Syd posted on 8-7-2005 02:20 PM

RUMAH KANAK-KANAK

INSTITUSI PERLINDUNGAN

OBJEKTIF
Untuk menjamin jagaan gantian yang menggalakkan pertumbuhan jasmani, mental dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat.
       
       
KEMASUKAN
Semua Rumah Kanak-Kanak diwartakan sebagai Tempat Selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak adalah sebagai langkah terakhir. Penempatan di rumah Kanak-Kanak adalah bagi satu tempoh sementara sehingga keluarga kandung kanak-kanak bersedia untuk menerimanya atau sehingga Pegawai Kebajikan Masyarakat berjaya mencari keluarga angkat/pelihara yang sesuai.
       
       
STRUKTUR
Setiap Rumah Kanak-kanak didirikan mengikut bentuk yang memberi suasana hidup kekeluargaan untuk kanak-kanak di dalam jagaan. Setiap rumah mempunyai 4 buah 'cottage' atau asrama dengan dewan makan, blok pentadbiran dan bilik bayi di tempatkan di tengah-tengah. Setiap asrama boleh memuatkan seramai 20 orang kanak-kanak. Bilik bayi boleh memuatkan seramai 20 orang bayi dan kanak-kanak kecil (toddlers).
       
       
KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak yang dimasukkan ialah:
       
anak-anak yatim/yatim piatu
       
anak-anak yang memerlukan pemeliharaan
       
kanak-kanak terbiar dan ditinggalkan ibubapa
       
kanak-kanak mangsa penderaan/pengabaian
       
anak-anak orang dalam tahanan/banduan
       
kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan seperti yang dinyatakan pada seksyen 17(1)(a-k) Akta Kanak-Kanak 2001
       
       
PROGRAM
Semua Rumah Kanak-kanak/Rumah Budak Laki-laki menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk kanak-kanak di bawah jagaan seperti berikut:
       
Jagaan dan Perlindungan
Rumah ini bolehlah diibaratkan sebagai rumah gantian kepada kanak-kanak di bawah jagaan. Oleh yang demikian, perhatian adalah diberi terhadap jagaan yang baik dalam suasana yang terdapat di sebuah rumah yang normal supaya kanak-kanak boleh membesar secara menyeluruh dari segi emosi, jasmani dan rohani. Keperluan-keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan lain-lain disediakan.

Bimbingan dan Kaunseling
Kaunseling dan bimbingan diberi kepada kanak-kanak untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka serta membentuk perangai dan tingkahlaku yang sesuai.

Pelajaran
Kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan dihantar ke sekolah bagi menjamin mereka mendapat pelajaran akademik serta peluang untuk bercampur gaul dengan kanak-kanak lain. Bagi kanak-kanak yang telah lebih umur dan tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sekolah-sekolah normal, institusi meneydiakan kelas-kelas khas bagi membolehkan mereka belajar Bahasa Malaysia dan Matematik. Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun menghadiri Tadika di luar institusi. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menghadiri Taska di dalam institusi.

Latihan Vokasional
Aktiviti ini memberi latihan untuk melengkapkan kanak-kanak yang besar dengan kemahiran asas sejajar dengan kebolehan dan potensi mereka. Guru-guru sambilan mengajar masakan, jahitan dan pertukangan tangan. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah menyediakan latihan vokasional yang lebih intensif dalam bidang pertukangan kayu, motor-mekanik, pertanian, ternakan, kimpalan, hawa dingin dan radio/TV. Selaras dengan pembangunan negara dan keperluan tenaga mahir, laithan automasi telah dimulakan pada bulan Mac 1997. Kini rumah ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah.

Didikan Agama dan Moral
Perkhidmatan ini adalah untuk menjamin pertumbuhan rohani dan akhlak kanak-kanak di bawah jagaan. Semua kanak-kanak diberi peluang untuk mengamalkan agama ibubapa mereka. Kanak-kanak yang beragama Islam disediakan surau untuk sembahyang. Hal-hal agama seperti membaca Quran dikendalikan oleh guru-guru agama terlatih. JKMM menganjurkan Tilawah Al-Quran di antara institusi-institusi setiap tahun untuk memberi galakan kepada kanak-kanak yang beragama Islam menghayati pengajaran agama. Kemudahan-kemudahan dan galakan juga diberi kepada kanak-kanak yang bukan beragama Islam untuk mengamalkan agama masing-masing.

Riadah
Untuk menjamin kesihatan dan pertumbuhan jasmani semua kanak-kanak dalam jagaan, mereka digalakkan untuk turut serta dalam pelbagai jenis permainan luar dan dalaman. Mereka diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan olehraga dan sukan di dalam dan di luar institusi. Kanak-kanak yang besar digalakkan menjadi ahli dalam pertubuhan sukarela berpakaian seragam. Kanak-kanak juga dibawa berkelah dan melawat tempat-tempat yang menarik dari masa ke masa.
Perubatan dan Kesihatan
Semua kanak-kanak dalam jagaan menerima khidmat perubatan dan kesihatan yang rapi. Pegawai-Pegawai Perubatan dari Hospital yang berdekatan melawat insitusi setiap minggu untuk memberi rawatan dan bimbingan mengenai jagaan kesihatan kanak-kanak.

PELEPASAN
Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke intitusi ini akan dikaji semula oleh Panel Kajian Semula dan Pelepasan. Panel ini akan mengkaji setiap kes dan mengemukakan syornya kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk pelepasan sekiranya kanak-kanak berkenaan didapati sesuai untuk dilepaskan, tanpa mengira tempoh tahanannya mengikut perintah mahkamah.

LEMBAGA PELAWAT
Setiap Rumah Kanak-kanak mempunyai Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat bagi tempoh 3 tahun. Lemabga Pelawat ini menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Peraturan 3 (i) Peraturan-Peraturan Perlindungan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 1992. Ahli-ahli Lembaga ini terdiri daripada orang-orang tempatan yang berminat dalam kerja-kerja kebajikan institusi pada bila-bila masa serta membuat syor-syor kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat supaya institusi ditadbirkan dengan baik demi kepentingan kanak-kanak.

Syd posted on 8-7-2005 02:26 PM

Senarai Rumah Kanak-Kanak

Nama Institusi        
Faridah bt Ahmad
Rumah Kanak-Kanak,
Taman Bakti,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Tel  : 04-5751214
Fax : 04-5751214
Email:jkm011@tm.net.my        
kapasiti penghuni : 100


Nor Suraya bt Mohamad
Rumah Kanak-Kanak,
Sultan Abdul Aziz,
Jalan Ipoh,
33000 Kuala Kangsar,
Perak

Tel  : 05-7761173
Fax : 05-7761173
Email:jkm032@tm.net.my        
kapasiti penghuni : 100


Ziton bt Uda
Rumah Kanak-Kanak,
Tengku Budriah,
Bt.4 Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur

Tel  : 03-91318439
Fax : 03-91302739
Email:jkm057@tm.net.my        
kapasiti penghuni : 100


Zulmanah bt Mohamad
Rumah Kanak-Kanak,
Tengku Ampuan Fatimah,
Alor Akar,
25250 Kuantan,
Pahang

Tel  : 09-5667866
Fax : 09-5667866
Email:jkm104@tm.net.my        
kapasiti penghuni : 100


Mohd Zafri bin Hamzah
Rumah Budak Laki-Laki,
Tun Abdul Aziz,
Durian Daun,
75400 Melaka

Tel  : 06-2834149
Fax : 06-2847452
Email:jkm076@tm.net.my        
kapasiti : 100


Abdul Wahab bin Nor
Pusat Perkembangan
Kemahiran Kebangsaan,
48200 Serendah,
Selangor

Tel  : 03-60811289
Fax : 03-60815633
Email:jkm047@tm.net.my        
kapasiti penghuni : 100

Syd posted on 29-7-2005 01:12 PM

Pertubuhan Kebajikan Rumah Nurul Qanaah

TUJUAN / MATLAMAT

Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan dan mentadbir Pusat Jagaan dan Rumah Perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan juga membuat peruntukan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau berkaitan dengannya sepertimana yang terkandung di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994).

Pusat Jagaan dan Rumah Perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan oleh Pertubuhan ini akan menempatkan kanak-kanak di bawah kategori berikut:

a) Anak-anak Yatim (anak-anak di bawah 18 tahun yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali)
b) Anak-anak dari Ibu Tunggal yang tidak berupaya untuk memberi penjagaan sempurna kepada anak-anak tersebut disebabkan faktor-faktor kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang dirasakan munasabah oleh Jawatankuasa
c) Anak-anak terbiar iaitu anak-anak yang tidak mendapat penjagaan sempurna dari ibu-bapa atau penjaganya disebabkan oleh faktor perceraian, kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang dirasakan munasabah oleh Jawatankuasa.
d) Anak-anak Saudara Baru (Mualaf) iaitu anak-anak dari saudara baru atau mualaf yang tidak mendapat penjagaan atau pendidikan agama yang sempurna dari ibu-bapa atau penjaga mereka kerana tidak mempunyai asas dan ilmu pengetahuan yang mencukupi ataupun disebabkan oleh kurang kemampuan ibu-bapa atau penjaganya untuk menghantar anak-anak ini ke institusi pendidikan yang sewajarnya.
Pertubuhan ini juga ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti mengadakan kutipan derma atau fund raising, seperti penganjuran majlis makan malam, malam persembahan serta aktiviti sosial lainnya yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan dan pentadbiran rumah perlindungan / jagaan ini serta menjalankan aktiviti Pertubuhan.

Syd posted on 29-7-2005 01:14 PM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH SILATURRAHIM NURUL QANA'AH
18 MEI 2005 BERSAMAAN 9 RABIULAKHIR 1426 H

PENGERUSI PENAJA
ROSLI BIN ABD GHANI
03-27312146 / 019-2252727

TIMB. PENGERUSI PENAJA
ZAINAB BT AHMAD

SETIAUSAHA
MOHAMAD ISHAK BIN ZAINUDDIN
019-2125001

PENOLONG SETIAUSAHA
HJ SUJONO HJ YACOB
016-6034161

BENDAHARI
ABD RAUF BIN SIDEK
019-2184106

BIRO PENERANGAN
HJ MOHD ARIS BIN SAMSUDIN
013-60906957

BIRO KEBAJIKAN
HARUN BIN SONG
019-2205853

BIRO AGAMA
MUHAMMAD SABRI MUHD SALLEH
019-3243337

BIRO KEMASYARAKATAN
ESAH ULA @ ABDULLAH
019-3954235

BIRO PENGADUAN
HASAN HADLI BIN SADRI
012-3193132

BIRO PENTADBIRAN
ABD RAHIM BIN ABU BAKAR
013-6033673

BIRO PENDIDIKAN
AHMAD LATIFI BIN MD NAZIR
03-40412419 / 013-3633017

Syd posted on 29-7-2005 01:18 PM

Untuk keterangan lanjut:

Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah No 34A/34B Jalan 10, Taman Batu, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

untuk surat menyurat ialah No 34A/34B Jalan 10, Taman Batu, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

email:  miharbi_ajar@yahoo.com


pautan:  http://pkrsnaq.tripod.com/aboutus.html

[ Last edited by Syd on 29-7-2005 at 01:21 PM ]

Syd posted on 29-7-2005 01:23 PM

Untuk menderma:

Financial support for Allah's Cause and amal jariah can be credited at:
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
under the name of RUMAH SILATURRAHIM NURUL QANA'AH
with account no: 14032010035421

Hiven posted on 3-8-2005 03:07 AM

thanks syd... moga Tuhan balas jasa baik you.

Syd posted on 3-8-2005 08:54 AM

tq hiven,

semua pun boleh tolong bantu kan?
cth paling senang, just share dgn semua
rumah2 anak yatim yang kita tahu

:)

Syd posted on 7-10-2005 09:39 AM

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Kuala Lumpur

Latarbelakang

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (RKKTB) telah dibangunkan mulai November 1963 dan siap sepenuhnya 15 Jun 1964. Mempunyai keluasan 3.43 hektar. Dirasmikan oleh DYMM Raja Permaisuri Agung yang ke 3 Tengku Budriah Ibni AlMarhum Tengku Ismail pada 25 September 1964. RKKTB didirikan mengikut suasana kekeluargaan yang mempunyai 4 buah asrama, 1 dewan makan, satu blok pentadbiran dan bilik bayi. Setiap asrama diduduki seramai 20 orang kanak-kanak manakala bilik bayi boleh memuatkan seramai 20 orang kanak-kanak.

Objektif

Institusi ini ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan jagaan dan perlindungan gantian kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik agar menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat.

Perubatan dan Kesihatan:

Secara umumnya kesihatan kanak-kanak yang ditempatkan di sini adalah memuaskan. Mereka mendapat rawatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Klinik Cheras dan Klinik DBKL. Seorang Pegawai Perubatan dari HKL dijemput untuk memberi ceramah mengenai kesihatan setiap 2 minggu.

Pendidikan:

Dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan kanak-kanak, pihak RKK Tengku Budriah telah mengadakan pelbagai kelas sama ada secara formal mahupun tidak formal bermula dari kelas TASKA hingga mereka belajar ke pringkat tinggi.

Latihan Vokasional:

Latihan vokasional ditekankan di RKK Tengku Budriah seperti kelas ekonomi rumah tangga, jahitan dan kraftangan sama ada di dalam atau di luar institusi yang melibatkan kanak-kanak perempuan.

Didikan Agama:

Dalam membentuk kanak-kanak supaya menjadi manusia yang berakhlak tinggi, bertanggungjawab, amanah, jujur, didikan agama diberi keutamaan di RKK Tengku Budriah. Kelas-kelas agama diadakan setiap minggu.

Peruntukan dan Perbelanjaan

Pada tahun 2003 Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah telah diperuntukan sebanyak RM 1,450,768.0. Sebanyak RM1,271,556.00 telah dibelanjakan iaitu kira-kira 87.65%.

Syd posted on 7-10-2005 09:41 AM

Contact:

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah,
Batu 4 Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Tel : 03-91318439
Fax : 03-91302739
Email:jkm057@tm.net.my

Syd posted on 7-10-2005 09:43 AM

Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz,
Jalan Ipoh,
33000 Kuala Kangsar,
Perak
Tel : 05-7761173
Fax : 05-7761173
Email:jkm032@tm.net.my

Syd posted on 7-10-2005 09:45 AM

Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah,
Alor Akar,
25250 Kuantan,
Pahang
Tel : 09-5667866
Fax : 09-5667866
Email:jkm104@tm.net.my

Syd posted on 7-10-2005 09:47 AM

Rumah Kanak-Kanak Kuala Selangor
(Rumah Tunas Harapan)
Jalan Semarak,
45000, Kuala Selangor
Selangor

Syd posted on 7-10-2005 09:47 AM

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Kedah
(Rumah Amal Alor Setar)
Jalan bahagia, 988 Mentalon,
05250, Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7327313

Syd posted on 7-10-2005 10:02 AM

Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti

Objektif

Untuk menjamin jagaan gantian yang menggalakkan pertumbuhan jasmani, mental dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat.

Latar Belakang

Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas telah dibina pada penghujung tahun 1968 di atas sebidang tanah seluas 6 ekar. Yayasan initelah siap sepenuhnya dan mula diduduki pada penghujung tahun 1969.

Yayasan ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Syed Barakbah Al-Haj, SMN,SSM,DUPN,SPMK,PSB,Gabenor Negeri Pulau Pinang Yang Kedua pada 20 Ogos 1970.

Rumah ini mempunyai 6 blok bangunan yang dibentuk mengikut sistem 'cottage' yang mana adalah difikirkan sesuai bagi mengadakan suasana hidup berkeluarga untuk kanak-kanak di dalam jagaannya. Dengan konsep ini, rumah ini adalah sangat padat dengan 4 buah cottage enam segi bersambung rapat antara satu sama lain dengan dewan makan, blok pentadbiran dan bilik asuhan bayi ditempatkan di tengah-tengah. Setiap sebuah cottage boleh memuatkan seramai 20 orang kanak-kanak dan sebilik asuhan seramai 20 orang bayi dan anak-anak kecil.

Kumpulan Sasaran

kanak-kanak:
-lelaki- dari umur 1 hari hingga 12 tahun
-perempuan dari umur 1 hari hingga 18 tahun yang memerlukan penjagaan dan perlindungan
a)Anak-anak yatim
b)Anak-anak pengemis
c)Anak-anak banduan dalam tahanan
d)Anak-anak pesakit berjangkit
e)Kanak-kanak terdampar
f)Kanak-kanak terbuang
g)Kanak-kanak yang dianiaya
h)Kanak-kanak terdedah kepada bahaya kerosakan moral
i)Kanak-kanak pindahan
j)Kanak-kanak yang menjadi mangsa jual beli
k)Kanak-kanak dari perbelahan penjagaan ibu bapa.

Cara perlaksanaan

-Penjagaan dan perlindungan
-Kaunseling dan bimbingan
-Pelajaran formal/tidak formal
-Laihan vokasional
-Didikan agama dan akhlak
-Riadah
-Perubatan dan rawatan kesihatan

Kemasukan

Semua Rumah Kanak-Kanak diwartakan sebagai Tempat Selamat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak adalah sebagai langkah terakhir. Penempatan di rumah Kanak-Kanak adalah bagi satu tempoh sementara sehingga keluarga kandung kanak-kanak bersedia untuk menerimanya atau sehingga Pegawai Kebajikan Masyarakat berjaya mencari keluarga angkat/pelihara yang sesuai.

Lembaga Pengurus

Di samping Kakitangan, Institusi ini juga mempunyai Lembaga Pengurus yang dilanyik oleh Yang BerhormatMenteri Kebajikan Masyarakat Malaysia, setiap 3 tahunsekali. Lembaga Pengurus ini menjalankan kuasa yang diberikan oleh Peraturan 3(1) dan 5 Peraturan-peraturan (Tempat-tempat keselamatan) Kanak-kanak dan orang muda 1958. Mereka ini terdiri daripada orang-orang tempatan dari semua keturunan yang cenderung dalam kerja-kerja kebajikan kanak-kanak. Tugas-tugas mereka ini adalah untuk melawat institusi ini pada masa-masa yang tertentu dan untuk membuat syor-syor kepada Ketua Pengaarah Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi kebajikan dan kepentingan kanak-kanak dan menguruskan wang sumbangan dan derma orang ramai terhadap institusi ini.


Nama-nama ahli lembaga Pengurus yang ada sekarang ialah:
1. Tuan Hj. Ahmad Bin Taib, PJK,JP,(Pengerusi)
2. Tuan Hj. Naina Merican Bin K. Merican, PJK
3. Tuan Hj. Ahmad Bin Hussain, PJM
4. Tuan Hj. Abu Bakar Bin Hj. Ahmad, PPN,PJN.
5. En. Khaw Kok Chwee, AMN,PKT,PJK,PPN.
6. En. Abell a/l Rajamanikam, PPN,PJM
7. En. Ismail Bin Mohd Noor, PKT,PJM,PJK
8. En. Chong Win Keng, PJK,JP
9. En. Cheng Chiu Seng, PJK,PJM
10. Puan Hjh. Hindun Bt. Hj. Hashim, KMN,PPN,PJK,PJM
11. Puan Hjh. Barinah Bt. Mohd Noor
12. Puan Hjh. Faizah Bt. Hj. Halim
13. Cik Murugamal a/p Subramaniam
14. Puan Fong Lee Wah
15. Puan Hjh. Rodziah Bt. Hassan, AMN,PJM,PJK
16. Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Dearah Kepala Batas

Syd posted on 7-10-2005 10:03 AM

Contact :

Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti
13200 Kepala Batas
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
En. Shukry b. Hj. Taharem (Pengetua)
Tel : 04 - 5751214
Fax : 04 - 5751214

pautan : http://www.kepalabatas.com/rumah_kanak2.htm

azlina697 posted on 9-11-2005 10:28 AM

A'kum Syd,

Nak tanya skit....macam mana kalau nak tahu di mana letaknye rumah anak2 yatim yg kurang mendapat pendedahan media....maksud saya...yg kurang di kenali oleh masyarakat tempatan...apa yg saya perhatikan ialah (minta maaf) ada certain2 rumah kanak2 ni dah jadi macam selalu mendapat perhatian bila time2 org2 buat open house raya....asyik2 rumah tu....kesian lah kanak2 lain yg lebih "terpencil"....

sekian....
Dan....pernah atau boleh tak saya atau sesapa...yg nak sponsor certain kanak2 (setakat mampu) dan boeleh bawak kanak2 tu balik ke rumah utk berhujung minggu atau berjalan2....

Syd posted on 9-11-2005 04:30 PM

ws.
mana infor yang saya dpt nih...
dari internet
dan saya amik dari paper
dan jugak ada kawan2 yang involve ngan NGO nih
yang kasik saya list2 tuh
ada banyak nih
tapi lom taruk sini lagi..

Syd posted on 1-8-2006 10:56 AM

Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar.

Rumah kanak-kanak ini terletak di Lot 4337, Kota Lama Kiri, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Kuala Kangsar. Mula beroperasi sejak tahun 1963, dan mempunyai 29 kakitangan pelbagai jawatan. institusi ini memberi perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak mangsa penderaan, pengabaian yang mana perintah kemasukan adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Syd posted on 22-8-2007 03:34 PM

Welfare home boys: Seniors sodomised us
22-08-2007 02:46:35 PM
By K.W. MAK  

KUALA LUMPUR: Four eight-year-old boys from a welfare home claimed they were sodomised by their seniors.

The boys, from the home run by the Pure Life Society, were taken to Hospital Kuala Lumpur on Friday and a Welfare Department officer said medical reports showed that they were sodomised.

Police have questioned six senior boys, all above 13.

The home in Jalan Puchong houses abused children and orphans.

Taped recordings of several boys narrating their ordeal were made available to The Star.

The tapes were handed over to Deputy Supt Choo Li Ly, who investigates sexual and child abuse cases in the city. A police report has been made.

It is believed that the children had reported the incidents, which occurred over a year, to the home wardens but no action was taken.

A report was also lodged by a 17-year-old girl at the home who alleged that a supervisor had physically abused and threatened her with a knife.

Pure Life Society vice-president Datuk Ghazali Mohd Yusoff said the organisation viewed the matter seriously and promised to get to the bottom of the matter.

Syd posted on 8-7-2009 10:39 AM

Penderaan ke atas kanak-kanak di Taman Sinar Harapan tidak wajar berlaku

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut mendapati penderaan ke atas individu di Taman Sinar Harapan, rumah perlindungan yang diuruskan oleh kerajaan di Kuala Kubu Baru, Selangor. Amat mengejutkan apabila mendapati kanak-kanak di rumah itu diberikan ubat batuk yang menyebabkan mengantuk serta untuk memastikan mereka berada dalam keadaan menurut kata.

Adalah amat mengejutkan sekali penderaan ini boleh berlaku di pusat yang diuruskan kerajaan, di mana penjagaan mereka diuruskan kakitangan terlatih yang sepatutnya menunjukkan contoh teladan kepada sektor swasta. Apa yang lebih menakutkan ialah apakah yang sedang berlaku di beberapa rumah perlindungan yang lain tentunya akan menjadi satu teka-teki.

Penderaan berkembang dalam suasana rahsia atau apabila saksi terus mendiamkan diri. Pada kali ini dan sekali lagi kita melihat dalam kes penderaan

Syd posted on 22-7-2009 01:42 PM

Membina Kehidupan Baru Di Shelter


http://web7.bernama.com/bernama/newspic/re/PIX%202%20JAMES%20NAYAGAM%20SHELTER.JPG
Pengarah Eksekutif dan Pengasas SHELTER James Nayagam. SHELTER adalah pertubuhan kebajikan berdaftar yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak khusus mangsa penderaan.Gambar oleh Melati Mohd AriffOleh Melati Mohd Ariff

Rencana ini ialah bahagian ketiga daripada siri rencana mengenai isu sosial yang memberi fokus kepada kanak-kanak.

PETALING JAYA, 22 Julai (Bernama) -- Anak-anak ini berasal dari latar belakang yang berbeza. Ada yang daripada keluarga miskin dan daripada keluarga berada.

Cuma mereka senasib, menjadi mangsa dera, ditinggal dan diabai.

Terdapat juga beberapa kanak-kanak pelarian dengan masa depan yang tidak menentu, terumbang-ambing di negara serba asing serta anak yatim piatu yang ditinggalkan ibu bapa mereka.

Bagi kebanyakan anak-anak ini, tiada istilah 'rumah itu syurgaku'. Ada yang pernah merempat di kaki lima, terpaksa mengharapkan belas ihsan sedekah untuk kelangsungan hidup.

Namun, derita mereka tidak berpanjangan. Di 'Shelter', sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar, anak-anak ini menemui sinar harapan. Mereka mendapat peluang untuk membina sebuah kehidupan yang lebih bermakna.

"Kami menerima kanak-kanak untuk mendiami rumah kebajikan kami hanya jika mereka perlu tinggal di sini. Apabila kami menilai satu-satu kes, kami akan bertanya sendiri sama ada ini adalah untuk kebaikan kanak-kanak tersebut dan sama ada langkah ini akan memenuhi semua keperluan supaya anak itu boleh membesar dan berkembang.

"Ini selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Bangsa-Bangsa Bersatu. Shelter mengutamakan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, dari aspek pencegahan kepada penyembuhan," kata James Nayagam, pengarah eksekutif Shelter, dalam wawancara dengan Bernama di pejabat pertubuhan itu di sini baru-baru ini.

Shelter, kata beliau, adalah juga ahli pelbagai pertubuhan di Malaysia termasuk Majlis Perlindungan Kanak-Kanak dan juga Majlis Penyelarasan Kebajikan Kanak-Kanak.

FAKTOR KEMASUKAN

Menurut Nayagam yang mengasaskan Shelter kira-kira 28 tahun lalu, kemiskinan bukan satu-satunya faktor bagi menimbangkan kemasukan kanak-kanak miskin ke rumah-rumah kebajikan Shelter.

"Dalam kes yang membabitkan ibu bapa yang hanya mempunyai masalah menjaga anak-anak mereka kerana kemiskinan, kami mempunyai khidmat komuniti untuk membantu mereka berdikari.

"Kami tidak akan mengambil anak-anak mereka, sebaliknya membantu ibu bapa dari segi kewangan, sebagai contoh menerusi program mikro-kredit kami. Ini akan membolehkan mereka menjaga terus anak-anak yang sudah tentunya ini jalan yang terbaik," katanya dengan menambah Shelter juga malah mencarikan peluang pekerjaan untuk keluarga berkenaan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang 'bermasalah', Nayagam berkata Shelter akan mencadangkan pihak berkenaan menghadiri program sokongan ibu bapa.

"Katakan ibu bapa tidak boleh menjaga anak mereka kerana anak itu tidak mahu mendengar cakap, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara ibu bapa itu membesarkan anak mereka.

"Mungkin kami boleh mencadangkan kepada ibu bapa itu untuk menghadiri kumpulan sokongan kami, belajar beberapa teknik untuk mengendalikan anak, dan tengok sama ada ia berkesan atau tidak," katanya.

"Secara logiknya jika ibu bapa tidak boleh membesarkan anak dengan cara yang betul, bagaimana orang yang tidak dikenalinya boleh melakukannya. Untuk itu, lebih baik kami membantu mereka menerusi program kaunseling.

"Sekurang-kurangnya kami boleh membantu ibu bapa dan anak mereka mengenal pasti apa yang boleh merapatkan hubungan antara mereka. Mungkin ada peraturan rumah yang boleh dibaiki dan juga untuk ibu bapa menangani personaliti dan tingkah laku anak," jelasnya.

MENTALITI MEMBUANG ANAK

Anderson Selvasegaram yang menyelia semua rumah kebajikan Shelter memberitahu Bernama tentang sikap sesetengah ibu bapa yang datang ke Shelter semata-mata mahu 'membuang' anak mereka atas alasan anak itu degil dan sukar dikawal.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa yang sama akan datang balik untuk mendapatkan semula anak mereka bila anak itu sudah besar sedikit.

"Kami telah beberapa kali berdepan dengan keadaan ini. Ramai ibu bapa datang ke sini bila anak mereka berusia 12 tahun dan mahu meninggalkan anak mereka atas alasan susah nak jaga.

"Bagaimanapun bila anak itu sudah besar sedikit, ibu bapa datang balik. Kenapa? Sebab anak itu kini sudah boleh bekerja dan boleh memberi wang untuk keluarga," keluh beliau.

Dalam menghadapi keadaan sedemikian, Selvasegaran berkata Shelter akan mendapatkan bantuan nasihat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut beliau, Shelter akan cuba menjelaskan kepada ibu bapa yang berkeras mahu mengambil semula anak mereka dan cuba menyakinkan mengapa anak itu perlu tinggal di rumah kebajikan Shelter.

"Kami harap dengan penjelasan ini, ibu bapa ini akan terbuka hati mereka untuk lebih memikirkan masa depan anak mereka. Kami akan ajukan soalan sama ada mereka mahu anak mereka jadi penyapu sampah di tepi jalan? Atau seorang yang mempunyai masa depan yang lebih cerah jika dia teruskan pelajarannya. Jika anak itu dibenar menamatkan pelajarannya, dia bolehlah membantu keluaranya kemudian," kata Selvasegaran.

PERLINDUNGAN SEMENTARA

Dalam sesetengah kes, Shelter turut membenarkan kanak-kanak tinggal di rumah kebajikannya untuk sementara waktu. Seperti yang dijelaskan oleh Selvasegaran, ini biasanya bagi kes di mana isteri ditinggalkan suami.

"Bagi sesetengah isteri ini, suami mereka lenyap begitu sahaja. Ada isteri yang sudah lama tidak pernah bekerja dan bukan sahaja terpaksa menanggung anak-anak, mereka juga tidak mendapat sokongan keluarga.

"Mereka datang ke Shelter dan meminta kami menjaga anak mereka buat sementara waktu. Kami akan menjaga anak itu mungkin untuk tempoh enam bulan dan kaji semula kes sama ada perlu menyambung tempoh itu atau tidak," tambahnya.

Peraturan yang sedemikian, jelasnya, akan menjadikan anak-anak lebih tenang kerana tahu mereka akan tinggal di rumah Shelter untuk jangka waktu yang singkat dan ibu mereka akan datang melawat setiap petang.

Beliau menjelaskan kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah berkenaan mungkin merasa dirinya ditinggal dan diketepikan dan ini akan menjejaskan harga diri mereka.

Anak-anak yang seumpama itu, katanya, akan membesar dengan mendatangkan pelbagai masalah.

"Dia mungkin akan melakukan macam-macam perkara termasuk jenayah. Dia juga mungkin tidak ada minat untuk belajar dan menyertai satu-satu geng hanya untuk melepaskan perasaan marah dan geram kerana ditempatkan di rumah kebajikan.

"Dia merasa dirinya tidak berguna kerana ibu bapanya tidak mahukannya dan oleh itu tidak ada guna dia belajar atau menjaga tingkah lakunya atau mematuhi peraturan di rumah kebajikan. Keadaan akan menjadi terlalu sukar. Untuk itu, kami akan mengambil langkah yang sesuai daripada peringkat awal lagi," jelas Selvasegaram.

RUMAH SHELTER

Pada masa ini, Shelter menguruskan empat rumah dikenali sebagai Shelter 1, Shelter 2, Shelter 3 dan Shelter 4.

Shelter 1, terletak di Seksyen 6, Petaling Jaya iaitu rumah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan antara umur 4 hingga 12 tahun.

Shelter 2, di OUG, Kuala Lumpur adalah untuk kanak-kanak belasan tahun dari usia 13 hingga 18 tahun.

Kanak-kanak lelaki antara usia 13 hingga 18 tahun ditempatkan di Shelter 3 yang terletak di Seksyen 8, Petaling Jaya sementara Shelter 4, yang dibuka pada 2007 adalah projek perintis untuk skim rumah keibubapaan.

Untuk Shelter 4 ini, seorang kakitangan Shelter akan tinggal di rumah berkenaan dan bertindak sebagai ibu atau bapa kepada beberapa orang anak Shelter yang terpilih. Anak-anak itu berpeluang membesar dalam suasana rumah yang sebenarnya dan tinggal sebagai sebuah keluarga.

Menurut Selvasegaram, bilangan kanak-kanak yang ditempatkan di setiap rumah Shelter dihadkan kepada maksimum 15 orang dan kebanyakan kes dirujuk oleh hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kami juga menerima kes yang disahkan oleh doktor dan membabitkan kes-kes penderaan sebenar. Dalam sesetengah kes, kanak-kanak itu dirujuk oleh emak saudara atau saudara-mara kanak-kanak yang prihatin," kata Selvasegaran.

Kanak-kanak di Shelter, katanya, diberi empat perkara asas, iaitu penjagaan asas termasuk makanan dan tempat tinggal, pendidikan, kegiatan ko-kurikulum serta terapi psikologikal dan kaunseling.

DROPZONE

Satu lagi usaha Shelter untuk kebajikan kanak-kanak ialah membuka 'Dropzone' yang terletak di No 92-A, Tingkat Satu, Jalan Othman 1/14, Petaling Jaya Old Town. Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 11 pagi hingga 6 petang.

Menurut Selvasegaran yang juga bertanggungjawab menyelia Dropzone serta pusat komuniti Shelter yang lain, Dropzone pada asasnya ialah projek pusat komuniti belia yang yang menawarkan tempat santai untuk kanak-kanak.

"Ia lebih untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan tempat sebelum atau selepas waktu sekolah. Jadi, daripada mereka melepak di merata tempat yang mungkin menyebabkan mereka terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat, di Dropzone mereka berada di persekitaran yang selamat.

"Kami ada kaunselor di Dropzone sekiranya pelajar-pelajar itu memerlukan. Pelajar yang datang ialah dari pelbagai kaum dan mereka datang untuk sekejap sahaja sebelum pergi ke kelas tuisyen, dan sesetengahnya datang selepas sekolah kerana ibu bapa masih bekerja," jelas Selvasegaran, sambil menambah pelajar perlu mendaftar diri bila mereka berada di Dropzone dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Purata dalam sehari, seramai 40 hingga 50 pelajar datang ke Dropzone.

Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di tempat itu selain berehat termasuk permainan dalaman, belajar musik (gitar dan drum) serta kemahiran komputer.

"Dropzone ialah model ujian untuk kami melihat sejauh mana keberkesanannya untuk remaja belasan tahun dan kami merancang mengembangkan lagi program ini. Mungkin dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, kami boleh membuka Dropzone di kawasan flet kos rendah.

"Sering kali bila anda ke kawasan flet kos rendah, anda boleh lihat ramai kanak-kanak melepak di bawah kerana tidak mahu terkurung di rumah. Anda lihat budak kecil bercampur dengan budak besar.

"Sesetengah budak besar ini mungkin mempunyai tabiat yang tidak elok dan mereka bergaul bebas dengan anak-anak kecil yang masih mentah. Keadaan ini tidak sihat. Dalam beberapa keadaan, mungkin ada penagih dadah. Kami mahu mengurangkan bilangan anak yang melepak dan meletakkan mereka di tempat yang selamat di mana mereka boleh dipengaruhi secara positif," jelasnya.

-- BERNAMA

Syd posted on 23-7-2009 03:32 PM

23 Julai, 2009 10:27 AM

Penderaan: Titik Hitam Dalam Kehidupan

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/re/PIX%209%20ALEX%20LUI.JPG
Pakar sakit jiwa SHELTER, Alex Lui berkata kanak-kanak yang didera menunjukkan reaksi yang berbeza selepas didera. Gambar oleh Melati Mohd Ariff.Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana ini ialah bahagian keempat daripada siri rencana mengenai isu sosial yang memberi fokus kepada kanak-kanak.

PETALING JAYA, 23 Julai (Bernama) -- Kes satu: Tiga adik beradik perempuan berusia 13, 15 dan 17. Dua dicabul sementara kakak mereka menjadi mangsa dera seksual daripada usia 10 tahun. Pelakunya ialah bapa mereka sendiri.

Kes 2: Kanak-kanak lelaki dan perempuan (adik beradik), ditinggalkan ibu mereka di padang permainan. Keluarga ini diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa. Ayah mereka sudah lama menghilangkan diri.

Kes 3: Pekerja seks kanak-kanak. Seorang kanak-kanak perempuan di'langgani' lelaki semasa ibu bapanya keluar bekerja.

Kes 4: Remaja belasan tahun, anak pelarian, dipaksa bapanya untuk menjual tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk si bapa.

Kes 5: Kanak-kanak lelaki yang didera teruk secara seksual semasa merempat di jalanan.

Kes 6: Kanak-kanak lelaki yang didera secara fizikal dan mental oleh ibunya yang sentiasa mahukannya mendapat keputusan A dalam peperiksaan.

Senarai penderaan kanak-kanak di atas mungkin tiada penghujungnya tetapi yang dipaparkan ialah antara kes kanak-kanak yang terdapat di Shelter, sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar berpejabat di Petaling Jaya.

BENTUK PENDERAAN

Kes-kes yang disebutkan di atas memberi sedikit gambaran bentuk penderaan yang lazimnya dikaitkan kepada penderaan kanak-kanak, istilah yang digunakan untuk perbuatan menganiayai kanak-kanak.

Ia juga jelas menunjukkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai bentuk penderaan, bukan sahaja fizikal tetapi juga seksual, emosi dan diabai.

Menurut Anderson Selvasegaram yang menyelia rumah-rumah kebajikan Shelter, 51 peratus kanak-kanak yang didera di negara ini dilakukan oleh ibu bapa mereka sendiri.

Perangkaan keseluruhan menunjukkan 70 peratus insiden penderaan kanak-kanak dilakukan oleh orang yang dikenali kanak-kanak itu termasuklah ibu bapa mereka.

"Kanak-kanak yang didera akan juga diabai dan bagi sesetengah kanak-kanak yang ditinggalkan, berkemungkinan juga dalam tempoh dia ditinggalkan, seseorang mungkin telah mendera anak itu.

"Sesetengah ibu bapa mungkin berkata mereka tidak pernah mendera anak mereka tetapi bila anak itu diabai di tepi jalan atau tinggal di rumah bersendirian, pakcik atau jiran mungkin mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak itu. Ini juga kes pengabaian kerana ibu bapa gagal memberi perlindungan kepada anak," beliau memberitahu Bernama dalam satu wawancara di pejabat Shelter di sini baru-baru ini.

REAKSI BERBEZA

Menurut pakar sakit jiwa Shelter, Alex Lui, kanak-kanak yang didera menunjukkan reaksi yang berbeza selepas didera.

Sesetengahnya, kata beliau, mungkin akan menjadi lebih agresif, yang lainnya menjadi pendiam atau menunjukkan tingkah laku yang anti-sosial.

Tambahnya, ada juga kanak-kanak mangsa penderaan yang mengalami keadaan trauma itu tetapi tidak langsung menunjukkan sebarang kesan.

"Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi cara bertindak kanak-kanak yang didera seperti usia ketika dia didera dan berapa lama dia didera. Jika untuk tempoh yang singkat, kesannya tidak berapa teruk berbanding kanak-kanak yang didera bertahun-tahun secara konsisten.

"Faktor lain termasuk siapa yang mendera kanak-kanak itu. Sekiranya penderaan berlaku sekali dan dibuat oleh orang yang tidak dikenali, kesan ke atas kanak-kanak itu mungkin tidak seberapa berbanding jika penderanya ialah bapanya sendiri," jelas Lui.

Beliau berkata personaliti seseorang kanak-kanak itu turut memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana kesan penderaan ke atas diri kanak-kanak berkenaan.

Sesetengah kanak-kanak, katanya, dapat bertahan walaupun didera dan mereka melalui pengalaman pahit seperti tidak ada apa yang berlaku.

"Kami ada kes melibatkan tiga adik beradik. Ibu bapa mereka sering bertengkar dan kadang kala kanak-kanak ini diusir keluar dari rumah dan terpaksa tidur di dalam kereta. Yang menghairankan ialah kanak-kanak ini berjaya dalam kehidupan mereka kemudiannya," kata Lui.

Katanya, sokongan sosial juga ialah faktor penting untuk kanak-kanak yang didera.

"Campur tangan awal serta kaunseling boleh membantu kanak-kanak yang didera. Seperti kes tiga beradik yang dicabul ayah mereka sendiri. Mereka ini bernasib baik kerana ada makcik mereka yang mengambil berat akan kebajikan mereka. Keadaan mereka mungkin lebih teruk jika tidak ada campur tangan awam serta orang yang mengambil berat," katanya, dengan menambah satu lagi faktor ialah agama.

PARUT YANG DALAM

Terdapat pepatah yang bermaksud 'masa yang berlalu menyembuh luka' tetapi menurut Lui, keadaan ini tidak berlaku dalam dalam kes penderaan terutamanya penderaan seksual yang melibatkan orang yang dipercayai kanak-kanak berkenaan.

"Meskipun luka mungkin sudah sembuh tetapi parutnya tetap ada. Kita akan tahu sama ada kanak-kanak yang didera telah dapat menangani keadaannya apabila dia dapat bercakap mengenai penderaan itu tanpa berasa terlalu tertekan.

"Sekiranya kanak-kanak itu tidak dapat bercakap dengan selesa akan pengalamannya didera, ini bermakna lukanya masih belum sembuh sepenuhnya," kata Lui.

Beliau merujuk sekali lagi kepada kes tiga beradik di mana kakak mereka didera secara seksual sejak berusia 10 tahun.

Menurut Lui, dua adik mangsa, sudah boleh menyesuaikan diri dengan penghuni lain sejak tinggal di rumah kebajikan Shelter dan telah mula bersekolah.

Bagaimanapun, kakak mereka belum lagi dihantar ke sekolah. Jelas Lui, remaja itu tidak ke sekolah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

"Tambahan, si kakak masih lagi trauma dengan apa yang dilaluinya. Dia telah menjadi mangsa dera seksual dari usianya 10 tahun hingga 16 tahun. Tiada siapa yang tahu penderitaannya sepanjang tempoh itu.

"Dalam kes remaja ini, impaknya lebih teruk kerana pelaku adalah bapanya sendiri. Kami mengambil kaunselor wanita untuk mengendalikan kes remaja ini," katanya.

Menurut Lui, dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa boleh bersikap negatif di sebalik bantuan kaunseling.

Beliau memberi contoh satu kes sumbang mahram yang dirujukkan kepada Shelter beberapa tahun lalu. Mangsa kes itu tinggal di rumah kebajikan Shelter buat sementara sebelum dia dipindahkan ke rumah kebajikan lain.

Remaja perempuan dalam kes sumbang mahram itu merasakan dirinya 'kotor' sehinggakan dia tidak kisah lagi apa yang berlaku ke atas dirinya.

"Dia menganggap dirinya tidak berguna lalu dia menjual tubuhnya," jelas Lui. Katanya, sesetengah mangsa penderaan seksual mampu membina kehidupan baru sementara ada juga yang sukar walau pun hanya untuk menjalin hubungan.

MENCARI PENYELESAIAN

Tekanan serta masalah kewangan sering dikaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak dan menurut Lui, majoriti kes berkenaan berlaku dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Sesetengah ibu bapa juga mendera anak-anak mereka dengan hukuman yang keras kemungkinan kerana mereka sendiri diperlaku begitu oleh ibu bapa mereka.

"Kami sedang mengajak ibu bapa untuk datang menyertai program Shelter di mana mereka akan dilatih untuk menguruskan anak-anak mereka kerana banyak kes melibatkan anak-anak yang sukar dikawal. Program ini diambil dari UK dan ia lebih fokus kepada komunikasi.

"Apa yang kami tekankan ialah bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Hubungan insani bukan satu hala di mana cara anak anda bertindak balas dengan anda bergantung kepada cara anda berkomunikasi dengan anak anda. Kami beritahu ibu bapa apabila mereka mengubah tingkah laku mereka, anak-anak juga akan turut menukar perangai mereka," kata Lui.

Beliau percaya ibu bapa akan menjadi kurang tertekan sekiranya mereka belajar cara untuk menguruskan anak-anak mereka dan cara demikian mungkin boleh menangani keadaan penderaan kanak-kanak pada masa sekarang.

Kanak-kanak pada masa ini juga, katanya, lebih tertekan berbanding sebelumnya kerana ibu bapa semakin kurang menghabiskan masa dengan anak-anak mereka ditambah dengan tekanan rakan sebaya dan juga kes buli.

EMPATI ORANG RAMAI

Sementara itu, Selvasegaram memberitahu Bernama bahawa perlu juga ada lebih kesedaran dalam kalangan orang ramai dalam menangani kes-kes penderaan kanak-kanak.

"Kadang kala apabila kita berjalan di Kuala Lumpur dan terpandang seorang ibu meminta sedekah dengan dua anaknya, kita perlu bertanya sama ada selamatkah untuk anak-anak itu berada di situ.

"Sering kali kita hanya mencampakkan wang 20 sen dan berlalu pergi. Dengan si ibu meminta sedekah dan anak-anak berkeliaran, mereka mungkin menjadi mangsa penderaan," katanya.

Selvasegaram berkata orang ramai seharusnya lebih mengambil berat nasib kanak-kanak itu meskipun kebanyakan mereka ialah pendatang asing.

"Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Kita bukan bercakap untuk memberi mereka kad pengenalan atau pasport, hanya memberikan sedikit perhatian kemanusiaan atas dasar mereka adalah kanak-kanak dan kita mesti mengambil berat tentang mereka tanpa mengira siapa mereka? dari mana asal mereka? siapa ibu bapa mereka? tambahnya.

PERLU PERUBAHAN

Menurut James Nayagam, pengarah eksekutif Shelter, terdapat keperluan mendesak untuk menukar 'seluruh sistem' berhubung kanak-kanak didera, ditinggal dan diabai di Malaysia.

Jelas beliau, komitmen untuk perubahan membabitkan semua pihak, bukan sahaja kerajaan.

Kebajikan kanak-kanak ialah yang paling utama. Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak mesti dilindungi dan kes penderaan kanak-kanak mesti disiasat.

"Akta ini memang baik tetapi ia tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dari segi tindakan, kita perlu bertindak pantas terutama dalam kes kehilangan kanak-kanak. Kita tidak boleh bertangguh apabila kanak-kanak hilang.

"Kita perlu memaparkan gambar kanak-kanak yang hilang itu umpamanya di kotak tisu atau susu. Media juga perlu memainkan peranan utama," kata Nayagam yang terlibat dengan Shelter sejak 28 tahun lalu.

"Kanak-kanak mesti ada suara dan kita ialah suara mereka. Memang kita boleh berdiam dan meneruskan kehidupan tetapi akhirnya apa yang akan berlaku kepada generasi masa depan? Kita mesti menyediakan persekitaran dan sistem yang sesuai untuk mereka membesar," kata Nayagam.

-- BERNAMA
Page: [1]
View full: RUMAH KANAK-KANAK