Arianna_Muchtar Publish time 30-6-2005 09:26 AM

sebab kat pelangi ada naga yer sis fleurzsa :cak::cak:

banyak sungguh pantang larang dari bb_nessa,
bagus sebab nanti katakan kita menziarah upacara bangsa lain
boleh la dielakkan apa apa yg boleh menyentuh sensitiviti mereka
dan jika kita belajar menghormati pendirian org
perlaha-lahan kita juga akan dihormati...:)

grugals Publish time 1-7-2005 12:54 AM

walapun ada sesetengah pantang larang tu agak kelakar tapi ada maksud yg tersirat..:)..ada sebab tak kiralah sebab tu utk diri sindri atau kebaikan semua:)

grugals Publish time 1-7-2005 01:01 AM

kalau ada sesapa yg masih ingat lagi..org2 tua selalu menegah kalau yg berkapel tu jgn sekali2 memberi sapu tangan kat pasangan kita.dikuatiri akanterputus hubungan tu....tak tau lah betul atau tak..

flowerjun Publish time 12-7-2005 04:52 PM

ni pantang larang melayu...
-takleh bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah.
-takleh lalu bawah penyidai <-- aku rasa utk elak terjerut kat penyidai, lagi satu kalu lalu bwh penyidai boleh mnyebabkan sakit kepala.

merru Publish time 12-7-2005 05:38 PM

Originally posted by nu_Ouija_Board at 2-5-2005 05:42 AM:

masa kilat jangan tengok cermin - yang ni saya tak tau... tapi penah kene sound la.. masa kecik2 dulu..

ehem...yg nih....dulu penah dengar gak.....rasenye...bley nampak antu or setan kot...tak pasti.....kalu nampak camne.....ngeri kan??...aih...aku duk tepi cermin je.. besar plak tuh....

Originally posted by grugals at 2-5-2005 09:47 PM:
lagi satu

'jangan dok atas bantal..nanti kena bisul'


nih plak.....bantal tuh originally untuk kepala...so...paham paham lew...
lebih kurang sama la ngan sejadah....kene lipat lepas solat....takut org pijak....

Originally posted by Ayu77 at 13-5-2005 10:40 AM:

Jgn bersiul waktu mlm nanti ular masok umahh..
Ini sebenonya ...

yg nih...erm...camne nak kate ek....ade betulnye kot...entah lew...
tapi yg aku tau...bersiul bley nipiskan kurungan dajal....so...kalu nak bersiul tuh..
pk dulu.....

dan satu lagi....jgn tepuk tangan....nanti setan akan lahir <--- nih betul....kot
cek la kat quran or hadis...

grugals Publish time 10-9-2005 01:41 PM

camna lak dengan adat berpantang same ada selepas bersalin atau semasa perkahwinan?kan ada pantang larang gak kan..


contohnya org cina sehari sebelum kawin tak digalak kan wajah pengantin perempuan dilihat oleh pengantin lelaki..dikuatiri perkahwinan tak jadi


lagi satu adat bersikat bagi kaum cina..apabila sikat tu patah..ada lah sesuatu tu akan terjadi..

blackmore Publish time 11-9-2005 01:56 AM

...jangan main sembunyi2 waktu maghrib...nanti kena sembunyi ngan antu tetek...:bgrin:

dora Publish time 11-9-2005 03:11 AM

kalau berjalan masa hujan panas, selitkan rumput/lalang kat tepi telinga..
- kononnya supaya antu raya tak nampak, sebab kita sembunyi kat celah2 rumput/lalang...

kalau memalam jangan makan apple merah ngadap cermin..
- kononnya nanti boleh nampak antu...

kalau cium bau wangi atau busuk memalam, jangan tegur..
- paham2 jer la..

ct_og Publish time 11-9-2005 03:14 AM

Sebenarnya orang dulu2 ni berhalus bahasanya... tak cakap berterus terang...tu yang kena buat bidalan lah, buat perumpamaanlah dan buat pantang larang.... semuanya ada maksud...ada hikmah... pandai2 le kita mentafsirkannya...

grugals Publish time 21-9-2005 07:08 PM

Originally posted by ct_og at 11-9-2005 03:14 AM
Sebenarnya orang dulu2 ni berhalus bahasanya... tak cakap berterus terang...tu yang kena buat bidalan lah, buat perumpamaanlah dan buat pantang larang.... semuanya ada maksud...ada hikmah... pand ... yups..betul tu..

bLuEsKy Publish time 21-9-2005 08:52 PM

hihihi...byk betul pantang larang yek...

..melayu-> jgn makan kerak nasi....melambangkan anak dara tu pemalas...:)

...chinese-> jgn tulih sesuatu perkataan tu guna pen merah...melambangkan sesuatu yang tidak baik...ni kwn chinese blue bgtau...katanya klu yg lain takpa.....
               
...india -> kaum wanita india mmg tak sikat rambut waktu dtg bulan...ni pun kwn india blue bgtau..pastu blue tanya..pastu mmglah sepanjang tu mg xsikat rambut lah yek..dia kata ya....

cicikwani Publish time 22-9-2005 12:47 PM

waaahhh... menarik gak thread nie... ok lah cicik nak tambah lagi...

1) Jangancermin retak, org tua

cikedee Publish time 29-9-2005 03:30 PM

ada lagi satu "jangan tak gosok gigi, nanti mulut berbau!"

ekeke...ni kira pantang larang ke? keh keh keh

riana_butterfly Publish time 6-12-2005 12:16 AM

- jangan makan tengkok ayam, nanti masa bersanding kepala teleng

- kalau tak dapat makan sesuatu, jilat sikit pada tapak tangan
& blkg tangan supaya tak kempunan

- jangan mintak/bayar hutang waktu malam

banyak lagi...tapi malas nak ingat. tak caya!!!! heheh... :P

sy2003 Publish time 6-12-2005 12:31 AM

pantang larang orang Cina di Hotel...

saya nak tambah lagi... orang Cina kata, sebelum masuk ke bilik hotel, mesti buka pintu, dan tunggu di tepi, macam biar "orang" di dalam keluar dulu, beri laluan dudlu, selepas itu , pasang lampu di dalam bilik air, walaupun waktu malam semasa nak tidur. Kasut mesti diletakkan di pintu, dengan kedua-dua belah bertentangan arah, bermaksud, yang masuk itu, bolej kenal arah dan keluar balik, jangan kacau dalam bilik...

tandas sebelum digunakan, mesti flush dulu, bermakna cuci yang kotor itu dalam bilik....

sy2003 Publish time 7-12-2005 02:17 AM

Orang Tua Cina juga kata:....


1.sebelum tidur, janagn bergurau dengan kawan-kawan atau sesiapa pun dengan menconteng muka mereka, sebab roh dia tak dapat kenal badan sendiri, dan orang itu tak dapar sedar lagi..

2.semasa tidur, muka janagan hadap ke arah cermin, kalau tidak , larut malam akan nampak .... kalau tak ada cara yang lain , tutup lah cermin itu sebelum tidur dengan sehelai kain.

3.kalau terhidu bau wangi pada waktu malam, jangan cakap tentang kes itu, sebab ada "orang" dekat..

4.jangan tangkap gambar dengan bilangan orang 3 orang.( tak tahu kenapa)

5.kapau ada orang panggil nama pada waktu malam, di tempat yang sunyi, jangan balas..

fleurzsa Publish time 3-2-2006 03:36 PM

Bagi masyarakat melayu, kunjung mengunjung atau lawatan secara biasa adalah digalakkan, terutama antara jiran2 tetanngga dan sahabat handai.Bagi pelawat beragama Islam apabila sampai ke rumah yang dikunjunginya eloklah memberi salam dengan berkata 揂ssalammualaikum

fleurzsa Publish time 3-2-2006 03:37 PM

Semasa mengunjung rumah orang2 Cina, tetamu sebaik2nya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda menghormati tuan rumah.Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat yang boleh.Dalam pada itu tetamu jangan pula segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali.

Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab hal yang sgt penting.

fleurzsa Publish time 3-2-2006 03:37 PM

Bagi masyarakat India pula seperti kaum Melayu dan Cina kunjung mengunjung digalakkan.Lazimnya ia dilakukan pada hari2 tahun baru , berpindah rumah, kepulangan atau pemergian saudara atau sahabat dari atau ke luar negeri., kelahiran anak, sakit atau kematian.Juga untuk mengucapkan tahniah atas sesuatu kejayaan.Sesuatu kunjungan itu seelok2nya dilakukan pada hari dan masa yang sesuai.Misalnya, jika membuat kunjungan bagi kali pertama dalam masa tahun Baru (Hindu), atau mengunjungi orang yang baru berpindah, janganlah pada hari Ahad, Selasa atau Khamis kerana hari2 itu dianggap kurang baik.

Kunjungan untuk mengutip atau memberi wang tidak begitu elok dilakukan pada sebelah malam.Ia juga tidak sesuai langsung pada hari Jumaat.Semasa memberi salam kaum India mengamalkan berbagai cara tetapi yang biasa ialah merapatkan kedua tapak tangan dang mengangkat ke paras dada sambil mengucap 揤anakkam

Syd Publish time 9-2-2006 05:24 PM

himpunan pantang larang orang tua-tua

Kepercayaan orang Melayu

Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.


Duduk atas bantal

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.


Bergendang dalam rumah

Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, 揹engan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.
Pages: 1 [2] 3
View full version: pantang larang pelbagai bangsa (merged: Syd)


ADVERTISEMENT