Syd Publish time 11-5-2006 08:55 AM

Tahniah Sherry!!

:)

Syd Publish time 14-6-2006 09:58 AM

'Acara amal buka pintu rezeki artis'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


ARTIS dan kerja amal bagaikan sinonim. Populariti yang mereka miliki dimanfaatkan untuk tujuan murni, lalu mengundang ketulusan insan berjiwa penyayang untuk saling berganding bahu meringankan beban pihak yang memerlukan.

Sheila Majid, Anuar Zain dan Erra Fazira ialah tiga artis tersohor yang tidak sunyi dari menjayakan acara amal. Seperti kata Anuar Zain, 揂cara amal membuka pintu rezeki yang besar untuk karier seni, justeru mencambahkan keseronokan di hati untuk terbabit dalam kerja seperti ini.

Syd Publish time 27-6-2006 10:58 AM

Makan malam rai anak yatim Petaling Jaya
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

http://www.utusan.com.my/pix/2006/0626/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01_big.jpg
DATUK Bandar Petaling Jaya, Ahmad Termizi Puteh (kanan) dan H.M. Shah (kiri) melayan anak-anak yatim pada majlis makan malam amal di Shah Village Hotel sempena kenaikan taraf Petaling Jaya sebagai bandar raya.
--------------------------------------------------------------------------------

KECERIAAN jelas terpancar pada wajah 170 orang kanak-kanak selepas mereka diraikan pada satu majlis makan malam amal anjuran Shah Village Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.

Majlis makan malam amal tersebut diadakan bagi meraikan sambutan perisytiharan Petaling Jaya sebagai bandar raya baru.

Menurut penganjurnya, Datuk H.M. Shah, majlis tersebut diadakan dengan tujuan meraikan anak-anak yatim serta kanak-kanak kurang bernasib baik sempena kenaikan taraf Petaling Jaya sebagai bandar raya.

揔ita menjemput kanak-kanak dari rumah anak yatim di seluruh Petaling Jaya sempena sambutan kenaikan taraf Petaling Jaya sebagai bandar raya. Sejak dinaikkan taraf sebagai bandar raya, mereka belum lagi diraikan,

Syd Publish time 28-6-2006 09:28 AM

Keluarga Umi Maisarah tulang belakang PKAYDA
Oleh AZMI ABDUL MALEK


http://www.utusan.com.my/pix/2006/0628/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_01_big.jpg
ROMBONGAN ibu tunggal bergambar kenangan bersama anak yatim di PKAYDA, Temoh, Perak baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

ANAK yatim adalah antara golongan yang perlu mendapat pembelaan dalam masyarakat Islam walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah. Rasulullah yang juga anak yatim piatu sentiasa mengambil berat terhadap nasib mereka yang perlukan kasih sayang seseorang.

Allah telah menegaskan kepentingan kita berbuat baik kepada anak-anak yatim sebagaimana firman-Nya, Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman), 揓anganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.

Syd Publish time 4-7-2006 02:20 PM

via e-group(email)


Assalamualaikum.
Tadi masa lunch time, saya terjumpa dengan Hamba Allah ni, dia ni rupa-rupanya datang untuk memungut derma bagi pihak Persatuan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan (No pendaftaran 1714-05-4) membiayai satu asrama anak-anak yatim di Sungai Siput, Perak. Asrama ini menempatkan 40 orang anak-anak yatim. Sekarang ini mereka menyewa dan pihak pengurusan bercadang untuk membeli dan mewakafkan sebidang tanah di kawasan Kuala Kangsar untuk membina asrama ank-anak yatim tersebut. Mereka sekarang ini bergiat memohon jasa baik orang ramai untuk 'Membeli dan mewakafkan' tanah tersebut dengan harga RM10.00 untuk lot satu kaki persegi. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Ketua Ajen jualan: 019-285 9351
Asrama: 05-591 2519
Pejabat: 05-201 1115
Pengerusi Persatuan: 05-533 4001 Dr Shukor bin Ibrahim
Bendahari Persatuan: 012-556 4553 Norhisan bin Mohd Shaharim

No Akaun Tabung Pembangunan Nurul Ihsan: (untuk pembinaan Asrama)
BCB 0815-0068778-52-6

No Akaun Tabung Nurul Ihsan: (Untuk perbelanjaan Harian)
BCB 0815-0068777-52-3

Daripada gambar-gambar yang ditunjukkan kepada saya, saya terpanggil untuk mengajak saudara saudari sekalian menghulur sedikit bantuan kepada rakan-rakan seagama kita. Sumbangan kecil kita begitu bermakna buat mereka.

Saya rasa dengan kemudahan e-banking dan internet banking yang ada sekarang ini memudahkan kita untuk berderma dan beramal. Semoga kita semua diberkati Allah, insyaAllah.

Maslina

***Harap dapat kiranya di forwardkan ke group yang lain...

NOTA PENTADBIR :
Pihak RJ telah menghubungi Saudara Norhisan bin Mohd Shaharim untuk
memastikan semua keterangan ini adalah BENAR.Hulurkanlah bantuan
seikhlas mungkin untuk membantu mereka yang memerlukan.

soket123 Publish time 4-7-2006 04:46 PM

saya dah rase bosan nak keje makan gaji
ada xbadan2 kebajikan tuk ank2 yatim ni amik pekerja sukarelawan(sambilan/sepenuh masa)
kalau bleh yg berdekatan ngan KL yg senang ngan kemudahan awam

cempakawangi Publish time 10-7-2006 11:02 AM

Originally posted by soket123 at 4-7-2006 16:46
saya dah rase bosan nak keje makan gaji
ada xbadan2 kebajikan tuk ank2 yatim ni amik pekerja sukarelawan(sambilan/sepenuh masa)
kalau bleh yg berdekatan ngan KL yg senang ngan kemudahan awam
i pun interested nak jadi pekerja sukarelawan(part time)tapi tak tau caranya...kalau ada sesapa yg nak amik bgtau la ye...

Syd Publish time 14-7-2006 10:14 AM

berpeluang bersukarela;

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=167306&highlight=sukarela

cempakawangi Publish time 25-7-2006 10:03 AM

Originally posted by cicomey at 15-2-2006 02:44
di Negeri sembilan:

Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejastera
Seri Menanti.Kuala Pilah
71550 Negeri Sembilan

no talipon yg terbaru 06-4970263
last week sempat la singgah kat sana.berckp dgn one of penjaga Kak Som.mereka menerima apa juga bentuk sumbangan dari bahan makanan hinggalah pakaian terpakai..terutama pakaian terpakai utk remaja spt track suit,kasut sukan
anak anak yatim dalam 40 org..buat masa skg tinggal dlm 34 sbb 6 dah lebih dari 18 tahun..
kak som juga memaklumkan bahawa belanja sekolah anak anak ni hanyalah rm1 sahaja..baru 2 atau 3 bulan ni je before this hanyalah 50 sen saja
mudah jugak utk mencari rumah tunas harapan ni...berhampiran dgn padang golf Sri Menanti..ada sign board Danone kat situ

Syd Publish time 9-8-2006 03:03 PM

Rumah Al-Bukhary tempat menumpang kasih

http://www.utusan.com.my/pix/2002/1024/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01_big.jpg
Empat penghuni Rumah Anak Yatim Al-Bukhary beratur untuk minum petang sambil diperhatikan oleh warden bertugas.
--------------------------------------------------------------------------------

Anakku Sayang

KEHILANGAN ibu atau bapa merupakan pengalaman yang bukan sahaja menyedihkan, malah amat sukar untuk diterima oleh anak-anak. Apatah lagi jika kejadian malang ini berlaku ketika anak-anak masih memerlukan tempat bergantung dan bermanja.

Beruntung jika ada yang sudi mengambil sebagai anak angkat. Namun, sebahagian besar daripada mereka terpaksa menumpang kasih di rumah anak-anak yatim.

Meskipun diberikan perlindungan, pendidikan dan semua keperluan asas yang lain, mereka masih tidak berpeluang mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Bagaimanapun, Rumah Anak Yatim Al-Bukhary menawarkan kelainan serta peluang kedua untuk para penghuninya membina hidup yang lebih bermakna.

Terletak di Kompleks Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah, ia menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perhatian dan kasih sayang untuk mereka membesar dengan sempurna.

Pengurus Operasinya, Fadzil Kallahan berkata, pusat yang dibina pada Januari lalu berbeza dengan rumah-rumah anak yatim yang lain.

Matlamat mereka bukan sekadar memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang baik, tetapi mampu belajar sehingga ke universiti serta memegang jawatan yang membanggakan apabila tamat nanti.

``Rumah ini mengambil peranan sebagai ibu bapa yang mana pihak warden akan melayan mereka seperti anak sendiri serta menjaga keperluan mereka.

``Kami melaksanakan segala yang mungkin untuk memberikan kanak-kanak ini kasih sayang yang diperlukan dan memastikan mereka dibesarkan sebagai seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berjasa kepada negara,'' katanya.

Menurut beliau, selain mendapat pendidikan di sekolah berhampiran, 20 kanak-kanak yang tinggal di rumah ini juga diberi peluang mengikuti kelas tuisyen hampir setiap malam.

Mereka turut diberi kemudahan seperti bilik bacaan, bilik rekreasi serta perhatian dan tunjuk ajar oleh enam warden yang akan bertugas secara bergilir dalam tempoh 24 jam.

``Rumah ini mempunyai 16 bilik termasuk tujuh bilik asrama, bilik rawatan dan bilik bagi enam warden. Walaupun kini hanya ada 20 penghuni, rumah ini boleh memuatkan 130 kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam satu masa,'' jelasnya.

Selain perhatian, kasih sayang dan pendidikan, soal pemakanan turut dititikberatkan bagi membolehkan anak-anak yatim ini membesar dengan sihat. Kata Fadzil, hanya makanan segar, berkhasiat serta disahkan oleh Kementerian Kesihatan sahaja yang dihidangkan kepada mereka.

``Sama ada minum pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam, kami pastikan mereka diberi makanan yang sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran.

``Ia sebahagian daripada langkah untuk memastikan mereka dapat belajar serta memberi tumpuan yang baik pada pelajaran,'' katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Warden, Zainal Latib pula berkata, rumah ini unik kerana kanak-kanak yang tinggal di sini tidak boleh diambil sebagai anak angkat.

``Walaupun mereka dihantar oleh pihak kebajikan atau saudara-mara, kami akan menjaga mereka sehingga mencapai usia 18 tahun kerana mereka memang mempunyai penjaga yang sah.

``Masalah yang dihadapi ialah penjaga mereka tidak mampu untuk menjaga atau menyara kerana kesempitan wang atau mempunyai masalah keluarga,'' katanya.

Menurut beliau, memang ada kanak-kanak yang sering marah-marah dan menyisihkan diri kerana beranggapan diri tidak dihiraukan oleh ibu.

Bagaimanapun, mereka tidak akan dihukum, tetapi ditenangkan, diberi kasih sayang, pelukan serta diberitahu betapa mereka disayangi dan dihargai.

``Selepas tiga bulan, mereka mula berubah menjadi kanak-kanak periang dan tidak sabar-sabar untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik seperti muzium negara dan taman rekreasi yang dianjurkan oleh rumah anak yatim tersebut,'' jelasnya.

Bagi menanamkan sikap disiplin, tanggungjawab dan komited, mereka juga diajar berinteraksi bersama warden-warden dan melalui sistem denda bagi kesilapan.

Sebagai contoh, sesiapa yang tidak menghabiskan sayuran dan minuman akan ditolak 15 daripada 150 jumlah mata yang diberikan kepada setiap kanak-kanak pada setiap bulan.

Mereka yang mempunyai jumlah yang kurang daripada 50 mata sebulan pula akan dikeluarkan daripada sesi lawatan yang diadakan pada setiap dua minggu.

Bagaimanapun, kanak-kanak ini berpeluang menggantikan mata yang hilang dengan meningkatkan disiplin seperti menjaga almari dengan kemas, menjaga bilik dan menutup tingkap masjid selepas solat.

``Kami mempunyai komitmen terhadap anak-anak yatim kerana mereka merupakan amanah daripada orang yang meletak kepercayaan kepada kami.

``Usaha mengenal-pasti kanak-kanak yatim untuk ditempatkan di sini juga sedang dilakukan untuk membolehkan mereka menikmati kemudahan yang ada,'' katanya lagi.

Syd Publish time 4-9-2006 03:08 PM

Konsert Nur di Istana Budaya bantu anak yatim


BERAMAL dengan memberi sumbangan kepada anak yatim dan pada waktu yang sama berhibur bersama beberapa penyanyi dikenali ramai menerusi Konsert Nur yang diadakan di Istana Budaya pada 16 dan 17 September depan.

Konsert berasaskan lagu berbentuk kerohanian Islam itu dipersembahkan dalam tiga segmen iaitu Ketulenan, Perbandingan dan Gabungan Suara Kerohanian. Ketiga-tiga segmen ini akan didendangkan bersama bunyi-bunyian peralatan tradisional dari negara Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah.

Ia akan menampilkan persembahan nyanyian Ramli Sarip, Nash, Aishah, Ikhwal, Khir Rahman selain kumpulan Raihan dan Taming Sari.

Lebih menarik lagi Konsert Nur ini turut mengetengahkan bakat muda dari Kumpulan Anak Yatim Pinggiran Taman Tun Dr Ismail; Kumpulan Anak-Anak Yatim Gabungan Peyatim dan Kumpulan Anak Yatim Yayasan Seni Karya Prihatin.

Selain nyanyian, konsert ini turut diselitkan dengan bacaan puisi kerohanian serta muzik tradisional Melayu, Indonesia dan Timur Tengah secara instrumental. Turut dimuatkan ialah persembahan berunsur kerohanian serta kejiwaan, selain puji-pujian bagi Allah dan Rasul-Nya.

Dalam konsert ini, sebuah lagu khas akan dicipta serta dipersembahkan secara khusus untuk anak-anak yatim sebagai tanda sokongan masyarakat, dorongan dan semangat kepada mereka dalam meneruskan perjalanan serta perjuangan hidup tanpa ibu bapa.

Konsert Nur ini dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) dengan kerjasama Amanah Raya Berhad, Istana Budaya dan Persatuan Karyawan.

Selain diharap dapat memberi hiburan yang bermanfaat kepada penonton dan dermawan, persembahan amal ini diadakan untuk menambah dana bagi menjadikan geran pembelajaran kepada anak yatim seluruh negara.

Ini sejajar dengan hasrat Peyatim untuk terus meningkatkan nasib anak-anak yatim, terutama dalam usaha menjadikan mereka sebagai ahli profesional dalam pelbagai bidang.

INFO:

Tiket untuk menyaksikan Konsert Nur di Istana Budaya ini dijual pada harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. Tempahan tiket boleh dibuat menerusi telefon dengan menelefon 03-7710 0211 atau secara oline menerusi www.tiket2u.biz. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert itu boleh layari www.istanabudaya.gov.my.

fleurzsa Publish time 4-9-2006 05:18 PM

Originally posted by Syd at 4-9-2006 03:08 PM
Konsert Nur di Istana Budaya bantu anak yatim
BERAMAL dengan memberi sumbangan kepada anak yatim dan pada waktu yang sama berhibur bersama beberapa penyanyi dikenali ramai menerusi Konsert Nur ...

Hmmm best juga kalo tinggal kat kota metropolitan ni.Mcm2 aktiviti amal boleh join.

Syd Publish time 5-9-2006 02:45 PM

慛ur

Syd Publish time 13-9-2006 02:48 PM

Konsert amal Nur
Oleh Mohd Nasif Badruddin

BERHIBUR sambil beramal menjadi pegangan bagi Konsert Nur anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) dengan kerjasama Istana Budaya (IB), Amanah Raya Berhad (ARB) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Konsert yang diadakan di Istana Budaya pada 16 dan 17 September, jam 8.30 malam, berasaskan lagu kerohanian Islam. Ia dipersembahkan dalam tiga segmen iaitu Ketulenan, Perbandingan dan Gabungan Suara Kerohanian yang didendangkan berserta bunyian peralatan tradisional dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah.

Persembahan dua malam itu memperlihatkan penampilan istimewa Mawi pada malam pertama (16 September) dan Ramli Sarip pada malam kedua (17 September) selain paduan suara artis popular lain seperti Aishah, Ikhwal, Nash, Khir Rahman, kumpulan Raihan, kumpulan Tamingsari serta kumpulan anak yatim daripada Pinggiran Taman Tun, Gabungan Peyatim dan Yayasan Seni Karya Prihatin.

Presiden Peyatim, Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, tujuan penganjuran konsert ini untuk mengumpul dana Peyatim bagi membiayai perbelanjaan anak yatim seluruh negara.

揚ersembahan Konsert Nur ini diharap dapat memberi hiburan bermanfaat kepada penonton dan dermawan yang menyokong projek ini,

Syd Publish time 20-9-2006 03:14 PM

via e-group, e-mail


Rumah Amal limpahan Kasih (RALK) & Taska Maahad Tahfiz

Assalamu 'alaikum wrt

RALK ialah sebuah rumah kebajikan yg menaungi anak2 yatim dan fakir miskin. lokasi (sementara): # 49 Jalan BP 11/3 Bandar Bkt Puchong 2, Puchong ditubuhkan pada Jan 2006. Akan berpindah ke Kg Seri Aman Bt 14 Puchong apabila rumah2 siap.

Mereka memerlukan seorang penyelia lelaki utk tinggal bersama2 anak2 lelaki. elaun boleh dirunding.

Sila hubungi En. Zawawi Ramli 016-3627913; Pn Rabaah 019 2227339; tel: 80601770

Mereka juga perlukan guru agama utk mengajar anak2 ini (anak2 ini-sekarang ada 24 orang) tidak pergi sekolah agama sebab kos pengangkutan yg tinggi (RM50 seorang).

Salah seorang guru ana, Ustaz Zamani 019 2545632 (pensyarah Pusat Pengajian Islam UTM) merancang utk membuka sebuah Taska Maahad Tahfiz di kawasan Keramat (Belakang UTM Jln Semarak) utk anak2 yatim & miskin di kawasan berhampiran (Keramat etc). beliau memerlukan dana sebanyak RM10,000 utk memulakan Taska ini (sewa rumah RM2000/bulan) .

harap dapat war2kan email ini utk membantu mereka ini.

Wasalam

Syd Publish time 25-9-2006 09:40 AM

Asuhan ibadah keutamaan Rumah Aman

http://www.utusan.com.my/pix/2006/0925/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01_big.jpg
ANAK-ANAK yatim Rumah Aman sentiasa dipantau oleh guru-guru termasuk ketika di meja makan.
--------------------------------------------------------------------------------

TIADA yang lebih menggembirakan hati seorang anak selain dapat bersama keluarga terutama ibu dan bapa. Apatah lagi pada bulan Ramadan ini. Inilah saat anak-anak ini hendak bermesra dengan ibu bapa dan keluarga sambil menikmati hidangan dan berterawih.

Namun tidak semua anak-anak dapat merasai kebahagiaan yang disebutkan itu khasnya pada bulan yang mulia ini. Ada di kalangan mereka telah kehilangan orang tersayang.

Sempena kehadiran Ramadan, wartawan RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH dan jurugambar NAZERI ABU BAKAR menyingkap pengalaman kanak-kanak yatim piatu Rumah Aman, Shah Alam, Selangor untuk berkongsi pengalaman mereka berpuasa.

Pengetua Rumah Aman, Abdul Rahman Dakri, 60, memberitahu, setiap kali tiba bulan puasa, aktiviti harian penghuni rumah kebajikan itu tidak banyak berubah daripada bulan biasa. Selain solat berjemaah, mengaji al-Quran dan terlibat dalam kelas fardu ain, penghuni akan melakukan solat terawih dan bangun bersahur.

揝ebenarnya tidak kira bulan puasa atau tidak, perkara yang asas atau wajib tetap dilakukan. Saya akan menjelaskan kepada penghuni yang saya anggap seperti cucu sendiri bahawa bulan puasa ialah bulan untuk melahirkan rasa empati kepada orang yang masih kebuluran di luar sana.

揚uasa bukan sahaja bererti menahan diri daripada makan dan minum, tetapi lebih kepada aktiviti menambah pahala. Masa berpuasa inilah kita dapat tengok pelbagai gelagat anak-anak yatim ini kerana ada antara mereka yang masih belum mengerti definisi puasa,拻 jelasnya.

Abdul Rahman, 60, menambah, pada bulan puasa beliau mahu mendidik kanak-kanak itu supaya melakukan banyak pahala dan kebaikan.

揚ada peringkat kanak-kanak, kita perlu melatih mereka untuk bersabar. Bak kata pepatah, biar melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

揝aya beritahu mereka bahawa sebenarnya mereka amat bertuah kerana dapat melakukan perkara yang baik dalam bulan mulia ini. Jika mereka masih berada di luar Rumah Aman, belum tentu mereka dapat menghayati pengertian Ramadan,拻 ujarnya.

Seperti rumah-rumah kebajikan lain, kanak-kanak itu juga mendapat banyak jemputan berbuka puasa di luar tetapi Abdul Rahman menetapkan agar sesiapa yang ingin memberi sumbangan berbuka puasa supaya mengadakannya di Rumah Aman.

揕angkah ini penting untuk memastikan kanak-kanak ini tidak terlalu seronok dan mengabaikan ibadat wajib yang lain. Setiap menu yang disajikan juga akan dipastikan tahap kebersihannya terjamin,拻 jelasnya.

Abdul Rahman berpendapat, pendidikan agama penting untuk kanak-kanak agar mereka dapat mencari hala tuju yang betul dalam kehidupan apabila dewasa.

揔ita perlu warnai kehidupan mereka dengan kaedah yang betul supaya perjalanan hidup mereka nanti lebih terjamin dan memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama,拻 katanya.

Sementara itu, wartawan Utusan Malaysia juga dipertemukan dengan beberapa anak yatim yang mungkin kurang mengerti tujuan sebenar kedatangan kami.

Abdul Rahman memperkenalkan beberapa orang kanak-kanak yang berusia tiga dan enam tahun.

Menurut Abdul Rahman, mereka berasal daripada keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan.

Ada antara mereka begitu teruja dengan kemudahan yang disediakan sewaktu mula-mula tiba di Rumah Aman.

Apabila diajukan soalan mereka petah berkata-kata dan agak malu-malu bila sesekali diusik.

Bagi pasangan kembar berusia enam tahun Zahirudin Amdan dan Zahirulhaq Amdan, mereka gembira menjalani ibadah puasa di Rumah Aman.

Tahun ini merupakan tahun kedua mereka berpuasa di situ dan pastinya pengalaman yang diperoleh tahun lalu merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

揇ulu ibu yang mengejutkan kami untuk bersahur. Di sini kami diajar bangun sendiri,拻 kata Zahirudin.

Walaupun dilanda perasaan sedih kehilangan ibu bapa, Muhammad Asyraf Hakimi Zul Abidin, 6 dan Mohammad Nor Amirul Shah Mokhtar, 6, tetap bersyukur kerana mereka masih ada kawan-kawan dan guru-guru untuk menemani mereka pada bulan puasa ini.

揥alaupun tidak dapat bersama keluarga pada bulan puasa ini, suasana di sini dapat mengubat kerinduan kepada ibu dan bapa.

揧ang seronoknya di sini kami bagaikan sebuah keluarga dan sering tolong-menolong,拻 jelas Mohammad Nor Amirul

Pada tahun ini, Mohammad Nor Amirul Shah yang kehilangan kedua-dua orang tuanya dan tidak mempunyai saudara-mara akan mengikut gurunya di Rumah Aman pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Muhammad Hishamuddin Badiuzaman, 4, mengakui kadangkala dia rindukan orang tuanya. Tapi apakan daya mereka telah pergi meninggalkannya.

揔adang-kadang saya rindukan emak dan ayah tetapi di sini saya ada abang dan guru-guru,

Syd Publish time 27-9-2006 09:25 AM

INGIN MENYUMBANG SESUATU UNTUK ANAK-ANAK YATIM?

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita bersama-sama bersedekah dan membuat sedikit amal jariah di samping mengembirakan hati kanak-kanak yang comel-comel ini. Just in the event that you are looking for an orphanage home to channel your contribution or to become a volunteer, I have a contact of Rumah Nurhikmah which can be one of your option to visit. "Sebuah rumah wakaf, sumbangan Allayarhamah Hj Aminah, menjadi tempat berteduh kepada anak-anak yang kurang bernasib baik, terdiri dari anak-anak yatim, anak- anak ibu tunggal dan anak-anak terbiar. Terletak di Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan" Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang, Selangor kini dihuni oleh 60 orang anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Perbelanjaan bagi setiap hidangan makan ialah diantara RM150 hingga RM200 . Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim Nur Hikmah. Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Urusetia Sahur Nur Hikmah, Sdra Ahmad Fadzil Ahmad , akaun MAYBANK 514301119388 . Selepas anda melakukan pemindahan wang, sila SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan. Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut. Semoga sumbangan anda diberkati Yang Maha Esa...Amin

http://photos1.blogger.com/blogger/5817/3082/320/pics2.0.jpg

link: http://kissfeez-foryou.blogspot.com/

jamaljermii Publish time 28-9-2006 01:33 PM

Reply #77 Syd's post

Sekiranya memerlukan Photographer percuma untuk aktiviti2 anak2 yatimboleh la menghubungi saya Jamal di talian 013-369 3018.

Syd Publish time 2-10-2006 09:40 AM

Ramadan bawa sinar baru kepada anak yatim
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KEDATANGAN Ramadan, kepada sesetengah orang, disambut seperti hari-hari biasa tanpa menyedari keistimewaan serta ganjaran kebaikan berganda bagi umat Islam yang melakukan amal ibadat pada bulan yang mulia ini.

Namun, bagi anak-anak yatim yang berusia antara lapan hingga 17 tahun di Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra (Datar), Alor Star, Ramadan bagaikan membawa sinar dan harapan yang amat bermakna dalam hidup mereka.

Sebelum ini mereka tidak pernah berpuasa dan berbuka dengan pelbagai juadah menyelerakan atau bersembahyang terawih bersama keluarga ekoran kesempitan hidup yang dialami.

Keadaan kini telah berubah. Kehidupan di rumah anak yatim itu mengubah hidup mereka. Asuhan dan didikan yang diterima memberi mereka peluang untuk menimba ilmu bagi menjadi manusia berguna.

Sempena kedatangan Ramadan, mereka mula menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang ingin menyumbang termasuk CNI Holdings Sdn. Bhd. yang menghulurkan sumbangan berupa alat air hidup Waterlife dan barangan lain sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis penyerahan sumbangan itu beberapa penghuni Rumah Datar sempat ditemui dan mereka menceritakan mengenai kehidupan mereka di situ.

Menurut Mohd. Haikal Mohd. Rozi, 10, dari Kampung Kalai, Jeniang, Sik, Ramadan tahun lalu merupakan pengalaman pertamanya menunaikan ibadah puasa. Dia berharap dia dapat berpuasa penuh pada tahun ini.

揝aya tidak pernah berpuasa sebelum ini, tetapi apabila saya datang ke sini, ada ustaz yang membimbing dan mengajar kami berpuasa dan bersembahyang terawih bersama-sama.

揗ula-mula memang saya selalu curi-curi masuk tandas untuk tidak berpuasa tapi sekarang saya tahu kalau masuk tandas pun Allah nampak kita tidak puasa,

Syd Publish time 2-10-2006 02:55 PM

via e-group

Assalamualaikum, Ramadhan Karim,

Kepada mereka yang sudi untuk membantu menyiapkan
rumah anak yatim di Acheh yang sedang dalam pembinaan
tetapi kekurangan wang untuk disiapkan Ramadhan ini
sila salurkan kepada Sdr Mohd Sufian EXCO Yayasan Amal
Malaysia tal 013-3589328 e-mel : xupmxutm@yahoo. com
atau Sdr Rozmal Malakan tal 012-2267406 e-mel :
rozmal@yahoo. com

Berikut SMS yang baru diterima daripada Sdr Sufian :
揟olong carikan sumbangan untuk bina bangunan anak
yatim Acheh, Mungkin bulan September last kerja, duit
dah habis bangunan belum siap. Latest dah bayar RM
7,200 kepada kedai hadrware di Meulaboh, Acheh untuk
duit simen konkrit tingkat satu. Tkasih
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan


ADVERTISEMENT