CoKeLat-RaWkZ posted on 10-3-2004 09:48 AM

[kompilasi] AYAM & DAGING

Ayam Bakar

Tentu jemu asyik makan nasi jer hari-hari...nak tukar selera lain lah pulak...apakata kita cuba buat ayam bakar dan makan ngan roti...bila dan rasa tentu syok...pokoknya  rajin sikit...tapi berbaloi...


AYAM BAKAR

1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg) bersih dan keringkan

2  s/b madu                                                
1  s/b air limau nipis atau limau kasturi          (kacau dan sapu pada ayam
2  s/b chicken marinade                                perapkan 1 atau 2 jam)

1  labu bawang besar  - belah 4 tapi tidak putus   

2  kuntum bunga lawang                                    
5  kuntum bunga cengkih                                     bahan A
2  biji buah pelaga                                               
2  inci kulit kayu manis                                         

5  biji kentang  kecil  - buang kulit

CARA:

1.        Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.

2.        Lumurkan ayam dengan bahan perap dan biarkan  1 atau 2 jam.

3.        Masukkan bahan  A kedalam perut ayam.

4.        Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.

5.        Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.

6.        Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.

7.        Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan baker lagi sehingga masak dan lembut.

8.        Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam diatasnya.

9.        Tuangkan sos lada hitam atas ayam.


SOS LADA HITAM

Air ayam dari ayam bakar tadi

2 s/b sos lada hitam
1 s/b tepung jagung                     
                                                       bancuhkan
1 cawan  air                                 


CARA MASAK

Masak semua bahan dan tuangkan atas ayam.




SALAD

Tomato
Salad bulat
Timun
Bawang besar
Cili Besar Hijau dan Merah
1 cawan mayonis

CoKeLat-RaWkZ posted on 10-3-2004 09:52 AM

AYAM GARLIC BERCENDAWAN [by AntiQue]

Bahan
Garlic
Ginger bebanyak
Chicken
minyak
sos tiram
kicap manis
gula
garam
corn flour

Cendawan

First skali rendam cendawan dalam air lelama. Garlic, ginger, chicken, minyak, sos tiram, kicap, gula, garam dan corn flour tu campur sumer and perap lah 4-5 jam. Dah siap perap tu jerang je dalam periuk sekali dengan cendawan tu.

CoKeLat-RaWkZ posted on 10-3-2004 09:54 AM

Ayam masak ketumbar [by ninoZ]

ayam - dipotong kecil, pastu marinate dgn sos tiram, sedikit garam n gula
taucu- basuh n toskan
garlic - chopped

di sangrai kemudian ditumbuk halus/blend
ketumbar
jintan manis
jintan putih
sedikit lada hitam

garam n gula secukup rasa
daun ketumbar - dipotong kasar
air
chicken stock/granules
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumis garlic, pastu masukkan taucu, kacau till aromatic
masukkan rempah kisar..kacau seketika then masukkan ayam..tutup kuali n biar seketika pastu masukkan air, stok n daun ketumbar
renih sampai ayam empuk..perisakan garam n gula..pastu masak hingga pekat
siappp!!

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:23 PM

ayam Masak berkari

Ayam - dipotong kecil
sedikit bawang putih - chopped
sedikit halia - finely sliced
bawang beso - diced
rempah kari ikan
sedikit serbuk cili jika suka
cili hijau - potong memanjang
tomato - potong baji
air
minyak utk menumis
garam gula secukup rasa

panaskan minyak, tumis garlic dgn halia till golden pastu masukkan diced onion..bior translucent..pastu masukkan rempah kari n rempah cili, kacau seketika kemudian tambahkan air sket n masukkan ayam...
biar merenih sampai hilang bau rempah n ayam empuk..perisakan garam gula secukup rasa
masukkan  hirisan cili n tomato apabila ayam hampir masak...renih lagi sampai pekat
siapp utk dihidangkan...

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:24 PM

Hati ayam msk lada hitam

hati ayam - marinate dgn sos tiram, kicap manis kipas udang n kicap cair maggi
bwg beso - potong gegelang
halia muda - hiris nipis
garlic - chopped
spring onion - finely sliced
lada hitam - tumbuk kasar
limau nipis
sedikit minyak bijan
minyak masak

panaskan minyak, tambah minyak bijan sket, saute garlic dgn halia  n spring onion till aromatic, tambah lada hitam..kacau seketika
masukkan hati ayam serta seasoning nyer..kacau rata [ api bior kuat sket]
masukkan bwg beso..kacau lagi hingga hati tu masak..tambah air sket jika perlu
season garam gula secukup rasa..perah limau nipis sket..

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:25 PM

Ayam dengan Nenas

Bahan :
Daging ayam tanpa tulang dipotong kecil
Nenas dalam tin dipotong kecil
3 sudu rempah kari ayam
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 inci halia
bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga
garam secukup rasa
minyak menumis
Setangkai daun kari

Cara :
Tumiskan bawang putih dan halia, masukkan segala bunga yang lawang, yang cengkih, kayu kayan dan buah-buahan. Masukkan daun kari, lepas tuh masukkan rempah kari. Kacau sampai rempah kari agak-agak masak, masukkan ayam. Then masukkan nenas dan bawang besar. Kacau lagi... better kalau campurkan juga air dari dalam tin nenas tu sikit.. dia akan rasa manis-manis masam gitu..

Sesiapa yang nak tambah pedas bolehlah potongkan cili..

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:26 PM

ayam malas

Bahan

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:27 PM

Ayam goreng rempah

Nak nyibuk gak.. tapi dah buat resepi nie byk kali.. mudah dan sedap dimakan begitu sajer..

Ayam dipotong2.. buang kulit
rempah kari daging
sikit garam
sikit gula

cara:

gaulkan semua bahan2 diatas dengan ayam.. pastu goreng.. abis citer! dah bleh makan..

Ayam goreng berempah II

Ayam.. potong2
lada hitam
bawang merah
bawang putih
halia
sedikit rempah kari
sos tiram
kicap
cili kering (blander)

Cara:

lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia kena tumbuk. Pastu gaul dan perapkan kat ayam tu.. campur sekali dengan sos tiram sikit, kicap sikit dan cili kering yg diblander tadi sikit gak (satu sudu cukup kot).
Then perap laa dalam 15 minit, then goreng

ayam goreng berempah

Bahan2

A
Bawang besar
bawang putih
halia
cili giling
kunyit
telur
garam
lada hitam
jintan manis

semua bahan  dikisar halus lada hitam & jintan tu kisar guna blender kering campur semua ( jgn blender ngan air byk) . nak blender bahan basah tu tak guna air pun tak per just telur tu dah cukup dah pecah kan terus dlm blender tu. that way dpt rempah2 yg pekat. peh tu masukkan sikit tepung jagung just nak kasi dia coat ayam baik nyer. perap ayam dlm bahan2 tu semua.

peh tu goreng ler.

tambahan:
cili or any rempah leh omit optional .....
ikut cerativiti masing2 ler

kalau nak buh madu pun leh ngan rempah2 tu tapi tak payah buh cili & lada hitam.  peh tu perah lak lemon.
jadik ler ayam honey lemon

basic dia bawang besar, bwg putih , halia. telur & tepung jagung

ayam berempah sempoi

ayam
serbuk kunyit + rempah kari
ketumbar biji yg ditumbuk - skett aje
tepung gandum - sket aje
daun kari - byk2 pun tak pe
garam n gula secukup rasa..

gaul.. perapkan kejap
pastu goreng..
siappp

Ayam Goreng Berempah Cok Style

Ayam (dipotong sederhana besar), kalo tanak boleh pakai sayap dia..
serbuk cili
serbuk lada putih
serbuk rempah tumis (rempah tumis yang dikisar)
serbuk kunyit
serbuk halia
garam
ajinomoto

gaul je semua tuuuu.... perap selama 15 minit pastu goreng lam minyak panas...


Ayam goreng ala Cranko

bahan2

1 kilo kepak ayam
8 biji bawang putih - mesin halus
1 sudu makan bicarbonate soda
2 sudu makan serbuk kari
garam secukup rasa

- gaul bahan2 tadi dan perapkan utk sekurang2nya 20 minit.

1.5 cwn tepung beras
4 sdm tepung gandum
sedikit air

- campurkan tepung bersa dan tepung gandum ngan sedikit air hingga mendapat tektur yg sederhana pekatnya.. campukan ke dlm ayam yg di perapkan tadi dan gaul rata...

Tips :

1.  Bicarbonate tu di guna agar ayam tadi kelihatan gebu dan tak keras....

2. masa mengoreng, jgn dok balik2.. biarkan garing sebelah.. baru balikkan tuk garingkan sebelah lagi..


Ayam Goreng

Bahan2nya:
Ayam (dipotong2)
Bawang merah, bawang putih & halia (dikisar halus)
tepung beras secukupnya.
serbuk kunyit, garam dan gula.
sedikit lada kisar.

Caranya:-
Perap ayam bersama bahan kisar, tepung, kunyit, garam, dan gula. biarkan selama 1 jam baru digoreng


Ayam goreng

tumbuk halia dan lada hitam (sikit je) sampai lumat
gaulkan halia dan lada hitam pada ayam bersama garam, lepas tu masukkan 1 sudu kecil cuka....gaul hingga sebati
lepas tu biar selama 5-15 minit.
lepas tu goreng ngan minyak yang agak banyak.....

cuba la....tok selalu wat cam ni, hasilnya ayam goreng tu agak ranggup, warna kemerahan dan rasanya sedap...


Ayam Goreng ala KFC Hot & Spicy

Bahan-bahan Perap
5 ketul kepak Ayam
5 ulas bwg merah - diblend
4 ulas bwg putih - diblend
3 sudu besar cili boh
1/2 sudu teh garam

Cara2:
Perapkan ayam dgn bahan2 yg diblend, cili, garam selama 30 minit/1 jam.
Kemudian ayam yg telah diperap dikukus selama 15 minit or separuh masak.
Kemudian angkat ayam kukus & tapiskan airnya...

Bahan-bahan salut
2 biji telur putih - dipukul sedikit
Sebarang jenis tepung goreng ayam or tepung KFC (yg ni I beli kat Bake with Yen tepung Hot & Spicy)

Cara2:
Ayam yg telah dikukus tadi dicelup ke dlm telur putih, kemudian gaul rata dgn tepung goreng ayam.
Goreng dgn api perlahan sehingga kuning keemasan/garing.
Bila dah masak hidangkan bersama2 cili sos...



Ayam Goreng:mum's recipe:


Tumbuk bwg putih, jintan putih, jintan manis, ketumbar. Perah jus oren dan parut kulitnya (orange zest) letak tepung jagung tapi sikit je. Pastu goreng. Cubalah..


Ayam Goreng sedap

bwg merah+bwg putih+halia (mesin)
oyster sos, serbuk lada, madu /gula merah, lada hitam, kicap cair, tpg jagung (sikit), garam/sos ikan(sikit)
perapkan ayam (at least sejam) then goreng




ayam goreng[ kismis]

tumbuk bawang putih bersama garam, lepas tu tambah kunyit serbuk dan cili giling sedudu dua.. gaul..

gaul dgn ayam, perap kejap, biasanya setengah jam je. bila nak goreng tabur serbuk kari serata dan goreng..

tapi minyak cepat kotor sebab serbuk kari,t api tak pelah, janji ayam goreng tu sedapp.. ni petua dari florence tan (rasanya betul kot nama) yg kismis tgk kat tibi..

ayam goreng ala india

ada 2 cara

1)  Bawang merah + bawang putih di tumbuk, garam, cili powder, curry powder, telur (1 biji), tepung gandum (2 sudu besar), gaul sebati semua bahan dan kemudian digaulkan pula dengan ayam, biarkan sebentar.  Goreng kan ayam secara deep fry.

or


2)  Bawang putih + halia + kunyit hidup + lada hitam + serai (blend semua).  Garam, oyster sauce dan daun kunyit atau daun kari diracik halus, telur.  Gaul sebati semua bahan dan kemudian digaulkan pula dengan ayam, biar sebentar.  Goreng kan ayam secara deep fry.

p/s Adunan batter boleh di tambah air sedikit demi sedikit sekiranya adunan terlalu pekat.  Jangan pulak terlampau cair, nanti batter tak lekat kat ayam....nanti tak besh....

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 06:53 PM ]

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:28 PM

Ayam masak Thai

Satu setengah kilo ayam
100gm tepung jagung
2 biji telur

ayam dipotong kecik2 saiznya dan dicampurkan dgn lada sulah & garam. Bancuhkan tepung jagung dgn telur ayam. Celupkan ketulan2 ayam & goreng dlm minyak yg mencukupi. Angkat & sejat minyak. Ketepikan ayam2 tersebut.

4 btg serai (dihiris nipis-nipis)
1 kuntum bunga kantan
10 biji cili padi
3 helai daun limau perut
bawang merah 3-4 ulas
kesemua bahan2 di atas dihiris halus2.

4 sudu besar pes tom yam @ 4 kiub kecil perisa tomyam
70 ml stok ayam (dari kiub stok ayam pun boleh)
2 sudu besar mayonis
garam, lada sulah secukup rasa.
Minyak sedikit utk mengoreng bahan2 di atas.

Panaskan sedikit minyak. Gorengkan bawang hingga agak garing. Lepas tu masukkan pes tomyam, stok ayam, mayonis, bahan2 yg dihiris tadi. Kacau sebentar. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan agak kering sikit. Kemudian akhir sekali masukkan ketulan2 ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Setelah dicampur, masak sehingga agak garing sedikit. Kalau rasa dah ok. Maknanya dah siap la masakan tadi. Simple ajer kan. Kalau boleh minyak, tak perlu lah pakai byk. Masakan ni lebih kpd keringan tapi jgn sampai berminyak. Nanti tak sedap

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:29 PM

Ayam goreng merah bermadu

1 ekor ayam
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang utih
3 biji bawang besar
2 sudu besar madu lebah
1 sudu besar cili mesin (cili boh)
1 sudu besar rempah kari
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak masak

1-Ayam dipotong dan dibersihkan. Bubuhkan garam & kunyit. Goreng ayam di dalam minyak hingga garing.
2-Tumiskan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk. Masukkan cili mesin dan rempah kari. Masak hingga garing
3-Kemudian masukkan daun kari, bawang besar dan madu.
4-Akhir sekali, masukkan ayam dan digaul rata. Masak hingga mendidih.

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:33 PM

ayam goreng berempah sate

beli rempah sate
pastu blend bwg, halia,serai..nak tambah ketumbar sket pun boleh..
campo tepung gandum sket
perap pastu goreng

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:35 PM

AYAM GORENG MASAK MERAH

Ini utk hidangan keluarga seramai 6 org

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:36 PM

Ayam Goreng Merah

sekor ayam - cut into pieces..jgn kecik sgt la
satu labu garlic - tumbuk halus
halia 8cm - tumbuk halus
tepung jagung/gandum
sedikit serbuk kunyit
pewarna merah
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

gaulkan ayam dengan semua bahan n marinate semalaman pastu gaulkan dgn garam
goreng terendam dlm minyak yg betul2 panas hingga garing
angkat dah toskan.. siap utk dihidangkan
:D

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:37 PM

ayam goreng cok

kisar halus rempah tumis yang dalam peket tu, pastu mix ngan tepung jagung, tepung beras sikit...

ayam yang dah digaul ngan sedikit garam, perasa, paprik, serbuk halia dan lada sulah, dicelup dlm telur kendian digolek atas campuran tepung tadi....

nak best, golek lam serbuk roti dan goreng

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:39 PM

Ayam Goreng Special

Bahan Utama:
Ayam seekor (potong ikut selera. make sure toskan air biar betul-betul kering)
Oregano (for those yang tak tahu boleh beli kat supermarket brand McCormick.
tapi kalau takde rempah ni pun takpe!)
Garam
Minyak masak
Tepung jagung (2 sudu besar)

Bahan Kisar/Tumbuk:
Halia muda (besar ibu jari)
Kunyit hidup (besar ibu jari)
cili merah/padi (ikut suka)
Bawang Merah (6 ulas)
Bawang Putih (6 ulas)
Lada Hitam (2 sudu besar)
Cuka (satu sudu besar)
Kicap Kipas Udang Lemak Manis (5 sudu besar)
(hehehehe .. siap promote kicap pulak ... but this is the best kicap so far selain kicap Tamin!)

Cara:
1) Ayam diperap dengan bahan kisar, oregano dan garam secukup rasa selama satu jam. Lagi bagus kalau dapat perap selama semalaman.

2) Keluarkan ayam dari peti sejuk dulu ya .. kalau tak, tak masak pulak bahagian dalam ayam.

3) Minyak mesti banyak untuk deep fry. Api sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.

4) Sebelum goreng, campurkan tepung jagung untuk pastikan rempah melekat dan tak tertanggal dari ayam masa menggoreng.

5) Bila dah warna dark brown tu angkatlah untuk dimakan. ayam ni walau dah sejuk tetap ok rasanya, tapi kalau panas lagi power!! hehehehe

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:41 PM

Ayam Black pepper

guna chicken breast saja..takdak bahagian tulang..

sprinkled heavily each side dengan pepper ground kemudian sprinkle dengan garam haluss..tekan2 kasik masuk ..do each side

masukkan a little oil then a bit of butter..grill the peppered chicken for 3 minit..turn over then antoher 3 minutes and then masuk dalam oven

around 15 minutes it will cook..kalo u cut through the breast kalo no juice so it has been in the oven far too long..one way is to pinch the breast after a while in the oven..if it too soft..it needs more time there..so make sure the breast is tender for that means it still juicy and need a couple minutes more for it to cook..k?


pepper sauce.
------------------

in frying pan..a little bit oil..a slice butter..black pepper corn..
jusat saute(api kecik.dan stir selalu) the sauce nicely, amik skit tepung jagung(corn flour) with litter water..stir to make it..smooth kemudian campurkan ke dalam pan tuu..sprinkle garam skit..dan secukup rasa black pepper ground..saute the sauce dalam 5 minit and it is ready

keluarkan ayam dari oven tuu..buh kat pinggan besar putih..pour the sauce on it..garnish dengan salad or baked potatoes..or chipss

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:43 PM

ayam/daging black pepper

hiris daging/ayam..pastu stir fry kejap..pastu set aside
pastu tumis bwg putih yg dicincang byk byk..then lada hitam yg baru dikisar agak2 sume dah macam garing..then taruk sos tiram...tambah air sket kalau perlu..
masukkan daging pastu season dgn garam n gula..
masak agak agak empuk..masukkan susu cair..ikut suka la..kalau nak creamy sket taruk lebih..
bior cam pekat sket..
siappp

kipasmeja posted on 12-3-2004 09:44 PM

ayam black pepper

Ingredients:
2 deboned chicken thighs, cleaned

Marinade (Combine these ground ingredients)
1 1/2 tbsp chilli paste
5 shallots
3 cloves garlic
1 stalk lemon grass
2cm slice galangal
1 tbsp freshly chopped coriander roots
1cm slice turmeric root
1 candlenut

Seasoning
1 tbsp lemon juice
1 tbsp nampla (fish sauce)
1/2 tsp ground black pepper
1/2 tsp sugar

Glaze
2 tbsp honey
2 tbsp olive oil

Method:

Cut diagonal slits on the chicken skin. Combine marinade and seasoning in a small bowl. Brush marinade on both the skin and meat side of chicken. Keep in a plastic container and set aside in the refrigerator for 1 to 2 hours.

Arrange marinated chicken on a grilling tray. Baste with glaze and grill at 220C for 15 minutes, meat-side first.

Turn chicken over and grill on the skin side for 13 to 15 minutes. Halfway through grilling, brush with honey glaze again.

To serve: Place grilled chicken To serve: Place grilled chicken on a serving plate. Add some cooked pasta and some organic vegetables. Serve grilled chicken with a slice of ripe mango.

ninoZ posted on 13-3-2004 03:28 AM

black pepper chicken

ayam ( dada atau whole peha-buang tulang)
black pepper - dalam dua sudu besar, tumbuk
oyster sauce - dua sudu
bawang putih - seulas - tumbuk
bawang merah - dua biji - tumbuk
halia - 1/2 inci - tumbuk
fish sauce - ikut rasa ( guna garam pun ok)
kicap sikit
campur semua bahan, perap ayam dalan 10-15 mins
masukkan dalam pinggan, cover dengan cling film
masukkan dalam microwave, masak for about 5-10 high ( masa selalu ikut kuasa microwave).

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/AyamBlackPepper3.jpg

BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung   ] bancuh
1/2 cawan air              ]
2 s/b lada hitam
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup             ]
2 tangkai daun bawan        ] potong 1 inci]
1 biji tomato
2 biji cili merah

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:04 AM ]

ninoZ posted on 13-3-2004 03:31 AM

ayam mask lada hitam

bahan2
1/2 ekor ayam diambil isi campur garam dan tepung kalau nak. kemudian goreng.

4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit halia muda
1 sudu sos tiram
3 sudu sos lada hitam
1 sudu sos tomato'
1 sudu kecik kicap cair
sedikit bunga kobis, cendawan butang

caranya...

tumis bahan kisar sampai naik bau dan masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos tomato, kicap cair, kobis dan cendawan butang. biar sampai mendidih. masukkan ayam yang dah digoreng dalam kuah campur garam gulasecukup rasa kalo nak pedas campur sos lada hitam lagi dan lagi


Ayam Masak Coke

Bahan-bahannya:  

(anggaran sendiri)  
Ayam dipotong ikut suka dan bersihkan.  
halia  
bawang putih  
cili boh atau serbuk lada  
garam dan ajinomoto  
1 tin air coca cola  

Cara membuatnya:  

Bawang putih dan halia ditumbuk, masukkan semua bahan tadi ke dalam kuali bersama air coca-cola sama paras. Biarkan di atas api dan tudungkan dengan penutup.  
Kacaukan sesekali dengan senduk kemudian biarkan hingga airnya kering sedikit.

ninoZ posted on 13-3-2004 03:33 AM

Crunchy  Coca Cola Chicken

Ingredients
4 chicken breast fillets
butter, salt and pepper
1 onion
1 clove garlic
2-3 tbsp vegetable fat for frying
3 tbsp peanut butter
400ml Coca-Cola
4 tbsp lime juice or lemon juice
50g chopped peanuts (roasted, unsalted)
2 tbsp fresh parsley

Method

Rinse chicken fillets under cold water and pat dry with paper towel.
Heat butter in skillet and sear chicken breasts on both sides over high heat.
Reduce heat and cook for a further 10 to 15 minutes and then season.
Chop onions finely, press garlic and fry the two ingredients over high heat at the same time in a second skillet.
Add peanut butter, stir until smooth, then add a little of the Coca-Cola. Gradually add the rest of the cola and then the lime juice.
Chop peanuts and parsley and add to sauce.
Arrange chicken breasts on plates with mangetouts and pour sauce over.

ninoZ posted on 13-3-2004 03:39 AM

Ayam Pansuh

Bahan2nya:-
Daun ubi utk dijadikan penutup kat atas buluh
1 kg ayam yg dah dibersihkan & dipotong2 kecil
halia
5 ulas bawang putih
Serai
Garam to taste
Beberapa helai daun kunyit dihiris nipis2
sedikit bunga kantan juga dihiris

Cara2 membuatnya:-
1. Mula sekali ayam yg dah dipotong tadi dicampur dgn garam bersama serai & bawang putih yg dah ditumbuk.Kalau nak perap utk 1/2 jam pun boleh.Lepas masukkan daun kunyit & bunga kantan.
2. Finally masuk ke dlm buluh & atas dia tutup dgn daun ubi.Then bakarlah mcm bakar lemang. Bila dah masak bolehlah dihidangkan.

Nota:-
Kuah ayam mansuh ni manis & natural je rasa dia.Sedap makan dgn nasi panas2 esp.nasi bukit.
BTW,kalau nak bubuh bawang merah pun boleh tapi selalunya kalau kat kampung2 Bidayuh/Iban,mrk cuma guna serai,bawang putih & halia je.

AYAM PANSUH -IBAN STYLE


1. seekor ayam (dibersihkan dan dipotong2)
2. bawang merah (ditumbuk)
3. bawang putih (ditumbuk)
4. halia (ditumbuk)
5. serai (dititik)
6. garam
7. ajinomoto
8. daun ubi (secekak, kalau suka kasi banyak sket)
9. seruas buluh yang sederhana besarnya (1 ekor ayam : 1 ruas buluh)

cara-cara:

setelah ayam dibersihkan, gaulkan bersama bahan2 tumbuk tadi. Campurkan garam dan ajinomoto serta sedikit air, biar basah. masukkan daun ubi yang telah dibersihkan dan di koyak-koyak. masukkan campuran ayam tadi ke dalam buluh yang juga telah dibersihkan. ambil sedikit daun ubi dan sumbatkan di bahagian mulut/atas buluh tadi sebagai penutupnya. akhir sekali, bakarlah buluh tu as if you all bakar lemang.

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:02 AM ]

ninoZ posted on 13-3-2004 03:42 AM

Manok pansoh

sediakan sebatang buluh besar (lebih besar diameter dari buluh lemang). sediakan ayam, bawang putih banyak-banyak dengan sayur kangkung. Pastu, masukkan garam sikit. Then, bakar kat arang. Waktu dibakar tu, kena selalu dibalik-balikkan takut masak sebelah jer. Make sure ayam tu dipotong kecik-kecik supaya senang nak masukkan dalam buluh.  masukkan dgn kaki ayam sekali pasal kaki ayam nie pun ada 'jus' ayam, so rugilah kalau dibuang kan.

Hasilnya,  manok pansoh yang juicy, sedikit berkuah (walaupun tak diletakkan air) dan sungguh sedap tak terkata!

ninoZ posted on 13-3-2004 03:43 AM

Ayam Percik Special

Bahan2nya:

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara2nya:

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)

ninoZ posted on 13-3-2004 03:45 AM

Ayam Rebus Alternatif

bahan2:
setengah ekor ayam dibersihkan
bwg merah
bwg putih
halia
ubi kentang (dibelah 4)
Air utk merebus
sedikit stok ayam pekat Maggi

Cara2:
1.  Masukkan air dalam periuk.  
2.  Masukkan bawang merah, putih, halia.
3.  Bila menggelegak, masukkan ayam yg telah dibersihkan tadi
4.  Masukkan kentang
5.  Rebus sampai kentang dan ayam empuk, kendian  masukkan stok ayam Maggi sesedap rasa...
Page: [1] 2 3 4 5 6
View full: [Kompilasi] AYAM