sherrina Publish time 20-6-2007 12:12 AM

Reply #156 MamaIlya's post

Bleh kasi details pasal lokasi tempat?

faridali Publish time 25-6-2007 03:03 PM

akum rakan2....saya farid...dari syarikat littlecash sdn bhd...buat makluman semua pihak kami akan mengadakan program sumbangan majlis berbuka puasa pada 1-27 ramadhan 1428/2007 ni. Program ini dianjurkan bagi bertujuan utk meraikan anak2 yatim..warga emas dan golongan OKU melalui tajaan drp syarikat2 korporat,badan berkanun dan org perseorangan. Program ini akan diadakan di 3 buah tempat iaitu Kompleks Taman Seni Islam Selangor,Laman Budaya Tasik Shah Alam dan Kelab Shah Alam. Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari mana2 pihak yg berminat serta penyertaan dari badan2 kebajikan di negeri selangor ini. Buat masa skrg,kami telahpunmendapat senarai rumah2 kebajikan tetapi bilanganya terhad. Terima kasih kepada forumers yg memberi maklumat tentang rumah2 kebajikan disini.
semoga diberkati Allah S.W.T.sekian



Mohd Farid Ali
Little Cash Sdn Bhd / Restoran Ani Sup Utara
019-3070288

nalang Publish time 26-6-2007 03:59 PM

Rumah Amal Limpahan Kasih-puchong

Hi Tea Amal Mesra Kasih 7 Julai 2007 http://bp3.blogger.com/_5xDNL8StF9o/Rmy_2Q_QdlI/AAAAAAAAAHk/9zpTaKg-O0E/s320/RALK_HiTea.GIF
Rumah Amal Limpahan Kasih
Pejabat urusetia: No 49, Jalan BP 11/3, Bandar Bukit Puchong 2, 47100, Puchong, Selangor.
Tel: 03-80618050 / 03-80601770 Fax: 03-80684640
email : limpahankasih@gmail.com / rabaah9@streamyx.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6 Jun 2007

http://limpahankasih.blogspot.com/

MEMOHON TAJAAN DAN SUMBANGAN SEMPENA 揚ROGRAM HI - TEA AMAL MESRA KASIH

Syd Publish time 23-7-2007 10:20 AM

http://www.nurhikmah.org.my/home/templates/mus0406/images/image_01.jpg

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikma h.org.my

Asalamualaikum dan salam sejahtera
   
Keutamaan memelihara anak yatim
1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga
2. Dihindarkan dari musibah
3. Menjadikan rizqi berkah dan bertambah
4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya
5. Dimudahkan urusan-urusannya
6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang
7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (www.nurhikmah. org.my) ditubuhkan khusus untuk membantu anak-anak yatim dan terbiar diseluroh Malaysia. Penubuhannya adalah bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kerja-kerja kebajikan secara menyeluroh.

Keperluan yang terdekat ini ialah untuk membiayai 70 orang anak-anak yatim yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2007. Kami memerlukan bantuan dalam bentuk tajaan yuran tuisyen untuk anak-anak ini.



Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030, letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.

Yahoo Group: http://groups. yahoo.com/ group/nurhikmah/
Laman Web : http://www.nurhikma h.org.my

EMAIL: presiden@nurhikmah. org.my

Syd Publish time 23-7-2007 10:35 AM

via email

Sebuah lagi asrama anak anak yatim dan miskin memerlukan bantuan kita:

NAMA : Asrama Anak-Nak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia
Nurul Huda
ALAMAT : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Darul Ridzuan
PENGHUNI : 40 Orang Anak Anak Yatim Dan Miskin
PENTADBIR : En. Shaharuddin Bin Razali
TEL : 05-2011391 / 012-2707619
lagi berita dan foto di dalam


Almari yang telah usang dan pecah dapur juga perlu ditambah kerana dapur yang ada tidak sesuai untuk kegunaan memakan dalam jumlah yang ramai. Alat tulis juga didaati tidak sempurna, didapati pensil yang tidak mengcukupi dan telah terlalu pendek serta anak-anak ini tidak mempunyai sebarang pensil warna dan alat geometri bagi yang bersekolah menengah.

Setor juga tidak memuaskan dengan tidak mempunyai bekalan biskut, milo, susu dan tepung bihun dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana pihak pengurusan kekurangan dana dan memumpukan perbelanjaan makan rutin sahaja seperti makan T/H dan malam.
Asrama atau tempat tidur yang sedia ada untuk anak-anak perempuan tidak lengkap dengan bilangan tilam an katil yang tidak mengcukupi serta almari pakaian.

Justeru itu kami merayu simpati dan belas ikhsan tuan/puan untuk tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan anda sebarapa ikhlas terutama untuk membeli peralatan asas untuk pendidikanseperti alatulis dan buku-buku.

Semuga Allah jua yang membalas budi tuan/puan.


salam

anuar rani - 0195551604


http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/budimulia.jpg

http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/budimulia2.jpg

http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/budimulia3.jpg

http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/budimulia4.jpg

http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/budimulia5.jpg

http://i40.photobucket.com/albums/e242/Syd_Odisi/budimulia6.jpg

Mas916 Publish time 23-7-2007 12:02 PM

ada list rumah org2 tua tak...

Syd Publish time 23-7-2007 12:48 PM

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=170091&highlight=orang%2Btua%2BSyd

Syd Publish time 8-8-2007 11:38 AM

Pahala besar jaga kebajikan anak yatim

SAYID Qutub berkata: Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka.

Dahulu sesetengah penjaga anak-anak yatim itu mencampurkan makanan anak-anak yatim dengan makanan mereka. Harta anak-anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan kadang-kadang berlaku penganiayaan terhadap anak-anak yatim.

Sejak itu, orang-orang yang bertakwa merasa keberatan (untuk makan bersama anak-anak yatim) hingga mereka asingkan makanan anak-anak yatim daripada makanan mereka.

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: 揗emperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya

qasih2000 Publish time 28-9-2007 09:01 AM

saya tengah cari...yayasan yang ditubuhkan oleh seorang perempuan yg sanggup unt menjaga anak-anak yang dijangkiti hiv/ aids..kalau taks ilap nama dia lina

sesapa yg tahu dan ada info seperti alamat dan no. tel bolehla dicatatkan disini..

Syd Publish time 9-10-2007 09:36 AM

Dua beradik menyimpan kerinduan
Oleh Zuhayati Yazid


http://www.utusan.com.my/pix/2007/1009/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01_big.jpg
APA agaknya yang ditunjukkan oleh Mohamad Nor Fadli Mohktar (kanan) kepada adiknya, Mohamad Amirul Sham.
--------------------------------------------------------------------------------




Info Rumah Aman
Rumah Aman Berhad ditubuhkan untuk membantu anak-anak yatim atau kanak-kanak yang tidak berkemampuan dan miskin. Rumah Aman kini didiami kanak-kanak lelaki yang berumur antara tiga hingga lapan tahun.

Rumah ini dibiayai sepenuhnya oleh wang sumbangan orang ramai dan pemberian zakat.

Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah komputer, perpustakaan, surau dan bilik guru.

Anak-anak di Rumah Aman digalakkan menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Malaysia sebagai bahasa seharian.

Orang ramai yang ingin mengetahui secara lanjut tentang Rumah Aman boleh menghubungi talian 03-55190107 atau e-mel: amanku@streamyx.com atau melayari laman web: www.rumahaman.com. Alamat: Rumah Aman, Lot 2A, Jalan Bunga Cempaka 2/11, 40000 Shah Alam, Selangor.

MENDENGAR bait-bait lagu Cahaya Aidilfitri dendangan Black Dog Bone ini pasti ada air mata yang tumpah dan rindu yang terusik lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah.

Mungkin perasaan sama ingin dikongsi oleh dua adik-beradik ini, Mohamad Nor Fadhli Sham Mokhtar, 8, dan adiknya, Mohamad Amirul Shah, 7, cuma bezanya usia mereka terlalu mentah untuk mengungkap rasa rindu dan kekosongan berikutan ketiadaan insan yang disayangi.

Bukan kemahuan mereka untuk bergelar anak yatim piatu pada usia semuda itu. Pemergian orang tuanya menemui Maha Pencipta dua tahun lalu, membawa dua beradik ke Rumah Aman, sebuah rumah kebajikan yang memberi teduh kepada anak-anak yatim dan miskin di Shah Alam, Selangor.

Rasa sedih disimpan kejap dalam kantung hati mereka, sebaliknya sentiasa menampilkan wajah ceria dengan saling usik mengusik sebagaimana lazim ditunjukkan kanak-kanak seusia mereka.

Bahkan senyuman yang sentiasa terukir pada wajah dua beradik ini sedikit sebanyak menghiburkan penghuni yang lain.

Pasangan adik-beradik ini berasal dari Kelantan dan mempunyai seorang lagi abang yang menghuni Rumah Anak Yatim di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Selepas dua tahun menghuni Rumah Aman, buat pertama kali dua beradik ini akan menyambut Aidilfitri bersama abang, nenek dan saudara-mara lain di kampung.

Menurut Pengetua Rumah Aman, Khalid Nor Shah, setiap musim perayaan atau cuti sekolah pihaknya akan menghantar surat kepada waris terdekat bagi memberitahu bahawa mereka boleh menjemput dua beradik itu untuk bercuti di kampung.

Malah, bagi memastikan kanak-kanak yang tinggal di rumah tersebut tidak terputus hubungan dengan ahli keluarga, setiap bulan akan diperuntukkan satu hari untuk keluarga datang menziarah.

揟ahun lepas Mohamad Nor Fadhli Sham dan adiknya beraya di sini, tapi kali ini, keluarganya dari Kelantan sudah bersetuju untuk datang menjemput mereka bercuti raya selama seminggu,

sherrina Publish time 13-10-2007 04:23 PM

Reply #169 qasih2000's post

ini agaknya laman webnya. Pernim.
http://www.pernim.com/

Sayang_dia Publish time 25-1-2008 12:33 PM

Originally posted by Syd at 29-7-2005 02:32 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Lokasi:

Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Sentul, KL                     
                                                                           
No 5 Kampung Bandar Dalam 6/4,                                             
                                                                           
51100 Sentul, KL                                                         
                                                                           
03-4022 2404   

Keluar dari MRR2 ke Sentul,                                                
                                                                           
bila sampai di lampu isharat:                                             
                                                                           
belok ke kiri menuju Setapak                                             
                                                                           
(kalau kanan : ke pekan Sentul).   .

kalo guna public transport, camne ye? senang tak?

nak buat amal tp xde kenderaan sndri :L

Syd Publish time 25-1-2008 01:51 PM

Reply #169 qasih2000's post

maaf, lambat reply.

baru terbaca.

http://forum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=167941&highlight=PERNIM%2BSyd

aiharanaoki Publish time 9-2-2008 11:45 AM

aku byk pakaian yg tak pakai.elok lagi.kl antar kt rumah anak yatim ni ok ke?

Syd Publish time 23-4-2008 03:20 PM

Rumah Amal Baitul Fitrah naungi 30 anak yatim

Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID


http://www.utusan.com.my/pix/2008/0422/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_01.1.jpg
SEBAHAGIAN daripada anak-anak yatim penghuni rumah amal ini mesra bersama Masliza Abu Bakar (berdiri kiri). Gambar ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

--------------------------------------------------------------------------------



Kematian ibu atau bapa akan menyebabkan anak-anak merasa kekosongan dalam diri mereka. Hilangnya belaian kasih sayang dari orang tua serta tempat untuk berlindung menjadikan anak-anak ini dihantui perasaan sedih.Selain kehilangan kasih sayang, keperluan hidup mereka juga tidak lagi seperti sebelumnya. Makan, minum, pakaian dan lain-lain juga turut berubah seiring dengan pemergian yang tersayang.

Realiti kehidupan masyarakat hari ini menunjukkan bahawa kebanyakan anak yatim yang tidak mendapat perhatian sewajarnya akan mengharungi kehidupan yang begitu sukar, perit dan menyedihkan.

Umum mengetahui bahawa Islam adalah satu agama yang menitikberatkan soal kasih sayang. Ia menekankan kepada kita agar tidak menyisihkan dan mengabaikan anak yatim terutama yang datang dari keluarga yang serba kekurangan dan tidak berkemampuan.

Anak-anak ini juga memerlukan belaian dan kasih sayang serta keperluan hidup seperti makan, minum dan pakaian seperti manusia yang lain. Ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang mendatang dengan harmoni dan bahagia.

"Sebagai seorang Muslim, rasa tanggungjawab itu perlu ada lebih-lebih lagi bagi menjaga golongan-golongan seperti mereka ini," ujar pengasas Rumah Amal Baitul Fitrah, Masliza Abu Bakar, 38.

Menurutnya, anak yatim juga memerlukan pembelaan yang sewajarnya supaya pelajaran dan kehidupan mereka tidak terabai disebabkan kekurangan dari segi wang dan lain-lain untuk menampung kehidupan mereka.

Rumah Amal Baitul Fitrah memulakan operasinya pada tahun 2006 dengan permulaan penghuninya seramai 16 orang dan hanya menyewa rumah flat untuk anak-anak ini berteduh ketika itu.

Kini, Rumah Amal Baitul Fitrah telah berpindah ke rumah teres semi-D di No. 3 Jalan Desa 2/1, Bandar Country Home, Rawang. Rumah ini menempatkan seramai 30 anak-anak yatim selain menjaga kebajikan 20 ibu tunggal.

Masliza berkata, rumah itu menempatkan anak-anak yatim perempuan, manakala yang lelaki masih tinggal di rumah flat yang lama.

"Apabila ada majlis keraian seperti Maulidur Rasul, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal ini akan berkumpul di sini," katanya yang mesra dengan panggilan Ummu Liza di kalangan penghuni Baitul Fitrah dan rakan-rakan.

Kata beliau, rumah ini tidak mengamalkan disiplin yang ketat kerana pengasasnya mahukan suasana kekeluargaan di dalamnya.

"Setiap anak-anak ini kita didik dan berikan kasih sayang seperti seorang ibu kepada anak-anaknya. Kita tidak mahu mereka terasa tersisih dengan kekurangan yang dimiliki.

"Apabila ada kesempatan, kita akan membawa anak-anak ini bercuti selain menghantar mereka ke kem-kem motivasi supaya pelajaran mereka tidak terabai," katanya.

Menurut Ummu Liza lagi, anak-anak yatim ini menunjukkan prestasi pelajaran yang boleh dibanggakan berbanding sebelumnya.

"Di sini, mereka akan diberikan tuisyen oleh guru-guru yang secara sukarela mengajar mereka. Kita adakan tuisyen seperti matematik dan bahasa Inggeris untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan," jelasnya.

Melihat persekitaran rumah yang didiami oleh anak-anak ini, sebak mula menyelubungi diri. Di ruang bawah rumah ini terdapat sofa, televisyen dan meja makan hasil sumbangan orang ramai. Ruang yang kecil itu juga turut menempatkan barang-barang sumbangan seperti pakaian dan tilam selain kerusi untuk mereka belajar. Almari yang ada juga tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana terlalu uzur.

Kata Ummu Liza, rumah teres ini memiliki empat buah bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan katil dua tingkat. Untuk bilik utamanya, diletakkan seramai tujuh orang di dalamnya.

"Rumah ini walaupun dua tingkat tetapi ia masih belum dapat menampung mereka ini. Sebab itu, kita cari rumah lain untuk menempatkan anak-anak kecil supaya tidak mengganggu yang dewasa untuk belajar," ujarnya.

Selain itu, rumah amal ini juga hanya memiliki sebuah van lama yang digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anak ini dari sekolah.

Menurut Ummu Liza, dia terpaksa menjadi pemandu sementara untuk anak-anak ini kerana ketika ini mereka tidak mempunyai pemandu.

"Pemandu yang lama terpaksa berhenti kerana tidak sihat dan kita dalam proses mendapatkan pemandu yang baru bagi memudahkan segala urusan.

"Dengan berbekalkan sebuah van lama ini, kami membawa anak-anak ini untuk pergi bercuti. Terpaksalah kami berulang-alik mengangkut mereka kerana tidak mempunyai kenderaan yang cukup. Kadang-kadang, ada juga guru-guru tuisyen ini menggunakan kenderaan mereka," katanya.

Tambahnya lagi, setiap sumbangan bukan sahaja digunakan oleh mereka namun ia turut diagihkan kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang lain.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Ummu Liza di talian 012-2663649 atau terus melalui akaun Maybank bernombor 562012001955 atas nama Pengurusan Baitul Fitrah.

Syd Publish time 9-6-2008 09:29 AM

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikma h.org.my   



Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

MELALUI MAYBANK
Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030, letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.

MELALUI CIMB ONLINE Caranya ialah : 1. Login ke https://www. cimbclicks. com.my/ 2. Pilih Pay Bills 3. Pilih Akaun Anda (Payment From) 4. Pilih Payment To >> Payee List 5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah 6. Masukkan Nama Anda (optional) 7. Masukkan Contact No. (optional) 8. Masukkan Jumlah 9. Tekan Submit   ------------ --------- --------- --------- --------- -------

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAHNo. Pendaftaran : 646393-ANo. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.Telefon / Fax : 03-87332411 Laman web : www.nurhikmah. org.myEMAIL: presiden@nurhikmah. org.my
Yahoo Group: http://groups. yahoo.com/ group/nurhikmah/

Syd Publish time 9-6-2008 09:48 AM

RUMAH SIRAMAN KASIH (001738315 - M)

MENUMPANG PEJABAT KAFA YKPPM :

No.18-1, , Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,Rawang, SelangorD.E.

Telefon : 03-67331690 / 016-3313546 / 016-3313522

Syd Publish time 9-6-2008 09:54 AM

PELAWAAN MENJADI PENAUNG BAGI RASK

Assalammualaikum wrt.wbt.

Terpanggil kami setelah membuat lawatan ke Rumah Amal Siraman Kasih (RASK) untuk membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik di sini. Rombongan pengurusan & kaki tangan Pusat Pengajian Ummu Ain telah melakukan lawatan ke pada hari Ahad bersamaan 10 Februari 2008.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengajian Ummu Ain sedang berusaha untuk mencari penaja dan penyumbang-penyumbang bagi membiayai keperluan RASK ini.

BUAT MASA TERDEKAT INI KEPERLUAN YANG UTAMA IALAH :

A. Barang-barang keperluan dapor - anak-anak di sini ditaja makan minum mereka oleh Kafeteria Ikhwan, yang terletak berhampiran dengan . Walaubagaimanapun ianya hanyalah untuk makan tengahari dan makan malam. Antara keperluan dapor ini ialah : beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang seumpamanya

B. Melunaskan sewa bulanan bangunan dan utiliti (api dan air)

C. Keperluan Rumah : Peralatan memasak, Alat pandang-dengar, Kipas angin, mesin basuh dan seumpamanya.

D. Membuat papan tanda atau banner, agar masyarakat sekitar sedar akan kewujudan , dengan itu mereka sendiri boleh melihat bersama keperluan anak-anak ini.

E. Permainan Taman, Alat Bantuan Mengajar (ABM), Permaianan Kanak-kanak samada baru atau terpakai.

F. Tidak lupa juga: Pejabat memerlukan sebuah computer baru

akulynn Publish time 10-10-2008 10:18 AM

thanks to pembuka thread.baru hari ni aku melawat board ni.:L :L

Acong Publish time 26-10-2008 09:07 PM

:'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'(
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13
View full version: Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan


ADVERTISEMENT