Syd Publish time 9-2-2006 05:25 PM

Pantang larang lain yang penah didgr:


- Jangan buat kerja sekerat jalan, kalau dah mula buat sesuatu kerja tu misalnya mencuci pinggan mangkuk buatlah sampai habis...lebih-lebih lagi anak dara...nanti kalau bertunang sekerat jalan.

- Jangan makan tebu pada waktu maghrib...yang ni tak tau lah kenapa.

- Jangan selalu melihat cermin pada waktu malam...nanti muka hilang serinya.

- Jangan berludah atau muntah didalam tandas ..kerana nanti mulut akan berbau.

- Jangan suka duduk di pintu...lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengandung...kerana nanti anak yang akan dilahirkan akan duduk lama di 'pintu'

- Jangan duduk atas bantal...nanti bisul.

- Jangan potong kuku diwaktu malam...nanti pendek umur.

- Jangan biarkan anak2 main sorok-sorok diwaktu maghrib...nanti disorok 'hantu'

- Jangan makan mangga muda dengan kicap..nanti buah pada musim yg akan datang akan busuk.

- Kalau makan jangan selekeh (maksudnya jgn ade nasi yg telekat di pipi atau dagu.) Nanti katanya...akan ber'anaktiri'.

- Jangan bergambar bertiga nanti yang tengah akan cepat meninggalkan kita.

- Jangan sentuh tanaman-tanaman kita sewaktu kita sedang 'period'.

- Jangan melangkah lesung batu...nanti punggung jadi berat dan malas nak bangun buat kerja.

Syd Publish time 9-2-2006 05:29 PM

Orang Melayu zaman dolu-dolu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Syd Publish time 9-2-2006 05:32 PM

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

    Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

    Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil di dalam air. Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

    * Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak. Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan musibah yang tidak diduga. Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air.
    * Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
    * Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri.
    * Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.
    * Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat
      kotor. bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
    * Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur.
    * Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar. Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.

Syd Publish time 9-2-2006 05:34 PM

MENYAMBUT KELAHIRAN

Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

Lloni Publish time 16-2-2006 05:03 PM

yang saya pegang ialah...jgn makan ikan kekacang dan ikan sarung golok..serta telur penyu dan ketam

p/s : itu pantang larang tok nenek...:stp:

Pr|nCeSS^M|cKeY Publish time 20-2-2006 03:34 PM

adus..manyaknya pantang larang...
tp sesetengahnya ku mmg percaya...
hehehe...

Syd Publish time 22-2-2006 03:57 PM

Pantang Larang Wanita Hamil

1.      Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir jugak akan cacat
2.      Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
3.      Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan
4.      Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
5.      Dilarang memakan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin terjerut tali pusatnya
6.      Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan
7.      Dilarang minum air tebu atau kelapa diawal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur
8.      Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling
9.      Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur
10.      Dilarang menyusup dibawah penyidai, nanti anak akan terencat
11.      Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri
12.      Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar

Syd Publish time 22-2-2006 03:57 PM

Pantang Larang Kanak-Kanak

1.        Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul
2.        Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur
3.        Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk
4.        Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit
5.        Dilarang tidur ditengah padang, nanti emak mati
6.        Dilarang ketawa waktu Maghrib,nanti datang hantu
7.        Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang

Syd Publish time 22-2-2006 03:58 PM

Pantang Larang Bayi

1.        Bayi tidak boleh ditegur jika badan gemuk, Cuma katakana 憇emangat

pelicano Publish time 23-2-2006 12:26 AM

Orang putih pun ada jugak pantang larang...Ni yang aku pernah dengar ler:

1. Jangan makan kulit roti, nanti rambut jadi kerinting:bgrin:

2. Jangan lalu bawah tangga, bad luck

3. Jangan bukak payung dalam rumah, bad luck jugak (yang ni ada gak dlm ptg larang Melayu kan?)

4. Jangan usik katak / kodok, nanti tumbuh ketuat

5. Kalau tertumpah garam atas meja ... bad luck. Untuk "neutralise"kan bad luck, ambik secubit garam yang tumpah, campak ke bahu kiri utk mengabui mata setan ada tertonggok kat situ....

evita_ina Publish time 26-2-2006 01:19 AM

jgn kater anak org..nanti menjadi anak kiter..
cthnya:anak ngko tuh knapela tak suka mkn telur..anak aku ok jer...
nanti...akan jadi kat anakyg kater asal anak 'ngko' x mkn telur...
:off:nih dah terjadik depan mata ina:o:

[ Last edited by evita_ina at 26-2-2006 12:22 AM ]

Syd Publish time 26-3-2007 10:34 AM

Pendidikan, teguran dalam karut
Oleh Diyanah Anuar

JANGAN menyanyi di dapur, jangan menaikkan kaki bila meniarap, jangan bertukar-tukar tempat ketika makan dan segala macam JANGAN lagi adalah antara pantang-larang yang menjadi bebelan orang tua.

Kalau hendak disenarai dan dihimpunkan semua pantang-larang yang `melingkari

Syd Publish time 26-3-2007 10:42 AM

Kiasan pantang-larang


揚ANTANG-LARANG yang wujud dan diterapkan dalam sesebuah komuniti masyarakat sebenarnya adalah suatu cara menyampaikan teguran atau nasihat dengan baik, supaya yang ditegur tidak terguris hati,

rinafarha1709 Publish time 28-3-2007 12:06 AM

bestnya thread ni

dafiza Publish time 6-4-2007 02:40 AM

Originally posted by Ayu77 at 13-5-2005 10:40 AM
Jangan menyanyi kat dapor, nanti dpt suami tua..
So far nampak mmg mujarab.. Dah jadik dpn mata..

Jgn bersiul waktu mlm nanti ular masok umahh..
Ini sebenonya tanak kasi buat bising memalam. ...

Sapa ek? Ct ke tu?
Rasanya sekarang ramai nak kawin lelaki tua sbb lagi byk pengalaman dan byk duit.

dafiza Publish time 6-4-2007 02:46 AM

Pantang larang nenek Fiza....
Jangan meniarap nanti jadi buaya.

Jangan tunjuk pelangi nanti tangan bengkok

Kalu hari hujan panas, cepat-cepat masuk rumah takut nanti ditangkap putera raja bunian.
Pages: 1 2 [3]
View full version: pantang larang pelbagai bangsa (merged: Syd)


ADVERTISEMENT