shidaaziz posted on 8-7-2005 03:05 PM

SUDUT INFO :: TEPUNG

Salamzzzzz......

Shida dulu ingat nak buat kek atau biskut, semuanya pakai tepung gandum je. Rupanya banyak jenis tepung yang ada di pasaran ni. Itu pun tahu bila ada sorang kawan Shida yang belajar kursus bakery pinjamkan buku resepi dia pada Shida.

Jadi, Shida nak tanya le, kakak-kakak kat sini pakai tepung apa nak buat kek & biskut. Selain tepung gandum le.

Kalau Shida nak buat biskut Almond London (betul ke ni ha), Shida pakai tepung top dan masukkan sedikit emplex. Rasanya memang sedap. Rangup je. Tapi last year ayah tak jumpa tepung top, dia beli tepung apa ntah, but still untuk buat biskut jugak le. Tapi hasilnya tak serangup bila guna tepung top.

Lepas tu kalau buat kek span guna tepung optima.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-3-2009 20:45 ]

NoorMasri posted on 8-7-2005 05:45 PM

Originally posted by shidaaziz at 8-7-2005 03:05 PM:
Salamzzzzz......

Shida dulu ingat nak buat kek atau biskut, semuanya pakai tepung gandum je. Rupanya banyak jenis tepung yang ada di pasaran ni. Itu pun tahu bila ada sorang kawan Shida yang belajar kursus bakery pinjamkan buku resepi dia pada Shida.

Jadi, Shida nak tanya le, kakak-kakak kat sini pakai tepung apa nak buat kek & biskut. Selain tepung gandum le.

Kalau Shida nak buat biskut Almond London (betul ke ni ha), Shida pakai tepung top dan masukkan sedikit emplex. Rasanya memang sedap. Rangup je. Tapi last year ayah tak jumpa tepung top, dia beli tepung apa ntah, but still untuk buat biskut jugak le. Tapi hasilnya tak serangup bila guna tepung top.

Lepas tu kalau buat kek span guna tepung optima.

kat m'sia macam2 tepung kan..kat sini tak byk pilihan cuma jenama je berbeza tepungnya samada plain flour, self raising , super strong flour(high protein) dan superfine flour..

mana nak carik tepung optima kat sini eh..ke ada nama lain..dengar khabar buat kek guna tepung optima ni bagus..teringin nak try..

shidaaziz posted on 11-7-2005 09:25 AM

tepung optima ni rasanya dah siap campuran dia. shida pun tak berapa ingat sebab dah lama tak buat kek. nanti panggil kak liza. dia tu kan expert jugak.

hanieliza posted on 11-7-2005 10:17 AM

Originally posted by shidaaziz at 11-7-2005 09:25 AM:
tepung optima ni rasanya dah siap campuran dia. shida pun tak berapa ingat sebab dah lama tak buat kek. nanti panggil kak liza. dia tu kan expert jugak.
alamalk shida....:o

janganlah anggap kak liza ni expert semua bidang...:malu:
cuma kak liza tahu tepung optima adalah sejenis tepung yg mengandungi gula di dalamnya. Tepung ini boleh dibeli di kedai-kedai yg menjual bahan membuat kek/biskut dll.

mahap laaa..:pray:
kak liza pun tak pernah tenguk tepung optima ni..
apatah lagi nak gunakan..

selalunya memang kak liza gunakan tepung gandum jer...
selain dari itu..kak liza gunakan tepung naik sendiri..

cuma kekadang tu nak buat capati atau roti tempayan..or pizza kak liza gunakan tepung atta...

nampaknya kena orang lain la jawabkan sokalan menganai tepung optima..:bgrin:

sitipayung posted on 11-7-2005 01:35 PM

kawan-kawan semua,

tepung superfine, rose flour, tepung hongkong, tepung supersoft ....adakah ini semua tepung yang sama? .....saya pun tak tau nak bezakan kegunaan tepung-tepung nie semua

nak tanya kalau nak buat pastri seperti karipap atau pie....tepung apakah yang paling sesuai digunakan?

kalau nak buat biskut dan kek tepung apa yang sesuai?

shidaaziz posted on 11-7-2005 01:46 PM

Originally posted by sitipayung at 11-7-2005 01:35 PM:
kawan-kawan semua,

tepung superfine, rose flour, tepung hongkong, tepung supersoft ....adakah ini semua tepung yang sama? .....saya pun tak tau nak bezakan kegunaan tepung-tepung nie semua

na ...

pernah guna tepung superfine buat biskut. tak berapa rangup. kalau buat biskut almond london tu, shida pakai tepung top. memang rangup.

ashra posted on 11-7-2005 05:56 PM

ade ke tepung top nih..iskk ash tak penah dengo lg:stp:

dak_abu posted on 11-7-2005 06:15 PM

Originally posted by ashra at 11-7-2005 05:56 PM:
ade ke tepung top nih..iskk ash tak penah dengo lg:stp:

sama gak :bgrin:, tak pernah dengar

TOP ni brand ke atau jenis tepung?:stp:

shidaaziz posted on 12-7-2005 09:46 AM

Originally posted by ashra at 11-7-2005 05:56 PM:
ade ke tepung top nih..iskk ash tak penah dengo lg:stp:

TOP ni brand ke atau jenis tepung

tepung top ni bukan brand. jenisnya tepung top. kat ipoh & johor ada. yang bagi resepi ni ada sorang kawan emak duduk kat johor. dia kata kat johor ada jual. kemudian kita orang cari kat ipoh. memang ada. kat kl tak tahu le. mungkin nama lain. tapi, kita boleh tanya kat kedai bahan kek.

inai posted on 13-7-2005 07:51 PM

Shida..u mesti terror buat cookies kan? selain dari tepung top tepung apa yg elok buat biskut almond london? satu lagi tepung superfine tu elok utk buat kuih apa?

shidaaziz posted on 14-7-2005 10:06 AM

inai, almond london tu shida memang tak pernah pakai tepung lain. tapi ada juga jiran2 shida dulu pakai tepung gandum biasa. tapi kena taruk emplex lebih le. emplex ni kegunaan dia nak kasi rangup le. emplex ni botol kecik mcm baking powder/ soda bicarbonate.

tepung superfine tu shida tak ingat untuk apa. nanti balik kampung shida akan cari dlm buku resepi mak sebab kalau dpt resepi terus salin dlm buku resepi mak.

sig posted on 14-7-2005 10:24 AM

kalau nak beli tepung top tu kat johor tu kat mana?

area muar ada tak?

shidaaziz posted on 14-7-2005 10:35 AM

Originally posted by sig at 14-7-2005 10:24 AM:
kalau nak beli tepung top tu kat johor tu kat mana?

area muar ada tak?

ala......shida tak tahu le sig. cuba sig tanya dekat kedai bahan2 kek. shida tahu kat ipoh je. ayah yang beli. kat KL pun shida tak tanya hari tu sebab kat rumah shida tak de oven lagi.

bagi orang ipoh, kedai tu kat pasar besar ipoh. dekat dengan super kinta.

shidaaziz posted on 25-7-2005 02:49 PM

Originally posted by ashra at 11-7-2005 05:56 PM:
ade ke tepung top nih..iskk ash tak penah dengo lg:stp:

meh nak jawap. tepung top juga dikenali dengan tepung rose. kat bake with yen pun dia sebut tepung top jugak kat rak dia tu. kat tepung dia taruk tepung rose.

soulha posted on 5-4-2006 02:04 AM

Assalamualaikum..nak naik balik thread nie..sapa2 tau apa tu tepung terigu..ada resepi menggunakan tepung nie..tp tk penah dngr and lihat plk..ker panggilan stngh tempat jer,bagi nama tepong nie..selalunya dlm resepi versi indon...

soulha posted on 5-4-2006 02:09 AM

bagus thread nie kalau ada gambar lg best..maklumlah tk susah nk gie super nk belek satu2kan...cam kita bila balik msia nanti taklah tercari2..apa tu tepong top ker optima ker..

nurul_anati posted on 5-4-2006 08:49 AM

mak nurul kata terigu = beras barli.. yg kdg2 org rebus buat air tu..
berasnya kaler putih bulat2 gitu..
sekarang ada jual dlm packet.. mak selalu beli yg dlm tin cap ayam...

shidaaziz posted on 5-4-2006 09:11 AM

Reply #16 soulha's post

soulha, nak ambik gambar tepung ke :cak: tepung semuanya warna sama. cuma yang membezakan kalau ada kotak. tu je yang lain. kalau beli kat bakers supplies, semuanya dalam plastik yang sama. cuma ada taruk sticker je.

sue posted on 5-4-2006 09:28 AM

Originally posted by shidaaziz at 25-7-2005 02:49 PM


meh nak jawap. tepung top juga dikenali dengan tepung rose. kat bake with yen pun dia sebut tepung top jugak kat rak dia tu. kat tepung dia taruk tepung rose.


shida... jap eh.. setahu sue..tpg top ni tpg high protein... means..tpg roti.. klu brand nona la..

tpg rose ni plak tpg yg dah bercampur dgn tpg jagung.. bagus tuk buat biskut...

shidaaziz posted on 5-4-2006 09:30 AM

Reply #19 sue's post

shida dah tanya dekat BWY. dia cakap tepung Top dengan tepung rose sama dengan tepung cookies. so jadi macam ni:

tepung top = tepung ros = tepung cookies

shida tak pernah beli tepung top yang berjenama. pasal since few years back dulu pun memang gunakan tepung top untuk buat almond london.

Zeeqa posted on 5-4-2006 09:55 AM

Originally posted by shidaaziz at 5-4-2006 09:30 AM
shida dah tanya dekat BWY. dia cakap tepung Top dengan tepung rose sama dengan tepung cookies. so jadi macam ni:

tepung top = tepung ros = tepung cookies

shida tak pernah beli tepung top yang ...

MIL suka sgt buat almond london...tapi rasanya tak sama ngan beli...kurang ngam (jgn marah ye mak :P)....
maybe pasal tepung kot...nak bgtau ke tak ye....segan takut dia kecik hati lak...

Nek_Fiona posted on 5-4-2006 11:18 AM

dulu2 zaman mak2 kita cuma pakai tepung serbaguna je...buat kek dan buat biskut guna tepung sama je..bila gi bakery ada yg ajar guna low protein flour utk buat biskut lebih rangup dan sedap.pastu bakery lain pula cakap low protein tak elok sgt sbb biskut jadi lembut sgt ...kalau nak buat pau guna tepung pau cantik putih je pau...kalau high protein utk buat roti.Tapi bila di oversea takde byk jenis tepung cuma ada all purpose ,high protein dan jenis2 wheat flour utk kesihatan.Tepung hongkong tu utk apa ye?

shidaaziz posted on 5-4-2006 11:22 AM

Reply #22 Nek_Fiona's post

Nek, tepung hongkong shida buat pau. warna pau tu memang lagi putih dari guna tepung gandum biasa ata tepung pau.

tepung hongkong jugak buat kek lapis sarawak.

Nek_Fiona posted on 5-4-2006 11:23 AM

Originally posted by nurul_anati
mak nurul kata terigu = beras barli.. yg kdg2 org rebus buat air tu..
berasnya kaler putih bulat2 gitu..
sekarang ada jual dlm packet.. mak selalu beli yg dlm tin cap ayam...

setau fiona kalau kat indonesia terigu tu tepung gandum...

a'kum nurul anati?tak pernah berkenalan rasanya heheheheheh jgn marah shida offtopic jap hehehehe:):):)

O2 posted on 5-4-2006 11:27 AM

Originally posted by Zeeqa at 5-4-2006 09:55 AM


MIL suka sgt buat almond london...tapi rasanya tak sama ngan beli...kurang ngam (jgn marah ye mak :P)....
maybe pasal tepung kot...nak bgtau ke tak ye....segan takut dia kecik hati lak...


hehehe..sama la dgn ..tiap kali raya.. mesti my MIL,ipar dgn biras buat ALmond London nie. rasanya dah nak masuk 3 kali raya ni..tahun ni 4 ler.. mesti tak sama dgn yg beli punya..takper this year, sebelum projek buat kuih raya nt, saya belikan tepung Top nie..
terima kasih shidaa atas penerangan about tepung Top nie..hehe

[ Last edited by  O2 at 5-4-2006 11:34 AM ]
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full: SUDUT INFO :: TEPUNG