[kompilasi] ACAR, SALAD & KERABU
Kerabu Jeruk Mamankalau kat utara nih pemessss kerabu nihh
gerenti makan nasi bertambah la..
ade 2 cara yg lazim utk buat kerabu maman nih
Kerabu Maman I
semangkuk jeruk maman- bersihkan n buangkan airnya
ikan temenung - rebus/kukus/bakar pastu amik isi sahaja
bwg merah - mayang halus
cili merah/cili padi - mayang halus
garam gula secukup rasa
perahan limau kesturi
gaulkan semua bahan.. dan perisakan secukup rasa
limau kesturi tu sket aje..utk bau lemony, jeruk maman dah cukup masam
Kerabu Maman II
semangkuk jeruk maman - bersihkan n buang airnya
ikan temenung - kukus/bakar/rebus n asingkan isinya
bwg merah - di mayang halus
cili merah n cili padi
belacan
garam gula secukup rasa
limau kesturi
tumbuk cili, belacan n garam gula seumpama membuat sambal belacan
pastu gaulkan semua bahan n perisakan secukup rasa
perah limau kesturi sket..
makan dgn nasik panas sedap wooo
Som Tam
buah betik muda/mengkal yg di parut halus
kacang panjang - potong pendek
tomato- potong wedges kecik2
bwg putih
cili padi
udang kering
kacang tanah - sangrai
gula
jus limau nipis or campuran jus limau n asam jawa
sos ikan
tumbuk kasar bawang putih, cili padi, udang kering n kacang tanah
tambah tomato n kacang panjang, tumbuk kasar2 aje biar cam pecah sket2
seasonkan secukup rasa dgn limau nipis, gula n sos ikan
gaul rata dgn parutan betik.. siapp
biasanya hidangan lengkap somtam disertakan dgn sayuran segar n ayam
atau kepak ayam bakar/goreng berempah..
[ Last edited by ninoZ on 22-7-2005 at 06:10 PM ] Kerabu Mangga
bahan2:
1 biji mangga
cili api -5 biji...kalau nak pedas boleh tambah
bawang merah -4 ulas
gula and garam secukup rasa
kacang tanah digoreng.... kalau nak tambah
ikan bilis / sotong kering yg digoreng (ikut suka)
limau nipis diperah...
sedikit belacan... utk menyedapkan rasa... kalau taknak letak pun takpe..
so cara2..
simple jer...
cincang mangga sehingga halus,
bawang dimayang/cili dipotong nipis
gaulkan semua bahan tadi...
masukkan garam dan gula secukup rasa..
perahkan limau nipis...
kerabu Mangga simple
Ikan kembung(apa-apa ikan je le) 1 ekor
Bawang merah 3/4 ulas
lada hitam 4/5 biji
sedikit garam
mangga
Asam limau
cara-cara membuatnya:
bakar ikan dan buang tulang...tumbuk..ketepikan
Tumbuk bawang merah denga lada hitam dan garam
masukkan ikan yang telah ditumbuk...gaul...
Cincang mangga dan gaul dengan ikan tumbuk
perah sedikit asam limau...
siap!! Kerabu Pegaga
bahan..
pegaga
kelapa parut ..............]
ikan bilis/udang kering..]
sambal belacan............] ditumbuk
bawang merah ...........]
sikit lada hitam.............]
garam..gula
cara...
Tumiskan sket bahan yg ditumbuk sehingga agak garing.
Masukkan pegaga dan tutup api...jgn sampai layu sangat.
Angkat dan hidangkan.
Urap Pegaga dgn Babat
kelapa parut - bahagian putihnyer aje
babat - dicelur n dipotong memanjang
pegaga
ditumbuk kasar :
cili merah
bawang merah
belacan
uadang kering/ikan bilis
sedikit cekur
sedikit kunyit hidup
garam n gula secukup rasa
perahan limau nipis
kelapa parut digaul dgn bahan tumbuk n disangrai seketika..
masukkan pegaga..stir fry kejap.. jgn sampai terlampau layu..
perisakan garam gula dan air limau nipis secukup rasa..
tutup api
siappp!
Kerabu Pegaga
pegaga - hiris halus2
bwg merah - hiris nipis
halia - mayang halus2
sedikit kerisik
ditumbuk halus:
cili merah
udang kering
sedikit belacan
garam gula secukup rasa
perahan limau nipis
sedikit pati santan
gaulkan bahan hirisan n bahan tumbuk serta kerisik..
perah limau n perisakan garam gula secukup rasa..
tambah sedikit santan pekat utk melembap n melemakkan kerabu
siap!! Kerabu Sotong
Bahan A :
500 gram sotong ...hiris kasar dan celur tanpa air
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar mayang
5 biji cili padi ]
3 biji cili merah ] dihiris
5 ulas bawang merah ]
3 biji buah tomato di potong dadu
1 biji mangga muda diracik halus
4 biji limau nipis di ambil airnya
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula pasir
Cara:
Gaulkan semua bahan dan hidangkan.
Kerabu Sotong
sotong (5 ekor - potong suka hati)
taugeh (20sen)
cili padi (3 biji hiris nipis)
bawang merah (2 ulas hiris nipis)
sos ikan (1 sudu besar)
gula (1 sudu teh)
kiub ikan bilis (1/2)
limau nipis (1 biji)
daun bawang (hiris halus)
caranya.
1) sotong dan taugeh dicelur dalam air panas. taugeh tu jangan lembik sangat ... tak sedap pulak nanti
2) kiub ikan bilis, gula, sos ikan, air limau nipis .. gaul semua dalam mangkuk besar.
3) masukkan sotong, taugeh, bawang merah, cili padi dan daun bawang dalam mangkuk tadi..gaulkan semuanya sebati.
4) dah siap .. buleh soru Kerabu Timun Bersantan
BAHAN:
400 gm timun.....buang tengah dan hiris nipis
50 gm udang kering... .......]
3 biji cili merah............]tumbuk
5 ulas bawang kecil....mayang
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa
CARA:
Gaul rata semua bahan dan hidangkan
Kerabu Timun Bermayonis
bawang merah
bwg putih sket
cili merah
mayonis
lada hitam kisar
timun - hiris bulat atau matchstick
bwg beso - potong gegelang
cili hijau - hiris nipis
kacang tanah - cincang kasar2
garam gula secukup rasa
sepotong limau nipis
Cara
bwg merah, garlic n cili merah ditumbuk halus..
gaulkan dgn mayo n lada hitam
perisakan dgn garam gula secukup rasa n perahkan juice limau
gaulkan dgn timun, cili hijau n bawang..
then tabur kacang cincang n lebihan lada hitam..
tabur bwg goreng sket pun bleh gak
siappp!! Salad Ayam Mayonis
Bahan:
1 cawan isi ayam.....hirs nipis ]
1 cawan sausage ayam.....potong kecil ]
1 cawan kentang....potong dadu ] direbus dan toskan
1 cawan kacang peas ]
1 bahu bawang besar..mayang
2 biji tomato buah..belah 4 atau 6
1 cawan mayonis
sedikit lada sulah dan garam
Daun salad...potong kasar
Gaul semua bahan dan sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
Hidangkan bersama Ayam Tandoori
Pinapple Chicken Salad
Isi ayam - leh guna lebihan ciken roast, kfc ke, atau isi ayam yg dikukus
nenas dlm tin - diced
epal merah - diced
celery - sliced
mayonis secukupnya
roasted pine nut/peanut/cashew nut/pecan - ape ape je la kacang yg disukai, cincang kasar
lemon juice sket
garam gula secukup rasa
lada hitam kisar
campur je semua bahan kecuali kacang n lada hitam hingga agak rata
tuang dlm bekas then sprinkle dgn kacang n black pepper
best eaten cold
ratah camtu je bleh..
buat side dish pun bleh..
nak letak atas your normal fav salad pun bleh cth - hirisan carrot, onion ring or daun salad
buat isi sandwich pun bleh Salad Buah-buahan
Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
1 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
buah prune
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk
Nota...Sesuai dijamu sebagai dessert untuk buka posa atau jamuan open house raya .. KERABU JANTUNG PISANG
bahan
1 biji jantung pisang...........rebus sehingga lembut........hiris
250 gm perut lembu..........rebus juga sehingga lembut..hiris
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya
1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah...................]
cili api & cili merah.......]
sedikit belacan
garam
gula
Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
Rasakan masin & manis kerabu ini.
Hidangkan bersama nasi putih. ACAR PISANG GALA
Bahan-bahan:
4 biji pisang gala (yg masih putik/hijau tau BUKAN yg masak)
1 labu bawang besar }dibelah 6
2 biji cili merah } dibelah 4
2 sudu makan cuka
sedikit air
sedikit garam
1 sudu kecil gula
1 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah } ditumbuk
sedikit minyak utk menumis
Cara membuat:
Pisang dibersihkan dan dikelar-kelar tetapi jgn putus. (JGN buang kulit)
Setelah itu rendamkan dgn air garam selama 5 minit
Kemudian celurkan sehingga empuk dan angkat
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan cili kisar sehingga garing kemudian masukkan skit air, cuka, garam dan gula secukup rasa
Bila dah mendidih masukkan pisang, bawang besar dan cili hidup
Bila telah masak bolehlah diangkat utk dihidangkan KERABU TUNA
120 gm tuna dalam air
120 gm carrot
120 bunga kobis/kobis biasa
1 biji limau nipis
2 ulas bawang merah
2 biji cili merah
garam
Cara:
1. Sayur dipotong kecil dan halus dan kukuskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan roti fiber atau ratah saja.
KERABU AYAM
100 gm isi ayam
sejemput taugeh
2 biji cili merah ]
1 biji cili hijau ] dihiris halus
1 labu bawang besar ]
1 s/b kicap cair
1 s/b Cosway Apple Cider Venigar
Cara.
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya. Sedia dihidangkan Kerabu Taugeh/Pucuk Paku dan Perut
Bahan-Bahan:
300 gm perut lemb* (perut yang tebal seperti tuala)
2 sm halia
500 gm taugeh
1 labu bawang besar
2 s/b kerisik
1 cawan kelapa digiling
3 biji cili merah
Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
1 labu bawang besar
Asam limau
garam & gulasecukup rasa
Belacan sebesar ibu jari
Cara:
Perut hendaklah direbus dgn halia dan garam sehinggalemb*t.
Kemudian dipotong kecil.
Cili dan belacan ditumbuk halus untuk dibuat sambal.
Masukkan air asam jawa ke dalam sambal, kerisik.
Gaulkan sekali perut lemb*, taugeh, garam, gula dan asam limau.
Hidangkan dlam pinggan.
Kerabu Mangga
kacang tanah - sangrai
isi ayam - kukus n hiris
mangga muda - parut/mayang isinya halus2
sedikit sos ikan
gula secukupnya
cili padi - titik
bawang merah - hiris nipis2
udang kering - sangrai kejap them tumbuk halus2
hirisan limau nipis KERABU PEGAGA
http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/kerabupeg30.jpg
Bahan-bahan:
1 ikat pegaga } dibersih dan dihiris
1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang } dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
sedikit air limau nipis
2 tangkai cili padi/hijau }dihiris
Cara membuat:
Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Campurkan kelapa parut dgn bahan tumbuk kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.
Gaul kan kelapa tadi dgn pegaga, cili padi, garam dan perahkan air limau nipis sehingga sekata
Sedia utk dihidangkan KERABU PUCUK PAKU
Bahan-bahannya:-
- 2 ikat pucuk paku
- 180g bawang merah (dimayang)
- 60g cili merah *
- 30g cili api * (dikisar halus*)
- 30g belacan *
- 60g udang kering *
- 120g limau nipis
- 1/2 biji kelapa (digoreng dijadikan kerisik)
- garam & gula secukup rasa
Cara Menyediakannya:-
1. Pucuk paku direbus kemudian dipotong sepanjang 1/2 inci. Gaulkan
pucuk aku dengan bawang merah dan bahan2 yg dikisar halus. Masukkan
kerisik, garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan limau nipis
dan gaul rata. SALAD SAYUR REBUS
Bahan-bahannya
- 100gm brokoli - dipotong potong
- 100gm bunga kubis - dipotong potong
- 100gm kacang panjang - di potong potong
- 3 biji tomato kecil - di belah dua
- 1 bij timun - dipotong memanjang dan kecil kecil
- franch fries - di goreng
- 4 batang sosej - di rebus dan di potong menyerong nipis nipis
- beberapa helai daun salad
- semangkuk kecil tousand island
Cara Menyediakannya:-
1. Brokoli, kubis bunga kacang panjang di celur dalam melegak seketika jgn
terlalu layu dan angkat rendamkan dengan air sejuk (dari peti ais)
2. Susunkan daun salan kedalam pinggan leper yang besar dan aturkan
segala sayuran dan sosej serta kentang cantik cantik diatas salad.
3. Curahkan tousand island diatasnya dan boleh lah dihidangkan Salad Meggi Oriental
Nama Resepi : Salad Meggi Oriental
Hidangan : snek
Anggaran Hidangan : 2-3 orang
Masa penyediaan : 20 minit++
Salad Meggi Oriental
Bahan-Bahan :
Mee segara perisa ayam - keluarkan mee dan leraikan, goreng terendam hingga kekuningan dan toskan. gaulkan dengan sebahagian perencah mee(jangan guna semua nanti terlalu masin)
daun salad - dihiris
carrot - dimayang/parut
waterchesnut atau sengkuang biasa - didadu kecil
sos salad :
mayonis
sos cili manis/air lada/sos pencicah
minyak bijan
lada hitam
sedikit honey
sedikit jus limau nipis
sebatikan semua bahan sos dan perisakan secukup rasa mengikut citarasa masing2
gaulkan bersama salad.
letakkan mee yg telah digoreng ke dalam pinggan hidang dan tuangkan salad di atasnya. hidangkan segera
tabur dgn bijan jika suka KERABU DAGING
Bahan-bahan
Prawn salad
700 g medium cooked prawns, peeled
1 tbs capers (pelaga...betulkan ek), coarsely chopped
1 tbs fresh parsley, chopped
1 spring onion, chopped
3 ts vinegar
1 tbs extra virgin olive oil
1. Combine the prawns, capers, parsley, spring onion n some salt+pepper in a non-metallic bowl.
2. Whisk together the vinegar n olive oil until well blended, then pour over the prawn mixture n mix well.
note:
mende ni sedap mkn sejuk2...so chill (cover with plastic wrap) at least 1 hr, or up to 3 hr
FRUIT AND EGG SALAD
2 eggs, boil, remove shells n cut into wedges
10-12 cherry tomatoes
10-12 grapes
1 kiwi fruit, peeled
seasoning
1 tbs salt
3 tbsp mayonnaise
1. Soak cherry tomatoes, grapes n kiwi fruit in salted water for 5 min...Rinse, drain n pat dry.. cut kiwi into cubes
2. put eggs n fruit into bowl.. drizzle with mayo
Pasta Salad with REd & White cabbage
260 g boiled short-cut macaroni, or any small pasta
4 tbs olive oil
1 red cabage, shredded
1 white cabbage, shredded
2 large apples, diced
260 g cooked chicken ham, diced
8 tbs lime juice
1 tbs sugar
salt+pepper
1. Blanch separately, red & white cabbage for 5 min...Drain
2. In a large bowl, mix together the pasta, red cabbage n apple.. in a separate bowl, mix together white cabbage n ham...
3. in a small bowl, mix together oil, lime juice n sugar, then season to taste.
4. Pour the dressing over each of the 2 cabbage mixtures n finally, mix them all together.. serve
SALAD MAKARONI
Bhn2 nya
100 g makaroni, rebus dgn 1 sudu minyak, toskan
150 g carrot, potong dadu, rebus, toskan
100 g sosej, potong dan goreng (atau microwave, then sliced)
1/2 tin nenas, potong dadu
sedikit paprika
1 biji bawang besar, hiris nipis
sedikit daun salad
Sos
6 tbs mayonaise, cuka, garam+gula
1. Campurkan bhn utk buat sos.
2. Gaul makaroni, carrot, sosej, nenas, paprika n bawang.
3. Alas daun salad atas piring, tuangkan bhn tadi dan siram sosnya.
SALAD TROPIKAL
50 g ayam. rebus dan siat2
20 g cheese slices
50 g telur. rebus
20 g timun. potong
sedikit parsley
20 g bawang besar. hiris
1. Campur bhn2 yg direbus..hias dgn cheese, timun, parsley dan bawang besar..
2. Boleh dihidang dan makan bersama dressing yg disukai.. Salad ceasar dressing
2-4 pieces of anchovies (ikan bilis besar yg dalam tin, boleh didapati di supermarket)
1 telur
2 sm lemon juice
1 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak zaitun (guna yg extra virgin kalau suka rasa lebih nutty)
masukkan kesemua bahan kecuali minyak zaitun ke dalam food processor atau blender.
bila dah halus dan sebati, masukkan minyak in a thin stream while the motor is still running hingga minyak habis. matikan motor.
boleh tambah sedikit coarse ground black pepper kalau suka.
selalunya disediakan dgn romaine lettuce, shavings of parmesan cheese, croutons, hard-boiled egg, grilled chicken breast/smoked salmon/beef bacon.
basic vinaigrette
1/2 cawan extra virgin olive oil
2 sm balsamic vinegar or lemon juice
1 sc dijon mustard
1 sc gula atau madu
salt and pepper
bahan2 tadi dikacau hingga sebati gunakan whish atau garfu. kalau suka, boleh letakkan seulas crushed garlic dan biarkan utk 1 jam sblm digunakan ke atas salad.
Thousand Island
1/2 cup mayonnaise
1 sm tomato paste
1 sc worcestershire sauce
1 sc french mustard
2 sc chili sauce
gaul semua bahan2 hingga sebati. tambahkan sedikit garam ikut rasa
Mayonis
2 biji kuning telur
2-3 sc vinegar
1 cawan olive oil
white pepper to taste
masukkan kuning telur, vinegar dan white pepper ke dalam food processor atau blender. process utk 15 saat hingga sebati.
with the motor still running, masukkan olive oil perlahan2 in a thin stream hingga mixture tu jadi pekat dan creamy.
kalau suka, boleh campurkan dgn isi avocado yg telah di mash ke dalam mayonnaise yg telah siap. sedap kalau buat cicah dgn tortilla chips atau carrot/celery/cucumber sticks. SALAD
Tomato
Salad bulat
Timun
Bawang besar
Cili Besar Hijau dan Merah
1 cawan mayonis
KERABU FROM BEBEH
KERABU ULAM SELOM
Bahan-bahannya:
- Seikat pucuk selom
- 50g ikan bilis
- 30g udang kering
- 2 batang serai
- 5 ulas bawang merah - dimayang halus
- 50g kelapa parut - ditumbuk berasingan
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan serbuk perasa
- 1 sudu besar cili kering yang ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan
Cara menyediakannya:
1. Hiris halus daun selom. Gaulkan air asam jawa, cili tumbuk, bawang
merah, serai, kelapa parut dan masukkkan garam serta serbuk perasa
secukupnya.
2. Masukkan ikan bilis dan udang kering, Kemudian masukkan daun selom
dan Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
KERABU TAUGE
Bahan-bahannya:-
- 1/2 kg tauge - dibuang ekornya dan celor kemudian toskan
- 1/4 kelapa parut - putih sahaja dan di goreng perang
- 3 sudu besar udah kering - ditumbuk
- 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
- 3 biji limau kasturi - dibelah dua dan buang biji
- 2 biji bawang merah - di mayang halus halus
- 2 biji cili masak - dibuang biji dan hiris halus halus
- sedikit garam dan aji nomoto
Cara Menyediakannya:
1. Masukkan tauge, kelapa goreng, bawang, cili, udang kering dan lada ke
dalam besen yang besar gaul sebati.
2. Kemudian perahkah asam limau masukkan garam dan ajinomoto secukup
rasa.
3. Sedia di hidang
KERABU UDANG HARIMAU
Bahan-bahannya:
- 500 gm udang harimau
- 50 gm kerisik
- 50 gm bawang besar }
- 50 gm bawang merah } dimayang
- 3 batang serai }
- 50 gm bunga kantan }
- 50 gm lada besar } untuk
- 30 gm cili api } hiasan
- 50 gm udang kering }
- 50 gm ikan bilis } dikisar
- 2 biji limau nipis
- Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara menyediakannya:
1. Udang dipanggang terlebih dahulu. Kemudian gaulkan dengan kerisik
bersama bahan-bahan yang telah dimayang.
2. Kemudian campurkan udang kering dan ikan bilis yang telah dikisar ke
dalam ramuan tadi. Perahkan sedikit air limau nipis ke dalam ramuan dan
gaul bersama. Masukkan perasa mengikut selera.
KERABU MANGGA
Bahan-bahannya:-
- 3 biji mangga muda - dihiris halus
- 10 gm udang kering ataupun isi ikan talang masin di siat halus halus
- 2 biji limau nipis - di belah dua dan buangkan biji
- sedikit kacang tanah di goreng dan tumbuk kasar kasar
- 5 tangkai cili api - dihiris hiris
- sedikit garam dan aji nomoto
Cara Menyediakannya:
1. Gaulkan mangga muda dan cili yang telah dihiris. Kemudian masukkan
garam dan aji nomoto
2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan gaul sehingga rata dan
perahkan asam limau. Hidangkan
URAPAN KACANG PANJANG
Bahan-bahannya:-
- 500 gm kacang panjang - di potong halus halus
- 1/2 biji kelapa parut - di goreng kekuningan seperti membuat kerisik
- 3 sudu besar udang kering - di tumbuk
- 5 biji cili merah - ditumbuk halus
- 5 biji cili padi - di tumbuk halus
- 5 biji bawang kecil - ditumbuk halus
- sedikit belacan
- 5 biji limau kasturi - di belah dua dan buang biji
- garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara menyediakannya:
1. Gaulkan kacang panjang yang telah dipotong halus bersama kelapa parut,
diikuti dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
2. Gaulkan kesemua bahan itu sehingga sebati perahkan asam limau dan
masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa dan hidangkan.
KERABU MANGGA ISTIMEWA
Bahan-Bahannya:-
- 3 biji mangga muda - mayang memanjang
- 5 ulas bawang merah - hiris nipis
- 6 biji cili api - potong kecil
- Ikan bilis - digoreng
- Kacang Tanah - digoreng 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 biji limau nipis - ambil air perahan
- 2 helai daun salad
- Garam secukup rasa
Cara Menyediakannya:
1. Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam,
perahan limau nipis.
2. Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.
3. Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.
4. Sedia untuk dihidang.
____________________________________________________________
Cadangan Hidangan:
* Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama
1/2 jam.
Tambahan:
Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan +- 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.
KERABU MANGGA SOTONG KERING
Bahan-Bahan:
- sebiji mangga muda yg besar dan masam - mayang memanjang
- 4 biji bawang merah - hiris nipis
- 5 biji cili api sederhana besar - hiris
- sotong kering (kisarkan)
- kacang tanah goreng (tumbuk)
- sedikit garam, gula
- sedikit hirisan cili merah
- sehelai daun salad
Cara-cara Menyediakannya:-
1. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
2. Letakkan daun salad di atas pinggan dan hidangkan.
************************************************************
Cadangan Hidangan: 4 orang
* Tambahan:
Jika suka, boleh di tambah dgn sedikit hancuran ikan kembung bakar.
Sesudu makan mencukupi.
KERABU BETIK MUDA
Bahan-Bahannya:-
- 1 biji betik muda sederhana besar (dibuang kulit serta diparut)
- 200 gm udang (direbus & dan disejat)
- 2 camca sedang daun ketumbar (dicincang)
- 2 camca sedang kacang tanah (ditumbuk) 2 biji cili merah (ditumbuk lumat)
- 3 camca sedang gula halus
- 1 biji limau nipis (diambil airnya)
- 3 camca sedang sos ikan
Cara-cara Menyediakannya:-
1. Gaulkan sebati semua bahan dan hidangkan.
KERABU BELIMBING BULUH
Bahan-Bahannya: -
- 50 biji belimbing buluh
- 2 biji bawang besar ] dimayang
- 1 pokok daun bawang ]
- KERABU SOTONG
bahan
500 gm sotong
2 s/b air
2 s/b jus limau nipis
5 cm halia muda
1 s/k serbuk pati ikan bilis
2 s/k minyak bijan
1 s/k gula
2 s/b kacang tanah
garam
bahan hiris
1 labu bawang besar
1 pokok daun ketumbar
3 biji cili merah
3 batang daun sup
Cara
1. Celurkan sotong dengan air dan toskan.
2. Dalam kuali berisi air rebusan sotong campurkan serbuk perisa ikan bilis. Masakkan sehingga larut.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam mangkuk besar lain gaulkan semua bahan dengan air rebusan tadi.
5. Hidangkan serta-merta.
kerabu buah 'beko'
bhn2
-buah 'beko'
-kelapa - utk santan dan jg kelapa goreng
-ikan - dipanggang/rebus
-bawang merah
-lada hitam
-limau nipis
-garam
cara2
-bakar buah 'beko' ..bila agak2 cm dah masak angkat n kikiskan kulit luar
-potong nipis then ramaskan dlm air garam -sama cm kl nak buat kerabu peria
-tumbuk lada itam,bawang n isi ikan
-campurkan bahan tumbuk dgn kelapa goreng yg dah ditumbuk(biar halus skit je..jgn sampai jdk kerisik)
-tambahkan santan, garam secukup rasa
-masukkan buah beko yg telah dihiris td
-last sekali perahkan limau nipis ..
nota kaki:buah beko ni pahit skit so kena ramas btl2 ngan air garam..pucuk beko ni pun sedap kl dicelur n buat ulam..elok utk awet muda
KERABU KAKI AYAM
Bahan-Bahan:
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
Acar Buah
http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/AcarBuah.jpg
bahan
1/2 kg buah campur
sedikit cili api jeruk
belimbing kecut
jeruk limau
bahan mesin halus
1/2 kg bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan
1/2 kg minyak
1/2 kg gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.
JERUK
jeruk limau nipis ni ade dua jenis..
satu yg jenis kering , warna lite brown n rasanya agak masin
satu lagi yg kaler hijau seperti warna asal n rasanya masam..
yg kering tu tak susah sgt teknik nak buat dia..
first kene kikis/sagat kulit luar yg hijau tu..then masak dgn air garam..pastu jemur sampai kering n bersakar dgn garam
utk yg jeruk hijau tu plak..yg ni renyah sket
ni my mom nyer specialty.. roughly camni la caranya :
kene cari buah limau hijau yg cukup kembang..basuh bersih2
pastu kene renih limau tu dgn air n sedikit air abu dlm periuk tembaga
pastu kene salin airnya ulang the same teknik utk beberapa kali
last sekali jerukkan limau tu dlm balang bersama cuka n garam
[ Last edited by Kacip_Fatimah at 9-5-2007 02:01 PM ] SALAD KOKTEL BUAH CAMPURAN
http://img.photobucket.com/albums/v302/hanieliza3/SaladKoktel.jpg
bahan
1 tin buah campur koktel
1 tin susu cair
1 cawan ice-cream vanilla
1 cawan yogurt
1 biji epal merah ]
1 biji epal hijau ] potong dadu kecil dan rebuskan sekejap
1 biji lai ]
1 cawan air gula ]
15 biji sumi agar warna warni
10 biji jeli puding
ketul air batu
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan sejukkan.
2. Hidangkan dalam amngkuk kecil bersama ketulan air batu.
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan - bahannya :-
2 biji jantung pisang
1/2 paket santan
1 sudu teh belacan )
1/2 sudu teh lada hitam )
5 biji bawang merah ) dikisar
3 biji limau nipis )
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya:-
- Jantung pisang di celur terlebih dahulu.Kemudian di belah dua.
- Kisar belacan,lada hitam juga bawang merah serta perahkan sedikit limau nipis dan masukkan juga santan.
- Didihkan bahan tadi bersama jantung pisang.
- Masukkan garam ,gula dan bahan perasa secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan-bahan
1 biji jantung pisang[ rebus sehingga lembut dan hiris]
250 gm perut lembu
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya
1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah...................]
cili api & cili merah.......]
sedikit belacan
garam
gula
Cara membuat
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
KERABU JANTUNG PISANG
bahan2nya
sebiji jantung pisang yg telah dibersihkan dan direbus bulat2
sedikit kerisik
5 biji cili merah
bawang merah 5 ulas
udang kering yg telah digoreng dan ditumbuk..setengah hancur
asam limau sikit..
dua sudu pati santan..
taugeh halus yg telah dicelur..atau jika suka
boleh gak guna pucuk paku yg telah dicelur
garam dan gula
cara2nya
tumbuk suma bahan tadi cili merah..bawang merah
kemudian..potong kecil2 jantung pisang tadi..letakkan dalam satu bekas
dan bahan yg ditumbuk tadi dicampur kan sekali dengan jantung pisang,udang kering yg telah ditumbuk,taugeh @pucuk paku, santan sikit..asam limau jika suka..garam dan gula..garam bubuh sikit je..sebab udang kering dah masindan campur kan kerisik tadi..perlu di ingat..kerisik jangan terlalu hitam...kerabu nih..kerisiknya..tidak dimasak seperti selalu..dia masak dalam warna keputih2han lagi..
kerabu terung bakar..
dua biji terung yg telah dibakar dan dipotong kecil
satu cawan santan cair..jangan cair sangat..atau ikut suka nak banyak mana bubuh santan..agak2 je leee
sedikit lada hitam yg telah ditumbuk..
bawang kecil 5 ulas yg telah dihiris..
cili masak dan cili api yg telah dihiris..
udang kering yg telah digoreng dan ditumbuk setengah hancur
cara2nya..
gaul kan suma bahan tadi kecuali santan..bila dah sebati..tambah kan santan tadi..gaul lagi sekali..bersama sedikit garam..perlu diingat kan..lada hitam bubuh sikit je..banyak sangat tak sedap..
KERABU TERUNG
Bahan....
4 biji terung panjang..potong kecil....celur/rebus
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah..........]
1 biji cili merah...................] mayang halus
3 biji cili merah ]
sket belacan ]
2 biji cili api ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam ]
garam
cara.....
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan. KERABU APPLE HIJAU [ MAKLANG]
BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/4 cawan udang kering digoreng juga dan ditumbuk
5 biji cili api 1 kuntum bunga kantan (jika suka)
1 sudu kecil kerisik
garam & gula secukup rasa
5 biji imau kasturi
CARA
hiris apple nipis2 (jgn sagat) dan rendam dlm air garam utk mengelakkan dari menjadi lebam
hiris cili api dan bunga kantan
gaul semua bahan2 dan yg dihiris dan tabur udang kering dan kacang tanah. perah limau kasturi.
bubuh garam dan gula sebelum dihidang.
KERABU DAUN PUDINA
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1 ikat daun pudina segar
1 batang serai segar (serai kering tak main ya)
1 batang bunga kantan (yang tak kembang punya)
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2-3 biji limau kasturi (pilih yang besar dan masak)
1/2 cawan ikan bilis (pilih yang sedang atau kecil)
Secubit dan sesedap rasa garam dan gula
Cara membuatnya -
Mula-mula basuh semua bahan dan toskan.
Petik daun pudina, basuh dan toskan.
Lepas tu, masukkan dalam bekas plastik , tutup rapat dan masukkan dalam peti ais.
Goring ikan bilis sehingga garing.
Toskan minyaknya dan bila sejuk, ramaskan agar ianya hancur.
Mayang halus serai dan bunga kantan.
Cili dan bawang dipotong dadu kecil-kecil.
Bila dah tiba masa makan, keluarkan daun pudina dari peti ais.Taruh dalam mangkuk besar.
Masukkan, serai, bunga kantan, cili dan bawang. gaul semuanya supaya rata.
Masukkan sedikit demi sedikit jus limau , garam dan gula.
Gaul lagi dan rasalah manis,masin dan masamnya.
Kalau tak balance, masukkan agar rasanya sedap.
Akhir sekali, gaulkan pulak ikan bilis goring dan bolehlah dihidangkan.
Tips -
Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus buah lemon
Ikan bilis goreng boleh digantikan dengan udang kering goreng.
Boleh juga gunakan isi udang segar yang direbus.
KERABU UDANG GALAH
Bahan-bahannya:
6 ekor udang galah - direbus
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
1 biji limau nipis - diperah
1 batang serai - dihiris halus
1 biji tomato putih atau hijau
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
Serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi - dijadikan hiasan
Cara-cara membuatnya:
Rebuskan udang galah. Gaulkan bunga kantan bersama tomato dan serai, masukkan air limau nipis. Kemudian udang yang telah direbus. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan lada merah dan lada hijau serta letakkan limau kasturi ditepi pinggan.
Page:
[1]
2