Sj鴈n Publish time 29-7-2005 12:48 AM

Originally posted by king_kong at 26-6-2005 06:45 PM:
German kalah perang dunia ke-2 sebab tentera Nazi-German yg semakin berkurangan...250 ribu tentera german mati ditangan Red Army Stalin(east-front)...50 ribu mati di udara (battle of britain, south ...


Tentera Jerman tidak begitu menumpukan perhatian ketenteraan di Western Front yang di dalangi tentera British dan Amerika...Hanya Dua batalion sahaja yang ditempatkan untuk menghalang kemaraan tentera Amerika-Britain manakala 200 batalion tertumpu untuk menghalang tentera RED army USSR di sebelah Timur.


Kemungkinan besar, Hitler merasa bahawa dia somehow boleh join forces bersama tentera british-USA untuk menghalang tentera USSR. Ah ada satu lagi tambahan.. sebenarnya Churchill juga tidak terlepas daripada nama penjenayah Perang... sudah berkali kali Tentera Jerman Mengemukakan perjanian Kerjasama dan Surrender tetapi Chruchill berkeras mahu belihat Semangat Rakyat Jerman Lupus sama sekali

alphawolf Publish time 29-7-2005 08:51 AM

Rasanya bukan Churchill sahaja...saya rasa Stalin lebih nak Jerman hancur....sebabnya? Antaranya 20 juta rakyat Rusia terbunuh not to mention Jerman asalnya 'sahabat' Soviet.

Sjoen..saya rasa ada kesilapan sikit... batalion tentera tak boleh buat apa2 pun dengan musuh yang peringkat 'Corps'...Masih banyak unit peringkat Divisyen bertaraf elit yang bertempur di Barat...tetapi ya, lebih banyak usaha ditumpukan di Timur...mainly sebab Jerman tahu apa akan jadi bila mereka tumpas kepada Rusia. Divisyen2 terbaik terutama daripada SS dijadikan 'fire brigade' (mcm bomba, mereka dikerah bertempur dikawasan yang kritikal/hot spot baik di BArisan Barat atau Barisan Timur). Antara divisyen2 ini ialah Leibstandarte Adolf Hitler, Das Reich dan Totenkopf.

Jerman cuba nak berdamai secara berasingan dengan Barat tetapi semua Pihak Bersekutu setuju supaya Jerman menyerah tanpa syarat.

Sj鴈n Publish time 30-7-2005 12:33 AM

hurmm sebenarnya Hitler mengadakan gencatan senjata atau *armstice* dengan pihak Soviet adalah semata mata untuk tujuan politik sahaja.menjadi sahabat Komunis Stalin USSR memang bukan perancangan Hitler, kerana sememangnya ideologi Komunisme adalah sesuatu yang diperangi oleh nasionalis nasionalis Jerman yang ingin mengembalikan maruah bangsa Jerman. Tetapi USSR pun ada agendanya tersendiri (ini dibuktikan dengan pencorobohan USSR terhadap negara Poland dan Finland). Yang peliknya, Apabila tentera NAZI melancarkan serangan terhadap POLAND , Britain dan Perancis declare war on Germany tetapi USSR pun menceroboh Poland juga. Kenapa Britain dan Perancis tidak declare war on the red giant juga?


Sia Rasa pakatan Berikat mmg main Double standard , .. memang ada banyak Jigsaw yang belum diselesaikan mengenai Sejarah WW2.

king_kong Publish time 30-7-2005 01:00 AM

aku ade dengar satu kisah menarik time WW2 dulu dimana kesahihannya tidak dapat dipastikan...kalau betul la citer tu ianya menjadi salah satu strategi rahsia perisikan paling hebat pada 20th century.

alkisahnya...sebulan sebelum D-Day(draft awal D-Day bukan jatuh pada 6 Jun, date asal aku dah lupa bila tapi 6 Jun dipilih atas faktor cuaca)..seorang kolonel tertinggi divisyen komando britain mencadangkan supaya pihak Nazi "diberitahu" mengenai D-Day tetapi diberi maklumat yg salah...

strateginya adalah dengan menggunakan "mayat" sebagai distraction dimana mayat seorang pesakit pneumonia dipakaikan dgn uniform pegawai tinggi tentera bersekutu, dalam poketnya diletakkan beberapa aksesori normal lelaki britain pd ketika itu spt wallet lengkap dgn duit, ID(fake), rokok, sapu tangan dan lain2...termasuk juga beberapa surat cinta kepada aweknya, surat dari parentnya, sebotol wiski dan yang paling penting...surat sulit rasmi tentera bersekutu yg mengatakan mengenai operation overlord(kpd sesiapa yg tak tau, setiap tentera yg terlibat dalam operation overlord akan dikasi satu surat "wasiat" dari pemerintah tertinggi tentera bersekutu) tetapi lokasinya bukanla Normandy tetapi Siciliy...

mayat tersebut kemudiannya dihanyutkan ke perairan berdekatan dengan kubu kuat German di Sicily dengan harapan mayat tersebut akan dijumpai oleh pihak Nazi..

bukan setakat itu saje..."mayat" tersebut juga diberi identiti dan mempunyai rekod dalam tentera bersekutu dan terdapat juga rekod displin seperti kaki botol dan sebagainya...ini adalah untuk mengabui mata2 Gestapo yg ketika itu berada dimana2 sahaja...

misi ini sangatla sulit sehingga ianya dirahsiakan untuk tempoh 45 tahun...ianya dikatakan sebagai punca utama kemenangan pihak bersekutu di Normandy...tetapi disebabkan tiada rekod mengenainya(disebabkan tahap rahsia yg amat tinggi) maka ianya dianggap hoax oleh sesetengah pihak...hingga kini hanya orang2 yg terlibat sahaja yg tau cerita sebenar...

begitula kisahnye..

chumpon Publish time 2-8-2005 12:39 PM

Germany ni over konfiden sangat .. pi serang kepulauan British ..

last2 tersungkur ..

jofizo Publish time 2-8-2005 12:53 PM

kesilapan terbesar Hitler ialah dia memulakan perang sebelum angkatan laut nya siap sepenuhnya, menyebabkan berlakunya masalah logistik utk support tentera darat german dan menangkis ancaman dari laut..........

alphawolf Publish time 7-8-2005 10:03 AM

Ya..itu salah satu silap Jerman. Tnetra laut Jerman sepatutnya nak mencapai keupayaan yang mampu mencabar Royal Navy pada 1944. Ada dua school of thought dalam tentera laut Jerman dalam merencana Plan Z iaitu samada

1. Mengadakan armada tempur yang besar yang mampu menentang musuh seperti Tentera Laut British dan Perancis; atau

2. Mengadakan armada kapalselam (U-Boat) dan kapal bersaiz sedrhana (panzerschiffe = mcm KMS Graf Spee) untuk menyerang laluan dagang.

Tapi disebabkan faktor yang kapal2 Jerman perlu melalui Laut Utara (yang dikawal armada British) untuk menyerang perkapalan di Lautan Atlantik maka idea #1 diterimapakai.

Sepertimana dalam perancangan dua battleship (Bismarck dan Tirpitz yang dianggap design sementara bagi menunggu kapal yang lebih besar), tiga heavy cruiser (Prinz Eugen, Hipper dan Blucher) telah dibina dan dua lagi heavy cruiser (Seydlitz dan Lutzow) dipesan dalam tahun 1939. Menjelang 1944 sepatutnya armada ini disertai

enam battleship kelas-'H'
tiga battlecruiser
duabelas panzerschiffe
empat carrier
enam light cruiser

Bagaimanapun dengan meletus perang, bahan mentah untuk pembinaan ini digunakan bagi menyokong operasi tentera darat udara manakala bahan lain digunakan untuk membina kapalselam. Hanya satu kapal pengangkut pesawat dibina (tetapi tidak disiapkan) yang lainnya dibatalkan

paes Publish time 23-9-2005 01:28 AM

off topic!

:off:

korang pernah tengok tak citer ni?
kasik komen sikit? ada perbezaan tak dengan REAL history..


http://us.movies1.yimg.com/movies.yahoo.com/images/hv/photo/movie_pix/newmarket/downfall/downfall_bigposter.jpg

mekaseyy

AzusaFuyutsuki Publish time 23-9-2005 08:46 AM

aku penah tgk..base on real story by hitlers secretary...

malarky Publish time 27-9-2005 03:32 PM

tak jumpa la kat kedai video... kat mane leh dapat cite ni

AzusaFuyutsuki Publish time 27-9-2005 06:31 PM

aku donlot..bittorent

yellow belmont Publish time 28-9-2005 01:25 AM

Originally posted by king_kong at 30-7-2005 01:00 AM
aku ade dengar satu kisah menarik time WW2 dulu dimana kesahihannya tidak dapat dipastikan...kalau betul la citer tu ianya menjadi salah satu strategi rahsia perisikan paling hebat pada 20th centur ...

aku pun ada dgr kisah ni .. tak silap aku dr dokumentari penah tayang kat RTM ..

pendek kata .. German dah kena tipu .. sbb tu diorg kalah teruk kat Normandy ..

alphawolf Publish time 28-9-2005 10:45 AM

KK, operasi rahsaia tu bukan untuk selindung pendaratan di Normandy, tetapi pendaratan di Sicily pada Julai 1943...operasi tu diberi nama Operation Mincemeat...cite dia camni....

Untuk mengurangkan kekuatan Jerman di Sicily, tempat pendaratan Allies pertama di Eropah mereka merancang satu operasi bagi membolehkan kebanyakan divisyen Jerman ini dihantar ke tempat lain iaitu Pulau Sardinia dan wilayah balkan. Mereka perlu meyakinkan pihak tertinggi tentera Jerman yang Sardinia atau Balkan menjadi sasaran Allies.

Idea ni bukan untuk operasi ini sahaja. Ia pernah dilakukan sebelum pertempuran Alam Halfa di Libya dengan meletak mayatdalam sebuah kereta perisai yang kononnya terlanggar periuk api. Bersama mayat itu peta yang mengandungi maklumat mengenai medan periuk api (tipu) British. Pihak jerman termakan umpan ni dan akibatnya kereta kebal jerman mengelak 'medan periuk api' tetapi termasuk ke kawsan pasir lembut dan tersangkut disitu.

Kali kedua perkara ini berlaku bukan disengajakan. Sebuah pesawat British terhempas dan mayat seorang pegwai hanyut ke pantai Sepanyol, yang merupakan sahabat Jerman semasa itu. Bersama mayat tersebut ialah sepucuk surat dari General Mark Clark kepada Gebnor Gibraltar. isinya mengandungi senarai nama agen Perancis di Afrika Utara dan tarikh pendaratan Allies (operation Torch). Siasatan British mendapati sampul surat tersebut tidak dibuka (walaupun sebenarnya Jerman boleh baca surat tersebut tanpa membuka sampulnya). Tetapi perisikan Jerman berkemungkinan menolak fakta tersebut, kerana mengesayaki ianya sengaja diberi untuk mengelirukan mereka!

Balik kepada Operasi Mincemeat..berdasarkan insiden2 tersebut, Lt Cmdr Ewen Montagu telah mencadangkan supaya perkara seperti itu dilakukan untuk mengelirukan jerman. Beliau mencadangkan supaya mayat tersebut 'mati' akibat 'kemalangan kapalterbang' dan telah berada dilaut selama beberapa hari...ini membolehkan Operasi ini nampak lebih 'real'.

Dengan bantuan pakar patologi Sir Bernard Spilsbury, mereka mendapatkan butir2 keadaan mayat yang diperlukan. melalui pencarian rahsia, mereka mendapat satu mayat seorang lelaki berumur 34 tahun yang mati akibat pneumonia kerana termakan racun tikus. cecair dalam paru-paru akibat penumonia serupa dengan keadaan paru2 mayat manusia yang telah terapung di laut selama beberapa hari. Waris lelaki berkenaan setuju dengan operasi yang akan dijalankan dan bersumpah merahsiakan perkara ini dengan syarat identiti sebenar lelaki itu dirahsiakan.

Langkah seterusnya ialah mencipta identiti palsu. Sekarang bagi tujuan operasi, lelaki tersebut menjadi Kapten (menjalankan tugas Mejar) William Martin dari Royal Marine Commando dan ditugaskan ke Markas Combined Operations. 'Dilahirkan' pada tahun 1907 di Cardiff, Wales. Pangkat tersebut dipilih kerana pegawai yang terlalu junior tidak akan diberi kepercayaan memegang dokumen sulit manakala umur beliau pula terlalu tua. Dengan pangkat kapten tetapi menjalankan tugas Mejar, kedua-dua masalah diselesaikan - 'Major Martin' seolah2 seorang pegawai yang amat bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Untuk menambah sedap lagi, Unit Lt Cmdr Montagu memebri 'tunang' bernama Pam (sebenarnya kerani MI5)- disertakan gambar dan 'surat cinta' mereka berdua. Juga disertakan set kunci, carikan tiket dari persembahan pentas dan beberapa benda lagi. Juga kononnya sebagai seorang yang cuai disertakan bil terlebih tempoh bayaran, kad pengenalan gantian (sebab yang asal 'hilang'), Pas masuk yang belum diperbaharui dan surat dari pengurus bank yang kononnya Major Martin ada overdraf sebanyak 17 pound, 19 shiling dan 11 pence. Bagaimanapun elemen 'cuai' ini membawa risiko yang pihak Jerman akan mengesyaki sesuatu sebab seorang yang cuai dipercayai untuk membawa dokumen sulit. bagaimanapun dipercayai Montagu berharap pihak jerman mengambil perhatian serius kerana terlepas pandang ketika insiden di Sepanyol tersebut.

Dari segi dokumen pula, kononnya Alllies akan mendarat di Sardinia sebagai batu loncatan untuk pendaratan di Selatan Perancis diikuti operasi yang sama di Greece untuk menyerang wilayah Balkan. Untuk mengabui lagi, dokumen tersebut dalam bentuk surat peribadi dari Timbalan Ketua Staf General Imperial di London kepada Genral Sir Harold Alexander, pemerintah tentera British di Afrika Utara. Konoonya secara off the record, pihak atasan mengarahkan Alexander supaya menyerang Sardinia manakala Genral Sir henry Wilson akan menyerang Greece. Dan secara reverse psychology, surat tersebut menyatakan satu pelan penipuan akan dilakukan dimana pihak Jerman akan mempercayai pendaratan akan dilakukan di Sicily (tempat pendaratan sebenar). Dengan ini pihak Jerman mempercayai dua pasukan besar akan menjalankan operasi di Sardinia dan Greece dan menghantar kekuatan utama mereka ke dua lokasi tersbut. Juga disertakan surat dari Lord Louis Mountbatten kepada Laksamana Andrew Cunningham yang memuji2 kehebatan 'Major Martin' dalam operasi pendaratan amfibia dan juga surat memaklumkan Major Martin membwa maklumat yang rahsia yang perlu dibawa sendiri kepada Cunningham - memerlukan Martin ke Mesir. Surat tersebut turut menyatakan Sardinia sebagai sasaran.

-----------------
Sambung!

malarky Publish time 28-9-2005 11:15 AM

Originally posted by yellow belmont at 28-9-2005 01:25 AM


aku pun ada dgr kisah ni .. tak silap aku dr dokumentari penah tayang kat RTM ..

pendek kata .. German dah kena tipu .. sbb tu diorg kalah teruk kat Normandy ..

tipu macam mane?aku rase time tu jerman tgh prepare iuntuk repel invasion

alphawolf Publish time 28-9-2005 11:28 AM

Wokey...sambung balik

Mayat 'major Martin' yang lengkap beruniform kemudiannya dibalut degan ais kering dan dimasukkan dalam bekas besi bertutup. Monatgu dan seorang lagi pegawai menyewa sebuah kereta dan membawa mayat tersebut kepengkalan kapalselam British di Holy Loch Scotland. Pada 19 April 1943, kapalselam HMS Seraph belayar ke Mediterranean bersama mayat tersebut dan mengambil kedudukan di luar pantai Huelva, sepanyol. Lokasi ini dipilih kerana walaupu n secara rasmi Sepanyol berkecuali, ianya condong kepada kuasa Paksi dan terdapat ramai agen Jerman di Sepanyol. Di Huelva, agen Jerman distu aktif dan mempunyai hubungan baik dengan pegawai Sepanyol.

Pada 4.30 pagi 30 April, mayat 'Major Martin' dikeluarkan dari bekas tersebut dan dimasukkan kedalam laut. Kapten Seraph menyuruh semua anak kapal berada didalam kapalselam (HMS Seraph sedang timbul dipermukaan) - hanya pegwai2 kapalselam tersebut sahaja yang menlaksana operasi ini. Beg dokumen dirantai ke tangan mayat dan dilepaskan ke laut.Mayat tersebut hanyut ke pantai dan dijumpai seorang nelayan yang memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang turut memebritahu perisik Jerman.

Tiga hari kemudian, Unit Major Mobatgu mendapat telegram dari Atache Tenetra laut mengenai penemuan mayat tersebut. Mayat tersebut diserahkan kepada naib Konsul British di Sepanyol dan dikebumikan dengan istiadat tentera pada 4 Mei 1943. Naib Konsul British tersebut juga meminta seorang ahli patologi Sepanyol untuk memeriksa mayat tersebut. Hasil siasatan mendapati mayat tersebut jatuh ke laut semasa masih hidup, tiada kesan luka dan kematian akibat lemas dan mayat telah berada di laut antara 3-5 hari. Penyisatan yang lebih menyeluruh tidak dilakukan kerana ahli patologi tersbut menyangka 'Major martin' seorang katolik.

Sementara itu Montagu memasukkan nama 'Major Martin' dalam senarai anggota tentera yang terbunuh dan ianaya diterbitkan dalam akhbar The Timessebulan kemudian (dan dibaca oleh agen Jerman) dan secara kebetulan ada dua lagi nama tentera yang terbunuh pada hari yang sama dengan major martin di lokasi yang berhampiran - ini menambah lagi keprcayaan jerman. Untuk kasi lagi sedap, beberapa mesej dihantar oleh pihak Admiralty British kepada Tache Laut di Sepanyol meminta supaya dokumen2 yang dijumpai dipulangkan. Dan permintaan yang dibuat Atache kepada kerajaan Sepanyol secara senyap2 menambah lagi nilai dokumen tersebut. Dokumen tersebut dipulangkan pada 13 mei 1943 dengan jaminan 'semuanya ada'. tetapi sebelum itu perisik jerman telah membuka beg tersbut dan membaca dokumen2 didalamnya sebelum menyimpannya seperti asal. Setelah beg dipulangkan kepada pihak British, mereka mendapati dokumen2 tersbut memang telah dibaca, dilipat semula dan dilakri seolah2 taida apa-apa berlaku. Maklumat tambahan yang didapati dari pihak British melalui pemintasan komunikasi jerman mengesahkan yang pihak Jerman telah memakan umpan tersebut. Satu mesej dihantar kepada PM Winston Churchill : Mincemeat swallowed whole (daging cincang ditelan sepenuhnya)

-------------

Hasil teliti usaha pasukan Montagu, pihak Jerman termakan umpan tersebut. Semua dokumen, termasuk keratan tiket diperiksa dan didapati tulen.Akibatnya Hitler percaya dan tidak bersetuju dengan Mussolini yang sasaran sebenar Allies ialah Sicily. Hitler mengarahkan agar pertahanan di Sardinia (dan Corsica) ditambah dengan tentera tambahan manakala FM Erwin Rommel diarah ke Greece untuk mengetuai pasukan disana. Malah, bot2 peronda kecil yang ditugaskan mengawal Sicily turut dipindahkan ke lokasi lain. Dan kemungkinan paling penting, dua divisyen kerta kebal diarah ke Greece sedangkan mereka amat diperlukan untuk Operasi Zitadelle di Russia.

Operasi Husky bermula pada 9 Julai dan sehingga jangka masa dua minggu selepas itu, Jerman masih percaya pendaratan sebenar akan dilakukan di Sardinia/Greece. Sicily ditawan sepenuhnya pada 9 Ogos 1943.

---------------
Pada tahun 1996, seorang ahli sejarah amatur, Roger Morgan, mendapati bahawa 'Major Martin' sebenarnya seorang kutu rayau pemabuk bernama Glyndwr Michael. Batu nesan 'Major Martin' di Huelva sekarang diganti dengan nama sebenarnya.

d34n Publish time 28-9-2005 01:35 PM

Originally posted by alphawolf at 28-9-2005 11:28 AM
Wokey...sambung balik

Mayat 'major Martin' yang lengkap beruniform kemudiannya dibalut degan ais kering dan dimasukkan dalam bekas besi bertutup. Monatgu dan seorang lagi pegawai menyewa sebuah...
:pompom::clap::bodek:
best tul la citer camni.. mana kau dapat? ada lagi tak kisah secret operation camni? post la kat sini, best la pulak aku baca.. :bye:

AzusaFuyutsuki Publish time 28-9-2005 01:43 PM

Glyndwr "William Martin"Michael : The man who never was...ada jual buku pasal dia kalau tak silap kat Amazon.com

alphawolf Publish time 28-9-2005 04:25 PM

Memang tu...buku The Man That Never Was ditulis oleh Lt Cmdr Ewen Montagu.

-----------

Kalau ada masa nanti aku post pasal operasi deception ke atas Jerman sebelum Operasi Overlord (D-Day)

taiaha Publish time 28-9-2005 06:07 PM

Enlighten us on why Germany never embarked on a carrier building programme like Japan's alpha:cak:

yellow belmont Publish time 28-9-2005 06:39 PM

Originally posted by malarky at 28-9-2005 11:15 AM


tipu macam mane?aku rase time tu jerman tgh prepare iuntuk repel invasion

intelligence Jerman kena tipu ngan intelligence Allied .. eh ko tak baca ker citer king_kong tu? .. :hmm:
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Kenapa Germany kalah dlm Perang Dunia ke 2?


ADVERTISEMENT