ninoZ Publish time 31-1-2004 09:17 AM

Originally posted by DARSITA at 31-1-2004 08:40 AM:
Kalau tak ada kapur makan tu ..emm kita boleh ganti dengan apa?


TQ
Dar
kalau takde kapur tu.. omit je terus
takyah ganti dgn ape2
akceli to me la 1/2 tsp tu kira bykkkk wooo
besa taruk secubit je..

RasaCinta Publish time 31-1-2004 12:31 PM

Originally posted by bayu at 1-13-04 03:59 PM:
Minat makan kuih kole-kole kacang hijau.... Nyum.. lama dah tak makan....
Yum Yum..!

Baiduri Othman Publish time 31-1-2004 05:47 PM

Originally posted by ninoZ at 2004-1-31 03:52 AM:
baiiii...
try salad popia utk minum ptg..
ade resepi kat sini : http://forum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=70622
sedapp baii.. seriussss

My reply:-

Ninoz, terima kasih bnyk2. Saya minat sekali makan popia esp. yg home-made punya. Yg selalu jumpa kat gerai2 tu biasanya popia yg digoreng. Tak berapa suka sebab berminyak. Suka popia yg warna putih tu & inti ada taugeh, udang, sambal, tauhu & sayur2an lain. Thanks again sis.

ajinomotonosuga Publish time 1-2-2004 01:22 PM

petang2? aaa kalo ari hujan rebus ubi makan dengan ikan kering semalam dan sambal tumis dan air kopi tongkat ali dengan rokok..perghhhhh sebijik macam jantan melayu terakhir cam cite Paloh kan?

kalo ari tak hujan, aaa petang cekodok bilis biasa jek.. aaa tepun ngan bilis dengan cili padi bawang skit kucai skit dip dengan kuah kacang..perghh sedapz makan pulak tu ada kopi tongkat alikemudian isap okok fuhhhhh macam cite Pompuan Isteri dot dot dot kan..beshh wa cakap lu

Baiduri Othman Publish time 1-2-2004 01:26 PM

Sedap tu Ajinomotosuga. First time makan ubi rebus dgn sambal belacan & ikan masin a couple yrs ago. Ada seorg makcik tu hidang masa breakfast kat rumah dia. Selalu makan ubi rebus dgn gula or gula merah tapi lagi sedap makan dgn sambal belacan pedas & ikan masin.

ajinomotonosuga Publish time 1-2-2004 02:45 PM

Originally posted by Baiduri Othman at 2004-2-1 01:26 PM:
Sedap tu Ajinomotosuga. First time makan ubi rebus dgn sambal belacan & ikan masin a couple yrs ago. Ada seorg makcik tu hidang masa breakfast kat rumah dia. Selalu makan ubi rebus dgn gula or gula ...

ubi bakar ko dah penah cuba? lagi sedapz..perghh

aku kecik2 salubuat..amik pelepah dan kayu2 kasik bakor amik kayu ubi campakk..lepas tu bila dah hitamm hangus kulit dia..tarik keluar dan kupas perghhhh..dalamnya putih melepak..berasap2..menyelerakan..tu laa aku kecik2 belum sunat dah tau nikmat kretiviti :lol:

Baiduri Othman Publish time 1-2-2004 05:10 PM

Yg tu belum pernah cuba lagi. Boleh bakar dlm oven or microwave tak? Tapi yg main bakar guna kayu api tu mesti lagi sedap sebab taste well-preserved.

hanieliza Publish time 9-2-2004 04:34 PM

http://www.geovision.com.my/info/images/cdrom-pen/laksa.gif
arini teringin nak makan laksa...nak beli tak der orang jual..so kenalah buat sendri...;)kat sini susah skit nak cari laksa penang yang sedap...

hanieliza Publish time 7-3-2004 11:07 PM

Sagu Gula Melaka

Bahan A
2 cawan sagu
5 cawan air
Cara
panaskan ir sehingga mendideh. Bersihkan sagu dan masukkan kedlm air yg mendideh.
masak sagu sehingga jerneh. Angkat dan masukkan sagu dalam acuan kecil.
sejukkan dalam peti sejuk


Bahan B
3 cawan santan
1 cawan gula 1 cawan tepung kastad
Cara
Panaskan santandan gula sehingga mendideh.
Masukkan tepung kastad. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Bahan C
1 keping gula melaka
1 cawan air
beberapa helai daun pandan
Cara
Masak bahan ini sehingga mendideh dan sejukkan.


Cara menghidangkan.
1. Keluarkan sagu dari acuan..masukkan dalam mangkuk kecil.
2. Tuangkan air gula dan adunan kastad.
3. Hiaskan dengan ceri merah.
4. Sejukkan sebelum dimakan.

hanieliza Publish time 12-3-2004 04:21 PM

bengkang/bingka gandum

Kueh bingka/bakar/bengkang


bahan
6 biji telur
1 tin susu cair
2 tin air
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
pewarna hijau
bijan yg telah dogoreng tanpa minyak

cara
1. gaulkan semua bahan kecuali bijan.
2. minyakkan sket loyang untuk bakar adunan ini.
3. bakarkan dalam oven 180'C selama 30 minit.
4. taburkan bijan.
5. bakar lagi 20 minit atau sehingga nampak masak.
6. sejukkan dahulu baru dipotong.

http://www.zans.bizland.com/produk/bengkang_g.jpg

CoKeLat-RaWkZ Publish time 12-3-2004 04:41 PM

Originally posted by ajinomotonosuga at 1-2-2004 01:22 PM:
petang2? aaa kalo ari hujan rebus ubi makan dengan ikan kering semalam dan sambal tumis dan air kopi tongkat ali dengan rokok..perghhhhh sebijik macam jantan melayu terakhir cam cite Paloh kan?

...


tuler bang aji, kita suka cicah ubi rebus/bakor ngan sambal tumis ikan bilis... shedappp shioottt.. :siok:

hanieliza Publish time 12-3-2004 10:29 PM

bingka jagung

bahan...
1 liter santan + sket garam
5 biji telur
400 gm tepung gandum
2 s/b tepung kastad
200 gula
100 gm butter cair
1/2 tin jagung cream..kisar sket
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Kacau rata semua bahan.
2. Masukkan dalamloyang yg telah disapu majerin/butter.
3. Bakar dalam oven 180'C sehingga masak .
4. Sejukkan dan potong.

hanieliza Publish time 13-3-2004 08:07 AM

Kuih Talam Hijau

http://thestar.com.my/kuali/recipes/kuih1.jpg

Kuih Talam Hijau

Bahan
Lapisan Bawah
2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
5 caw. air biasa
gula ikut rasa
sket jus pandan/pewarna hijau

Cara...Gaul semua bahan, masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Lapisan Atas
1/2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
3 cawan santan + sket garam

Cara...
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.

Baiduri Othman Publish time 13-3-2004 11:40 AM

Originally posted by hanieliza at 2004-2-9 04:34 PM:
http://www.geovision.com.my/info/images/cdrom-pen/laksa.gif
arini teringin nak makan laksa...nak beli tak der orang jual..so kenalah buat sendri...;)kat sini susah skit nak cari laksa p ...

My reply:-

Kalau yg Laksa Penang ni, saya beli je sebab tak reti nak buat. Bukan tak reti tapi takut tak menjadi. Ada buat roti pita tapi tak menjadi jugak. Nampaknya nak kena pergi restoren India je lah.

BTW, kuih bingka tu sedap esp. kalau lembut & gebu, lemak berkrim. Emak saudara pandai buat bingka. Kalau tak silap dia guna santan je & bahan2 lain tapi sedap. Actually, bingka ni ada mcm2 - bingka durian, bingka labu, bingka kentang dsbnya mcm dodol pulak.

hanieliza Publish time 13-3-2004 11:56 AM

Originally posted by Baiduri Othman at 13-3-2004 11:40 AM:


My reply:-

Kalau yg Laksa Penang ni, saya beli je sebab tak reti nak buat. Bukan tak reti tapi takut tak menjadi. Ada buat roti pita tapi tak menjadi jugak. Nampaknya nak kena pergi restoren ...
kak liza cukup suka makan laksa..kawin ngan org utara..makan laksa jugak..so selalulah buat laksa...:ah:
kalau buat open house..kengkawang sure nak laksa..buat sampai berkilo-kilo...:bgrin:

roti pita tak menjadi tu maknanya kena selalulah buat..sebab practice make perfect...;);)

bab kuih tu.. santanterlalu tinggi kalestrol...adunan plak ada telur..kalestrol gak..so gunakan susu cair..lemak tapi kalestrol taklah tinggi...:):)

.

RasaCinta Publish time 15-3-2004 04:51 PM

tumpang tanya?

errkkk.. sapa tau fungsi air kapur utk buat pisang goreng......thanks ya!
jus letak aja suka2 ke.. or taknak letak pun bole......erm

ninoZ Publish time 15-3-2004 06:01 PM

Originally posted by RasaCinta at 2004-3-15 16:51:
errkkk.. sapa tau fungsi air kapur utk buat pisang goreng......thanks ya!
jus letak aja suka2 ke.. or taknak letak pun bole......erm
fungsi air kapur utk merangupkan saduran goreng pisang....

Baiduri Othman Publish time 16-3-2004 07:54 PM

Rindu dgn Kak Liza. So kena baca post dia yg lepas2 je lah for the time being.:cry::cry::cry:

finnie Publish time 17-3-2004 04:16 PM

Originally posted by Baiduri Othman at 2004/3/16 07:54 PM:
Rindu dgn Kak Liza. So kena baca post dia yg lepas2 je lah for the time being.:cry::cry::cry:
kak liza pegi mana?

ninoZ Publish time 17-3-2004 06:27 PM

Originally posted by finnie at 2004-3-17 16:16:

kak liza pegi mana?
masuk sepital ampang puteri
now dah ade kat sepital?
nak ikut me gi ziarah ke finnie?
jommm
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: ANEKA CUCUR [CEKODOK/CEMPEDAK/UBI/JAGUNG/UDANG/IKAN BILIS DSB]


ADVERTISEMENT