sherrina Publish time 17-1-2007 12:21 AM

fleurza,
sherrina pun setuju dengan pendapat anda. Jika dilihat di US, trend org tua duduk di rumah jagaan bukan kerana dibuang kerana mendapat jagaan yang lebih baik, khidmat kesihatan yang lebih baik dan mengisi masa lapang mereka dengan lebih baik berbanding duduk dengan anak2. Sherrina rasa akan dtg model spt itu akan wujud juga di Malaysia dimana ibu bapa sendiri volunteer nak masuk ke pusat jagaan untuk mendapat penjagaan yg lebih baik kerana institusi begini dibayar. Anak2 tetap dtg melawat malah membawa pulang ketika musim perayaan.

Drpd duduk dengan anak tetapi dilayan seperti pembantu rumah, lebih baik duduk di rumah khas.

Syd Publish time 13-2-2007 10:39 AM

Pusat lindungi warga emas tanpa waris


NIBONG TEBAL: Sebuah pusat penjagaan warga emas yang tiada waris akan dibangunkan di Kampung Kepala Gajah, Sungai Bakap di sini, bagi memberi perlindungan kepada golongan itu.

Pusat berkenaan yang akan dibina di kawasan seluas 0.8 hektar bersebelahan Masjid Jamek Kepala Gajah, membabitkan kos kira-kira RM300,000.

Setiausaha Sulit Kepada Timbalan Ketua Menteri, Zulkafli Kamaruddin, berkata pembinaan pusat ala pondok itu akan dibiaya Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Sungai Bakap.

Pusat berkenaan yang akan dilengkapkan kemudahan bekalan air dan elektrik, membolehkan penghuninya menjalani kehidupan sempurna termasuk beribadat di masjid.

"Sebagai permulaan, kira-kira 50 warga emas akan ditempatkan di pusat berkenaan. Dengan pembinaan pusat ini, warga emas yang tiada waris tidak merasakan diri mereka tersisih daripada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, merasmikan gotong royong perdana Bubur Asyura dan pemimpin bersama rakyat di Dewan Serbaguna Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Tiga, Sungai Acheh dekat sini semalam.

Program itu dianjurkan JKKK Simpang Tiga dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Bekas Pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh.

Lebih 200 penduduk termasuk pelajar SMK Sungai Acheh berganding bahu memasak bubur asyura selama empat jam bermula jam 8 pagi dan diagihkan kepada lebih 800 keluarga di perkampungan Simpang Tiga.

Ekka Publish time 9-4-2007 08:20 AM

Ada beberapa negeri masih tak ada rumah orang-orangtuani
- Pahang , Trengganu , Sabah dan Sarawak .

Sepatutnya ada sekurang-kurangnya satu setiap negeri .
Ke negeri-negeri berkenaan semua orang tua
terbela dan mendapat perhatian dari waris-waris mereka?

Bukan nak menggalak anak-anak menghantar mereka ke sana .
Tapi untuk perlindungan kat orang-orangtua yang tak ada waris,
dan rumahyang sesuai .

Ekka Publish time 9-4-2007 08:23 AM

Originally posted by Syd at 13-2-2007 10:39 AM
Pusat lindungi warga emas tanpa waris


NIBONG TEBAL: Sebuah pusat penjagaan warga emas yang tiada waris akan dibangunkan
di Kampung Kepala Gajah, Sungai Bakap di sini, bagi memberi perlindung ...

Nibong Tebal kat Penang ke?

Syd Publish time 14-8-2008 12:26 PM

yang nih multi-racial;

       
RUMAH SERI KENANGAN
JABATAN KEBAGIKAN MASYARAKAT
JALAN ITHNIN
KMPG. UNGKU MOHSIN
80350, JOHOR BAHRU

07-2232606
07-2371737

Syd Publish time 6-7-2009 10:25 AM

Menteri siasat rumah kebajikan daif

KUALA KRAI: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turun padang untuk menyiasat laporan penghuni Rumah Sinar Harapan Kuala Kubu Baru, Selangor, hidup dalam keadaan menyedihkan termasuk dikurung dalam sangkar.

Katanya, kementerian memandang serius kejadian itu dan akan mengambil tindakan segera bagi membela nasib kira-kira 200 penghuni di rumah kebajikan yang dikendalikan kerajaan itu.

“Saya rasa itu tidak harus dibiarkan kerana terlalu serius dan perlu ditangani segera.

“Esok atau lusa, saya ke tempat itu dan mengambil tindakan sepatutnya bagi memastikan nasib penghuni rumah kebajikan itu tidak diabaikan. Kementerian saya akan membaiki lagi perkhidmatan di tempat itu,” katanya selepas melancarkan Majlis Penyampaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bersama Menteri, di Laloh, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris kelmarin yang mendakwa ada penghuni Rumah Sinar Harapan di Kuala Kubu Baru hidup daif dan diletakkan dalam sangkar.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata, Rumah Sinar Harapan itu dihuni warga emas, selain dua wad pesakit mental.

Syd Publish time 6-7-2009 12:41 PM

Residents clothed and stench almost gone

KUALA KUBU BARU: A day after The Star highlighted the conditions at the Taman Sinar Harapan shelter home, there has been a marked improvement.

The floor was cleaner, the stench was almost gone and nearly all of the residents had been clothed.

http://thestar.com.my/archives/2009/7/6/nation/n_03home.jpg
Freedom, for now: A Taman Sinar Harapan home attendant unchaining one of the residents when the press arrived to take photographs yesterday.

A visit to the home yesterday saw the place teeming with state Social Welfare Department officials, volunteers from the Sri Sai Baba Centre and reporters.

Department deputy director-general (operations) Halijah Yahaya said the situation at the home had actually “improved over the last few years.”

“If you think this is bad, you should have seen this place a few years ago. Now the floors are all tiled and things here are more organised and well-managed,” said Halijah, adding that the home managed to provide a decent shelter for the residents and protect them from harm.

“Imagine if these people are not taken in and have been left wandering the streets.

“They are vulnerable to all sorts of danger and harm. Some have been known to be molested,” she said.

Halijah stressed that the institution also had in-house psychiatrists and physicians to care for the residents.

“As for the condition of the place, we have done our best and this is the best from us,” she said, adding that it was not easy having to take care of the mentally challenged.

Taman Sinar Harapan head Saifulnizam Mohd Noor said the institution had 114 staff members, with 84 attendants working on three eight-hour shifts, as well as two nurses and two physiotherapists.

When asked why so few were seen during The Star’s first two visits, he said they worked on different shifts and that each section was manned by four personnel.

On funds from the Government, Saifulnizam said the home currently “had not more than RM100,000.”

Women, Family and Community Development Ministry secretary-general Tan Sri Faizah Mohd Tahir said although attendants at the home provide basic care such as bathing, clothing and feeding, they were not medical attendants.

“Nevertheless, they do the best they can, given the number of residents under their care at any one time.”

yukitada Publish time 19-11-2010 05:52 AM

ada tak tempat utk jagaan orang tua yang telah uzur ?

begini , nenek nie dah berumur lbh 80 thn dan mmg uzur lah.. perlu rawatan dan jagaan mcm di hospital .. ada nurse atau yg bole beri rawatan asas utk pesakit yg uzur tua

anak2nyer sendiri pun dah tua sorang umur 70 thn and sorang lagi dah akhir 60an.. tak mampu nak jaga lagi..

cucu-cucu sibuk bekerja and tak bole nak selalu hantar ke klinik ke atau hospital.. nenek nie plak tgk gaya cam degil skit sebab dalam usia begitu selera makan sentiasa ader terutama makanan yg sepatutnyer dia mmg dah tak bole makan lagi mcm minuman ais , pedas , keras dll...

tp itulah yg die nak , klu anak2nyer tak bagi dia mogok lapar.. hari2 bole dikatakan anaknya terpaksa belikan nasi lemak utk sarapan...:sweat3:

jadi keraplah ke klinik .. sakit perut la , sakit pinggang la, pastu nenek nie tak mahu pakai pampers jadi najisnyer kerap bersepah dilantai rumah..

kasihan pd anaknyer yg telah uzur juga membersihkannya... klu ikutkan setiap kali pergi hospital dr taknak dimasukkan ke wad sbb dr ckp die nie dah sakit tua so, takder ubat lg dah..

baru2 nie dia mmg mintak duduk di hospital shj and mahukan layanan dr nurse.. saya dtg melawat pun nampak die happy dan bertenaga coz pemantauan / ubat2an dari hospital lbh baik dari di rumah..

coz anaknyer2 pun hanya harapkan anak2 mereka yg bekerja utk bawakan ke mana2..

jadi, mereka sepakat dan atas persetujuan nenek nie juga utk dihantar ke pusat jagaan yg ala2 hospital...

dan bile sy memahami keadaan keluarga nie .. saya tak nampak yang perbuatan keluarga nie seperti membuang ibu sendiri.. bahkan utk dapatkan perkhidmatan yang lbh baik utk si ibu...

so, sy mohon dr reader disini agar dapt syorkan tmpat yg sesuai dgn situasi nenek dan keluarga nie sekitar lembah kelang/kl sekiranyer ader,,, tq

Syd Publish time 20-11-2010 10:48 PM

harap sesapa ada info, boleh bantu kawan kita neh.

guesswho09 Publish time 26-11-2010 11:09 PM

ada tak rumah org tua yg swasta?

yukitada Publish time 5-12-2010 03:24 PM

Reply 30# guesswho09

ade satu di cheras . cuba google pusat khidmat bakti

yukitada Publish time 5-12-2010 03:25 PM

ader sesapa tahu direction ke rumah sri kenangan batu 11 cheras tak ? klu dr ampang ikut mrr2

guesswho09 Publish time 5-12-2010 09:01 PM

Reply  guesswho09

ade satu di cheras . cuba google pusat khidmat bakti

yukitada Post at 5-12-2010 15:24 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

ok tq, dear... :$

yg swasta ke ni?

smeetasmitten Publish time 6-12-2010 11:02 AM

Rumah jagaan kat sri tanjung, kuang tu swasta dan muslim punya. i dah tengok, mcm ok. cuma mahal sikit la about RM1xxx/month. pengusaha dia ex-nurse.

org kita ni takut nak hantar, takut di gelar anak derhaka. tapi kalau itu the best thing apa salahnya. bukan buang kat tepi jalan.

yukitada Publish time 10-12-2010 07:22 AM

bebaru nie dgr di tv1 suara yg disampaikan oleh pengurus rumah org tua sendiri bhw mentaliti org melayu nie majoriti kebelakang bile sentuh isu nie..

negara2 barat dah lama kehadapan dlm isu kebajikan org tua.. org melayu asyik fikir bile hantar ke pusat jagaan org tua mesti ingat nak buang org tua..

soalnyer kalau kita bekerja @ tak mampu uruskan .. sape bole uruskan ? cakap memang senang tp kesusahan tu org tak nampak..

sampai kan puan tu wat dialog " aku nie nak keje macamnaer ? apakata kau tlg jagakan mak aku ?? " terus terdiam.. mulut2 yg tau nak mengeji shj..

mungkin ader yg sanggup biarkan org tua tu keseorangan dirumah sampai tunggu kita balik keje atau tinggalkan dgn org yg blom tahu nak uruskan makan/minum dan rawatan agaknyer ..

so, baru2 nie masa gi sendiri ke rumah pengurus tersebut.. rase seronok plak tgk warga emas tu duduk bersantai bersama2 dgn yg seusia dgn mereka.. ader aktiviti , cukup masa makan n solat pergi bersama.. bile boring tv or baca paper

tp dalam hal nie pun anak2 jgnlah lepas tgn terus lupakan.. dtg bile free menjenguk atau bwk balik bile dpt cuti, bwk makan atau jenjalan..pastu hantar semula..

so, sy tak nampak dimana derhakanya bile berhubung dgn isu nie..malah memberi kebajikan dari segi keperluan hidup yg kesunyian sebenarnyer..

PakRasid Publish time 29-3-2012 07:34 PM

Post Last Edit by PakRasid at 18-4-2012 17:58

Pusat Jagaan Warga Emas untuk orang islam di Taman Melawati.http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/577720_360882430614590_100000785095056_888078_950884592_n.jpg
Anda boleh hantar orang tersayang semasa anda bekerja.
Hantar pagi, ambil petang atau hantar isnin, ambil jumaat.
Kalau kami berkesempatan, kami ambil, kami hantar.
Biar mereka selamat bersama kami dan rakan-rakan seusia.
Kegiatan pemeriksaan kesihatan, permainan, tazkirah dll.
Penjaga adalah Jururawat Terlatih 15 tahun serta staf terlatih.
Hubungi 0192456517 (Rashid/Nieza)
http://husna-arrashid.com/
Sedikit sebanyak menjadi pilihan dalam penyelesaian masalah keluarga

jedtlawa Publish time 17-3-2015 09:00 AM

Assalamualaikum, saya sedang mencari pusat jagaan harian tuk warga emas di sekitar senawang.. yg penting milikkan org Islam. sekiranya tiada saya juga mencari pembantu rumah harian untuk menjaga ibu saya di rumah juga di senawang..

jedtlawa Publish time 17-3-2015 09:00 AM

Assalamualaikum, saya sedang mencari pusat jagaan harian tuk warga emas di sekitar senawang.. yg penting milikkan org Islam. sekiranya tiada saya juga mencari pembantu rumah harian untuk menjaga ibu saya di rumah juga di senawang..

jedtlawa Publish time 17-3-2015 09:00 AM

Assalamualaikum, saya sedang mencari pusat jagaan harian tuk warga emas di sekitar senawang.. yg penting milikkan org Islam. sekiranya tiada saya juga mencari pembantu rumah harian untuk menjaga ibu saya di rumah juga di senawang..

laboon Publish time 28-11-2016 01:33 AM

http://eoimages.gsfc.nasa.gov/images/imagerecords/73000/73751/world.topo.bathy.200407.3x21600x10800.jpghttps://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/06/East_coast_(6293583111).jpghttp://ghmaps.net/special/Final_map140116-part5.jpghttps://oujiartsyballoons.files.wordpress.com/2014/11/welcome-back-singapore-balloon-backdrop-for-singapore-cruise-centre2.jpghttp://tajgoren.net/bildarkiv/Download/Art.and.Photography/Nature.and.Landscapes/1233751421323.jpghttp://eoimages.gsfc.nasa.gov/images/imagerecords/73000/73751/world.topo.bathy.200407.3x21600x10800.jpghttps://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/06/East_coast_(6293583111).jpghttp://ghmaps.net/special/Final_map140116-part5.jpghttp://calyptraeids.myspecies.info/sites/calyptraeids.myspecies.info/files/badisparsaA.jpghttps://pmcdeadline2.files.wordpress.com/2013/12/lionsgate_newlogo__130418225129.jpghttps://0.s3.envato.com/files/185082768/bacgrounds.jpghttp://terra-australis.info/others/Tonga_Lifuka_Approaches_2005.jpghttp://www.utrussells.com/RealFlight/final_v4.jpg
Pages: 1 [2]
View full version: Rumah Orang-orang Tua


ADVERTISEMENT