeri tanah melayu....

HangPC2 Publish time 13-2-2006 08:23 PM

baca dalam buku teks sejarah lah banyak sangat citer tentang umno citer lah tengah sejarah parti2 yg tak wujud atau parti haluan kiri , kanan ker atau parti ultra nasionalis muak aku citer tentang umno ni...

Dunhill. Publish time 26-4-2006 10:51 AM

Betulke UMNO pernah dibanned oleh mahkamah pd tahun 1988?

Dunhill. Publish time 7-6-2006 09:53 AM

Hati-hatilah bila menulis dan membaca sejarah dari mindset pengampu british yang terus mahu berkuasa.

Hati-hatilah menulis dan menuruti pemikiran pengampu british yang terus mahu berkuasa dan memperkudakan kita semua.

malah u.m.n.o. itu pula, terus lulus didaftarkan oleh british pada tahun 1946 itu juga. Sangat jelas u.m.n.o. itu lahir daripada pemikiran penjajah british!

Sangat Aneh pejuang dan askar Melayu yang bersabung nyawa menghalau jepun boleh menerima dengan tersangat Mudah, penjajah british sebagai "Tuan" Semula ??
Mengapa pejuang dan askar Melayu tak teruskan segera menghalau inggeris dan british ??
Malah dijemput Semula kuffar british untuk menasihati ??

Sedangkan rakyat dan pemimpin Melayu seperti Dr Burhanuddin Al Helmy yang masih berjuang untuk menghalau penjajah Inggeris dari terus meracuni raja, pemimpin dan orang Melayu, telah dilabel oleh british dan u.m.n.o. yang sangat pro penjajah ketika itu sebagai pengganas, "radical" dan hingga ada yang dilabel komunis.

Setelah british tidak tahan gerakan anti penjajah dari pejuang Islam, pejuang kemerdekaan dan pejuang Melayu dan pentadbir british kerugian berpanjangan (seperti amerika di Iraq sekarang), lama kelamaan british pun beri 'kemerdekaan' juga, TETAPI bersyarat dan kepada orang2 pilihan british. Orang2 yang sanggup menyambung dasar-dasar british tanpa merugikan ladang-ladang, estet-estet, lombong-lombong, tanah-tanah, budaya, cara hidup dan gaya pemerintahan kuku besi british.

Raja juga, yang terlalu banyak pengaruh ke atas orang melayu ketika itu, telah ikut telunjuk dan nasihat high commissioner/resident/wakil british aje.
Dengan percaturan politik penguasa british terhadap sultan yang paling rapat dengan british ketika itu, maka u.m.n.o. telah dengan resminya di tubuhkan di perkarangan istana lama johor bahru untuk menguatkan lagi "glamour"nya ke atas orang Melayu yang dhaif ketika itu.
Kebanyakan orang tahu, bahawa raja johorlah ketika itu yang terlalu kuat pro british dan mengikut gaya british/baratnya - tengok penutup kepala dan pakaian kesultanan johor pun dah tahu.
Hingga sekarang u.m.n.o. berkubu di Johor.

Jelas, Ketua-ketua Melayu dan pengikutnya termakan dengan mudah umpan british itu, maka berterusanlah penipuan demi penipuan yang dilakukan british lagi terhadap orang Melayu,
seperti isu malayan union (akhir 40an),
perlembagaan reid (50an),
jus soli (50an),
memerdekakan singapura (60an), dan
penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa (akhir 90an).

Bukankah pemimpin awal u.m.n.o. yang dipilih penjajah inggeris/british itu sama juga macam kerajaan boneka di Iraq dan Afghanistan?
Kini kerajaan u.m.n.o. pilihan inggeris itu masih lagi mendewa-dewakan undang-undang Inggeris dan membenci Hudud Islam.
Kini kerajaan u.m.n.o. pilihan inggeris itu masih lagi mendewa-dewakan gaya hidup dan budaya barat.
Kini kerajaan u.m.n.o. pilihan inggeris itu masih lagi mendewa-dewakan bahasa penjajah dan pemerintahan ala kuku besi/isa british.

Dan kini ada pula kedengaran orang u.m.n.o. itu pulak yang menuduh kerajaan allawi di Iraq dan hamid karzai di Afghanistan sebagai boneka penjajah.

Paku dulang, paku serpih.
u.m.n.o. kata orang, u.m.n.o. yang lebih.

Malangnya rakyat telah dilupakan pada sejarah sebenar oleh "total media control", "absolute power of governance" (ala kediktatoran - "absolute power corrupts absolutely") dan orang seperti kamu.
Pemikiran, tanggapan dan otak rakyat sudah dibasuh dengan propoganda pro penjajah, pro kesenangan, pro mahu berkuasa, pro kuasa nasara, pro orientalis, pro membenci Pejuang Islam.

Insaflah kamu, utamakanlah akan Nasib Agama Islam, rakyat dan Bangsa dari memikirkan habuan kuasa yang sedikit di dunia yang sementara ini.

Hati-hatilah menulis dan membaca kerana Kebanyakan sejarah ditulis oleh orang yang menang.

muor76 Publish time 7-6-2006 07:03 PM

umno? betul ker dah umor 6o tahun?

pada aku

umno under dato onn-----> dah mati, takde, terkubur
umno under tunku abdul rahaman------------------>tak sama ngan umno dato onn, dah mati, takde, terkubur...

yang ade skang ialah... umno under dokter mahathir..
baru berusia 18 tahun..
tak sama ngan umno dato onn, tak sama ngan umno tunku...
yg ade skang umno remaja....
yg ade skang bukan nyer yg sama dengan cara perjuangan dato onn

kenapa?

Dunhill. Publish time 8-6-2006 10:42 AM

umno sekarang penuh dengan rasuah :ah:

muor76 Publish time 12-6-2006 10:34 AM

teringat dulu mase pilihanraya tahun 90-an... sotkabor kuar pic tengku razaleigh pakai setanjak ade lambang kristian...

tapi cuba tengok sotkabor utusan hari nih.. rencana kat bahagian sisipan mega pasal tadau keamatan...

kan ke pic tu tunjukkan ade lambang salib kat tanjak yg pak lah, musa aman dan rais yatim pakai?

so ape citer?

Dunhill. Publish time 13-6-2006 10:24 AM

Reply #29 muor76's post

JEPUN YANG DAPATKAN KEMERDEKAAN UNTUK KITA




Jepun yang telah mendapatkan kemerdekaan untuk kita pada 1957. Sebelum itu mereka telah mengalahkan Russia pada tahun 1905, Amerika Syarikat, Peranchis, Great Britain, Belanda antara 1939 dan 1942. Apabila giliran mereka untuk kalah kemudiannya pada 1945 adalah sudah tidak bererti apa-apa, (kerana boleh dipertikaikan). Kemenangan Jepun setakat 1942 itu sudah cukup memberikan pengajaran kepada dunia betapa metos ?rang putih? itu tidak mempunyai sebarang kesaktian dan mereka boleh ditumpaskan. Sedikit demi sedikit si orang putih itu terpaksa melepaskan jajahan takluknya di Asia: daripada India ke Macao (tidak jauh daripada Hong Kong). Malaysia telah menerima kemerdekaan daripada British pada 1957 selepas mereka dikalahkan oleh Parti Komunis Malaya yang telah memaksa penjajah menyerahkan kuasa kepada kumpulan ningrat (elit) lulusan Oxbridge (Oxford-Cambridge). Inilah golongannya yang boleh diperkotak-katik (dimanipulasi) dari belakang tabir dan telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 1957. Kumpulan elit begini yang terus mencengkam kuasa di negara ini, walaupun pucuk kepimpinannya tidak lagi merupakan lulusan Oxbridge. Akan tetapi, yang tidak menyelerakan kita ialah hakikat bahawasanya orang Jepun yang telah menumpaskan kuasa-kuasa Eropah. Kerana itu kuasa-kuasa tersebut telah memulakan pembebasan beberapa buah negara takluk mereka dalam masa lima puluh tahun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Usaha Jepun itu telah dibantu oleh Parti Komunis Malaya, di mana pemimpin parti itu, Chin Peng telah dikurniakan bintang OBE (order of the British Empire ? penterjemah) atas khidmatnya memerangi Jepun bagi pihak British sepanjang Perang Dunia Kedua. Namun British terpaksa melepaskan genggamannya ke atas Malaya pada 1957 kerana ketika itu sudah ramai anak-anak Malaya yang terdidik di Britain dan mempunyai minda yang sudah dibancuh oleh mereka. Sama sahaja kisahnya yang terjadi kepada Gandhi di India, dan Osama bin Laden seorang petugas CIA (Amerika) yang berpaling tadah memusuhi Amerika kemudiannya, Chin Peng telah terpaksa melancarkan konfrontasi terhadap British. Hingga hari ini Chin Peng masih dilarang pulang ke Malaysia seperti juga anggota komunis yang lain. Apakah dia mampu dibenarkan kemudiannya melalui keputusan mahkamah, masih menjadi satu tandatanya. Sejarah Malaya, kini Malaysia, yang akan datang akan mendedahkan semua ini.

Orang-orang politik yang tidak bersetuju dengan pendapat ini sudah tentu tidak berfikiran panjang atau sedar siapa yang mereka bodek. Agenda Islamiah sudah pun menguasai keadaan sehinggakan Umno sudah turut serta. Inilah yang dinanti-nanti oleh Umno yang menunggu kepupusannya. Akhirnya nanti, golongan Islam dan mereka yang terdidik di negara sendiri yang akan mengambil alih pucuk kepimpinan. Memang jelas betapa British telah menang untuk selama ini. Kerana itu British terus mencengkam kuasa melalui proksi mereka. Ini pun tidak akan bertahan lama. Perlembagaan sudah pun dipinda seperti yang terjadi kepada Perlembagaan Malaysia, di mana keadaan sebuah negara yang sekular sudah ditukar menerima Islam sebagai agama rasminya. Inilah yang dilaksanakan oleh orang-orang yang selama ini disokong kuat oleh British. Kini, Malaysia ialah sebuah negara Islam yang telah diubahsuai oleh Umno kerana takutkan PAS yang memang cenderung kepada Islam. PAS telah memperkenalkan undang-undang di Kelantan dan Terengganu yang membolehkan amalan Islam sehingga mampu melebarkan agenda PAS sendiri, mahu menubuhkan sebuah negara Islam.

Dunhill. Publish time 13-6-2006 10:25 AM

Umno sudah berkuasa pada tahun 1955 ? yakni dua tahun sebelum kemerdekaan tercapai. Sejak itu Umno terpaksa mengubah taktiknya disebabkan pengaruh PAS dan sikap konservatif orang Melayu Semenanjung. Kaum-kaum lain, seolah-olah tidak diambil kira walaupun jumlah mereka mencecah 35 peratus daripada jumlah penduduk seramai 20 juta. Rakyat Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian dan animis secara besarnya, tiba-tiba mendapati mereka sudah menjadi golongan minoriti walaupun di dua wilayah itu mereka adalah golongan majoriti dan tanah wilayah mereka adalah lebih besar daripada Semenanjung. Selama beberapa tahun saya menjadi pensyarah di Kementerian Pertahanan, saya dapati bahawa pegawai tentera Malaysia tidak pun begitu arif dengan hakikat bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian wilayah Malaysia. Ada tanggapan bahawa Umno sebenarnya yang memerintah Sarawak. Ada satu perjanjian kononnya wujud dan ditangani oleh para pemimpin kerajaan Malaya dengan kerajaan Sarawak serta Sabah sebelum mereka masuk bergabung untuk menubuhkan Malaysia. Hanya orang yang beragama Islam yang boleh dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri sedangkan dua buah negeri itu dihuni oleh majoriti Kristian dan animis. Seandainya Perlembagaan itu mengizinkan, Sarawak dan Sabah tentu berundur daripada pakatan Malaysia. Satu pertiga anggota Parlimen datangnya daripada Sarawak dan Sabah, tetapi itu hanya secara bertulis dalam dokumen dan bukan secara amalannya.

Sebenarnya tidak ada yang kita sambut dengan keriangan pada hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-48. Di Malaysia, orang Cina dan India sudah dianggap sebagai pendatang. Mereka yang mempunyai latar belakang sejarah yang berakar umbi di zaman pemerintahan British di Malaya masih tidak layak menerima kerakyatan sedangkan mereka yang datang daripada kepulauan Indonesia mampu berbuat demikian selepas satu tahun di sini, kerana sekali gus itu akan menaikkan bilangan orang Melayu. Mengikut bancian 1931, orang Melayu Selangor mempunyai ibu bapa yang lahir di luar negara. Inilah sisa basi masalah peninggalan British. Mereka tidak berjaya mendesak Sultan-sultan Melayu mengeluarkan kerakyatan kecuali melalui proses yang ditetapkan. Hanya selepas perang dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, barulah Sultan-sultan merestukan pengeluaran kerakyatan kepada mereka yang menghuni negeri mereka selepas beberapa tahun. Ayah saya menjadi rakyat Tuanku Sultan Johor pada 1952 yakni 22 tahun selepas beliau berhasrat menetap di sini. Hanya pada 1957 barulah beliau menjadi rakyat Persekutuan dan saya, yang dilahirkan di Johor Bahru, menjadi rakyat kerana itu. Akan tetapi ayah saya sudah lama berniat menjadi warga Malaysia sebelum itu dan beliau telah dikritik hebat oleh MIC (yang kini menjadi ahli komponen Barisan Nasional) kerana melepaskan kerakyatan India.

Agensi kerajaan semacam tertutup kepada orang India dan Cina, kerana itu mereka melupakan hasrat berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Kerajaan ini mengandungi Umno, MCA, MIC, Gerakan dan parti lain dalam Barisan Nasional tetapi, pemimpin parti-parti ini sudah berkarat berdekad-dekad lamanya menganggotai kabinet, sudah malas untuk bercakap mengenai kaum mereka dalam perkhidmatan kerajaan. Inilah yang diperkudakan oleh Umno. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang dalam perkhidmatan kerajaan dan kalah dalam pemilihan parti tidak perlu bersara daripada jawatannya, seperti yang pernah dilakukan oleh ramai anggota MCA dan MIC. Dalam pemilihan Presiden Gerakan, orang yang kalah dibenarkan berada terus dalam kerajaan. Lainlah kalau dia sendiri yang melepaskan jawatannya. Kalau diambil kira gelagat yang lain, orang yang kalah itu sudah pasti tidak akan melepaskan jawatannya. Mantan Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng telah melepaskan jawatannya dalam kabinet selepas beliau kalah dalam pemilihan MCA.

Keghairahan para pemimpin parti politik mahu terus mencengkam kuasa selagi nyawa dikandung badan telah menyebabkan rakyat marhaen; tidak kira apa kaum dan agama pegangannya mula bertindak sendirian. Mereka telah bertanya BN apa yang mereka mahukan, termasuk pengagihan hak 30% untuk bumiputera, agar orang Cina dan India dapat turut mengongsi pengagihan semacam itu dan lebih ramai orang Cina dan India diambil berkhidmat dengan kerajaan khususnya dalam perkhidmatan polis. Mereka juga mahu segala peraturan istimewa yang diwujudkan selepas rusuhan kaum 1969 dimansuhkan. Mereka mahu perkara ini bukan setakat syaratnya sahaja, walaupun pemimpin India dan Cina mungkin berpendirian demikian.

Pada hari ulang tahun Kemerdekaan 2005 ini, kita tidak salah kalau kita katakan betapa Umno sudah menghampiri garisan penamatnya, kalau tidak masa pilihan raya yang akan datang, mungkin juga selepas itu. Para pemimpin Cina dan India dalam BN tidak sedar akan trend ini, disebabkan mereka sudah terlalu lama mencengkam kuasa. Seseorang (yang berkuasa) boleh mengugut calon-calon yang mahu bertanding jawatan dalam parti, tetapi akhirnya nanti apabila rakyat marhaen tidak akan takut semacam itu, dan mengundi pihak pembangkang agar menang. Ketika itu barulah bermula peranan BN sebagai parti pembangkang pula.

Buat masa ini Umno masih dimanipulasi oleh golongan panglima perang. Dan Perdana Menteri hanya bersifat seorang boneka semata-mata. Keengganan beliau mengnyahkan dua orang menteri daripada menganggotai kabinet beliau kerana salah laku yang terbukti sudah dibayangi satu kegusaran seandainya beliau memecat mereka, besar kemungkinan mereka akan melompat parti menyertai pembangkang. Kerana itu dia tunjuk bagak hanya terhadap anggota kabinet yang bukan ahli Umno. Tetapi, tidak pula terhadap mereka di Malaysia Timur di mana Ketua Menteri Sarawak dan Sabah yang bukan pun anggota Umno, tetapi menyenangi Umno, tidak membenarkan Umno di Malaysia Timur masuk campur. Apa lagi si Perdana Menteri. Malaysia sudah menjadi sebuah negara fasis untuk membolehkan BN terus mencengkam kuasa. Akan tetapi di tanah besar Malaysia (Semenanjung) orang India dan Cina sentiasa memberi tekanan mereka sehinggakan BN hanya aktif untuk berslogan sambil terhakis kuasanya beralih kepada satu gagasan parti pembangkang yang berbilang kaum. Hari Kemerdekaan ini merupakan satu peralihan kepada penubuhan sebuah negara Islam, gara-gara tindakan kerajaan mematikan minat rakyat terhadap politik puak kiri, dan memaksa mereka menceburi politik Islamiah. Kemungkinan orang baru berpolitik menganggotai PAS sudah mencetuskan kerungsingan kepada Umno. Sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-48 adalah merupakan permulaan tamatnya BN. Kalau itu dianggap satu permulaan meraikannya, biarkanlah sahaja.

Dunhill. Publish time 24-6-2006 10:53 AM

JEPUN YANG DAPATKAN KEMERDEKAAN UNTUK KITA




Jepun yang telah mendapatkan kemerdekaan untuk kita pada 1957. Sebelum itu mereka telah mengalahkan Russia pada tahun 1905, Amerika Syarikat, Peranchis, Great Britain, Belanda antara 1939 dan 1942. Apabila giliran mereka untuk kalah kemudiannya pada 1945 adalah sudah tidak bererti apa-apa, (kerana boleh dipertikaikan). Kemenangan Jepun setakat 1942 itu sudah cukup memberikan pengajaran kepada dunia betapa metos 憃rang putih

Dunhill. Publish time 24-6-2006 10:54 AM

Umno sudah berkuasa pada tahun 1955

rurouni_khairul Publish time 30-10-2006 10:57 AM

Berapa kali nak post daa....

ferryman2393 Publish time 30-10-2006 01:58 PM

Originally posted by Joe Hahn at 28-10-2005 02:29 AM
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Pemimpin awalnya iala ...

good posts about pkmm and the likes of these mostly left wing parties.a bit radical to the british and more aligned with sukarno's indonesia raya dream.

ferryman2393 Publish time 30-10-2006 02:11 PM

Originally posted by Dunhill. at 24-6-2006 10:54 AM
Umno sudah berkuasa pada tahun 1955

ferryman2393 Publish time 30-10-2006 02:15 PM

Originally posted by mahathirGX at 10-2-2006 07:47 AM
http://www.crwflags.com/fotw/images/m/my%7Dumno.gif

Merah&PutihbenderaUMNO...mungkinterpengaruhdenganbenderaIndonesiaketika itu....
KeristulambangMelayu

red and white ensigns are always associated with malay warlords in times past.

jkkkj Publish time 3-7-2007 12:18 AM

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu Bersetia Berkhidmat
Cogankatanya

UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

jkkkj Publish time 23-7-2007 07:25 AM

Rakyat Jelata Sememang Sedar
Bendera UMNO Berkibar-Kibar
Baris Pemimpin Yang Tercinta
Akan Ku Bela Hingga Akhirnya

Demi Untuk Nusa Dan Bangsa
Agama Dan Juga Negara
Nyawa Dan Jiwa Sepenuh Rela
Ku Serah Dengan Setia

Barisan UMNO Teras Negara
Kita Memimpin Rakyat Malaysia
Dengan Semangat Yang Bergelora
Marilah Kita Bersama-Sama

Mari Kita Sambut Seruan
Hadapi Segala Cubaan
Bangun Bangsaku Kita Bersatu
Bersama Mara Hadapan

Kita Rempuh Semua Rintangan
Semoga UMNO Diabadikan
Kita Teguh Dengan Harapan
Semoga UMNO Berkekalan

Rakyat Jelata Sememang Sedar
Bendera UMNO Berkibar-Kibar
Baris Pemimpin Yang Tercinta
Akan Ku Bela Hingga Akhirnya

Mari Kita Sambut Seruan
Hadapi Segala Cubaan
Bangun Bangsaku Kita Bersatu
Bersama Mara Hadapan

Bangun Bangsaku Kita Bersatu
Bersama Mara Hadapan

chumpon Publish time 27-3-2009 08:52 PM

http://sepoidesa.files.wordpress.com/2008/01/umno-lena.jpg
Pages: 1 [2] 3
View full version: Sejarah Penubuhan UMNO


ADVERTISEMENT