skapula1303 Publish time 26-6-2007 08:06 PM

TALAK...

as'salamulaikum?
saya ada beberapa soalan..

1-bagaimana jatuhnya 'talak'?adakah dengan sekadar terlintas di dalam hati tanpa lafaz talak boleh jatuh?
2-adakah pasangan yg berzina dan bernikah setelah mengetahui si perempuan hamil dan pada masa pernikahan si perempuan hamil 2 bulan,adakah anak hasil zina boleh di binkan dengan nama silelaki penzina tersebut?(pernah dengar ada yang mengatakan boleh jika kandungan belum mencecah 3 bulan)..

tolong beri penjelasan pada soalan ini..terima kasih..

ibnur Publish time 28-6-2007 10:59 PM

Berkenaan talak boleh rujuk thread
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=169769&extra=page%3D21

Berkenaan nikah wanita hamil:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=274254&extra=page%3D1

nasab anak:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=258676&extra=page%3D6


mohon maaf sebab lewat memberi reply.

skapula1303 Publish time 5-7-2007 10:56 PM

Balas #2 ibnur\ catat

tapi soal talak tu..xde lagi balasan seperti soalan saya..

ibnur Publish time 5-7-2007 11:26 PM

Lintasan hati tu tak ada orang dengar rasanya.

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=112


4. Pembahagian Talak

Dalam konteks ini, fuqahak membahagikan perceraian dua keadaan iaitu perceraian yang soreh (al-Talak al-Soreh) dan perceraian secara sindiran (al-Kinayah) (Wahbah al-Zulaily : 6897). Al-Jaziri berpendapat bahawa hanya kedua-dua lafaz ini sahaja boleh menjatuhkan talak. Talak tidak jatuh dengan perbuatan seperti suami yang bertindak menghantar isterinya balik ke rumah kedua ibubapanya tidal dikira sebagai talak jika tiada lafaz walaupun suami berniat demikian. (Awadh al-Jaziri : 249)


4.1 Talak yang soreh

Jumhur Ulama

skapula1303 Publish time 6-7-2007 12:58 AM

oooo...terima kasih bro/sister ibnur..
Begini..saya baru sahaja bernikah..dan kadang kala soalan talak terlintas..ya..kadang sekadar terniat tentang talak..bukan menjatuhkan talak..cuma kadang isteri sering menyebut.."rasa cam tak percaya kita dah kawin"..tu yang menyebabkan kadang terlintas perkataan talak dalam hati..jadi sekarang ni..keputusannya..TALAK tidak jatuh tanpa lafaz yang sah..begitu?

fifie_olin Publish time 6-7-2007 06:28 PM

bagaimana pula dgn menjatuhkan talak hanya melalui sms...adakah sah talak tersebut??/
ni yg menjadi kekeliruan org zaman skg...

ibnur Publish time 9-7-2007 11:09 PM

Originally posted by skapula1303 at 6-7-2007 12:58 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
oooo...terima kasih bro/sister ibnur..
Begini..saya baru sahaja bernikah..dan kadang kala soalan talak terlintas..ya..kadang sekadar terniat tentang talak..bukan menjatuhkan talak..cuma kadang i ...

ni yang boleh keliru ni.

kalau terlintas dihati dan diam saja, tak ada sesiapa tahu apa-apa.

tapi bile diceritakan pada orang..."terlintas dihati saya semalam saya jatuhkan talak....."..macam lafaz talak jer tu..

apa-apa pun yang ini kena tanya pakar rujuk.

ibnur Publish time 9-7-2007 11:12 PM

Originally posted by fifie_olin at 6-7-2007 06:28 PM
bagaimana pula dgn menjatuhkan talak hanya melalui sms...adakah sah talak tersebut?
ni yg menjadi kekeliruan org zaman skg...



Ekoran daripada itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seperti berikut :

i. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

ii. Semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk menthabitkan talak tersebut.

iii. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak.

skapula1303 Publish time 12-7-2007 12:52 AM

Originally posted by ibnur at 9-7-2007 11:09 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


ni yang boleh keliru ni.

kalau terlintas dihati dan diam saja, tak ada sesiapa tahu apa-apa.

tapi bile diceritakan pada orang..."terlintas dihati saya semalam saya jatuhkan talak..... ...

Eh tapi takla pulak sampai tahap tu..saya pun tak faham camne nak terangkan..saya cuma nak tau tentang talak sahaja..adakah jatuh sekiranyahanya terlintas di hati..

zerozone Publish time 12-7-2007 09:04 AM

Talak tak jatuh jika hanya berniat saja tanpa ucapan atau perkataan yg jelas menunjukkan untuk bercerai.

skapula1303 Publish time 13-7-2007 02:29 AM

alhamdulillah..lega..ade jugak yang bagi penerangan..terima kasih bebanyak..:lol: :lol: :lol:

pinkish Publish time 23-7-2007 09:26 AM

Taklik?

Assalamualaikum..

nak tanya sedikit..kalaulah seorg suami berkata kpd seorg wanita lain, " aku akan ceraikan isteriku slps dia bersalin nanti" (isteri lelaki tu mmg sdg sarat mengandung) apakah itu dikira taklik dan apakah talak akan jatuh slps isterinya selamat melahirkan anak?

harap dpt penjelasan dr forumner yg arif bab ini..terima kasih.

ibnur Publish time 23-7-2007 11:15 AM

Pendapat saya ini bukan ta'liq sebab tidak dilafazkan kepada isteri.Kemungkinan isterinya pun tidak tahu.

===========================
PENGERTIAN TA慙IQ

Ta憀iq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta憀iq tersebut.

SYARAT TA慙IQ

Syarat jatuh cerai ta憀iq :
1. Suami: Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-kata ta憀iq.
2. Belum berlaku: Hendaklah ta憀iq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku.
3. Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah).

Contohnya suami berkata kepada isteri: 揓ika engkau keluar dari rumah ini sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau

pinkish Publish time 23-7-2007 12:16 PM

Reply #2 ibnur's post

tapi dlm kes di atas si isteri tlh diberitahu oleh wanita tersebut ttg lafaz yg tlh dibuat oleh si suami tersebut. ada perbezaan x di sini?

ibnur Publish time 23-7-2007 10:50 PM

Sepatutnya kes cerai dilafazkan di depan Pendaftar Nikah Cerai.Sesiapa yang tidak berbuat demikian boleh didakwa dan didenda mengikut enakmen Hukum Kekeluargaan Malaysia.

Adalah sebaiknya kes suami isteri berkenaan dirujuk ke Pejabat Pendaftar Nikah Cerai.

Selain dari ta'liq ada lafaz kinayah dan lafaz soreh.
Lafaz soreh ialah lafaz yang jelas dengan niat seperti "aku ceraikan engkau" atau "aku ceraikan isteriku".

Lafaz kinayah ialah lafaz yang samar-samar.Contoh seperti sindirin "Engkau bebas dari ku".

Berbalik kepada lafaz yang disebut"...aku akan ceraikan..." maknanya sesuatu yang akan dibuat.Katalah kita tunggu-tunggu lepas isteri dia bersalin tapi dia buat diam jer.Adakah talak tu jatuh atau tidak?Kita tak pasti apa niat suami berkenaan.

Jika dibawa Qadhi beberapa soalan akan ditanya seperti apakah lafaz yang digunakan?Apakah niat sebenar si suami? Dan lain-lain sebelum disabit jatuh talak.

zerozone Publish time 24-7-2007 08:34 AM

Isteri kena bertanya kpd suami apakah betul ia melafazkan taklik tersebut; jika sisuami jawab ya...maka taklik itu sah.

mix_chinese Publish time 19-10-2007 03:14 PM

nak tanya kawan liz.. pernah ckp dpn liz.. dia ckp" AKU CERAIKAN DIA TALAK SATU"

jatuh ke talak tue.

org kata kena ada saksi.. liz ni jadi saksi ke?

hurmm.. :o

ibnur Publish time 19-10-2007 11:12 PM

Pihak yang layak untuk mensabitkan samada jatuh talak atau tidak adalah pihak pendaftar nikah dan cerai.Dalam masaalah yang liz sebutkan tu, sebaiknya liz bawakan kepada naib khadi (penolong pendaftar nikah cerai) tempat pasangan berkenaan atau dibawa ke pejabat mahkamah syariah.

zerozone Publish time 20-10-2007 11:39 AM

Talak kena dilafazkan dihadapan isteri samada dalam bentuk percakapan ataupun tulisan ataupun isyarat (orang bisu & pekak) yang boleh difahami oleh isteri. Jika isteri tidak tahu yg ia telah ditalak; maka tidak jatuh talak. Saksi keatas lafaz talak oleh suami tidak menjadi syarat sah jatuhnya talak.

anwar66 Publish time 20-10-2007 05:47 PM

Perlu dibetulkan fakta.

Pihak yg ada otoriti mengesahkan lafaz talak jatuh atau tidak,ataupun pasangan yg nak bercerai samada cara lafaz/taklik.fasakh,lian dll ialah Mahkamah Syariah.Ini lah peruntukan atau kuasa yg diberi oleh U2 seperti termaktub dalam enakmen negeri atau akta(WP).Pendaftar Nikah cerai dan rujuk atau dikenali sebagai Qadhi/Peg Agama Daerah tiada diberi kuasa untuk mengesahkan lafaz talak atau mendengar lafaz talak atau memutuskan apa2 jua permohonan perceraian.Walaubagaimanapun mana2 individu boleh merujuk atau mendapatkan khidmat nasihat dari pihak tersebut(PNCR) ,tapi ianya hanya berbrtuk pentadbiran sahaja bukan penghakiman/perintah/ pengesahan yang mutlak dan muktamad.Malah jika berlafaz didepan PNCR tu adalah dikira bercerai tanpa kelulusan atau didepan mahkamah-boleh didakwa.Sekadar kongsi info
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Cerai/ Talak (merged: Syamin8)


ADVERTISEMENT